Pages

Monday 11 July 2011

ANAK: Antara KEMANUSIAAN dan KEBINATANGAN

Budak 9 Tahun Selamatkan Ibunya


Nathan Thomson, kanak-kanak berusia 9 tahun telah menjadi hero kepada keluarganya apabila dia menyelamatkan ibunya dari tikaman orang yang tak dikenali

Nathan tertusuk di bahagian muka ketika dia berkelahi untuk menyelamatkan ibunya dari seorang tak dikenali.Nathan Thomson melompat ke atas punggung Hugh Clark,seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari.

Pemabuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisaunya ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Nasib baik keduanya selamatdan berjaya dihentikan pihak berkuasa yang berada di sekitar tempat kejadian.

Namun.. Berbeza pula dengan kes di MALAYSIA..

Ibu Tikam Bayi – Tinggalkan Mayat anak dalam Tandas


gambar ibu tikam bayi

Ibu Tikam  Bayi – Tinggalkan Mayat anak dalam Tandas

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.
“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wajah Ibu
 
Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu. Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya. “Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah. “Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Tikambayibarulahir/Article


Dan KISAH ini lebih menyayat hati... walaupun dia bukan IBU.. tetapi tanpa dia.. SIAPALAH KITA...dia adalah AYAH... alangkah kecewanya si ayah apabila anak yang dijaga selama ini sanggup MEMBUANGNYA di tepi jalan... 

Anak Buang Ayah Tepi Jalan



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan. 



 Seringkali kita membaca dan menonton berita-berita sedemikian sejak akhir-akhir ini.... bukan saja berlaku di luar negara MALAH turut berlaku di MALAYSIA! YAng melakukannya bukan juga daripada bangsa asing... MALAH berbangsa MELAYU yang terkenal dengan sikap SOPAN SANTUN dan BAIK BUDI nya.. Namun.. Ada apa dengan hanya pada MELAYU... ISLAMpula anutannya... JIKA isu-isu keruntuhan MORAL ini KITA yang MENJUARAINYA! Anak-anak pada usia belasan tahun sudah mula MEMAKI HAMUN... ada juga yang sanggup MENGHUNUS PISAU... mengugut IBU BAPA akibat tuntutan NAFSU yang tidak DIPENUHI! maka tidak hairan.. kita lihat... ada anak yang sanggup MEMBUANG bapa kandungnya sendiri di TEPI JALAN... YA!..TEPI jalan.... Dosa apakah yang dilakukan oleh SI AYAH hinggakan sanggup DIPERLAKUKAN sedemikian rupa?? Di mana rasa KEKELUARGAAN? mana hilangnya ajaran ISLAM yang menuntut untuk kita MENGHORMATI dan MENJAGAnya? cuba lihat anak-anak tuan2 dan puan2... adik2 kpd abg2 dan kakak2... apakah sudah mula menunjukkan bibit-bibit KEBIADAPAN?? JIKA ADA! hubungi kami segera...INSYALLAH.. kami sedia membantu..sila ke alamat berikut : www.motivasisurvivor.com

Wanita Yang Digelar Mama Bangku

sebagai seorang ibu.. atau wanita... apakah perasaan anda ketika melihat gambar di bawah ini? beruntung anak-anak itu...sungguhpun dijaga oleh ibu lain yang serba kekurangan ini..

 
Xu Yuehua 55 tahun , yang kehilangan kakinya dalam sebuah kecelakaan kereta api pada usia 13 tahun, telah menghabiskan 37 tahun membesarkan anak-anak di sebuah lembaga kesejahteraan sosial. Dia telah membela lebih dari 130 anak-anak. Dia bergerak tanpa kaki dengan menggunakan kerusi dan dia menghabiskan hari-harinya pada sepasang bangku kecil, sehingga anak-anak memanggil dia "Mama bangku".

Adakah orang yang sempurna dan sihat boleh melakukan hal yang sama?. Tentunya ada kan..semoga kita juga membahagikan kehidupan ini untuk membantu orang lain juga.

Diluar sana ada ANAK yang TIDAK mahu mengaku insan yang melahirkannya itu IBU.. mungkin sebab KEMISKINAN si ibu.. sebab KECACATAN si ibu... atau disebabkan sikap ibu yang KONONNYA kuat MEMBEBEL! Teguran ibu dianggap MEMBEBEL.. NASIHAT ibu dikatakan sebagai KOLOT!... ada yangsanggup berkata; "lebih baik dapat IBU baru..." Tetapi anak derhaka ini lupa agaknya... SUSU yang mengalir dalam TUBUH BADANnya suatu ketika dulu hinggalah hari ini... SUSU dari IBu yang sangat DIBENCINYA.... TAPI warga ibu jangan PUTUS ASA... Jika ada anak-anak yang TIDAK dengar kata.. berdasarkan PENGALAMAN kami bersama golongan remaja... InsyaALLAH... kami sedia membantu anda.. sila layari www.motivasisurvivor.com.

