Pages

Wednesday 27 July 2011

Gempar! Pelajar UPSR melahirkan anak luar nikah! Ibu Termuda di Malaysia.

Sekadar Hiasan

Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!
Gambar Hiasan

Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital.

Guru Pedalaman VS Guru Metropolis

Guru Pedalaman Vs Guru Metropolis


Pada saya jika menjadi seorang guru di pedalaman itu menjadi suatu ketakutan kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang agak berbeza dengan kawasan di luar pedalaman, harus juga kita fikirkan kepada pengaruh dan cabaran persekitaran metropolis yang terkadang kita terpaksa menerima dugaan di luar jangkaan.

Nakal murid pedalaman mungkin bawa lastik ke sekolah, nakal murid metropolis mungkin bawa pistol. Kalau pistol air tu boleh tahan lagi babe, tapi kalau pistol yang real? Anak-anak pedalaman kalau habis bergurau pun duk main tarik-tarik rambut, tapi kat metropolis ni terkadang hubungan seks pun boleh jadi bahan gurauan.

Sorok semua hilai tawa, ingat kembali peristiwa murid sekolah rendah di daerah Dungun, Terengganu yang telah melahirkan anak seterusnya terpaksa mengambil UPSR di hospital. Mohon dijauhkan segala yang seharusnya dijadikan sempadan.

Ibu bapa murid pedalaman membela guru terkadang lebih daripada anaknya sendiri. Datang rumah cikgu bawa ulam, buah-buahan, burung comel buat peliharaan. "Cikgu ajarlah anak saya untuk kebaikan dengan apa jua cara sekalipun, asalkan tak patah, tak buta, tak tuli anak saya," tu ayat mereka.

Mertopolis? Datang rumah guru bawa surat saman, ugut bagai. "Kenapa cikgu denda anak saya berdiri dalam kelas tadi hanya kerana anak saya tak siapkan tugasan tanpa alasan? Itu dah menjatuhkan maruah anak saya, saya boleh saman cikgu!" Wah, sila garu kepala!

P/s: Campak ke darat boleh jadi gunung, campak ke laut boleh jadi pulau.

Nasib Bakal Guru Muda; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Menangis Kelaparan

oleh Sawaludin Bin Rahmat pada pada 27hb Julai 2011 pukul 8.37 ptg

Tahun Pertama Di USM

Saya tertarik untuk memberikan sedikit ulasan mengenai BERITA yang membimbangkan bakal-bakal guru IPTA sekarang ini. Berikut adalah beberapa kenyataan daripada orang kuat KPM, “Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa,” Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa reaksi anda sebagai bakal guru keluaran IPTA dan IPTS yang sememangnya mengambil jurusan pendidikan sebagai kursus pengajian selama EMPAT tahun mengaji di universiti? Apa perasaan anda yang pada suatu ketika dulu pada zaman kanak-kanak BERCITA-CITA SUCI mahu menjadi seorang GURU? Apakah kita yang masih MENTAH dan TIDAK memiliki PENGALAMAN mengajar di sekolah ini TIDAK diperlukan untuk mendidik anak bangsa kita?

Lebih menggusarkan banyak pihak khususnya bakal guru keluaran IPTA apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam perkembangan terbarunya menyaksikan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan. Berita yang disiarkan di media elektronik itu PASTINYA memberi satu KEJUTAN kepada bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) keluaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). 

Manakan tidak TERKEJUT dan BIMBANG apabila sepanjang tempoh penungguan, jawapan yang diterima daripada portal KPM berbunyi: “Kami tidak dapat memberi tarikh tepat tentang bila borang penempatan akan dikeluarkan dan selalulah semak di laman web KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).”  Berdasarkan laporan yang diterima, surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari bulan lepas lagi. Apakah tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak yang KECOH pada akhir 2010 dan awal tahun 2011? 

