Pages

Wednesday 3 August 2011

Waktu solat dan warna alam

 
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing.

 
Waktu subuh di Masjid Nabawi 
 
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 
Solat Jumaat di Masjidil Haram 
 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). 

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

 
Menjelang senja 
 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

 
Solat Isyak di Masjidil Haram 
 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana 

Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Mengenali Kebenaran Islam Melalui Sains



Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam. 

Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.

Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain. 

Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam. 

Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDOR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau. 

Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran. 

Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidor dan kematian dan lain-lain phenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. 

Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini. 

Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42] 

Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidor dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam. 

Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang lelaki atau wanita tidor, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun tidor. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”. 

Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam. 

Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut, dan beliau merupakan seorang yang berotoriti didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh al-Quran, Kitab yang telah diturunkan kepada Manusia dan Jin.

 

Suatu hari didalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues Yves Cousteau telah mendapati bahawa bahawa terdapat kesan-kesan Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan beliau tidak menemui sebarang jawapan. 

Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya : 

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا

“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya “ [Surah Al-Furqan : 53].
أَمْ مَنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 “Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui” [Surah An-Naml : 61].)

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ . بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ .
“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya” [Surah al-Rahman : 9:20] 

Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi yakin akan kebenaran al-Quran, lantas memeluk agama Islam.


Semasa lawatan ke Arab Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai, telah ditujukkan ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon Prof Tajasen adalah bahawa didalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan berkenaan dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau tidak menjumpa perkara tersebut.

Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji-selidik Professor Keith Moore, seorang sainstis Kanada. Jawapan beliau. Memang dia mengenali Professor Keith Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali didalam bidang Embriologi. 

Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore dimana Prof. Moore telah memberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat didalam al-Quran yang sangat sinonim dengan kajian Sains Moden. Prof. Tajasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat yang berikut telah diperlihatkan oleh beliau :- 

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
 ”Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Al-Nisa : 56)

Prof. Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi (kajian kulit) dimana Sains Moden baru sahaja menemui perkara ini, dimana kulit mengandungi semua penghujung saraf, dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seseorang yang terlibat tidak akan merasa sakit lagi. Allah swt tahu akan kajadiannya itu, dan akan menjadikan kulit baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit tersebut hangus.

Prof. Tajasen juga bersetuju bahawa adalah tidak mungkin sumber ini datang dari manusia, dan dilihat dari al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. Dari mana pula timbul ilmu tersebut, Tanya Prof. Tajasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta, maka dari dialah datang ilmu pengetahuan tersebut.

Prof. Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau, lima pelajar beliau telah memeluk Agama Islam.
Prof. Tejasen kemudiannya telah kembali ke Arab Saudi untuk menghadiri sebut Persidangan di Riyad. 

Disana, beliau telah menyampai ucapannya. Didalam ucapannya, kajian tersebut telah membawanya mempercayai bahawa semua yang ada didalam al-Quran itu adalah BENAR. Beberapa tanda-tanda dari wahyu yang telah diturunkan pada 1400 tahun yang lalu, baru kini Sains Moden dapat membuktikannya. Semua tahu bahawa Nabi Muhammad :saw tidak boleh menulis dan membaca, maka ini membuktikan bahawa kebenaran itu telah disampaikan dari penciptanya, iaitu ALLAH. Professor meneruskan upcapannya sambil berkata, telah tiba masanya saya mengumumkan :

LA ILLA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH! 

Deklarasi yang dramatik itu telah disambut dengan laungan Takbir, Allahu Akbar dari para peserta Persidangan tersebut. Professor menyimpulkan ucapannya dengan berkata bahawa beliau banyak mempelajari penemuan sains di Persidangan tersebut dan banyak berjumpa dengan kawan-kawan baru, akan tetapi perkara yang tidak ternilai yang dilakukan adalah beliau menjadi seorang Islam. 

(Terjemahan dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The Truth”).

Bukti Sains Mengenai Puasa: Subhanallah!



 

Setiap tahun bila datang bulan Ramadhan, umat Islam sedunia berpuasa sebagai mematuhi suruhan Allah swt seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah:2. Semua tau bagaimana keadaan tubuh ketika sedang berpuasa. Tapi tak semua tau kesan terhadap tubuh dari amalan berpuasa itu. 
Dalam makalah Rentak Hayat Anda dari bukunya, further Essays On Islamic Topics, Dr Ibrahim Kazim, seorang pengarah dan pengasas Akademi Islam Trinidad, telah membuat kesimpulan atas sebuah kajian mendalam mengenai manfaat puasa dan pentingnya amalan ini untuk kehidupan manusia.
Tulisnya: puasa dapat menolong memantapkan keadaan tidur, jam tubuh dan menghadapi jet lag.