Mengenali Dato' Dr. Haron Din

Dipetik dari darussyifa.org

Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam. 
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat. 

Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.

Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali. 

Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.


Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika. 

Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.

Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Sekeping Gambar Ibu dan Bayi

Teliti gambar ini dalam keadaan yang tenang.. dan bayangkan wajah ibu anda... tanya diri anda.. Apakah anda bersyukur punya IBU?


 

Dalam kehidupan ini, tak semua orang bernasib baik. Ada yang susah dan ada yang senang. Gambar di atas ini membawa seribu warna kehidupan. Ibunya bekerja sebagai buruh kasar dan kanak-kanak itu diletakkan ditepi batu di dalam raga kasar. Percayalah..semua ibu di dunia ini akan melakukan apa saja demi memberi anaknya kehidupan yang baik.

Malangnya.. diluar sana masih ada anak-anak yang mahukan ibunya MATI... kononnya GAGAL memberikan KASIH SAYANG dan KEPERLUAN hidup... di luar sana ada anak-anak yang sanggup MEMAKI HAMUN.. MEMBABIANJINGKAN ibunya.. kerana PROTES dan rasa tidak puas hati.. INI semua BUKAn cerita rekaan.. TETAPI berdasarkan pengalaman di depan mata saya sendiri.. Apa nak jadi dengan umat Islam melayu ketika ini.. semakin hari semakin TENAT... anak bangsa lain sibuk mengejar cita-cita... anak bangsa sendiri sibuk BERCINTA walaupun baru di tingkatan DUA! belum lagi yang mahu bercita-cita menjadi SAMSENG! alahai anak...andai engkau tahu...alangkah deritanya..IBU YANG MENGANDUNG!

Aisyah binti Abu Bakar :Ummul Mukminin


Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW. Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.
Makam yang dikatakan sebagai milik Siti Aisyah
Keistimewaan Aisyah R.A:
1. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqh, dan dia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sesetengah orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal dia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khattab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya:
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah R.A pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah:
”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.

Antara DUA Sungai: Binaan Manusia vs Ciptaan Allah

Mari kita bandingkan antara DUA sungai ini.. satu DIBINA oleh MANUSIA dan satu lagi DICIPTA oleh ALLAH SWT. semoga melalui perbandingan ini, memberi manafaat kepada kita semua selaku hamba ALLAH dan memberi pengajaran bahawa siapapun kita.. hebat manapun kita.. itu semua tidak mampu menandingi malah MENYAMAI dengan CIPTAAN ALLAH SWT.
 
1) Jambatan air Magdeburg adalah saluran air pelayaran di Jerman yang menghubungkan Kanal Elbe-Havel ke kanal Mittelland dan memungkinkan kapal untuk menyeberang di atas Sungai Elbe setinggi 918 meter. Jambatan air Magdeburg adalah saluran air pelajaran terpanjang di dunia.Mari kita lihat gambar-gambar menarik mengenai sungai atas sungai ini

 

2) Subhanallah…. Ada Sungai dalam Laut..!


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

-
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Subhanallah! :

(QS Fushshilat : 53) = (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat film dokumenter tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Penemu air tawar dan air asin dilautan

GambarMr.Jacques Yves Costeau 

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya karena tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berpikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawaban yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”

Padahal di muara sungai tidakditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam

Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam !
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahwa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah swt, yang seluruh kandungannya mutlak benar, Tanpa ada keraguan sedikitpun !

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi :
“Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”
” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
( Nb: Menjadi Mualaf atau tidaknya Mr.Costeau …Wallahu a’lam )

كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته وليتذكر أولوا الألباب )

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah, supaya mereka mentadabburi (memperhatikan) ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”[QS.Shad : 29]
Shadaqallahu Al `Azhim…..Rasulullah s.a.w. bersabda: 

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِه »

“Bacalah oleh kalian Al-Qur`an. Karena ia (Al-Qur`an) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804]
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua.
Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar),
namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin,
lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan….

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT….
Subhanallah….!

“Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al Quran : (57) Al Hadiid : Ayat 1)

Kisah Gadis Kecil Bernama Bar’ah

Kisah seorang gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah

 
Ini ialah kisah seorang gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, ibu banpanya ialah doktor dan telah pindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah mendahului kanak-kanak seusianya. Keluarganya kecil dan taat pada Islam dan ajaran-ajarannya. 

