Pages

Tuesday 2 August 2011

Lelaki Serah Teman Wanita untuk Dirogol Bergilir-gilir Ditahan


Sekadar hiasan. Lelaki dalam foto terlibat dalam kes rogol dan liwat warga emas.

Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Seorang pemuda merogol teman wanitanya sebelum menyerahkan mangsa untuk dirogol secara bergilir-gilir oleh adiknya dan seorang rakan mereka dalam kejadian di pinggir bandar ini minggu lalu, ditahan polis di flet sewaan dekat Taman Perling di sini, malam kelmarin.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, yang menyerbu flat yang terletak di tingkat empat perumahan dekat Jalan Camar 14, Taman Perling, kira-kira jam 10.30 malam.

Ketika serbuan, dua beradik terbabit yang dikatakan sedang memasak, cuba menyembunyikan diri tetapi tidak berhasil kerana polis sudah mengenal pasti kedudukan mereka di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis juga sudah mengenal pasti identiti dan sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terbabit,” katanya.

Difahamkan, dalam serbuan itu, polis merampas tilam, bantal, cadar serta pakaian dalam dua beradik terbabit untuk ujian forensik bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun 
Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dua beradik terbabit yang berasal dari Kota Tinggi, dikatakan menyewa flet berkenaan berikutan bekerja di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu, mangsa berusia 18 tahun berasal dari Pasir Gudang itu, menjadi mangsa rogol selepas keluar bersiar-siar dengan membonceng motosikal teman lelakinya, sebelum dipujuk datang ke rumah suspek.

Setibanya di flet sewaan teman lelakinya, gadis itu dipaksa masuk ke dalam bilik suspek sebelum diarah menanggalkan pakaiannya.

Remaja berkenaan pada mulanya enggan mengikut arahan suspek terpaksa akur kerana ketakutan apabila suspek memaksa dan mengugut akan mencederakan serta meninggalkan mangsa sekiranya tidak mahu mengikut kehendaknya.

Suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak tiga kali sebelum mangsa diserahkan kepada adiknya dan seorang lagi rakan mereka yang menunggu untuk melakukan perbuatan sama secara bergilir-gilir.

Selepas dikurung dalam bilik berkenaan beberapa jam, teman lelaki mangsa kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta pada jam 1 pagi pada Jumaat.
Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang.

Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Atlet Mengaku Perkosa Budak Bawah Umur, Dikenakan Hukuman Terlalu Ringan

 
Saya petik:

[HM] MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas daripada hukuman penjara apabila dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Abu Bakar Katar selepas tertuduh, Nor Afizal Azizan, 20, menukar pengakuannya kepada bersalah petang semalam.

Semalam ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes itu, namun selepas saksi pendakwaan pertama iaitu bapa mangsa memberi keterangan, tertuduh melalui peguam bela Azrul Zulkifli Stork memberitahu mahkamah dia mahu menukar pengakuannya.

Abu Bakar dalam penghakimannya turut meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin serta rayuan peguam.

Mengikut pertuduhan, Nor Afizal didakwa merogol gadis berkenaan yang ketika kejadian berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 pagi hingga 5 pagi, di bilik bernombor 225, tingkat dua, Hotel Kings, Ayer Keroh pada 5 Julai 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Sementara itu, Azrul merayu mahkamah menggunakan budi bicara peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah kerana tertuduh adalah pesalah muda yang perlu diberi peluang selain dia masih atlet dan itu adalah kesalahan pertamanya.

Beliau juga menyatakan tertuduh adalah atlet yang mengharumkan nama negara dan negeri serta menanggung keluarga kerana ibu bapanya tidak bekerja.

Katanya, kepentingan awam juga membawa maksud tertuduh diberi peluang kerana mempunyai masa depannya cerah selain pertuduhan itu adalah rogol bawah umur dan tiada unsur paksaan.

Ifa bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran atas perbezaaan usianya 19 tahun manakala mangsa pula 13, ketika kejadian.

Katanya, sebagai atlet, kesalahan dilakukan tertuduh turut mencemarkan imej negara dan negeri.

Sementara itu pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hukuman itu di Mahkamah Tinggi.