Keadaan Tubuh Waktu Tidur

Kegiatan otak dalam disusur pada arus yang dipanggil electroencephalogram (EEG). Ini boleh dirakam dengan meletakkan elektrod pada kepala. Gelombang EEG berubah menurut paras sedar seseorang. 


Terjaga dengan tenang akan mencatatkan gelombang alpha 8-12 Hz (lingkaran sesaat) dengan paras voltan yang tinggi. Ini dianggap tahap satu. Gelombang alpha hilang apabila kita celik mata.


Apabila tidur mula lena, tibalah ke tahap dua 12-14 Hz iaitu kemunculan gelombang lambat. Tahap ketiga dan keempat tidur pula dicirikan dengan kegiatan rendah tetapi voltan tinggi. Gerakan cepat bola mata (REM) terhenti pada tahap tiga dan empat apabila nafas tenang.

Kegiatan delta (gelombang sangat perlahan, 0.5-4 Hz) muncul ketika betul-betul lena (tidur mati). Tahap dua, tiga dan empat berlaku purata 70 menit.

Selepas itu, berlaku gelombang tidak tetap dari tahap empat ke tahap dua serupa seperti manusia yang sedang jaga, walaupun tidurnya tidak terusik. Inilah yang dipanggil tahap lima apabila kegiatan EEG bercelaru, nafas tidak menentu dan REM berlaku.

Putaran ini berlaku tiga atau empat kali semalaman. Gerakan cepat bola mata memenuhi 25 peratus waktu tidur. Apabila celik tetapi belum sedar, rentak alpha digantikan dengan voltan rendah tanpa frekuensi yang dominan. Hanya apabila ada kegiatan mental seperti coba menghurai masalah kira-kira, barulah keadaan ‘terhalang mental’ ini dapat diatasi.




Puasa menjejas waktu tidur ketika seseorang baru mengamalkannya. Dalam beberapa jam awal puasa, EEG adalah normal. Kemudian, frekuensi rentak alpha menurun karena kandungan rendah glukos dalam darah sehingga akhir waktu puasa.

Dengan berpuasa, tidur menjadi lebih nyenyak iaitu di tahap tiga dan empat. Apabila tubuh menjadi tenang, proses membaiki tubuh dapat dilaksanakan secara semual jadi. Sudah terbukti bahawa tidur dua jam sewaktu Ramadhan adalah lebih memuaskan berbanding waktu-waktu lain. Mimpi mungkin perlu untuk memelihara kesihatan. Tetapi jika REM tidak berlaku lama, ia juga tidak menjejas jiwa seseorang.


Rentak Circadia

Dalam tubuh manusia ada jam yang dipanggil rentak Circadia iaitu selama 24jam 11 menit. Pengeluaran hormon (note: kesihatan tubuh manusia dipengaruhi oleh darah, hormon dan pernafasan) ditentukan oleh rentak ini. Tempo ayunan jam tubuh ini mungkin singkat iaitu sekadar beberapa menit atau panjang dalam setahun.

Pemasaan (timing) tubuh yang mendorong rentak ini terdedah kepada faktor luaran seperti kegiatan lasak atau istirahah. Jam dalam tubuh manusia juga disebut ‘zeitgebers’ (dari istilah Jerman bermakna pemberi waktu)



Faktor siang dan malam akan membetulkan jam tubuh manusia. Begitu juga waktu lapar/kenyang, dingin/panas dan selanjutnya. Lazimnya, rentak hanya dipengaruhi oleh empat unsur sekitaran iaitu pasang surut, peralihan malam dan siang, keadaan pergerakan bulan dan musim.

Muslim yang sering berpuasa sejak kecil akan menghadapi putaran waktu tidur/jaga dan terang/gelap sepanjang tahun qamariah (menurut bulan). Bukti sains menunjukkan orang begini lebih mudah mengatur rentak Circadia.

