Pages

Tuesday 23 August 2011

Cinta.. 6000 anak tangga...

Kisah Cinta Yang Memilukan Dari ChinaSatu kisah cinta dari China yang amat menyentuh perasaan.Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki yang muda mencintai seorang wanita yang lebih tua daripadanya,  dan kemudian melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua.Pasangan ini telah tinggal di dalam gua ini selama 50 tahun.Liu Guojiang, yang ketika itu berusia 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ….Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana  perbezaan usia di antara mereka dan Xu juga sudah mempunyai beberapa orang anak….Pada ketika itu keadaan ini tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari celaan dan cacian masyarakat sekeliling, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa, tidak ada bekalan elektrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka.Xu selalu merasa bahawa ia telah membuat nasib Li malang kerana mencintainya dan dia berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu selalu menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usia  itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun ibunya jarang turun daripada gunung itu.Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?”
Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

Koleksi Keratan Akhbar: Anak Derhaka!

Apa yang bakal anda lihat di bawah ini hanya sebahagian kecil daripada koleksi ANAK DERHAKA yang berjaya dikumpul dan diposkan di blog ini. Kerana, sejak akhir-akhir ini, kita sering melihat, membaca, menonton kisah-kisah anak derhaka ini di media-media massa. Jika sebelum ini hanya sebilangan kecil kes-kes DERHAKA ini dilaporkan, dan kes-kes berkenaan hanya melibatkan MAKI.. TENGKING.. yang boleh dikategorikan sebagai DERHAKA KECIL. Walau bagaimanapun, seperti trend masa kini yang berubah mengikut zaman, kes ANAK DERHAKA ini turut tidak ketinggalan memenuhi ruang-ruang kosong akhbar. Apa yang mendukacitakan, tahap KEDERHAKAAN anak-anak ini sudah mula sampai tahap MEMUKUL.. MEMBELASAH... dan MEMBUNUH! Persoalannya, apakah yang menyebabkan masalah ini boleh terjadi? Siapa yang bersalah? dan apakah ada jalan penyelesaiannya? 

Kita sering disajikan dengan isu-isu POLITIK.. LIWAT yang tidak berkesudahan.. RASUAH para pemerintah... kegawatan EKONOMI dunia.. dan yang terbaru isu KEAGAMAAN.. MURTAD.. GEREJA.. dan dimomokkan dengan isu KETUANAN MELAYU dan GAGASAN 1 MALAYSIA. Realitinya, kes-kes ANAK DERHAKA ini dilihat hanya sebagai perencah yang berfungsi MEMENUHI RUANG KOSONG berita dan bukan dilihat sebagai suatu perkara yang perlu diberikan keutamaan! 

Sedia maklum, kes-kes remaja dan gejala sosial barangkali sudah MUAK dan BOSAN untuk dibincangkan diperingkat nasional. Mungkin kerana sudah terlalu BANYAK kes-kes seumpama ini mendominasi ruang berita semasa sebelum ini. TETAPI, wajarkah kita hanya memejamkan mata?memekakkan telinga.. dan hanya MEMBACA laporan-laporan berita ini hanya sebagai BAHAN BACAAN picisan semata-mata?? mungkin ramai diluar sana yang rasa bimbang, apakah kes anak derhaka ini bakal mereka hadapi. Jawapan saya, TIDAK MUSTAHIL kes-kes berkenaan kena pada batang hidung kita! kerana, melalui pengalaman turun ke lapangan sosial ini, kami mendapati majoriti ahli keluarga remaja TIDAK pernah MEMINTA atau TERFIKIR bahawa masalah ANAK DERHAKA ini akan mereka hadapi!

Nah, Baca dan tafsirkanlah sendiri satu demi satu laporan berita di bawah ini. semoga menjadi teladan dan peringatan kepada kita semua supaya berwaspada dan terbuka minda untuk turt sama-sama bertanggungjawab menjadi warga yang turt sama membantu mengatasi masalah yang sedang melanda umat kita hari ini.


















Kes Didik Diri Resources (DDR) di Metro: Remaja lari dari rumah kerana ganja


Cikgu Syawal a.k.a Cikgu GURUH bersama remaja berkenaan di kediamannya di Keramat.


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati ‘lalok’ selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.

“Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja,” katanya.

Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.

“Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama,” katanya.


Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.


“Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur,” katanya.

Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa
.

Anak Setan Cuba CAMPAK Ibu dari Tingkat 14





Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

“Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah. 

“Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

“Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar,” katanya.

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

“Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.

“Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah,” katanya.

