Pages

Thursday 11 August 2011

Lelaki dibelasah, teman wanita diperkosa. Malang atau cari nahas?




REMBAU – Perselisihan faham antara sepasang kekasih berakhir dengan tragedi apabila teman wanitanya dirogol, manakala teman lelakinya pula dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawitberhampiran Chembong, dekat sini, 6 Ogos lalu. 
Sinar Harian difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, sepasang kekasih berkenaan yang menaiki sebuah motosikal ketika itu dalam perjalanan dari Kota sebelum memberhentikan kenderaan berdekatan lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, dipercayai ketika pasangan berkenaan bertengkar, mereka didatangi sekumpulan lelaki seramai kira-kira empat ke lima orang berusia lingkungan 17 tahun hingga awal 20-an. 
“Dipercayai teman wanita atau mangsa wanita mengenali salah seorang daripada kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, tanpa diduga salah seorang dari kumpulan berkenaan menarik tangan mangsa wanita dan membawanya ke dalam ladang berdekatan, lalu merogol mangsa. 
“Teman lelakinya yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa tidak berjaya kerana dibelasah oleh kumpulan lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. 
Difahamkan, pasangan berkenaan juga dipercayai disamun apabila dompet milik salah seorang mangsa hilang termasuk wang tunai berjumlah RM20 turut dikebas kumpulan berkenaan. 
Mizan berkata, mangsa wanita akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan di sebuah rumah berhampiran ladang berkenaan. 
“Mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang mempergiatkan lagi gerakan memburu suspek utama yang dipercayai melarikan diri. 
“Bagaimanapun, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 376 dan 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan samun,” katanya. -SH 
P/s: Memang cari nahas. Bertengkar dalam ladang pada waktu malam tu apa hal?

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/08/lelaki-dibelasah-teman-wanita-diperkosa.html#ixzz1UmbI2Yth

Tinggal bayi atas bonet kereta

KOTA BHARU: “Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.
“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital,” kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, jemaah Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, dekat sini, gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki berusia sehari yang masih bertali pusat diletakan di atas bonet sebuah kereta, malam kelmarin.
Kejadian itu disedari pemilik kereta terbabit yang juga seorang doktor warga asing apabila menemui objek dalam keadaan berbungkus dan diletakkan di atas bonet kereta miliknya jenis Nissan Sunny.
Sebaik menghampiri bungkusan berkenaan, doktor yang berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati bungkusan itu adalah seorang bayi lelaki yang sedang lena tidur.-hmetro

Mayat bayi ditemui dalam surau

KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar.
Katanya, semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di tengah dewan pelbagai guna surau itu.
 ”Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mohamed berkata, beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong.
Katanya, beliau terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mhd Khani Mhd Biku, memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.
Mhd Khani, 57, ketika ditemui, berkata beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi Mohamed.
“Saya kemudiannya terus menghubungi polis,” katanya. – Bernama

Mayat bayi dibuang bagai sampah




INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.
Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.

Polis tunggu DNA mayat bayi digigit anjing liar

SHAH ALAM – Polis akan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat bayi yang ditemui orang awam di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang Jumaat lalu bagi memburu mereka yang terlibat.
:Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati bayi yang tidak lengkap anggota badan itu dilahirkan tidak cukup bulan.
“Hasil bedah siasat mendapati bayi yang disahkan jantina lelaki itu berusia enam bulan dalam kandungan dan menunggu hasil laporan ujian DNA sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh pagi semalam.
Jumaat lalu, mayat bayi berkenaan ditemui dengan keadaan tidak lengkap apabila satu daripada tangannya bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.
Arjunaidi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.//sinar

Tangisan suara halus

TANAH MERAH: “Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.
MALANG…bayi yang ditinggalkan
Dia menemui seorang bayi lelaki di rumahnya di Jalan Wan Ahmad, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.

Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.

“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.
“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. 
saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.
Sukma berkata, dia yang panik kemudian terus memberitahu jiran berhampiran sebelum menghubungi polis.