Melalui penelitian berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 , mendapati bahawa terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'. Persoalannya, apakah KPM telah mengkaji sedalam-dalamnya keputusan penyerapan 13 000 GSTT ke dalam guru berjawatan ini dengan mengambil kira kedudukan guru-guru GST keluaran IPTA atau IPTS? Apakah akan wujud PERTEMBUNGAN kuasa atau keputusan akibat pemecahan dua entiti kementerian (KPM dan KPT) ini seperti mana yang berlaku sebelum ini dalam isu penempatan guru GST yang bernaung di bawah KPM dan KPT? Apakah berbaloi PELABURAN menempatkan guru GSTT berbanding GST ini di sekolah-sekolah di negara kita ini semata-mata mahu merealisasikan plan PIPP 2--6-2010, "SIFAR GSTT"?

Ulasan ini bukanlah untuk menyalahkan atau memperendahkan guru GSTT. Hal ini kerana, secara peribadi saya mengakui GSTT sebelum ini turut membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, TETAPI untuk diserap ke JAWATAN tetap BUKAN sesuatu yang wajar kerana masih RAMAI mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Apakah KPM benar-benar yakin bahawa kekosongan penempatan guru di sekolah-sekolah masih berada pada UNJURAN jumlah keluaran bagi pelajar yang megikuti bidang pendidikan di IPT atau IPG seperti yang telah ditetapkan? Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. 

Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini.. Umum mengetahui keadaan yang terpaksa dilalui oleh para guru. Sekatan demi sekatan dikenakan wahima MEROTAN murid yang melakukan KESILAPAN juga TIDAK dibenarkan. Baru-baru ini negara digemparkan seorang guru lelaki dilaporkan MERABA 11 orang murid di Kuala Lumpur. Kebetulan, saya dan ustaz Ahmadi (Motivator DDR) bersama Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan berbincang mengenai kerja dan isu-isu remaja bermasalah dan mendapat maklumat kes berkenaan dengan lebih lanjut daripada pihak PIBG seklah berkenaan sendiri.

Persoalannya, bukan isu itu yang perlu difokuskan, tetapi TAHAP PROFESIONALISME guru berkenaan menangani masalah tersebut. Saya tidak mahu menuduh guru berkenaan BERSALAH, cuma saya mahu kita melihat dalam kotak yang lebih besar.. Apakah guru GSTT yang bakal diserapkan ini memiliki tahap ilmu pengetahuan dan ilmu  pedagogi yang tinggi seperti mana guru GST? Ya, pasti akan ada yang mempersoalkan... "alah, GST pun buat salah juga jangan nak salahkan GSTT saja"... YA! memang benar.. GST pun buat SALAH! apa masalahnya? bagi peluang kami yang baru bergelar CIKGU ini belajar dari KESILAPAN.. Kita banyak melihat sejak akhir-akhir ini di media massa, terpampang kes-kes yang MENGAIBKAN melibatkan guru-guru kita. Bukanlah untuk menuding jari kepada guru GSTT yang dikatakan BANYAK PENGALAMAN mengajar itu, cuma analoginya kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang GURU. 

Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi berkumandang di telinga penulis apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat.

Seperti mana yang diketahui bahawa penempatan guru GSTT ini  dipohon melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).. maknanya, jika mereka orang penang, mereka akan memohon melalui JPN penang, dan akan ditempat di sekolah dalam penang juga. Berbeza dengan bakal guru GST keluaran IPT, selepas tamat pengajian dan mendapat penempatan, KPM akan menempatkan guru-guru berkenaan di pelusok negara.. kawasan PEDALAMAN itu adalah PILIHAN UTAMA KPM untuk guru-guru GST muda ini. Bukan mahu mempersoalkan keadilan kawasan petempatan, pedalaman atau bandar.. cuma sekadar luahan perasaan semata-mata setelah berpenat lelah bertapa di universiti selama empat tahun, diwajibkan pula menduduki peperiksaan akhir universiti setiap hujung semester, jika gagal satu papaer major maka TERPAKSA la BERTAPA setahun lagi..TETAPI yang mendapat layanan ISTIMEWA adalah mereka yang GAGAL mendapat PEKERJAAN melalui bidang pengajian bukan pendidikan yang diambil sebelumnya. 

Kami bakal warga pendidik tiada hasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma kami berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, kami graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan. Janganlah jadi seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan”.

