Pages

Wednesday 13 July 2011

Kisah mayat keluar darah tidak berhenti


http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/4-api-di-dalam-kubur-yang-dipadam-dengan-4-amalan.jpg?w=816

Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?


Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. 
 
Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja...

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.


Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.


Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"


Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"


"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.


Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.


Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.


Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.


Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.


Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA
, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA
, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA
, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
 
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1204.snc4/155621_176827345678534_100000538094606_508710_946933_n.jpg
Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek…
Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…”

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.
Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,”You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah

Kisah Aneh Semasa Menguruskan Jenazah


http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg
Gambar Hiasan

Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :


Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...

Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: 
 
"Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."
Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.

Kisah Duka : Seorang Pelajar Perempuan Palestin


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCOodNsm3Plv-WDkyxC-2hlk7_mqYCkx4pPdiMLEH7Kx9TSGl5wADPr4nxWtSfCguEdHp_8prz5c-T2oqDAS27UPBqD22Ccf1Nv6ehMAvhYuIxRzqF7Fqc9t87_Wodw9abmYJ_w3Ze3VdI/s400/kawan%2520kat%2520skola.bmp

Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya.

Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian .

Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti hand phone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???
 
Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan.

Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangannya memegang erat begnya. 
 
Pandangannya semakin tajam setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam tasnya ???

Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia pun memegang sangat erat begnya. 
 
Seakan dia mengatakan, demi Allah mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.

Tolong buka beg kamu anakku, kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa. Siswi itu tidak mahu membuka begnya. 
 
Dia melihat wanita yang ada di depannya dalam diam sambil mendekap beg ke dadanya. Barikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut. 
 
Namun tiba-tiba dia berteriak keras: tidak … tidak … tidak …
Teriakan itu mengejutkan para pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.

Terjadilah pergelutan sengit: berikan … tidak … berikan … tidak …
 
Apakah rahsia yang dia sembunyikan??? Dan apa yang sebenarnya terjadi???
Maka terjadilah adegan perebutan tangan untuk memperebutkan beg yang masih tetap berada dalam blockade pemiliknya. 
 
Pelajar lain pun terkejut dan semua mata terbelalak. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi.

Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar) tersebut ….
 
Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan yang barang kali mengambil masa yang lama …

Pelajar tadi masuk ke bilik sedang air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan penuh benci dan marah. 
 
Bagi mereka akan mengungkap rahsia dirinya di hadapan orang banyak. Ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi. 
 
Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam beg wahai anakku …?

Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya. Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya??? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam tasnya. 
 
Tidak ada benda-benda haram, hand phone berkamera, gambar dan foto-foto atau surat cinta. 
 
Demi Allah, tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam begnya.

Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.
 
“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam bungkusnya. Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sebahagiannya. Sisanya saya bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak memiliki siapa-siapa. Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”

Tiba-tiba suara tangis meledak ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas perlakukan buruk pada siswi tersebut.
 
Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan di Palestin.

Peristiwa ini juga terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka. 
 
Doa dan uluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel. Bersyukrulah kepada ALLAH SWT kerana kita diberikan nikmat keselesaan dan kemewahan melebihi orang lain. Jika tidak rasa malu kepada MANUSIA rasalah malu pada ALLAH. Siapalah kita jika ALLAH tidak berkehendakkan kita untuk KAYA! Jangan disebabkan kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita semakin MALAS belajar MALAS berusaha KONONNYA sudah MEMILIKI HARTA BERJUTA! Ingatlah wahai diri ini dan pembaca yang budiman.. setiap apa yang kita kerjakan PASTI ada perkiraannya jika tidak di dunia.. AKHIRAT itu adalah PASTI.. Ayuh kepada yang BERHARTA sama-sama membantu saudara seagama semampunya... mana yang kurang BERHARTA masih boleh membantu dengan apa juga yang terdaya.. Kepada ibu2 dan bapa2 di luar sana, janganlah terlalu MEMANJAKAN anak-anak anda.. layanlah mereka dengan sepatutnya... Banyak kes yang saya temui, anak-anak terlalu dimanja.. sampaikan akhirnya si ANAK itu mula BIADAP dan SUKAR untuk merawatnya... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Kisah Sedih Anak Melayu Berkongsi Baju Sekolah


Salam,
 http://pkrlabuan.files.wordpress.com/2010/10/lukarakyat1.jpg
 Gambar hiasan

Setiap kali bermulanya musim persekolahan , Pak Menteri di Malaysia akan bersuara “ Jangan bebankan ibu bapa dengan bayaran yang tinggi” memberi ingatan kepada pentadbir sekolah.