Katanya, dia turut hairan bagaimana ada individu boleh meninggalkan bayi di situ sedangkan terdapat ramai orang lalu lalang di depan rumahnya untuk mengunjungi pasar malam.

“Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan sihat cuma terdapat sedikit kesan darah,” katanya.
Bayi seberat 3.3 kilogram itu dikatakan baru berusia dua hari dan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat awam.

Katanya, bayi terbabit didapati dalam keadaan berbungkus dengan kain tuala dan selimut.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan segera di unit kecemasan sejurus kemudian.//hmetro

Bayi menggigil

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.
Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.
“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.
“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.
Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
“Saya bersyukur kerana bayi malang yang dianggarkan seberat dua kilogram (kg) itu masih bernyawa dan amat kesal dengan tindakan kejam ibu bapanya yang sanggup membuangnya begitu.
“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.
Pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia sedang berehat, terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya.
“Sejurus keluar, saya dimaklumkan penemuan itu dan melihat jiran berdekatan sedang mendukung bayi malang terbabit sebelum sepasukan anggota polis tiba.
“Selain terkejut, saya yang menetap di sini sejak empat tahun lalu bersama anak dan menantu, sedih dengan kejadian ini. Kejam sungguh mereka yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menahan wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Penahanan dilakukan hasil penelitian rakaman CCTV rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang,” katanya.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.
Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir.

Samseng cilik



KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.
Malah, kedua-dua suspek terbabit berulang kali memijak dan menendang mangsa berusia 57 tahun itu ketika cuba meloloskan diri.

Semuanya bermula jam 11 malam pada Jumaat lalu, apabila kedua-dua suspek pergi ke kediaman seorang lagi rakan mereka, sebelum bertemu dengan warga emas terbabit yang berseorangan di rumah.

Kedua-dua suspek cuba merampas barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Menurut sumber, disebabkan terdesak untuk melarikan barangan berkenaan selain mengelak perbuatan itu disedari penduduk, kedua-dua suspek membelasah warga emas berkenaan.
“Mereka berulang kali memijak dan menendang tubuh mangsa sehingga merampas barang kemas berkenaan.

“Biarpun warga emas itu berulang kali merayu dikasihani, kedua-dua suspek tidak mengendahkannya,” katanya.

Sumber itu berkata, jeritan mangsa didengari penduduk setempat sebelum mereka tampil menghulurkan bantuan.

Tersentak dengan kehadiran penduduk, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun remaja lelaki itu ditangkap.

Penduduk juga merampas semula barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan, namun seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Sehubungan itu, penduduk setempat menghubungi pihak berkuasa sebelum menyerahkan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.

‘Gengster cilik’ itu dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan susulan manakala warga emas terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, warga emas itu patah kaki akibat dibelasah kedua-dua suspek selain lebam seluruh tubuh dipercayai akibat dipijak dan ditendang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kanak-kanak terbabit akan direman sehingga esok bermula kelmarin, bagi membantu siasatan.

“Manakala rakan suspek masih diburu dan pihak polis percaya akan dapat memberkasnya dalam masa terdekat. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 samun berkumpulan tanpa senjata,” katanya.//hmetro

Samseng cilik



KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun layak digelar ‘gengster cilik’ apabila dia bukan saja nekad menyamun warga emas yang juga nenek kepada rakannya, malah sanggup membelasah mangsa sehingga patah kaki.
Difahamkan, suspek melakukan perbuatan kejam itu bersama seorang lagi rakannya berusia awal 20-an di rumah mangsa di Bandar Tun Razak, di sini.
Malah, kedua-dua suspek terbabit berulang kali memijak dan menendang mangsa berusia 57 tahun itu ketika cuba meloloskan diri.

Semuanya bermula jam 11 malam pada Jumaat lalu, apabila kedua-dua suspek pergi ke kediaman seorang lagi rakan mereka, sebelum bertemu dengan warga emas terbabit yang berseorangan di rumah.