Jet Lag dan Kerja Giliran

Perjalanan antarabangsa melalui zon waktu menimbulkan masalah tidur yang dipanggil jet lag.Ia boleh menjejas pencernaan, mengakibatkan rasa penat dan kurang tumpuan serta dorongan. Timbulnya masalah ini karena jam tubuh tidak sehaluan dengan keadaan keliling yang berubah dan suasana sekitaran juga cepat berubah karena penerbangan yang pantas.






Menurut Agensi Penerbangan dan Angkasa Nasional Amerika (Nasa), diperlukan satu hari bagi setiap rentas zon waktu untuk memulih rentak tubuh dan tenaga ke paras normal. Untuk segera memulihkan tubuh, lebih baik seseorang pengembara tidak terus tidur di hotel. Sebaliknya, dia segera bersiar-siar dan berinteraksi untuk menyesuaikan jam tubuhnya.

Terbukti Muslim yang sering berpuasa itu sudah terbiasa dengan tidur yang tidak teratur. Maka, latih tubuh karena berpuasa tadi membolehkannya mudah menyesuaikan diri dalam perjalanan jauh. Sewaktu habis saja berpuasa, Muslim digalakkan bertarawih karena kontak sosial akan memulihkan tenaga dan jam tubuhnya sehingga kurang rasa penat.

Begitu juga dengan kerja giliran. Masa tidur dan rehat seseorang akan berubah.
Kerja giliran tidak akan menjejas kesihatan seseorang yang sering berpuasa karena tubuhnya telah terbiasa dengan perubahan makan/puasa dan kegiatan lainnya sepanjang Ramadhan. Juga sudah terbukti, lepas sebulan berpuasa, paras rentak Circadia Muslim yang berpuasa segera pulih.

Saintis juga mendapati sewaktu berpuasa, sejenis bahan dihasilkan oleh tubuh manusia yang dipanggil opiods (atau endorphins). Ia memberikan kesan yang menenangkan kepada minda. Ketenangan ini akan diperkukuh apabila Muslim membaca Al-Quran sendirian atau lebih beramai-ramai (tadarus) serta bershalat.

Begitulah keajaiban puasa yang sudah dibuktikan secara saintifik.

Subhanallah: Daripada BUMI ALLAH Didik Manusia Supaya Cermin Diri Sebagai Hamba



Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu (Surah at-Tallaq : 12)
Hugh Ross, seorang ahli astronomi Amerika, menyenaraikan keseimbangan-keseimbangan yang terdapat pada Bumi:
Bumi, Bulan dan Matahari, saling perlu memerlukan
1. Graviti Permukaan Bumi

Graviti Bumi yang diukur oleh NASA dengan menggunakan Grace Mission

  • Jika terlalu kuat, ia akan menyimpan terlalu banyak ammonia dan metana
  • Jika terlalu lemah, atmosfera bumi akan kehilangan banyak air
2. Nisbah Oksigen dan Oksigen Dalam Atmosfera
Komposisi oksigen dalam atmosfera Bumi
  • Jika terlalu besar, fungsi hidupan yang dimajukan akan bergerak terlalu laju
  • Juka terlalu kecil, fungsi-fungsi hidupan yang dimajukan akan bergerak terlalu perlahan
3. Ketebalan Ozon Dalam Atmosfera

Lapisan Ozon bumi

  • Jika terlalu tebal, suhu di permukaan bumi akan menjadi terlalu  rendah
  • Jika terlalu nipis, suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu tinggi dan terlalu banyak radiasi UV pada permukaan bumi
4. Jarak Daripada Bintang Induk

Kedudukan bumi dengan Matahari ialah 1 A.U atau 150 juta km

  • Jika terlalu jauh, bumi akan menjadi terlalu sejuk untuk satu kitaran air yang stabil
  • Jika terlalu hampir, bumi akan menjadi terlalu panas untuk satu kitaran air yang stabil
5. Tempoh Putaran Bumi

Putaran Bumi di atas paksinya

  • Jika terlalu lama, perbezaan suhu di antara siang dan malam menjadi terlalu ketara
  • Jika terlalu singkat, had laju angin atmosfera akan menjadi terlalu besar
6. Medan Magnet

Tanpa lapisan magnetosfera, Bumi akan hancur lebur

  • Jika terlalu kuat, ribut-ribut elektromagnetik akan menjadi terlalu kuat
  • Jika terlalu lemah, bumi akan kurang perlindungan daripada radiasi kuat bintang-bintang
Medan magnet Bumi
7. Tarikan Graviti Bulan