Hinggalah pada suatu hari, ibunya merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu Bar’ah menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kronik. Ibu Bar’ah berfikir untuk memberitahu putrinya itu, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak melihat ibunya di sampingnya dan inilah ucapan ibu bar’ah kepadanya:
 Bar`ah aku akan pergi ke surga di depan Anda, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari karena Ia akan menjadi pelindungmu kelak..
Gadis kecil itu tidak benar-benar faham apa yang ibunya ingin sampaikan, tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya di hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah Bar’ah bahawa keadaan isterinya itu sangat buruk dan dia perlu datang segera ke hospital. Kemudian, ayah Bar’ah menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tinggal di dalam kereta, kerana bimbang anaknya itu akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari kereta dengan linangan air mata, dia menyeberang jalan untuk masuk ke hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta dengan lajunya melanggar ayah Bar’ah dan dia meninggal di situ juga di depan puterinya itu, tak terbayangkan tangisan gadis kecil ini pada saat itu…!

Berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih dirawat di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu Bar’ah meninggal dunia juga. Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya.

Dengan bantuan ibu bapa rakan-rakan sekolahnya, Bar'ah akhirnya dibawa pulang ke Mesir untuk dijaga oleh saudaranya.  Tak berapa lama tinggal di mesir gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit seperti dengan ibunya dan oleh keluarganya ia lalu diperiksakan dan setelah beberapa kali uji didapati bar’ah juga mengidap kanser, tapi sungguh mencengangkan kala ia diberitahu kalau ia menderita kanser. Inilah perkataan bar’ah ketika itu:
Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya
Semua rakan-rakan dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah ...

 
Orang-orang mulai mendengar cerita tentang Bar`ah dan  Saudi memutuskan untuk mengurusnya, dia dihantar berubat di England. Selain itu, saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) mendapat kontrak dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh Bar’a. Akhirnya untuk pengetahuan..gadis ini telahpun pergi menghadap ilahi....al-fatihah


Pastinya para pembaca yang budiman sekarang ini membayangkan agar dikurniakan anak yang solehah dan comel seperti Baraaha ini... anak kecil ini diuji oleh ALLAH s.w.t NAMUN insan KERDIL ini tidak pernah mengeluh TETAPI memilih untuk BERSABAR... soalnya.. ADAKAH kita smua mampu menjadi sekuat dan setabah adik BARAAHA? sedangkan kita memiliki IBU AYAH? jika bercerai keduanya kita MASIH memiliki IBU atau AYAH juga bukan? mampukah kita?? sedangkan kita masih ada PELUANG hidup dalam keadaan yang serba SELESA malah BERLEBIHAN selesanya...??? berapa keputusan peperiksaan yang anak2 tuan2/puan2 peroleh? berapa wang ringgit DIKORBANKAN utk mendapat SKOR A??? CUKUPKAH semua itu atau masih ada kurang? Pastinya... masih ada silapnya.. anak yang dikandung 9 bulan semakin hari semakin membesar.. semakin hari dia semakin hilang rasa HORMAT dan ADAB kepada orang tua... LEBIH mementingkan kelompok rakan sebayanya berbanding keluarga... memilih untuk hidup bergelandangan pada waktu malam bersama kawan-kawan...entah apa yang dilakukan! Rasa seperti sudah tidak mampu dan terdaya MENASIHAT dan MENDIDIK?? JANGAN putus asa dan lemah semangat... PASTI ALLAH sediakan JALAN... bersama kami... di www.motivasisurvivor.com insyaALLAH.. atas PENGALAMAN kami berhadapan dengan masalah remaja ini, kita sama-sama mebantu maslah anda semampunya!

KEJAM! Dibunuh Dan Dimakan Dengan Ubi Kentang



Seorang perempuan yang memang cun la tetapi kesiannya dia ini telah dilemaskan oleh dua orang rakannya dan kemudiannya daging si mangsa ini, Karina Barduchyan telah dimakan bersama dengan ubi kentang!!!. STRESS.. Menurut laporan polis, besar kemungkinanan diperkosa dulu sebelum dibunuh. Polis juga percaya mangsa dibunuh serta dimakan pada malam yang sama. Semua bahagian Karina dikerat dan dijumpai di dalam plastik yang berbeza serta dijumpai di tempat yang berlainan.


Menurut siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, dua orang suspek telah ditahan iaitu Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging. Pada masa ini, Karina dipercayai jatuh cinta dengan Maxim. Tetapi pada hari kejadian, seorang pengacara melaporkan Karina ini bertengkar dengan Maxim. Karina dipaksa untuk ke apartmen Maxim pada hari tersebut dan kemudiannya dilemaskan di bath tub apartmen tersebut. 
 