Kedua-dua suspek cuba merampas barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Menurut sumber, disebabkan terdesak untuk melarikan barangan berkenaan selain mengelak perbuatan itu disedari penduduk, kedua-dua suspek membelasah warga emas berkenaan.
“Mereka berulang kali memijak dan menendang tubuh mangsa sehingga merampas barang kemas berkenaan.

“Biarpun warga emas itu berulang kali merayu dikasihani, kedua-dua suspek tidak mengendahkannya,” katanya.

Sumber itu berkata, jeritan mangsa didengari penduduk setempat sebelum mereka tampil menghulurkan bantuan.

Tersentak dengan kehadiran penduduk, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun remaja lelaki itu ditangkap.

Penduduk juga merampas semula barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan, namun seorang lagi suspek dapat meloloskan diri.

Sehubungan itu, penduduk setempat menghubungi pihak berkuasa sebelum menyerahkan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.

‘Gengster cilik’ itu dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan susulan manakala warga emas terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, warga emas itu patah kaki akibat dibelasah kedua-dua suspek selain lebam seluruh tubuh dipercayai akibat dipijak dan ditendang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kanak-kanak terbabit akan direman sehingga esok bermula kelmarin, bagi membantu siasatan.

“Manakala rakan suspek masih diburu dan pihak polis percaya akan dapat memberkasnya dalam masa terdekat. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 samun berkumpulan tanpa senjata,” katanya.//hmetro

Apa dosa bayi ini?




BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh di sini, petang kelmarin.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

“Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.

Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).//bharian

Nenek Dirompak Cucu

Remaja perempuan rompak nenek sendiri

MUAR: Seorang remaja perempuan berpakat bersama dua rakannya merompak neneknya sendiri dengan menyerkup kepala menggunakan anak tudung dan mengikat tangan dengan cebisan kain dipintal, sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor di sini, pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 14 tahun itu diamanahkan oleh ibu bapa yang tiada di rumah untuk menjaga mangsa berusia 75 tahun tetapi dia membuat perancangan dengan seorang wanita berusia 40 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun menyamun neneknya pada jam 11 pagi.
Mangsa yang trauma akibat kejadian itu menceritakan pada hari kejadian ketika beliau sedang berehat bersama cucunya kedua-dua suspek memberi salam sebelum dibenarkan masuk oleh cucunya.
“Saya kenal wanita itu kerana dia berkawan rapat dengan cucu saya selain sering berkunjung ke rumah. Saya ingatkan mereka datang untuk menemui cucu saya, namun tiba-tiba seorang daripada mereka menekup muka saya menggunakan sehelai kain. Saya terkejut dan cuba melawan tapi gagal.
“Mereka kemudian menyerkup kepala saya dengan anak tudung yang saya pakai selain mengikat kedua tangan menggunakan cebisan kain dipintal. Pada masa sama, saya cuba meminta pertolongan daripada cucu tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, selepas itu saya sedari dia turut sama membantu mereka, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Mangsa berkata, mereka kemudian memaksanya baring sebelum seorang daripada suspek merampas perca kain diikat getah berisi wang tunai kira-kira RM300 miliknya dan selepas itu cucu beliau menyuruh dua rakannya masuk ke bilik menyelongkar dan melarikan cincin serta rantai.
Katanya, beliau kemudian ditinggalkan keseorangan dalam keadaan mata tertutup dan tangan berikat tetapi beliau berjaya melepaskan diri 15 minit selepas itu sebelum meminta pertolongan daripada jiran berhampiran seterusnya melaporkan kejadian itu kepada polis.
Anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, beliau bekerja di sebuah kilang perabot di Pagoh manakala suaminya masih menerima rawatan di hospital sejak tiga hari lalu akibat penyakit batuk kering.
Katanya, sebaik dimaklumkan jirannya pada kira-kira jam 1 tengah hari, beliau segera menghubungi anak tunggalnya itu namun gagal malah cubaan menghubungi rakannya itu tidak berjaya kerana mereka mematikan telefon bimbit masing-masing.
Dia berkata, anaknya itu seorang yang bijak dalam pelajaran namun perangainya berubah selepas mengenali rakan wanita itu sejak awal tahun ini.
“Perangainya banyak berubah termasuk sering berkelakuan kasar terhadap keluarga dan juga kerap ponteng sekolah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menjelaskan tiada lagi tangkapan dilakukan.
“Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari ketiga-tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak,” katanya.//bharian

Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi



MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu.

Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam.

“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.
“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan.
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Nasib ibu Si Tanggang



KUANTAN: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Buaya di sini, tidak ubah seperti kisah ibu Si Tanggang apabila dia bukan saja dimaki-hamun anak kandung, malah turut dihalau insan yang dilahirkannya.
Lebih menyedihkan apabila anak yang pernah ditatang bagai minyak yang penuh satu ketika dulu, sanggup memanggilnya dengan gelaran babi, malah tidak mengaku lahir daripada rahim ibunya.
Ibu tunggal malang itu, Zaiton Jaafar, 57, mendakwa anak sulungnya yang dahulunya baik mula berubah sikap sejak suaminya meninggal dunia hampir 19 tahun lalu.
“Saya isteri ketiga kepada arwah suami dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup, namun anak perempuan saya yang juga anak kedua meninggal dunia akibat ketumbuhan dalam otak kira-kira tujuh tahun selepas kematian suami.
“Saya berkahwin lain setahun selepas kematian suami dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, suami keduanya menghilangkan diri kira-kira 16 tahun lalu dan sejak itu dia tinggal bersama anak lelaki sulung (hasil perkongsian hidup dengan suami pertama) yang berusia 32 tahun serta anak ketiga (dengan suami kedua) di rumah peninggalan suami pertamanya.
“Rumah itu dulunya atas nama syarikat milik arwah suami kemudian ditukar hak kepada anak sulung saya sebelum dia berkahwin dengan seorang kerani bank kira-kira 10 tahun lalu.
“Sejak tinggal berasingan dia tidak pernah menjenguk saya sehinggalah dia ingin berkahwin lain kira-kira empat tahun lalu,” katanya yang bekerja sebagai tukang sapu.
Zaiton berkata, sebelum sambutan Aidilfitri tahun lalu, anak sulung bersama isterinya pulang ke rumah kononnya mahu meminta ampun dan mengajaknya tinggal bersama di Kuala Lumpur.
“Namun, ketika tinggal bersamanya di sana, saya sering dimaki-hamun walaupun hanya melakukan kesalahan kecil menyebabkan saya kembali ke rumah asal.
“Derita saya tidak berakhir di situ apabila dia dan isterinya pulang ke rumah yang saya diami sekarang dan berkeras mahu menjual rumah berkenaan,” katanya.
Kemuncaknya, Zaiton mendakwa, anak sulungnya itu pernah menolaknya sehingga terjatuh dan menghalaunya keluar, malah anak ketiganya turut menjadi mangsa amarah lelaki berkenaan.
“Dia turut memanggil saya dengan gelaran babi dan pernah tidak mengaku lahir daripada rahim saya selain menyorok makanan di rumah supaya saya tidak dapat makan. Malah, isterinya turut membaling selipar ke arah saya, baru-baru ini.
“Walaupun dihalau keluar, saya tetap tidak meninggalkan rumah berkenaan kerana tiada tempat lain untuk dituju namun berikutan bimbang keselamatan diri, saya membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, Isnin, lalu.
Menurut Zaiton, dia bimbang anak sulungnya itu menjual rumah yang didiaminya sekarang. Jika keadaan itu berlaku, dia pasti buntu mengenangkan nasibnya dan anak bongsu kerana mereka akan kehilangan tempat tinggal.

