Pages

Saturday 3 September 2011

Graduan Lari Ikut Kekasih Bernikah di Perlis!


Bakal graduan hilang, dipercayai dilarikan kekasih

Tanjong Malim, 10 Julai - Seorang bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal berkonvokesyen pada hujung bulan ini dilaporkan hilang sejak 26 Jun lalu setelah berkenalan dengan seorang lelaki.

Beliau yang dikenali sebagai Hazwani Binti Mohmad Diah (gambar) merupakan bakal graduan Pendidikan Sains Matematik dikatakan dilarikan oleh seorang kenalan lelaki bernama Mohd Faizal yang juga mempunyai rekod jenayah dan kes dadah serta pernah mempunyai dua isteri.

Menurut sumber harian Metro (klik), keluarga mangsa menyatakan " entah apa ilmu digunakan kerana H
azwani tiba-tiba menghantar SMS pada kakaknya 3 Julai lalu memberitahu ingin bernikah secara haram dengan lelaki itu di Padang Besar, Perlis".

Dalam hal berkaitan, kepada mana-mana individu yang ada maklumat dan melihat mangsa diminta menghubungi di talian 019-3154900 dan 016-9364025.

Mustari Perisai Bumi(Alqur'an dan sains)


AlQur'an Dan sains


Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.

Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.
Berikut petikan yang diambil dari website NASA.
Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface.
[Sumber : NASA]


Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.

7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.

Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.

Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).

Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,
"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"
[Surah Al-Anbiya: 32]
Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah juga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran melalui ayat,
“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”

[Surah Al-Baqarah: 29]
Wallahua'lam. Sekian.

apa???? KOMUNIS SEMBAHYANG RAYA????

Rakyat komunis sedang Solat Aidil Fitri Pelik...pelik....Rakyat Malaysia kena pelik .... Pelik kerana di Malaysia mana ada macam ni.... UMPORNO buat rakyat Malaysia pelik....



Ketika Seorang Perempuan Keluar Memakai Jilbabnya, bermakna Ia Sedang Berjuang Untuk Islam - Yvonne Ridley




Yvonne Ridley adalah seorang penulis dan reporter yg berasal dari England, pernah satu ketika dahulu nama ini bermain dibibir mulut ramai orang di barat dan timur tengah, ekoran dari ditahan oleh kumpulan Taliban. Setelah dibebaskan beliau pulang ke England dan terus memeluk agama Islam.

Beliau pernah dan banyak ditanya berkenaan dengan peralihan agama nya dari Protestan kepada Islam.

“Saya cadangkan kepada mereka supaya dapat jauhilah almari pakaian kami. Saya tidak secara mendadak beralih mengenakan jilbab, dan perubahan saya bukanlah secara mengejut, ianya hanya semakin berkembang dengan baik sejak kebelakangan ini.

Anda bertanya tentang pakaian jilbab ini. Ketika seorang perempuan memakai jilbab dan keluar rumahnya, ketika itu ia sedang berjuang untuk Islam yg syumul, mereka berada di garis hadepan. Ketika berada di luar rumah, semua keburukan akan dituju kepadanya. Sayangnya, beberapa Muslimah diserang secara fizik kerana pertikaian tentang jilbab yang dimulai oleh mereka yang keliru”.

“Saya menghormati kepada para Muslimah yang memakainya, saya ‘tabik’ akan kekuatan, keberanian dan keyakinan iman mereka.”

Kepada mereka yang tidak memakainya, saya akan memberitahu orang-orang di sekitar mereka supaya bersabar dan memberi mereka sedikit waktu. Kita semua dalam perjalanan kerohanian, Ini perlu waktu. Kita tidak harus terlalu banyak membuat kritik kepada saudara kita yang tidak mengenakan jilbab, kerana ada banyak tekanan dan termasuk suasana sekeliling. Tiba tiba saja kita mengkritik, kita harus menyokong dan membantu mereka serta memberi banyak bimbingan.

“Saya secara pribadi nya, untuk memakai jilbab memerlukan sedikit waktu bagi saya, dan merupakan sebahagian dari pertumbuhan dan perkembangan saya sebagai seorang Muslimah. Setiap hari saya mencari peluang untuk berubah dengan baik, dan jika kita berbincang dua puluh tahun kemudian, saya masih akan tetap belajar tentang Islam, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...