Esoknya , keluarlah berita berkenaan dalam media massa utama. Rakyat terutama yang berfahaman Umno totok pun mendabik dada berlejeh air liur berkata “ baguihnya , kerajaan kita”

Hakikatnya, Pak Menteri bercakap hanya untuk melepaskan diri kerana ibu bapa yang anaknya bersekolah pasti kena membayar yuran naik setiap tahun. Mana ada yuran, kan kerajaan dah hapuskan yuran? Bukan hapus sebenarnya tapi tukar nama jadi bayaran tambahan.

Ibu bapa berfahaman Umno totok selalu akan marah kepada guru kelas  yang kutip bayaran tambahan di sekolah. Kononnya, menteri dah arah jangan bebankan ibu bapa. Tahukah mereka, guru kelas kalau bukan arahan pentadbir sekolah tak ada yang saja-saja nak kutip duit dari pelajar.

Sekolah pun tak boleh nak salahkan juga, sebab kalau tak kutip bayaran tambahan mana nak cari duit untuk laksana aktiviti kepada pelajar di sekolah. Kerajaan mana ada bagi peruntukan untuk semua aktiviti, potong peruntukan lagi ada. 

Mesyuarat agung PIBG pula jadi  tempat meluluskan berapa bayaran tambahan, ibu bapa ramai yang tak pergi mesyuarat agung. Kalau pergi pun malu nak bercakap,  jadi kenalah bayar bayaran tambahan.

Memang la tak wajib bayar, tapi pentadbir sekolah dok suruh guru kelas minta hari-hari. Kalau kelas mereka ramai tak bayar , guru besar atau pengetua pandang semacam ja. Jadi terpaksalah minta pelajar bayar. Pelajar pun ada sifat malunya, dah hari-hari cikgu minta bayar yuran nak pi sekolah pun malu.

Pelajar pun hari-hari peringat ibu bapa suruh cari duit bayar yuran. Akhirnya, terpaksalah bayar yuran walaupun ada bayaran lain yang lebih penting patut didahulukan. 

Bukan bayaran tambahan sahaja kena bayar, yuran PIBG, buku nota dan latihan, alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah , bas sekolah. Paling rendah untuk seorang anak ibu bapa kena keluar RM 300. Bayangkan jika ada 3 hingga 5 anak bersekolah.

Inilah yang berlaku setiap tahun, ibu bapa terpaksa hadapinya semata-mata kerana nak sekolahkan anak-anak. Ibu bapa yang senang tak ada masalah, tapi ibu bapa yang pendapatannya kecil akan rasai  peritnya.

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. 

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. 

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. 

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. 

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. 

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 

 “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 

Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

 “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 

 “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” 

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. 

Cerita-cerita  begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut; 
 
i. Solat sunat 
ii. puasa sunat 
iii. berzikir 
iv. bersedekah 
v. mengusap rambut anak yatim 
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain 
vii. membantu orang susah

Wassalam

Inilah Akibatnya Tidak Ikut Syariat Islam: Pelik TAPI Benar

1. Suami (bukan isteri) yang hamil sehingga dua kali


Thomas Beatie, bekas ratu cantik Hawaii, dilahirkan sebagai wanita tetapi akhirnya memutuskan menukar kelamin melalui pembedahan, dan selanjutnya berkahwin dengan rakan sekerjanya, seorang perempuan, Nancy.

Setelah berkahwin dengan Nancy tidak mempunyai mendatangkan buah hati, kerana Nancy ternyata mandul, Beatie memutuskan menggunakan rahimnya untuk melahirkan anaknya sendiri.
Semasa Beatie mengumumkan kehamilannya, dari sperma yang tidak disebutkan pemiliknya, kontoversi berlaku. Masalahnya Beatie asalnya adalah seorang perempuan, tetapi kerajaan negaranya mengenalinya sebagai lelaki dan perkahwinannya dengan Nancy adalah rasmi dan memperoleh segala hak sebagai pasangan suami-isteri.
2. Saudara Kembar yang bingung menentukan siapa ayah dari anak yang dilahirkan oleh wanita yang sama-sama pernah ditiduri
Sepasang saudara kembar, Raymon dan Richard Miller, mereka adalah ayah dan bapa saudara bagi seorang anak perempuan berusia 3 tahun. Seperti tidak ada yang aneh, tapi masalahnya mereka tidak pernah tahu siapa yang ayah siapa yang bapa saudara. Holly Marie Adams adalah ibu kepada anak itu.
Menurut Holly, dia tidak sengaja melakukan hubungan sex dengan keduanya pada hari yang sama. Semasa Holly ditanya siapa yang menghamilinya, dia menunjuk Raymon, tapi dia meminta untuk dilakukan paternity test , dan bersama saudaranya Richard membawa keputusan ujian ke mahkamah.