Risau anak makin ganas



KUALA TERENGGANU: Buntu memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapinya, seorang ibu meminta pihak tertentu ‘mengambil’ anaknya yang menghidap sakit mental untuk ditempatkan di pusat pemulihan atau rumah kebajikan.
Rakiah Ngah, 60, seorang tukang sapu dari Kampung Laut di sini, berkata, dia kini hilang punca untuk mengawal anaknya, Ahmad Shaari Mohamed, 27, yang berperangai pelik dan semakin ganas sehingga sanggup mencederakannya.
Warga emas itu bimbang sekiranya Ahmad Shaari dibiarkan tanpa kawalan atau rawatan sewajarnya, nyawanya sendiri akan melayang kerana tindakan anaknya semakin keterlaluan.
“Kebelakangan ini, anak semakin ganas. Ahad lalu, dia menggigit lengan kanan saya sehingga luka dan bengkak.
“Ketika itu, saya berseorangan mencarinya di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk mengambil beg sandang yang dicurinya, tetapi dia menggigit lengan kanan saya dengan sekuat hati untuk melepaskan diri,” katanya.
Rakiah berkata, mujurlah beberapa anggota polis yang bertugas di pondok berhampiran bertindak pantas menyelamatkannya kerana sebelum itu dia memberitahu mereka mengenai tujuannya ke situ untuk mencari anaknya.
Menurutnya, selepas itu, anggota polis terbabit terus menahan anaknya itu dan dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan berikutan anaknya mempunyai kad pesakit mental.
Katanya, Ahmad Shaari menjadi kurang siuman selepas rumah mereka dibakar jiran, 10 tahun lalu dan selepas tragedi itu perangai anaknya berubah menjadi pendendam.

Bapa saman anak kandung RM2j



SEDIH...Baharom tidak dapat menahan sedih ketika menfailkan saman, semalam.
SHAH ALAM: Seorang bapa melahirkan kekesalan terhadap perbuatan tiga daripada lima anak kandungnya sebagai tidak wajar kerana memaksanya menandatangani pada surat pembahagian harta pusaka, selepas didakwa mengurungnya dalam rumah, tiga tahun lalu.
“Tindakan ketiga-tiga anak saya itu tidak kena pada tempatnya. Saya masih hidup, mereka paksa saya tandatangan kerana mahu rampas harta saya,” kata Baharom Long dengan linangan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.
Terdahulu, dia yang menyambut hari jadi ke-85 semalam, memfailkan saman tuntutan ganti rugi berjumlah lebih RM2 juta terhadap tiga anaknya yang didakwa mengurung dan memaksanya menurunkan tandatangan pada satu surat berhubung pembahagian harta pusaka, pada 2007.
Baharom, bekas pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memfailkan saman itu menerusi peguam Muhd Azmi Talib & Co.
Dia menamakan anak sulungnya, Md Hanafiah, 55, pesara tentera sebagai defendan pertama, manakala Zakariah, 52, dan Musa, 50, kedua-duanya bekerja di bahagian kargo syarikat penerbangan, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga. Baharom mempunyai dua lagi anak, Roslan, 48, dan Azizan, 44.
Dalam penyataan tuntutannya, Baharom mendakwa, defendan kedua berjumpanya di Masjid Selayang di pinggir Kuala Lumpur, sekitar November 2007 dan membawanya ke rumah defendan pertama sebelum mengunci pintu dan tingkap kediaman itu.
Di situ, Baharom mendakwa dipaksa menandatangani surat yang tidak diketahui isi kandungannya sekiranya mahu berkahwin kali kedua.
Menerusi salinan surat yang diterimanya kemudian, plaintif mendapat tahu ia surat akuan bersumpah berhubung pembahagian dua lot tanah di Selayang Baru dan Kampung Nakhoda di Batu Caves, milik dia dan arwah isterinya.
Oleh itu, plaintif mendakwa semua defendan secara bersama atau berasingan menipu dan memanipulasi kedudukannya memaksa dia menandatangani surat akuan bertarikh 3 Disember 2007.
Selain itu, dia mendakwa defendan secara agresif memaksanya menyerahkan geran kedua-dua tanah terbabit tanpa persetujuan atau kerelaannya.
Akibat tindakan defendan, plaintif mendakwa dia mengalami trauma serius sehingga sentiasa hidup dalam ketakutan terutama tinggal berseorangan di rumah.
Dia mendakwa mengalami kemurungan teruk kerana bimbang kejadian sama berulang sehingga memaksanya mengambil ubat khas bagi mengawal masalah itu.
Selain itu, plaintif mendakwa perlu berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan psikologi akibat trauma daripada peristiwa berkenaan.//HMETRO