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

“Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik,” katanya. -  Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Cucu Iblis Panggil Nenek "Babi", Belasah Datuk




 
Saya petik:

[HM] IPOH: ‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.

Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga.

Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.

Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.

“Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.

“Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam.

Ketika ibu bapa lain mengharungi kehidupan selepas pencen dengan beristirehat dan mengharapkan anak menghulur wang perbelanjaan setiap bulan, Mariam dan suami masih terpaksa mengerah sisa kudrat bagi mengisi perut.

“Hidup saya semakin menderita apabila Ahmad ditimpa dua kemalangan berselang setahun kira-kira tiga tahun lalu, menyebabkan dia hilang upaya bergerak sejak dua setengah tahun lalu.

“Kemalangan itu menyebabkan tulang kaki kiri suami retak hingga terpaksa menjalani pembedahan memasukkan dua besi, dan kesihatan diri yang semakin uzur memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Namun baginya, penderitaan menanggung kesakitan itu masih boleh ditanggung berbanding layanan zalim cucunya.

Ahmad berkata, selepas mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya, cucu dan isteri masih tinggal bersama mereka sebelum membuat keputusan mengejut keluar rumah kira-kira setahun lalu.

“Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya.

“Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak.

“Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya.

Mariam yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti jantung, darah tinggi, lelah dan kencing manis berkata, sejak keluar dari rumah, cucunya tidak pernah menjenguknya.

Difahamkan, pasangan itu yang mempunyai tiga anak perempuan kini tinggal sebatang kara di Persiaran 22, Taman Meru C, Jelapang dengan mengharapkan bantuan ikhsan orang ramai.

Anak Tumbuk Ibu Sampai Koma


Gambar Hiasan



Tanggang moden. 

Walaupun si anak ini memohon maaf daripada ibunya, namun hal itu tidak dapat menghilangkan fakta bahawa dia pernah menumbuk ibunya sehingga parah. Sedangkan anak ditegah untuk berkata "ah, eh" kepada ibu, lelaki lahanat ini menyakiti ibunya secara fizikal.

Saya petik:
[BH] CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah.

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, kerana kepenatan, tercetus salah faham antara kedua-dua beranak itu menyebabkan berlaku pergaduhan kecil hingga suspek secara spontan menumbuk muka ibunya dengan kuat sebelum wanita itu terjatuh ke lantai lalu terkena meja kopi,” katanya.

“Akibat kesan tumbukan itu, ibu suspek turut mengalami patah tulang kening, sementara hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Wanita itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan teruk sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, ibu malang itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dilihat mula sedarkan diri petang ini (semalam),” katanya.

Abdullah berkata, polis sudah menahan reman anak ketiga mangsa berumur 25 tahun selama seminggu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.- Suhaidi Mohamed Amin

Gadis Sanggup Mengaku "Anak Haram", Semata-mata Kerana...




Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.

Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat
sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.

Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.

Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.

“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.

“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.

Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.

“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.

“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.

“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.

“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.

“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya.


 P/s: Bingai!


Berkaitan:
Keluarga Wajib Bertaubat
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan membelakangkan bapa sebagai wali bukan saja melanggar undang-undang keluarga Islam, malah semua pihak yang bersubahat memalsukan keterangan itu melakukan dosa besar dan wajib bertaubat.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata selepas menerima aduan daripada Sham, pihaknya kini dalam proses untuk memfaraqkan pasangan itu kerana secara jelas berlaku penipuan dalam perkahwinan terbabit.

“Secara umumnya, wali mujbir atau wali akrab menjadi satu syarat utama sah sesebuah pernikahan, tetapi dalam kes ini berlaku manipulasi undang-undang apabila si anak lebih sanggup mengaku anak tidak sah taraf daripada meminta bapa kandung menjadi wali.

“Kes seumpama ini pernah berlaku apabila seorang wanita menipu dengan menggunakan sijil kematian palsu bapanya untuk bernikah secara berwali hakim. Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu difaraqkan serta-merta. Justeru, mengambil intipati perundangan sama tindakan tegas perlu diambil bagi kes ini,” katanya yang ditemui, semalam.

Beliau berkata, pasangan itu hanya boleh dinikahkan semula dengan berwalikan bapa kandungnya yang masih hidup kerana mengikut hukum syarak, perkahwinan tanpa wali mujbir tidak sah.

“Dalam kes ini, jurunikah juga bukan sekadar memastikan semua maklumat dalam borang nikah lengkap, malah sahih bukan bersikap sambil lewa.