Pergerakan Bulan

  • Jika terlalu kuat, kesan pasang-surut dan putaran masa akan menjadi terlalu hebat
  • Jika terlalu kurang, perubahan kecondongan orbit akan menyebabkan ketidakstabilan iklim
8. Ketebalan Kerak Bumi

Kerak Bumi

  • Jika terlalu tebal, terlalu banyak oksigen dipindahkan daripada atmosfera ke kerak Bumi
  • Jika terlalu nipis, aktiviti gunung berapi dan tektonik akan menjadi terlalu dahsyat
9. Albedo (Nisbah Cahaya Yang Dipantulkan Kembali Ke Angkasa)
Albedo


  • Jika terlalu banyak, menyebabkan Bumi akan dilanda zaman air yang tidak terkawal
  • Jika terlalu sedikit, kesan Rumah Hijau yang tidak dapat dikawal
Sumber: Diubahsuai daripada majalah Solusi Bil. 18

Video: Pelajar Lelaki Bergaduh di Sekolah

Jika sebelum ini artikel bertajuk "Video; Pelajar Perempuan Bergaduh" kali ini, kita lihat video; Pelajar Lelaki pula bergaduh. Tujuan paparan ini bukanlah untuk memprovok mana-mana pihak TETAPI semata-mata untuk MEMBUKA MATA dan MINDA pihak yang terbabit khususnya IBU BAPA, Pihak Sekolah, dan Kerajaan untuk sama-sama mencari jalan membantu pelajar-pelajar kita yang semakin hari semakin TENAT.

Gejala "GADUH" dan "BULI" bukanlah satu isu yang baru di negara ini. Penulis sendiri mengakui bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan agensi-agensi kerajaan lainnya telah BERUSAHA untuk mengatasi masalah tersebut dengan kaedah dan cara yang pelbagai. Namun, kesannya mungkin masih jauh untuk dilihat atau dicapai. 

Sebuhungan dengan itu, pihak Didik Diri Resources (DDR) atas pengalaman mengendalikan kes-kes REMAJA bermasalah dan sering "TURUN PADANG" membantu ibu bapa yang memiliki anak-anak remaja yang terlibat dengan masalah sosial rasa TERPANGGIL untuk sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian daripada masalah ini.

Berikut adalah antara video-video yang menunjukkan perilaku anak-anak remaja lelaki kita yang terlibat dengan kes "GADUH" di sekolah.  

Video 1



Video 2

Video 3

Video 4


Video 5

Video 6

Apakah yang ada dalam kotak fikiran mereka sehinggakan mengaanggap GADUH itu satu perkara yang WAJIB dan PERLU? Mungkinada yang hanya berseronok... dan mengaanggap GADUH itu hanya sebagai HIBURAN. Persoalannya, jika sampai ada yang TERKORBAN bagaimana? dan jika yang TERKORBAN itu adalah ANAK kita bagaimana? Oleh itu, kami di DDR menyeru kepada pihak-pihak berkenaan khususnya ibu bapa yang mempunyai ANAK REMAJA yang masih bersekolah dan terlibat dengan masalah DISIPLIN sekolah atau GEJALA sosial di luar sana supaya hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan REMAJA BERMASALAH disamping menyediakan pelbagai PERKHIDMATAN ; Motivasi, kaunseling, Pusat pemulihan, Rawatan Rohani dan sebagainya.. InsyaALLAH dapat membantu ANDA! Sila layari laman web rasmi DDR di; www.motivasisurvivor.com SEGERA!

Video: Budak Perempuan Bergaduh Di Sekolah

Budak Perempuan Bergaduh Di Sekolah

Amat menyedihkan apabila menonton video-video di bawah. Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita? Sampai begini jadinya. Siapa perlu dipersalahkan? dan apakah dengan mencari SIAPA punca mampu menyelesaikan masalah ini? 

Ke mana hilang rasa SOPAN dan Lemah Lembut seorang wanita? Sudah hilang rasa MALUkah? Apa perasaan mak ayah jika mereka menonton gelagat anak-anak perempuan mereka SIBUK berTUMBUK sakan di SEKOLAH? 

