Pages

Saturday 10 September 2011

Mati BERPELUKAN Bukti CINTA Terlarang!




Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.

MEROGOLSAMBIL BERKARAOKE



Rogol di pusat karaoke 

AYER KEROH - Seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan agama di Bukit Lintang, dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana merogol seorang remaja di bawah umur sebanyak dua kali, Jun lalu. 

Remaja berusia 17 tahun dan menetap di Merlimau itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muzila Mohamed Arsad.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia telah merogol seorang perempuan berusia 15 tahun 6 bulan di sebuah pusat karaoke di Dataran Pahlawan Melaka Megamall kira-kira jam 3 petang pada 15 Jun 2011. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh merogol mangsa yang sama di pusat karaoke di kompleks beli-belah Mahkota Prade kira-kira jam 11.40 pagi pada hujung Jun lalu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Muhather Mohd Kudus yang mengendalikan kes berkenaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan. 

Bagaimanapun, tertuduh memohon wang :jaminan dikurangkan kerana dia berasal daripada keluarga yang susah dan mempunyai adik-beradik ramai, selain masih perlu lagi hadir ke sekolah. 

Muzila kemudian membenarkan jaminan RM3,000 diberikan terhadap tertuduh dan turut menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan kes bagi mendengar laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan pada hari yang sama.-sinarharian.

DILIWAT ATAS SILING!!




SUNGAI PETANI - “Saya diliwat dua kali, kali pertama di atas siling asrama dan kali kedua pada bulan puasa di tandas asrama,” begitulah pengakuan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika ditemu bual Sinar Harian semalam.

Kanak-kanak terbabit menjadi mangsa liwat seorang rakan asramanya sebelum bulan puasa dan pada 20 Ogos lalu dan kini ditempatkan di

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk siasatan lanjut.



Menurut ma n gsa, k ali pertama dia diliwat oleh rakannya itu di atas siling asrama setelah dipaksa naik ke tempat itu yang difahamkan diletakkan tilam.

“Siling asrama pecah dan ini membolehkan rakan terbabit naik ke atas siling itu. Saya dipaksa naik ke atas siling ketika rakan-rakan lain menonton televisyen.

“Kali kedua, semasa saya membasuh pakaian di bilik air, rakan itu memanggil saya ke tandas dan memaksa saya tanggalkan seluar serta mengugut supaya saya tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Ibu mangsa pula berkata, anak keduanya itu memberitahu diliwat ketika dia pergi ke sekolah anaknya kerana sering berasa runsing selepas menghantar mereka pulang ke sebuah asrama anak yatim di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, gerak hatinya yang tidak dapat melelapkan mata pada Ahad lalu membawanya pergi ke sekolah keesokan harinya (Isnin) untuk bertanyakan khabar anaknya itu.

“Saya terkejut apabila anak saya mengaku diliwat tanpa rela oleh rakan asramanya sambil menangis. Dia juga memberitahu saya bahawa dia tidak mahu pulang semula ke asrama anak yatim terbabit kerana takut.

“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Selepas itu terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Ong Aik Cheang ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan.

Aik Cheang berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan dan suspek direman.

“Sementara ini kita menunggu laporan daripada pihak hospital bagi membantu siasatan dan suspek direman sehingga 12 September ini,” katanya.

Pengarah HSAH, Dr Harif Fadzilah Che Hashim ketika dihubungi berkata, mangsa ditempatkan di Wad Bunga Raya 1 HSAH dan masih dibawah pemeriksaan doktor.

“Pihak kita menjalankan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Untuk sementara waktu ini kita menunggu hasil pemeriksaan.

“Selepas itu, kes ini akan diserahkan kepada Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, penyelia asrama anak yatim berkenaan yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, setakat ini pihaknya mengambil tindakan terhadap suspek dengan gantung asrama selama sebulan sementara siasatan dijalankan.

“Sekiranya didapati bersalah, pihak kami tidak akan membenarkan suspek ditempatkan di asrama ini lagi,” katanya.-sinarharian

Pasangan Kekasih MINUM RACUN, Seorang MATI







SEREMBAN, 9 Sept -- Anggota polis serta jabatan forensik mengangkat mayat lelaki yang mati selepas dipercayai meminum racun rumpai untuk dibawa ke Bilik Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat di sini, hari ini.







A. Soraj @ Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, (kiri) yang ditemui mati dipercayai meminum racun rumpai di rumah sewanya di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat ini, hari ini. Turut ditemui bersama lelaki itu, teman wanitanya yang berusia 18 tahun yang dipercayai turut minum racun berkenaan tetapi keadaannya stabil.


-Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...