Pages

Monday 11 July 2011

Helah Remaja Sembunyikan Awek Dalam Semak

SUNGAI LIMAU DALAM- Seorang lelaki bertindak menyembunyikan seorang remaja perempuan yang dipercayai kekasihnya  di dalam semak berikutan takut ditahan oleh anggota Skim Rondaan Sukarela(SRS) Sungai Limau Dalam yang sedang melakukan rondaan malam.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.15 pagi semalam itu bermula apabila motosikal lelaki terbabit terkandas di kawasan Sungai Limau Dalam berikutan kehabisan minyak. Setiausaha SRS Sungai Limau Dalam, Syed Jahaya Syed Abdul Rahman berkata, ketika itu beberapa anggota SRS sedang melakukan rondaan malam sekitar kawasan Sungai Limau Dalam.
 

Beberapa anggota SRS Sungai Limau Dalam sedang menyoal siasat pasangan yang ditahan.

“Selepas itu, anggota SRS terserempak dengan seorang lelaki yang dikatakan terkandas berikutan motosikalnya kehabisan minyak. Sehubungan itu, beberapa anggota SRS bertindak untuk membantu remaja terbabit  dengan memberikannya bekalan minyak.

“Selepas itu, lelaki tersebut pun bergerak  pulang ke rumahnya. Namun begitu, salah seorang anggota SRS yang dikenali sebagai Chop berasa curiga dan bertindak untuk melihat gelagat lelaki tersebut dari jarak jauh,” katanya

Menurutnya, selang beberapa minit, lelaki tersebut berpatah balik dan menuju ke arah tempat dia terkandas.
“Selepas itu, seorang perempuan berusia 17 tahun keluar dari semak dan terus membonceng motosikal lelaki terbabit.

“Sehubungan itu, anggota SRS lain bertindak menahan pasangan terbabit dan pasangan terbabit dibawa ke dewan untuk siasatan,” katanya.

Dia berkata, pasangan tersebut cuba mengelirukan anggota SRS dengan memberikan keterangan palsu.

“Boleh dikatakan, 90 peratus percakapan mereka adalah palsu. Lelaki terbabit mengatakan bahawa mereka baru pulang melihat mayat rakan mereka dan dalam perjalan pulang. 

Namun begitu, remaja perempuan terbabit memakai pakaian yang langsung tidak sesuai ke majlis kematian.

“Saya belum pernah nampak ada perempuan yang berbaju ketat, berseluar pendek, tidak bertudung ke majlis kematian. Namun begitu, pasangan tersebut tetap mengiakan apa yang diperkatakan oleh mereka,” katanya.

Lebih malang lagi, remaja perempuan tersebut sangup mengatakan bahawa ibu bapanya telah bercerai  dan tidak tinggal bersama Ibu bapanya lagi berikutan ingin mengelakkan perbuatannya diketahui oleh ibu bapanya.

Syed Jahaya berkata, selepas lima jam di tahan, remaja perempuan tersebut menceritakan hal yang sebenar dan mengatakan apa yang mereka cakapkan tadi semuanya adalah palsu.

“Sebenarnya tiada majlis kematian, ibu bapa perempuan tersebut pun tidak bercerai. Remaja perempuan tersebut mengatakan bahawa baru sehari mengenali pasangan lelaki tebabit.

Ibu kepada pasangan lelaki yang enggan dikenali berkata, dia merelakan apa yang akan dilakukan kepada anaknya.

“Saya tidak kisah kalau nak hantar anak saya ke pusat pemulihan, biar dia rasa. Saya selalu nasihat agar dia menjaga batas pergaulan. Dia selalu pandang remeh dengan nasihat saya. Kalau saya cakap banyak, dia akan buat muka. Sekarang benda telah pun berlaku.  Saya redha denga apa yang terjadi.

“Secara peribadi, saya amat menyokong usaha yang dilakukan oleh SRS Sungai Limau Dalam untuk menjaga anak bangsa kita. Walaupun pahit untuk menerima hakikat kelakuan anak saya, saya yakin sesuatu yang baik pasti berlaku selepas ini,” katanya. Kedua-dua pasangan tersebut diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Yan untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

Sanggup menipu kata Ibu dan bapa sudah BERCERAI semata-mata mahu selamatkan diri daripada diketahui keluarga. Kepada Ibubapa diluar sana, awasi anak-anak remaja anda khususnya remaja perempuan, INGAT, peristiwa di atas MUNGKIN akan berlaku dalam keluarga anda! Waspada sebelum terlewat...anda mampu mengubahnya..INSYALLAH!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...