Pages

Thursday 25 August 2011

Demi Sesuap Nasi... Ku Turut Juga...


Jangan tiru cara terlampau brother ni…


Bukan senang nak jadi senang. Berbekalkan basikal yang semakin mereput brother ni mengunakan setiap inci ruang yang ada bagi membereskan tugasnya. Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bebanan yang perlu disorong oleh mamat seorang ni. Begitulah kalau nak cari makan. Pandai-pandailah memanfaatkan harta yang ada. Macam yang dibuat mamat ni. Janji tak menyusahkan orang…yer tak. Cuma… dibuatnyalah hilang imbangan… naya ler jawabnya…

Berhati-hati Di Jalanraya... Jadikan Berita Ini Sebagai Tauladan Kepada Kita Semua


TRAGEDI RAMADAN : Warga Tua TERPEROSOK Di Bawah LORI SIMEN



ARAU, 25 Ogos -- Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Mata Ayer memperlahankan motosikalnya bagi membelok ke kanan berdekatan kawasan pembinaan jejantas di situ sebelum dirempuh oleh sebuah lori simen yang datang dari arah belakang. Mangsa diseret sejauh kira-kira 40 meter mengakibatkan bahagian badan mangsa hancur dan terperosok di bahagian tayar lori berkenaan dengan cebisan dagingnya bertaburan di atas jalan dan di celah tayar lori.


Mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dibawa untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Adik kepada warga emas yang maut dalam kemalangan jalan raya, Noor Hashimi Salleh, 38, membawa cebisan daging dan tulang abangnya, Mohamud Salleh, 61, ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Warga emas, Mohamud Salleh, 61, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.

Selamat memandu di jalanraya, patuhi undang-undang jalanraya dan INGATLAH ALLAH SETIAP MASA DAN KETIKA WALAUPUN DI MANA ANDA BERADA... Anda Mampu Mengubahnya... khas dari kami di Didik Diri Resources (DDR).. Ramadhan Kareem.. 

Gambar-Gambar Yang Sangat Menyayat Hati Dalam Sejarah Dunia




1.Seorang anak Afghanistan berlindung dalam badai pasir di sebuah kem pelarian di Kabul pada bulan Oktober 2008.

 

2. Di tengah jeritan anak-anak ,fotografer Nick Ut Vietnam berlari kearah gadis yang robek pakaiannya mereka kelihatan sangat ketakutan, berjalan telanjang dengan tangan terbuka.



3.Setelah Nigeria  merdeka pada tahun 1967, Nigeria mendirikan persediaan blokade makanan di Biafra.




4.Gambar ini menunjukkan Eddie Adams, adalah ketua polis  nasional detik sebelum mengeksekusi seorang tahanan muda yang mengaku sebagai Viet Cong Foto ini menyebabkan guncangan hebat dan pendapat masyarakat berbalik menentang perang.




5.Gambar berikutnya adalah ledakan bom atom pertama dalam sejarah, di tujukan terhadap penduduk awam di  Hiroshima di Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua.
Informasi menyebutkan bahawa membunuh hampir 140,000 orang, namun angka tersebut telah meningkatketika ini melebihi 258 ,000, penyakit yang disebabkan oleh radiasi.

 6.Salah satu gambar menyedihkan terbaru adalah diragukan lagi ditangkap selama serangan teroris di New York pada 11 September 2001. Ada banyak foto yang telah diberitahu apa yang terjadi hari itu, tapi gambar berikutnya menunjukkan kelemahan dan kerentanan ikon Amerika.


7.Versi rasmi sampai gambar ini menunjukkan bahawa penerima Hadiah Pulitzer, menunjukkan anak yang kelaparan merangkak ke markas bantuan PBB untuk minta makanan, sementara burung pemakan bangkai menunggu kematian bayi itu untuk memakannya.


9.Gambar berikutnya sangat jelas, menunjukkan pemisahan kulit hitam yang ada di tengah-tengah abad terakhir, Amerika Syarikat. Meskipun jarak dekat antara tandas untuk orang kulit putih dan orang kulit hitam.


10.Tangan kecil didalam foto berikut ini dari seorang anak kelaparan di Uganda, yang dibantu oleh seorang misionaris.

Pemuda Bunuh Bapa Didakwa




Saya petik;

[Kosmo] ALOR SETAR - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh bapanya yang berusia 60 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Mohd. Adli Saman, 33, hanya mengangguk kepala tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Adli didakwa membunuh Saman Sirun di rumah mangsa yang tidak bernombor di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang antara pukul 7 petang hingga pukul 7.30 petang pada 11 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Adli.

Kes akan disebut semula pada 26 September ini di Mahkamah Majistret Kuala Nerang.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 13 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan tindakan seorang penoreh getah yang menetak bapanya sehingga warga emas itu maut dengan sebelah kaki kanannya putus dari atas buku lali dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang.

Turut menjadi mangsa, ibunya, Hasnah Abdul Majid, 58, yang ditetak di kepala dan menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang.

Suspek dikatakan bertindak demikian selepas naik angin hanya kerana marahkan seekor kucing.

Sejurus selepas kejadian, suspek melarikan diri di kawasan hutan berdekatan rumahnya dan dia diberkas tiga hari kemudian ketika sedang menonton televisyen di rumahnya.

Suspek dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit mental namun dia pernah beberapa kali mendapatkan rawatan secara tradisional kerana didakwa mengalami masalah tekanan jiwa.

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam!

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.


Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]


Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/ketua-wanita-keadilan-bukit-gelugor.html#ixzz1W3BWBEZG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...