Pages

Friday 12 August 2011

Anak Sekarang Sudah Tahap TETAK Mak Ayah...


BAPA Mati, EMAK Cedera DITETAK ANAK Sebelum BERBUKA PUASA

KUALA NERANG, 12 Ogos -- Seman Siron, 60, mati ditetak dengan parang oleh anak lelakinya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini malam tadi. Dalam kejadian sekitar 7 malam tadi, Seman meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecedera di kepala, putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya.


DIBURU... Suspek, Mohamad Adli Saman yang juga anak ketiga mangsa bunuh Seman Siron, dipercayai melarikan diri ke Hutan Simpan Puncak Janing dekat sini setelah menetetak bapanya dengan parang sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini malam tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...