Pages

Saturday 8 October 2011

Gila! Liwat Bayi Berusia 23 Hari



GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. 

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Coli atas katil sebagai bukti

Dipetik dari akhbar sinar harian untuk renungan dan pengajaran, bukan untuk sedap celah kangkang semata-mata. JAUHI ZINA!

KAMPUNG RAJA – Walaupun berkelulusan tinggi, namun seorang wanita yang sedang menjalani latihan amali di sebuah resort di daerah ini tidak dapat mengawal nafsu hingga sanggup berkurung dalam bilik bersama teman lelaki di sebuah chalet di Pantai Air Tawar di sini tahun lalu.

Pelajar politeknik di Pahang berusia 21 tahun itu mengambil peluang bersama pasangan sebayanya itu dipercayai setelah mereka lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, memandangkan tertuduh lelaki bekerja di Selangor. Namun perbuatan tidak bermoral mereka berjaya dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka ditahan ketika berdua-duanya di dalam bilik tersebut jam 2.30 pagi 30 Julai tahun lalu.

Tertuduh wanita berkenaan berasal dari Seri Gombak Indah, Batu Caves dan pasangannya seorang kerani am rendah beralamat di Taman Batu Caves, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof.

Mohd Nazri turut memerintahkan mereka dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasu-kan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di chalet itu mendapati keadaan dalam bilik gelap dengan pintu tertutup rapat dan berkunci, namun terdapat sebuah motosikal diletakkan di depan bilik tersebut.

Pegawai penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama tiga minit, kemudian tertuduh lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal kerana chalet itu telah dikepung.

Namun akhirnya tertuduh lelaki membuka pintu dan penguat kuasa mendapat lelaki itu memakai kemeja T dengan seluar boxer, manakala pemeriksaan mendapati tertuduh perempuan duduk berhampiran katil sambil menangis.

Kata Nik Mohd shahril Irwan lagi, perempuan itu memakai seluar slek dan baju sejuk tanpa tudung, manakala di atas katil ada sehelai kemeja T dan coli.

Penguat kuasa turut merampas sehelai boxer dan coli berwarna kuning serta sehelai kemeja milik kedua-duanya yang dijadikan bahan bukti.

Mohd Nazri turut menegur tertuduh wanita yang berpendidikan tetapi tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Kedua-duanya membayar denda yang dikenakan dan mereka dibebaskan.

Sudah Di Tahap Ini: Dua Beradik Dicekup Tiru Aksi Lesbian



Jasin: Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini. Gambar fail

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.

Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.

“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,” katanya, di sini, semalam.

Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.

Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.

“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya. -hm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...