Menurut hakim Sergei Kapitono, "kedua-duanya menytakan mereka makan gadis tersebut kerana mereka LAPAR!!"Kedua-dua suspek tersebut kemudian memilih bahagian yang mereka ingin makan dan kemudiannya dipanggang dengan kentang.



MAXIM, the pembunuh!!!
Yuri, Rakan pembunuh!!!




































Dia Hidup TANPA LENGAN.. ANDA?

Budak Tanpa Tangan

Apa perasaan anda apabila melihat budak ini. Bayangkan suatu hari nanti apabila dia sudah dewasa, dia pastinya akan berjauhan dengan ibu bapa dan terpaksa menjalani kehidupan yang sukar bersama cabaran hidup yang sebenar. Kepada kita yang sempurna, bersyukurlah dan berusahalah lebih kuat untuk berjaya - malaysiasensasi.net 
 
 





Apakah anda dilahrikan cacat seperti budak lelaki di atas?? apakah anda tidak mempunyai LENGAN?? mengapa ramai remaja ISLAM kita khususnya terlibat dengan masalah sosial? REMPIT? ZINA? BUANG BAYI? SEKS BEBAS? apakah mereka tidak bersyukur sebab dilahirkan SEMPURNA? apakah mereka tidak pernah TERFIKIR jika mereka DITAKDIRKAN lahir sedemikian rupa! Wahai remaja diluar sana... gunakan kelebihan dan kesempurnaan yang telah ALLAh kurniaakan kepada kalian dengan sewajarnya... andai nikmat tersebut DITARIK semula... pasti PENYESALAN akan anda ketemukan... wahai ibu bapa sekalian.. yang punya anak sempurna cukup anggota badan... tapi PUNYA masalah kehidupan... jangan rasa PUTUS HARAP! cari dan ikhtiarkan untuk selamatkan anak anda... masih ada JALAN... cuma mungkin belum jumpa... InsyaALLAH.. kami cuba membantu anda sekeluarga...cuba hubungi kami.. di  www.motivasisurvivor.com

Biar Gambar Berbicara...HEBATnya Warga Emas ini.. Dalam Ribuan Gambar BERSIH 2.0.. Di sini KEINDAHAN ISLAM terpancar..

oleh Panglima Kuyukuyu pada pada 11hb Julai 2011 pukul 6.17 ptg


Artikel ini bukan tujuan politik.. sekadar penelitian disebalik GAMBAR.. buka mata hati dan nilaikan dengan waras tanpa sentimen kepartian... Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa perkaitan semangat warga emas berbangsa Cina ini dengan Keindahan ISLAM?.. untuk menjawab persoalan kalian, saya minta anda meneliti dan cuba merenungkan setiap keping gambar-gambar berkenaan... Gambar-gambar ini diambil semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.. daripada ribuan gambar-gambar yang memenuhi ruang siber.. saya menemui gambar2 ini... SUBHANALLAH.. INDAHNYA ISLAM...dan sepatutnya itulah ia diterjemahkan dalam kehidupan...



ALLAHUAKBAR!.. sungguh budiman pemuda ISLAM melayu berkenaan... sanggup membantu warga tua tersebut walaupun buykan sebangsa dan seagama dengannya... semoga ALLAH memberkati pemuda berkenaan atas sikap dan tanggungjawabnya sebagai seorang MUSLIM... dan semoga ALLAH membuka pintu hati dan memberi taufiq dan hidayah kpd warga tua berkenaan utk kembali kepada ISLAM.. ameen YA Robbal a'lamin...

KEJAM! Mayat Gadis Dikerat Dan Dibakar: Al-Fatehah untuk Arwah Nurrahayu Qomarodin Bajuri



‘Saya yakin mayat Ayu’


Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu.

Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.

“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu.

“Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian,” katanya.

Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

“Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.

“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.

“Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.

“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.

Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.

Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan.

“Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit,” katanya. - myMetro
Apa nak jadi dgn manusia zaman sekarang, sudah hilang sifat KEMANUSIAAN.. semakin hayut dalam nafsu KEBINATANGAN.. remaja yang lemah dan tidak berdaya ini sanggup diperlakukan SEKEJAM ini.. mana sifat KASIHAN BELAS? mana hilang IMAN? Islam TIDAK mengajar umatnya menjadi KEJAM SEKEJAM-KEJAMNYA! Wahai ibu bapa diluar sana... fikirkan apakah anda sudah menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya kepada anak-anak remaja anda? cukupkah dengan memberi mereka WANG? BAJU BARU? i-PAD? dan GADGET terbaru di pasaran??? jangan sudah terhantuk baru nak terngadah... JOM! buat sesuatu kepada anak-anak anda yg mula menunjukkan peel yang bukan-bukan! jumpa kami di www.motivasisurvivor.com  .. insyaALLAH kami akan cuba membantu anda sekeluarga!InsyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...