Tiga pelajar samseng




HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin. Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan. “Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya. Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar. “Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

“Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu. - myMetro

Guru wanita cedera ditumbuk pelajar



by Utusan Malaysia   
.KANGAR, 7 APRIL, 2011: Seorang guru wanita, cedera di hidung dikatakan akibat ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku ketika guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, memanggil pelajar tersebut selepas melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas di sekolah itu, pukul 12.30 tengah hari.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata, sebaik sahaja dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai pergaduhan itu, pelajar terbabit terus menumbuk guru berkenaan.

Menurutnya, guru itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan dibuat kepada pihak polis.

“Ketika kejadian, guru berkenaan yang mengajar mata pelajaran Sejarah dipercayai dalam sesi pertukaran kelas,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, guru tersebut ketika ditemui di HTF enggan mengulas lanjut dan masih dalam keadaan terkejut ekoran kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, kata beliau, polis juga turut menerima satu lagi aduan daripada seorang pelajar sekolah yang sama mengenai kejadian dia ditendang oleh seorang pelajar lain dan siasatan sedang dijalankan.
 


Dipetik dari Utusan Online

Ponteng Sekolah... Mrempit... Maut Jatuh Gaung!... Pengajaran Untuk Semua!


Budak ponteng sekolah untuk merempit, ditemui mati atas pokok dalam gaung

Hanya takziah yang dapat saya ucapkan…kepada pelajar-pelajar sekolah, harap perkara ini jadi pengajaran. Pertama, jangan ponteng sekolah, dan kedua jangan merempit tak tentu pasal…kesian la pada mak bapak dan sedara-mara.
Gambar: KAKAK mangsa, Siti Suraini (dua dari kanan) menangis melihat mayat Mohd. Ridzuan di Rumah Mayat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.
Mati tersangkut pada pokok
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
KANGAR – Jika kebiasaannya pelajar yang ponteng sekolah menjadikan pusat siber atau tempat membeli-belah sebagai lokasi untuk melepak namun lain pula kerenah bagi enam sekawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abi di sini kelmarin.
Enam pelajar itu memilih untuk meraikan hari ponteng sekolah mereka dengan menunggang tiga buah motosikal mendaki bukit di Kampung Tok Lalang di sini.
Namun, keseronokan itu membawa igauan ngeri kepada kumpulan pelajar tersebut apabila salah seorang daripada mereka maut apabila motosikal yang ditunggangi ketika menuruni bukit terbabas lalu jatuh ke dalam gaung.
Semasa kejadian pada pukul 12 tengah hari, mangsa Mohd. Ridzuan Baharom , 14, ditemui mati tersangkut pada sebatang pokok tepus dalam gaung yang mempunyai kedalamankira-kira 50 meter.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian sekolah hanya ditemui pada pukul 12.30 tengah malam iaitu selepas lebih 12 jam dicari oleh rakan- rakan, polis dan penduduk kampung.-Kosmo

Azab Allah... RASAKAN... itu baru di DUNIA... BARZAKH? NERAKA??


Mati terbakar dalam Kelab Malam di Thailand






RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...............

Anak Yang Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ibunya.

