Pages

Monday 11 July 2011

ANAK: Antara KEMANUSIAAN dan KEBINATANGAN

Budak 9 Tahun Selamatkan Ibunya


Nathan Thomson, kanak-kanak berusia 9 tahun telah menjadi hero kepada keluarganya apabila dia menyelamatkan ibunya dari tikaman orang yang tak dikenali

Nathan tertusuk di bahagian muka ketika dia berkelahi untuk menyelamatkan ibunya dari seorang tak dikenali.Nathan Thomson melompat ke atas punggung Hugh Clark,seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari.

Pemabuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisaunya ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Nasib baik keduanya selamatdan berjaya dihentikan pihak berkuasa yang berada di sekitar tempat kejadian.

Namun.. Berbeza pula dengan kes di MALAYSIA..

Ibu Tikam Bayi – Tinggalkan Mayat anak dalam Tandas


gambar ibu tikam bayi

Ibu Tikam  Bayi – Tinggalkan Mayat anak dalam Tandas

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.
“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wajah Ibu
 
Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu. Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya. “Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah. “Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Tikambayibarulahir/Article


Dan KISAH ini lebih menyayat hati... walaupun dia bukan IBU.. tetapi tanpa dia.. SIAPALAH KITA...dia adalah AYAH... alangkah kecewanya si ayah apabila anak yang dijaga selama ini sanggup MEMBUANGNYA di tepi jalan... 

Anak Buang Ayah Tepi Jalan



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan. 



 Seringkali kita membaca dan menonton berita-berita sedemikian sejak akhir-akhir ini.... bukan saja berlaku di luar negara MALAH turut berlaku di MALAYSIA! YAng melakukannya bukan juga daripada bangsa asing... MALAH berbangsa MELAYU yang terkenal dengan sikap SOPAN SANTUN dan BAIK BUDI nya.. Namun.. Ada apa dengan hanya pada MELAYU... ISLAMpula anutannya... JIKA isu-isu keruntuhan MORAL ini KITA yang MENJUARAINYA! Anak-anak pada usia belasan tahun sudah mula MEMAKI HAMUN... ada juga yang sanggup MENGHUNUS PISAU... mengugut IBU BAPA akibat tuntutan NAFSU yang tidak DIPENUHI! maka tidak hairan.. kita lihat... ada anak yang sanggup MEMBUANG bapa kandungnya sendiri di TEPI JALAN... YA!..TEPI jalan.... Dosa apakah yang dilakukan oleh SI AYAH hinggakan sanggup DIPERLAKUKAN sedemikian rupa?? Di mana rasa KEKELUARGAAN? mana hilangnya ajaran ISLAM yang menuntut untuk kita MENGHORMATI dan MENJAGAnya? cuba lihat anak-anak tuan2 dan puan2... adik2 kpd abg2 dan kakak2... apakah sudah mula menunjukkan bibit-bibit KEBIADAPAN?? JIKA ADA! hubungi kami segera...INSYALLAH.. kami sedia membantu..sila ke alamat berikut : www.motivasisurvivor.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...