“Malah, semua pihak yang mengetahui mengenai perkara ini, tetapi tidak menghalangnya wajib bertaubat kerana melakukan dosa besar selain melanggar undang-undang syariah,” katanya.

Anak Derhaka: Remaja Perempuan MAKI dan PUKUL Ibu OKU



Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Seorang ibu orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dimaki maah dipukul anak perempuannya hanya kerana makanan yang disediakannya dikatakan tidak sedap di kediaman mereka di Petaling Utama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.

Menurut sumber, suspek kemudian mencapai cawan plastik yang berada berdekatan lalu menghentak kepala ibunya berkali-kali sambil memaki-hamun.

“Mangsa tidak dapat mempertahankan dirinya berikutan keadaannya yang berkerusi roda dan lemah.

“Lebih keji apabila suspek sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan masakannya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, ini bukan kali pertama wanita OKU itu diperlakukan sebegitu, malah sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan polis berikutan suspek memukulnya hanya kerana perkara kecil.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Pelajar Teguk ARAK Ajak Cikgu BERTUMBUK




Sekadar hiasan. Gambar ini memaparkan aksi pelajar bertekak dan kemudiannya menumpuk gurunya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Sarawak.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meneguk arak dan tidak berpuasa ketika sesi persekolahan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota bertindak ala gengster apabila mencabar seorang guru lelaki sekolah berkenaan untuk bertarung dengannya di hadapan sekolah itu, semalam.

Difahamkan, selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk ponteng, suspek yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu turut memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang perlindungan. Malah, jika permintaannya ditolak, ‘gengster junior’ terbabit dikatakan akan memukul mereka. 

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 7.30 pagi semalam, pelajar terbabit turut dikatakan mengugut untuk mencederakan guru lelaki berusia 30 tahun sehingga parah dalam pergaduhan yang dirancangnya itu sebagai balasan terhadap perbuatan mangsa yang membongkarkan kegiatan tidak bermoralnya kepada pengetua sekolah berkenaan.

Bimbang dengan ancaman berkenaan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, semuanya bermula apabila pelajar terbabit berjumpa guru berkenaan selepas tamat perhimpunan pagi di tapak perhimpunan sekolah itu....
 

P/s: Buka mata dan lihat betapa teruknya moral remaja sekarang. Lahanat ini anak siapa?

Pelajar Sekolah Agama Lahirkan Bayi Lelaki!


SEORANG pelajar asrama sebuah sekolah agama melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan di Pasir Pekan, Tumpat, pagi semalam.





 SEORANG pelajar asrama sebuah sekolah agama  melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan di Pasir Pekan, Tumpat, pagi semalam.

SEORANG pelajar asrama sebuah sekolah agama melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan di Pasir Pekan, Tumpat, pagi semalam.

Rahsia pelajar sakit senggugut terbongkar

TUMPAT: Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, dekat sini, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.
Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan.
Sumber mendakwa, kakitangan sekolah itu terkejut melihat pelajar perempuan terbabit yang dilihat masih keletihan kerana baru bersalin.

“Kakitangan sekolah itu terus memaklumkan perkara itu kepada pengurusan sekolah sebelum menghubungi ambulans dan menghantar pelajar dan bayi terbabit ke klinik berdekatan.

“Difahamkan, pelajar perempuan berasal dari Pasir Mas itu pernah mengadu sakit perut dengan alasan senggugut kepada beberapa rakannya ketika makan malam kelmarin, tetapi rahsianya terbongkar selepas pelajar itu melahirkan seorang bayi dalam tandas sebelum dia membawa bayi berkenaan ke dalam bilik asramanya,” katanya.

Sumber berkata, pada jam 8 pagi, pelajar terbabit dikatakan meminta kunci asrama daripada seorang penyelia asrama sekolah itu dengan alasan mengambil barangan yang tertinggal, tetapi tidak dibenarkan. 
“Pelajar terbabit kemudian meminta kunci disimpan pengawal keselamatan sekolah dengan alasan sama dan tanpa disedari sesiapa, dia sebenarnya melahirkan bayi itu,” katany

Remaja lari dari rumah kerana ganja



KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati ‘lalok’ selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.

“Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja,” katanya.

Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.

“Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama,” katanya.

Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.

“Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur,” katanya.

Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa. - Mymetro

Kemuliaan Seorang Insan....



Terdapat sejumlah 4 set gambar yang dirakamkan oleh seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu. Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."

Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh.


Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus melindunginya.


Gadis ini lebih mengutamakan memeyungi lelaki tua itu.


Melihat dari gambar-gambar itu, kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.

Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...