Apa pun alasannya, yang pasti begitulah keadaan realiti masyarakat kita sekarang ini.. Mahu tidak mahu.. Terpaksa atau rela..walaupun PAHIT untuk diTELAN.. ITULAH zaman yang TERPAKSA ditempuhi oleh anak-anak remaja kita baik di dalam atau di luar kawasan SEKOLAH. GADUH.. BULI.. BERTUMBUK..

Tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, semata-mata menjalankan tanggungjawab memberikan KESEDARAN tentang keadaan SEBENAR yang sedang melanda anak remaja kita khususnya pelajar perempuan. Sebelum TERLAMBAT.. AMBIL TINDAKAN SEGERA!

Di bawah merupakan antara video-video amatur yang boleh di dapati di internet; Youtube dan sebagainya. Semoga daripada tanyangan itu nanti membuka MINDA dan HATI semua pihak untuk MENYELAMATKAN pelajar-pelajar kita baik dari aspek EMOSI, JASMANI dan ROHANInya...



Video 1


 

Video 2


 

Video 3


Video 4 


Begitu banyak video-video yang tersebar di internet menunjukkan perilaku anak-anak bangsa kita MELAYU ISLAM khususnya.. Berikut adalah sebahagian daripada video yang boleh didapati di Youtube dengan mudah.. Oleh itu, kepada ibu bapa kepada anak-anak perempuan yang ketika ini mungkin dapat merasakan perubahan perilaku anak gadis mereka yang mungkin agak liar dan 'ganas' BERTINDAKLAH SEGERA! selagi masih ada kesempatan masa dan RUANG.




Apakah mereka faham apa yang mereka sedang lakukan, adakah mereka sedar yang mereka buat tu tak betul dan adakah kita yang berkata demikian telah mula untuk membetulkan mereka. Apakah kita hendak tunggu kerajaan langit yang sempurna untuk membetulkan mereka, jadi marilah bersama kita membantu mereka, Jom layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com SEGERA..khusus untuk motivasi REMAJA bermasalah... KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA dan ANAK TERSAYANG!


Gadis Hilang Mohon Bantuan.

MOHON BANTUAN KEMBALIKAN ANAK GADIS DARI TAIPING INI..


TC DIDATANGI SAHABAT MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK MENYEBARKAN BERITA INI.. ANAK GADIS INI TIDAK PULANG KERUMAH SEHINGGA HARI INI SUDAH 2 MINGGU.. DIA DIPERCAYAI DI BAWA OLEH SEORANG LELAKI YANG BERMOTOR ENTAH KEMANA. DI PERCAYAI ENTAH BETUL ATAU TIDAK KINI BERADA DI KEDAH..

BERIKUT TC LAMPIRKAN BEBERAPA DOKUMEN UNTUK TATAPAN SAHABAT2 SEMUA..


JIKA SESIAPA TERNAMPAK ATAU BERTEMU DENGAN ANAK GADIS 16 TAHUN INI ATAU MOTOR YANG DI SYAKI ATAU PEMUDA YANG MENJADI SUSPEK POLIS INI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN...:

1. AHMAD HAJI KENEK (BAPA BUDAK PEREMPUAN) - 012 5231787 2. CIF INSPEKTOR FAIZAL ( IPD TAIPING ) - 019 5572999.


BERIKUT ADALAH LAKARAN SUSPEK PEMUDA YANG MELARIKAN ANAK GADIS DARI TAIPING INI..


KELUARGA MANGSA BERADA DALAM KERUNSINGAN.. MOHON BANTUAN SESIAPA DAPAT MENGUAR-UARKAN BERITA INI.. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK ANDA.....

Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik


Inductive Amplifier



Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.

GreenBoy: Harga alat ni lebih kurang RM50 je.. cuma bermodal RM50, anda boleh jadi penghuni neraka..

MOTIVASI UNTUK ANAK-ANAK KITA



Adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Anak-anakku ini ialah rumah kawan mu yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM baru ni, anakku cuba lihat rumah kita, lengkap dengan aircond, bilik study, meja belajar yang selesa, lengkap dengan access internet, ada komputer peribadi seorang sebiji, ada tv dalam bilik, ensiklopedia britanica yang harga beribu satu set, suasana yang nyaman, tusyen yang terhebat di pasaran, telefon bimbit yang harga bawah RM1 ribu tak ada kelas lenguh tangan bila guna, pergi sekolah dihantar balik berambil, pergh anak-anakku tahu tak? kawan kamu yang ini semuanya tiada kekadang terpaksa berpuasa kerana tak mampu nak beli makanan, rumah tengoklah daif, tak cantik buruk, tetapi rumah tu lah melahirkan Intan yang bersinar dan memberi isyarat bahawa orang miskin tak payah masuk program bersamaMu Tv3 pun mampu hidup dan berjaya dengan cemerlang.