Tahun Akhir Di USM

ILUSTRASI KAEDAH PENGGUGURAN, KEJAM DAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN, ITU SAHAJA YANG BOLEH AKU CAKAP.

ILUSTRASI KAEDAH PENGGUGURAN, KEJAM DAN TAK BERPERIKEMANUSIAAN, ITU SAHAJA YANG BOLEH AKU CAKAP.





Remuk hati ini melihatnya. Apa dosa bayi-bayi yang digugurkan secara paksa begini? Ini ialah pembunuhan kejam. Ingatlah wahai ibu-bapa yang melakukan perbuatan ini kamu akan disoal kelak.......... Kami di DDR, sering menerima panggilan daripada ibu bapa yang menghadapi masalah "anak terlanjur"... Alhamdulillah setakat ini belum menerima kes-kes melibatkan pengguguran KEJAM seperti di atas. Kami di DDR mengambil inisiatif "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT". Hal ini kerana, apabila masalah itu sudah sampai pada tahap seperti ini pastinya proses rawatannya semakin kompleks dan semestinya SUKAR. Oleh itu, kami di DDR dengan TEGAS dan rasa BERTANGGUNGJAWAB menyeru kepada mana-mana IBU BAPA atau PENJAGA yang memiliki masalah "anak terlanjur" atau mempunyai ciri-ciri ke arah KETERLANJURAN (spt; keluar malam, sms lucah, berpakaian seksi, dll) supaya mengambil TINDAKAN segera sebelum TERLEWAT! Selain perkhidmatan Kaunseling Remaja, DDR juga menawarkan perkhidmatan Kem motivasi Remaja ( Survivor Camp Malaysia) yg paling mendapat SAMBUTAN HEBAT ibu bapa.. Perkhidmatan Pusat Pemulihan Akhlak.. Rawatan Kerohanian memalului ZIkir dan ayat-ayat Syifa'.. dan sebagainya.. untuk maklumat lanjut sila layari www.motivasisurvivor.com . RAWAT SEGERA SEBELUM PARAH!

Remaja DiROGOL selepas DIPUJUK Seekor Tupai Ke Ibu Kota!


Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup merogol teman wanitanya selepas memujuk wanita itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikutnya ke ibu kota.

Difahamkan, lelaki terbabit mengajak teman wanitanya yang berusia 22 tahun itu ke rumah salah seorang ahli keluarganya yang tinggal di Bukit Sentosa, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu kereta miliknya untuk ke rumah ahli keluarga lelaki itu.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi, suspek bertindak memaksa mangsa masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Mangsa yang terkejut dengan permintaan suspek kemudian menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keengganan mangsa, suspek dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sambil mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan itu.

“Selepas itu, mangsa yang ketakutan keluar dari keretanya sebelum ditarik suspek masuk ke dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diperkosa dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mangsa dibawa pulang semula ke rumahnya di Sungai Petani keesokannya.

Mangsa kemudian memaklumkan apa yang berlaku ke atasnya kepada bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dipercayai dirogol,” katanya.

 P/s: Mudah sangat perempuan terpedaya oleh jantan bertopengkan Caligula!

Kami tahu, ramai di luar sana khususnya ibu bapa yang RISAU tentang anak remaja mereka KHUSUSnya perempuan yang mungkin sekarang ini sering keluar MALAM.. BERGAYUT di HP dan FACEBOOK serta laman sosial lain 24jam.. CURIGA perilaku anak-anak GADIS mereka yang sudah mula BERCINTA di alam persekolahan.. dan lebih membimbangkan, pernah terbaca SMS LUCAH dan sebagainya milik anak GADIS mereka.. INSYAALLAH, kami di DDR bersedia untuk membantu anda sekeluarga daripada masalah tersebut. JANGANLAH hanya pandang masalah anak-anak anda hanya sebelah mata... BERIKANLAh tumpuan yang SEWAJARNYA.. YA, kami tahu.. ramai ibu bapa yang sudah berhabis wang ringgit dan berusaha untuk membantu anak-anak mereka TAPI masih belum menemui kejayaan.. JADI, adakah disebakan KEGAGALAN itu buat anda sudah PUTUS ASA? Apakah ALLAH tidak menyediakan JALAN untuk anda menemui PENYELESAIANNYA? INSYAALLAH, hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! 