Tapi ujian itu tidak membantu kerana hasilnya menunjukkan keduanya 99,9 persen boleh sahaja merupakan ayah kepada bayi dan keduanya ternyata tidak mahu menanggung perbelanjaan hidup anak itu.
 
3. Lelaki yang mempunyai anak dari sampel spermanya yang berasal dari 22 tahun yang lalu
Pada bulan Jun 2006, Chris Biblis, bekas pesakit leukimia yang sampel spermanya dibekukan semasa masih remaja, menjadi ayah kepada seorang bayi setelah para doktor berjaya mencairkan sampelnya setelah 22 tahun. Chris masih berusia 16 tahun semasa doktor memintanya melakukan radiotherapy yang mungkin akan menyebabkan dirinya mandul.

Doktor mencadangkan kepadanya mengambil sampel spermanya untuk penggunaan di masa depan sebelum Chris memulakan terapinya. Pada masa usianya 38 tahun, Chris merayakan kelahiran bayi perempuannya, Stella, dari rahim isterinya.

Di rahim isterinya inilah ditanam benih bayi hasil sampel sperma Chris dari 22 tahun yang lalu yang diinjeksikan ke dalam sel telur isterinya. Penyimpanan sprema selama 22 tahun sebelum kemudian digunakan ini tercatat merupakan rekod dunia.

4. Presiden yang mengaku sebagai ayah dari seorang anak hasil hubungan gelap
Bulan April 2009, presiden Paraguay yang pernah menjadi paderi khatolik Fernando Lugo, mengaku dia adalah ayah kepada seorang anak hasil hubungannya dengan seorang wanita semasa dia masih menjadi seorang uskup Katolik.

Lugo, 57, mengumumkan statusnya sebagai paderi tahun 2006 semasa dicalonkan sebagai presiden tetapi pada Julai 2008 Pope Benedict XVI mengizinkannya untuk berhenti.

Presiden mengaku memiliki hubungan sulit dengan Viviana Carrillo, 26, yang bermula semasa dia masih berusia 16 tahun, dan anaknya Gullermo Armindo, 2, lahir semasa Lugo masih menjadi sebagai paderi. Lugo akhirnya mengakui ini 5 hari setelah Carrillo dan peguamnya mengajukan permohonannya ke mahkamah tempatan.
5. Lelaki yang membayar 20 ribu dollar untuk membiayai hidup anak yang bukan anaknya
Di New Mexico, Steve Barreras dipaksa untuk membayar sejumlah 20 ribu dollar untuk membiayai hidup seorang anak perempuannya yang sebenarnya tidak ada. Setelah bercerai dengan Viola Trevino, Viola mengatakan sedang mengandung anak Steve. Sedangkan Steve pernah menjalani vasektomi di tahun 1999.
Trevino kemudian mengambil seorang anak perempuan bernama “Stephanie Renee”, yang menurutnya lahir pada tahun 1999 dan memiliki surat baptis, akta kelahiran, surat jaminan kesihatan, dan surat jaminan sosial untuk gadis itu. Pada tahun 2002, Trevino berhasil mempengaruhi mahkamah untuk memerintahkan Steve membayar biaya hidup atas “Stephanie” dengan memalsukan bukti DNA.

Pada bulan Disember 2004, semasa hakim ingin melihat anak itu, Trevino pergi ke mall dan memujuk seorang nenek dan cucunya yang berusia 2 tahun dan mengajaknya “pergi menemui Santa Claus”. Di mahkamah anak berusia 2 tahun itu diakuinya sebagai anaknya.
6. Ayah termuda di England
Alfie Patten sempat menjadi terkenal kerana dikatakan sudah menjadi ayah kepada seorang bayi semasa umurnya yang masih 12 tahun. Tapi kemudian ternyata fakta ini dibantah.
“Saya akan bertanggung jawab dan akan menjaga bayi Maisie seperti ayah yang lain. Sayalah satu-satunya yang tidur dengan ibu Maisie, Chantele,” ujar Alfie kepada media.
Tapi kemudian sebuah tabloid Inggeris melaporkan bahawa hasil dari ujian DNA menunjukkan bahwa Alfie terbukti bukanlah ayah kepada anak Chantelle Stedman.
Chantelle yang semasa hamil berusia masih 14, berkeras bahawa dia mencintai Alfie yang masih bersekolah itu dan menyatakan bahawa dialah yang merenggut kegadisannya.