Anak-anakku cukuplah meronta dan merengek nakkan barangan untuk melengkapkan bilik studymu, berhentilah dan belajarlah dengan rajin bahawa orang sederhana seperti kita mampu untuk berjaya seperti Nik Nur Madihah Nik Ismail.
 

KERISAUAN ANAK-ANAK MUDI KITA

gambar hiasan
gambar hiasan
gambar hiasan

gambar hiasan
gambar hiasan
Apakah mereka faham apa yang mereka sedang lakukan, adakah mereka sedar yang mereka buat tu tak betul dan adakah kita yang berkata demikian telah mula untuk membetulkan mereka. Apakah kita hendak tunggu kerajaan langit yang sempurna untuk membetulkan mereka, jadi marilah bersama kita membantu mereka, Jom layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com SEGERA..khusus untuk motivasi REMAJA bermasalah... KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA dan ANAK TERSAYANG!

Ingat Kes Pelajar Dakwa Didera di Penjara Kluang? Kisah Susulannya AMAT Mengejutkan



Semalam kecoh apabila 32  pelajar didakwa didera ketika mengikuti program motivasi di Penjara Kluang. Berikuttan dakwaan itu, Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan  pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Baru bahawa mereka didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.

“Pihak kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dari semasa ke semasa dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri.

Dalam laporan akhbar hari ini, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang, mulai petang Jumaat lepas.

Mereka mendakwa bukan sahaja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata program motivasi yang dikenal sebagai Program Pencegahan Jenayah ‘Price of Freedom’, telahpun dilaksanakan sebanyak enam kali sebelum ini. Katanya program itu telah dilaksanakan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi; pelajar-pelajar Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Selatan; Sekolah-sekolah daerah Bandar Tenggara; SMK Tun Syed Nasir, Johor Baru; SMK Seri Rahmad dan SMK Majidee.

“Program ini telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) di daerah yang berkaitan. Tiada sebarang masalah yang telah dibangkitkan dan pihak Jabatan Penjara dimaklumkan program tersebut telah memberi kesan yang baik kepada kemajuan pelajaran pelajar yang terlibat,” katanya seperti dipetik oleh Bernama/TMI.

Beliau turut menjelaskan bahawa hampir keseluruhan kursus motivasi itu dijalankan di kem Kopen Training Consultant di Kluang dan sebahagian program di penjara olok-olok Penjara Kluang bagi pelajar-pelajar merasai suasana di dalam penjara.

Persoalannya, mengapa pelajar ini diberi motivasi di penjara?

Sila baca berita di bawah ini:
Pelajar memang bermasalah 
[HM] JOHOR BAHRU: Ada di kalangan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini, yang mendakwa didera ketika mengikuti kem motivasi pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Latihan Penjara Kluang, dikatakan pernah ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam bilik air sekolah ketika sesi pembelajaran.

Sumber Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sebahagian besar juga dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan.
“Pada masa sama, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.

“Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, dia tidak menyalahkan guru kerana ada dalam beberapa kes, ibu bapa menyerang pengurusan sekolah mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya.

Apabila ini berlaku, guru bertugas yang diserang dipercayai serik untuk berusaha membaiki kelemahan pelajar terbabit dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati kerana ibu bapa sendiri tidak marah apabila diberitahu anak menghisap rokok atau sering ponteng.

“Sukar menjelaskan perkara ini, tetapi kejahilan ibu bapa menyebabkan anak mereka tidak mematuhi peraturan sekolah, tidak menghormati orang tua dan pada masa sama, guru dilihat membiarkan pelajar melakukan apa saja sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, bekas pelajar sekolah dikenali sebagai Man, 19, berkata, ramai beranggapan sekolah itu elit kerana lokasinya selain kejayaan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Baru Uda mencipta nama setiap tahun.