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.comuntuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Penyanyi Rap Terkenal Amerika Masuk Islam Setelah Mendengar Azan Di Dubai



Betapa hebatnya laungan azan bagi mereka yang mempunyai jiwa halus dan jujur kepada kebenaran. Ia mampu menggetarkan jiwa yang kekosongan yang dambakan pengisian rahmat dan redha Illahi. Apa lagi jika orang yang mendengarnya memahami maksud ayat-ayat yang dilaungkan oleh muazzin. Bertambah lagi terangkatnya jika suara muazzin merdu.


Namun malangnya majoriti umat Islam di negara kita dek kerana sudah terbiasa mendengar azan diserata tempat, semenjak dari lahir sehingga dewasa, menganggap laungan azan tidak ada apa-apa erti dijiwanya. Tidak hairanlah walaupun ada yang sedang melepak berhampiran masjid selamba sahaja meneruskan perbualan mereka, makan dan minum dari mula azan dilaungkan sehinggalah selesai para jemaah menunaikan solat fardu, mereka masih lagi berada di situ.

Rasulullah amat menitik beratkan solat secara berjemaah, semua orang tahu perkara ini dan ia merupakan perkara asas. Walaupun solat berjemaah tidak wajib, tetapi penekanan yang diberikan oleh Rasulullah menggambarkan betapa ia amat penting bagi masyarakat Islam. Kita disarankan segera menunaikan solat di mana azan dilaungkan. Di situ nampak peranan azan dalam membuat keputusan di mana harus kita bersolat.

Cuba lihat keadaan masyarakat Islam di sekeliling kita sekarang ketika seluruh masjid dan surau melaungkan azan. Ada yang masih lagi bermain, bersukan, main bola, main takraw. Ada yang masih lagi bercengkarama di taman bunga. Ada yang masih lagi berbual dan bersenda gurau kosong ditembok jalan, ada yang masih lagi sibuk mencuci kereta. Ada yang masih sibuk mesyuarat. Ringkasnya azan tidak punya apa-apa erti dalam jiwa mereka.

Memang patutpun Islam dihina di muka dunia juga di negara kita sendiri. Umatnya tidak punya jiwa membesarkan ritual yang paling penting dalm hidupnya. Masjid kita kosong walaupun azan dapat didengari di seluruh taman penempatan penduduk. Pejuang-pejuang agama dan juga bangsa bangun apabila ada yang menegur bising azan, namun ramai yang bangun membantah itu telingannya juga tuli dalam menyahut seruan azan.

Ayuhlah kita tanam azan mulai saat ini untuk berhenti dari segala aktiviti sebaik sahaja mendengar azan dan melurulah menuju kepada kejayaan.

MARILAH MENUJU KEJAYAAN, MARILAH MENUJU KEJAYAAN
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..............tidakkah anda merasakan kehebatannya????

Kes Terbaru DDR 2

Kes terbaru DDR; Seorang anak (Lelaki 15thn) memaki hamun dan melemparkan FITNAH di FB selain mengaibkan IBU BAPA sendiri. Turut meminta cadangan drpd kwn2 FBnya supaya IBU BAPAnya BERCERAI selain mengugut utk MEMBUNUH DIRI. Melaporkan kpd pihak sekolah bhw IBU BAPAnya MENDERAnya. Bahaya FB.. ANAK sudah MULA DERHAKA pada IBUBAPA di FB.. apa komen anda?

Kes Terbaru DDR

Info DDR hari ni; 1) Seorang ayah kpd seorang remaja lelaki minta bantuan mencari anaknya yg lari dari rumah (Kajang). 2) seorang bapa minta anak lelakinya dihantar ke pusat pemulihan kami (Rumah Iman) disebabkan perangai 'samseng' dan kurang ajar (Wangsa Maju). 3) Seorang ayah meminta Ustaz Ahmadi Baharudin merawat anak perempuannya yg dikatakan mempunyai ganguan mahkluk halus (Nilai).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...