Masalahnya, setengah remaja di Eastbourne, England mengaku pernah tidur dengannya, dan mendorong Alfie untuk melakukan paternity test dengan hasil yang memalukan Alfie.

7. Bayi jutaan dollar Anna Nicole dan empat lelaki yang mengaku sebagai Ayahnya
Sekurang-kurangnya ada 4 lelaki yang mengaku sebagai ayah kandung kepada bayi Anna Nicole Smith, yang mewarisi harta jutaan dollar. Mereka adalah Howard K. Stern (penguam Anna, sahabat dan kekasih terakhirnya), Larry Birkhead (fotografer selebriti yang mempunyai hubungan erat dengan Anna selama 2 tahun) dan Zsa Zsa Gabor’s (bekas suami dan salah seorang pengawal peribadi Anna).

Seorang lagi lelaki yang pada masa lalu mempunyai hubungan dengan Anna adalah Mark “Hollywood” Hatten yang pada masa itu sedang merengkok dalam penjara. Mark menyatakan bahawa dia adalah ayah kepa anak Nicole kerana Anna pernah memintanya melakukan “derma sperma” untuk “Anna Nicole Smith sperm bank”, sesuatu yang diada-adakan dan membuatnya menerima konsekuensi dipenjara.

Akhirnya, setelah melalui banyak kekecohan dan ujian-ujian DNA, bekas kekasih Larry Birkhead terbukti sebagai ayah kepada si million dollar baby.

8. Anak kembar yang berasal dari orang tua yang berbeza
Wilma dan Willem Stuart adalah pasangan Belanda yang lama mengharapkan kehadiran bayi tapi gagal sebelum kemudian memutuskan mencuba kaedah IVF (pembenihan di luar rahim – bayi tabung). Akibatnya mereka kena mulai belajar bagaimana menjadi orang tua bagi anak kembar.
Tetapi semasa anak kembarnya lahir, keanehan terjadi. Tidak seperti lazimnya anak kembar, Koen mempunyai mata biru, rambut hitam, dan kulit pink, sedangkan Tuen mempunyai mata gelap, rambut gelap, dan kulit coklat.

Satu ujian DNA menunjukkan Koen merupakan anak kandung Stuarts (berasal dari spermanya sendiri yang membenihi sel telur isterinya), tetapi Tuen terbukti bukan anak Stuart secara genetik.

Walaupun laporan hasil investigasi tidak dihebahkan, spekulasi muncul bahawa telah terjadi kesalahan proses dimana saluran yang digunakan dalam proses pembenihan bayi tabung digunakan dua kali dan mengakibatkan sperma Stuart bercampur dengan sperma orang lain. Stuart masih ingat pada masa proses berjalan, bersamanya terdapat juga pasangan kulit hitam di ruang menunggu IVF.
9. Laki-laki yang menyewa jirannya untuk menghamili isterinya, tapi gagal
Di Stuttgart, Jerman, seorang lelaki menyewa jirannya untuk menghamili isterinya, kerana beliau sendiri mandul. Pasangan Demetrius Soupolos, 29, dan Traute – bekas ratu cantik tempatan berhajat mempunyai cahaya mata tapi sayangnya doktor memngatakan suaminya mandul atau tidak akan boleh menghamili isterinya.

Lalu Souplos tidak ragu menyewa jirannnya, Frank Maus, 34, untuk menghamili isterinya, memandangkan dilihatnya Maus berhasil dengan isteri dan dua anaknya. Rancangan aneh ini nampaknya berjalan lancar pada awalnya. Souplos membayar Maus 2.500 dollar untuk tugas 3 malam dalam seminggu selama 6 bulan.

Dengan semangat Maus menjalankan pekerjaan barunya yang menyeronokkan ini. Jumlah Maus berjaya meniduri Traute sebanyak 72 kali. Sayangnya walaupun digempur habis-habisan, Traute tidak juga hamil.

Akhirnya melalui informasi dari doktor menyatakan bahawa sebenarnya Maus juga sama sedang menjalani terapi perubatan suami mandul seperti dirinya. Souplos dan isterinya terkejut besar setelah isteri Maus akhirnya mengakui bahawa dua anaknya bukanlah anak dari Maus.
10. Lelaki yang harus menafkahi anak yang bukan darah dagingnya
Enam belas bulan setelah perceraiannya, Richard Parker, seorang warga Florida, mengetahui bahawa anak yang dia nafkahi selama ini ternyata bukan anak kandungnya, setelah melalui ujian DNA.

Mahkamah Florida menyatakan Parker harus meneruskan nafkah tersebut sebanyak $1,200 setiap bulan kerana dia telah melepasi tempoh waktu 1 tahun untuk melakukan tuntutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...