“Bagaimanapun, keadaan sekolah itu adalah sebaliknya kerana menempatkan pelajar bermasalah, malah memburukkan keadaan, pengurusan sekolah sukar mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Pada masa sama, Man berkata, kursus motivasi berkenaan dipilih khas bagi golongan pelajar yang degil dan sentiasa melakukan kesalahan di sekolah.

Didik Diri Resources (DDR) merupakan sebuah firma MOTIVASI REMAJA yang menyediakan pelbagai pakej dan program  KHUSUS bagi membantu anak- anak anda supaya KEMBALI RASA BERTUHAN DAN RASA BERIBU BAPA.. insyaALLAH.. antara yang paling mendapat sambutan yang menggalakkan setiap CUTI SEKOLAH adalah Survivor Camp Malaysia yang cukup sinonim dengan program MOTIVASI dan KEROHANIAN khusus untuk golongan REMAJA yang BERMASALAH (SOSIAL). terdapat juga perkhidmatan lain yang boleh diperolehi antaranya KEMASUKAN ke PUSAT PEMULIHAN (Rumah Insani) di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor DE. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami: www.motivasisurvivor.com SEGERA! 

Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar.

Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar.
Survivor Camp Malaysia (SCM) merupakan salah satu program MOTIVASI REMAJA terkenal di MALAYSIA, SINGAPURA, dan SELATAN THAILAND. (www.motivasisurvivor.com)

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
 
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
 
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
 
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]
 
 
Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:
 
Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2]
 
 
Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.
 
‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:
 
Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3]
 
Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

 
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu).
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5975 (Kitab al-Adab, Bab derhaka kepada ibubapa termasuk dosa besar).
[3]  Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 8 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2898

Didik Diri Resources (DDR) merupakan sebuah firma MOTIVASI REMAJA yang menyediakan pelbagai pakej dan program  KHUSUS bagi membantu anak- anak anda supaya KEMBALI RASA BERTUHAN DAN RASA BERIBU BAPA.. insyaALLAH.. antara yang paling mendapat sambutan yang menggalakkan setiap CUTI SEKOLAH adalah Survivor Camp Malaysia yang cukup sinonim dengan program MOTIVASI dan KEROHANIAN khusus untuk golongan REMAJA yang BERMASALAH (SOSIAL). terdapat juga perkhidmatan lain yang boleh diperolehi antaranya KEMASUKAN ke PUSAT PEMULIHAN (Rumah Insani) di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor DE. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami: www.motivasisurvivor.com SEGERA! 

Kehinaan Seorang ANAK

Mereka antara ANAK yang dahulunya DERHAKA kepada IBU BAPA.. Alhamdulillah, mereka sudah BERTAUBAT.. anak anda bila lagi?
Kehinaan Anak Yang Tidak Berbuat Baik Kepada Ibubapa Yang Lanjut Umur.
 
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
 
“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”
Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:
 
Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]
 
 
Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.
 
Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.
 
Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]
 
 
Berkata al-Qurtubi rahimahullah berkenaan ayat di atas:
 
Firman Allah: “Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu”: Keadaan ketika umur lanjut diistimewakan kerana dalam keadaan demikian, ibubapa sangat memerlukan bakti anaknya. Ini disebabkan keadaan mereka telah berubah menjadi lemah dan tua renta. Oleh itu dalam keadaan sedemikian, Allah mewajibkan untuk memerhatikan ibubapa melebihi perintah sebelum masa tersebut. Dalam keadaan usia lanjut, ibubapa menjadi lemah sehingga memerlukan rawatan sebagaimana dahulunya ketika kanak-kanak, seorang anak juga memerlukan rawatan ibubapanya. Atas sebab inilah keadaan umur lanjut diistimewakan.
 
Selain itu, hidup bersama (antara anak dan ibubapanya) dalam jangka waktu yang lama adakalanya menyebabkan seorang anak merasa berat, bosan dan banyak mengeluh sehingga menampakkan kemarahan kepada ibubapanya (yang sudah lanjut umur), menunjukkan urat lehernya yang menegang atau bahkan mencaci keduanya. Ini semua berlaku lantaran kedekatan hubungan seorang anak yang tidak diimbangi dengan nilai agama yang baik. Sikap buruk yang paling ringan ialah mengeluarkan nafas mengeluh.
 
