Pages

Monday 15 August 2011

MENCARI RINGGIT KE SYURGA



INI HANYA HIASAN 











MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI
 - meloya

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.

Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta 

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957 

Sumber; http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/mencari-ringgit-ke-syurga.html?zx=46c2a228e0c4ea93

Marah Melayu... Anak Bodoh Salahkan Cikgu!


BERSAHUR DI RANJANG - DALAM NEGARA ISLAM DI MALAYSIA SAJA ADA.

‘Bersahur’  di ranjang
                                             ‘Bersahur’ di ranjang


KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.
Sumber Metro 


Tidak perlulah lihat dan menuduh orang lain tidak menghormati Ramadan sedangkan kita juga sebenarnya sedang mencemarkan Ramadan. Cuba kita lihat sampai ada umat Islam yang bersahur di ranjang. Islam ajaran mana mereka bawa ini Mengapa kita nampak orang bukan Islam tidak menghormati Ramadan dengan membuka pusat hiburan sedangkan kita setiap hari membuka pusat hiburan dalam bulan Ramadan. Berapa ramai umat Islam yang masih mengumpat dan menabur fitnah dalam bulan Ramadan. Berapa ramai umat Islam khususnya wanita yang berpakaian yang mendedahkan aurat. Inilah pusat hiburan yang tidak pernah tutup walaupun bulan Ramadan. Inilah umat Melayu, anak BODOH salahkan Cikgu!

Islam itu Indah BUKAN KEJAM!


Dua Beradik Dibunuh Kejam di Bulan Puasa Oleh Penduduk Kampung

 


Assalamualaikum Wbr.Dua beradik di pukul sehingga mati di bulan puasa oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri.  Kejadian ini berlaku tahun lepas di Bulan Ramadhan di daerah Sialkot, Pakistan.  Remaja dua beradik, Mughees -17 tahun dan Muneeb 16 tahun, telah dipukul sehingga nyawa-nyawa ikan hanya atas tuduhan mencuri.  Kemudian tubuhnya diheret ke tengah pekan oleh penduduk kampung dengan menggunakan lori sebelum digantung.

Apa yang sangat-sangat dikesalkan dan amat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ialah, tiada perbicaraan dilakukan ke atas mereka atas tuduhan mencuri dan para penduduk kampung ini mengambil undang-undang sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Ini hanya tuduhan...belum dibuktikan lagi.  Jika sekiranya mereka didapati bersalah mencuri sekalipun.....hukumannya adalah potong tangan dalam Islam, bukan membunuh mereka dengan sekejam ini.  Jika benar pun mereka mencuri, hukuman yang mereka terima tidak setimpal dengan kesalahan mencuri yang dilakukan.  Nauzubillah.

Difahamkan hebahan mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang.  Adik beradik ini adalah Hafiz Al-Quran dan telah menjadi juara beberapa kali dan pencapaian akedemik yang sangat cemerlang.  Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke arah roh mereka dan membalas kejahatan orang yang menfitnah dan yang memukul dan membunuh mereka berdua dengan azab yang tak terperi sakitnya. aamin.

Sumber; Panglima7.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...