Pages

Sunday 18 September 2011

Babak Zizan hina Rasul dalam Filem Hantu Bonceng


SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.

Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya ini bukanlah taktik promosi, tapi ReJaM© rasa memang betul-betul menghina Islam.

Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

Apa pun terpulang kepada anda untuk menilai...


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/babak-zizan-hina-rasul-dalam-filem.html#ixzz1YMJL06A7

INI CARA REMAJA MELAYU MELAKA RAIKAN HARI MALAYSIA:


Sambutan Hari Malaysia: 87 remaja dicekup dalam pesta liar, 34 orang positif dadah ditahan dalam parti tertutup di Alor Gajah
5614568218_5946e9907e.jpg (500×375)
Gambar Hiasan
gambar hiasan
ALOR GAJAH - Seramai 34 orang ditahan kerana kesalahan dadah dalam satu parti persendirian di sebuah banglo di sebuah resort terkemuka di sini, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Md Azmi Othman berkata, serbuan kira-kira 2.30 pagi itu membabitkan empat pegawai dan 14 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik, Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Hisham A.Rahman.

Beliau berkata 87 orang terdiri daripada 70 lelaki dan 17 perempuan yang berumur antara 18 dan 35 tahun diperiksa dalam serbuan tersebut.

"Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, sembilan orang iaitu lima lelaki dan empat perempuan didapati memiliki syabu beramai-ramai dalam sebuah bilik," katanya ketika dihubungi Bernama.

Md Azmi berkata tujuh lelaki dan tiga perempuan turut ditahan kerana memiliki ganja dalam sebuah bilik lain.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, 12 lelaki ditahan kerana didapati positif ganja, dua lelaki positif ecstacy dan seorang perempuan positif syabu.

Katanya semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah sementara menunggu perintah tahanan reman.- Bernama

N'N:Lagi ramailah masuk sekolah mengandung di Melaka.....


Relaks Kejap - Jangan Tension > 10 WORKING TIPS



Penduduk tangkap ‘orang minyak’


KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar ‘orang minyak’.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit ‘mengejutkan’ keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

“Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

“Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.

Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

“Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

“Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi,” jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti ‘orang minyak’.

“Badannya tidak disapu minyak seperti ‘orang minyak’ tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.

“Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk,” jelasnya.

Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

“Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

“Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.

“Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi ‘ilmu’ yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran,” ujarnya. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...