Foto-Foto dramatis perjuangan induk gajah mempertahankan diri dari serangan buaya di Taman Nasional Luangwa, Zambia.
Induk gajah sedang minum di sungai dengan anaknya ketika tiba-tiba seekor buaya meloncat dari dalam air dan menggigit belalai sang induk.
Pada awalnya sang induk sempat berlutut ketika buaya liar itu menggeliat dengan kuat. Namun induk gajah berhasil menghimpun kembali kekuatan dan menyeret buaya yang terus mencengkram belalainya.
Akhirnya buaya melepas cengkramannya. Akan tetapi ketika buaya lari ke arah sungai, anak gajah terjerembab. Tetapi kedua gajah ini selamat karena tidak lama kemudian mereka terlihat minum air sungai.

PENGUIN




Suatu malam, ketika saya sedang membelek-belek majalah Mastika edisi terbaru, April 2010, yang tersusun di celahan rak buku di rumah, saya tertarik kepada sebuah artikel yang memaparkan gambar puluhan penguin beserta tulisannya. 

Melihatkan gambar sepasang penguin yang comel bersama-sama menjaga anak mereka yang baru menetas, ditambah pula dengan artikelnya yang diberi tajuk "Pengorbanan Seorang Ayah", telah menarik minat saya. Nyata, setelah membacanya, hati saya cukup tersentuh. Di sini saya titipkan artikel ini untuk dihayati bersama..

"Musim sejuk sudah tiba! Ribuan penguin berbondong-bondong merentasi kawasan Antartika di Kutub Utara mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer. Selama berminggu-minggu berjalan, kadang-kadang sang penguin berenang, meluncur dengan perutnya di permukaan ais. Matlamat mereka hanya satu, menuju ke suatu destinasi yang sama. Pada akhir perjalanan, sang penguin ini bertemu dengan ribuan lagi spesies yang sama berkumpul di suatu dataran ais yang luas terbentang.

Sebenarnya, ada tujuan maha penting di sebalik penghijrahan beramai-ramai penguin ini.

Dataran luas tempat mereka bertemu inilah lokasi terbaik untuk si penguin bertelur, menetas, dan menjaga anak masing-masing. Perjalanan memenatkan ini hanyalah sekelumit daripada sekian banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi penguin demi masa depan anak-anak mereka.

Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan. Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan. Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang kerenah. Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk.

Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah Celcius di bawah paras beku. Sepanjang tempoh empat bulan itu, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut ditinggalkan, ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja. Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya turun.

Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. Penguin jantan berasak-asak, menghampiri antara satu sama lain, bagi memanaskan badan mereka.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia. Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah. Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, tetapi si ayah tetap berkorban memberi makan anaknya dari temboloknya.

Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya ke mulut anak kecilnya. Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan. Setelah kekenyangan, si jantan balik semula menemani penguin betina memberi makan anak-mereka bersama-sama.

Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan. Setiap masa, si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara satu sama lain, merengek-rengek seperti pasangan kekasih sedang mabuk cinta. Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada antara mereka menemui ajal. Ketika itu, barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain.

Sifat penguin yang amat dedikasi, taat setia, dan penyayang terhadap anak-anaknya tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun lalu sampailah sekarang. Peliknya, ada antara kita yang bergelar manusia sanggup membuang anak yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah, longkang, dan meninggalkannya di tepi-tepi jalan."


Penguin, walaupun ianya tidak sesempurna manusia, tanpa akal, namun keluhurannya dalam meniti kehidupan amat mengkagumkan. Penguin ini telah melaksanakan yang terbaik demi menunaikan tanggungjawabnya, memelihara anaknya yang juga merupakan anugerah daripada Allah. Pada pandangan saya, sedikit sebanyak ciri pembinaan baitul muslim itu sendiri mungkin dapat dicontohi daripada kisah penguin ini.


p/s : masih adakah mujahidin yang memiliki sifat terbaik penguin itu tadi, yang boleh diajak bercinta, sebagai teman hidup sepanjang hayat di dunia, hinggalah ke syurga?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...