Pages

Saturday 27 August 2011

Remaja 15 Tahun Didakwa Guna Pil Khayal untuk Nodai Rakan.




Saya petik:

[HM] KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan 


kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.

“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.


“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Gadis 21 Tahun Tinggalkan Keluarga BERAYA Dengan KEKASIH NEPAL



PADANG SERAI, 28 Ogos -- Remaja tempatan Norshahirah Mohd Rasul,21, (kiri) menghilangkan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan,24 sejak 22 Ogos lalu.





Pemandu bas kilang Mohd.Rasul Kassim,50 (kiri) bersama isterinya Siti Fatimah Jasin,46 menunjukan gambar anakkesayangan beliau Norshahirah Mohd Rasul,21, yang melarikan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal sejak 22 Ogos lalu ketika sidang media dirumahnya di Taman Kenangan, Pekan Sungai Karangan di sini, hari ini.

Selamat Hari raya,Berhati-hati Di Jalan Raya



Selamat hari raya saya ucapkan pada semua teman-teman blogger dan pembaca blog ni,Berhati hati di jalan raya .Jalan raya tempat kita berkongsi bukan milik anda seorang.
Saja nak berkongsi gambar -gambar ini sebagai peringatan bersama.







Ingat sunnah Rasulullah s.a.w jangan sombong di atas jalan,bertimbangrasa dengan orang lain .insyaallah selamat.
Saya doakan anda semua selamat dalam perjalanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...