Justeru (dalam suasana seperti ini) Allah memerintah (kepada anak) untuk bersikap kepada ibubapanya dengan tutur kata yang mengandungi kemuliaan, bersih daripada semua kecacatan. Firman Allah: “…janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan "Uff”, maksudnya, janganlah berbicara dengan ibubapa dengan ucapan yang mengandung isyarat kemarahan, sekalipun sedikit. Mujahid berkata: “Ertinya, apabila kamu (seorang anak) melihat ibubapanya di usia lanjut membuang air besar dan air kecil di sebarangan tempat sepertimana yang pernah terjadi kepada kamu apabila kamu masih kecil, maka janganlah mengeluh dan berkata “Uff” kepada mereka.”
 
Firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, yakni tutur kata yang halus dan sopan seperti “Wahai ayahku”, “Wahai ibuku”, tanpa menyebut namanya dan gelarannya. Ibn Baddah al-Tujaini berkata, aku bertanya kepada Sa‘id ibn Musayyab: “Semua jenis berbuat baik kepada ibubapa yang disebut dalam al-Qur’an telah aku fahami, kecuali firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang mulia?” Sa‘id ibn Musayyab menjawab: “Seperti ucapan seorang budak yang melakukan kesalahan di hadapan tuannya yang berperangai kasar lagi keras.”[2]

 
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).
[2]  Nukilan berpisah daripada Jami li Ahkam al-Qur’an, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 23 surah al-Isra’).

Didik Diri Resources (DDR) merupakan sebuah firma MOTIVASI REMAJA yang menyediakan pelbagai pakej dan program  KHUSUS bagi membantu anak- anak anda supaya KEMBALI RASA BERTUHAN DAN RASA BERIBU BAPA.. insyaALLAH.. antara yang paling mendapat sambutan yang menggalakkan setiap CUTI SEKOLAH adalah Survivor Camp Malaysia yang cukup sinonim dengan program MOTIVASI dan KEROHANIAN khusus untuk golongan REMAJA yang BERMASALAH (SOSIAL). terdapat juga perkhidmatan lain yang boleh diperolehi antaranya KEMASUKAN ke PUSAT PEMULIHAN (Rumah Insani) di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor DE. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami: www.motivasisurvivor.com SEGERA!

Sesiapa Yang Membenci Ayahnya Maka Dia KUFUR!

Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa.
 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 
Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.[1]
 
 
Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, antara tindakan seorang anak dalam rangka menunjukkan kebencian kepada ayahnya ialah memutuskan nasab dengan ayahnya yang asal, atau menghubungkan nasabnya kepada orang lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan tentang hal ini:
 
Sesiapa yang mengakui nasabnya kepada selain ayahnya padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayahnya, maka syurga diharamkan ke atasnya.[2]
 
 
Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab. Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih. Tindakan ini dan selainnya termasuk kebencian kepada ayah yang dilarang dalam Islam. Melarikan diri atau memutuskan hubungan dengan ayah memiliki akibat yang amat berat di dunia dan akhirat, sebagaimana amaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
 
Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah Ta‘ala ke atas pelakunya di dunia ini disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap pemimpin) dan memutuskan silraturahim.[3]
 
 
Tidak ada tindakan memutuskan silraturahim yang lebih berat hukumnya melainkan terhadap ibubapa sendiri.

 
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 6768 (Kitab al-Fara’id, Bab orang yang mendakwa kepada selain ayahnya). Terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan “kufur” dalam hadis ini. Apa pun, yang penting ia menunjuk kepada satu tindakan yang dilarang oleh agama, maka hendaklah dijauhi.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 6766 (Kitab al-Fara’id, Bab orang yang mengakui nasab kepada selain ayahnya).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4902 (Kitab al-Adab, Bab larangan daripada memberontak).

Jika anda sedang mengalami nasib seperti mana di atas.. sila hubungi kami di DDR SEGERA.. Bantulah anak-annak anda yang masih ada PELUANG untuk berubah. InsyaALLAH, tidak sia-sia jika anda sudah BERUSAHA... kerana anak adalah AMANAH ALLAH kepada ibu bapa.. pastinya kita RISAU dan BIMBANG pada satu masa nanti kita akan diTANYA dan DIPERSOALkan di hadapan ALLAH SWT tentang anak kita.. Sila layari laman web kami; www.motivasisurvivor.com SEGERA! Kami menyediakan perkhidmatan KHUSUS untuk golongan REMAJA yang BERMASALAH (gejala sosial dan rosak akhlak).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...