Sepanjang kerjayanya, Nor Afizal pernah memenangi pingat emas Kejohanan Bowling Remaja Milo Kebangsaan 2006 selain muncul juara Kejohanan Bowling Remaja Kebangsaan ke-30 dan mewakili Negeri Sembilan dalam temasya Sukan Malaysiake-11 di Seremban pada 2008.
 
P/s: Hukuman yang dikenakan kepada bekas atlet ini terlalu ringan. Apa kejadahnya? Pesalah lain dikenakan hukuman antara 5-20 tahun, mengapa atlet ini hanya diberi bon jaminan berkelakuan baik?

Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Ikhlas Berzina


Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

Taktik Perogol Budak Bawah Umur Elak Hukuman

  Janji Berkahwin dengan Mangsa



Sekadar hiasan.

Saya petik:

Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak

[BH] KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.

Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi .

ramai di luar sana khususnya ibu bapa yang RISAU tentang anak remaja mereka KHUSUSnya perempuan yang mungkin sekarang ini sering keluar MALAM.. BERGAYUT di HP dan FACEBOOK serta laman sosial lain 24jam.. CURIGA perilaku anak-anak GADIS mereka yang sudah mula BERCINTA di alam persekolahan.. dan lebih membimbangkan, pernah terbaca SMS LUCAH dan sebagainya milik anak GADIS mereka.. INSYAALLAH, kami di DDR bersedia untuk membantu anda sekeluarga daripada masalah tersebut. JANGANLAH hanya pandang masalah anak-anak anda hanya sebelah mata... BERIKANLAh tumpuan yang SEWAJARNYA.. YA, kami tahu.. ramai ibu bapa yang sudah berhabis wang ringgit dan berusaha untuk membantu anak-anak mereka TAPI masih belum menemui kejayaan.. JADI, adakah disebakan KEGAGALAN itu buat anda sudah PUTUS ASA? Apakah ALLAH tidak menyediakan JALAN untuk anda menemui PENYELESAIANNYA? INSYAALLAH, hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! 

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Bicara al-Quran mengenai kurma

Oleh DR. MOHD. ASMADI YAKOB

BULAN Ramadan datang kembali menemui kita. Kedatangannya pada tahun ini seperti jughttp://mbafi.com/wp-content/uploads/2010/07/kurma1.jpga kedatangannya pada tahun-tahun lepas dengan membawa rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah SWT.
Kedatangan Ramadan juga tidak dapat lari daripada membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada kita. 

Antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma. Hakikatnya, kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalam al-Quran.
 
Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakan beberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah. 

Berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalam al-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuh kali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebut sekali. 

Secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma. Perkataan al-Nakhlah digunakan untuk maksud sepohon kurma manakala al-Nakhil pula untuk memberi maksud pohon kurma yang banyak.
Perkataan Rutab pula memberi erti buah kurma yang masak, manakala perkataan Liinah pula mempunyai pelbagai tafsiran, antaranya pohon kurma yang tidak mengeluarkan 'ajwah atau kurma nabi dan ia adalah kurma yang paling bermutu.

Ada yang menafsirkan Liinah sebagai pohon kurma yang masih kecil dan sebahagian ulama mengatakan Nakhlah dan Liinah adalah dua nama yang mempunyai maksud yang sama. 

Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. 

Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu dan mengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: 

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An'am: 99)

Ayat di atas jelas menunjukkan kekuasaan Allah di dunia ini dengan menumbuhkan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Antaranya kurma, anggur, zaitun dan tumbuhan lain. Semua kejadian itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT bagi orang-orang yang beriman.

Nikmat yang wajib disyukuri

Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia yang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan cara menyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buah kurma tersebut kepada fakir miskin. 

Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: 

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141)

Dalam al-Quran, Allah SWT memberi perumpamaan terhadap pohon kurma dalam dua ayat iaitu surah al-Qamar ayat 20 dan surah al-Haqqah ayat 7.

Kedua-dua ayat itu menceritakan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan Allah kerana keingkaran dan kekufuran mereka dengan ribut yang sangat kuat. 

Keadaan kemusnahan mereka itu diumpamakan seperti pohon-pohon kurma yang telah tumbang (Nakhlin mun'aqir) dan pohon-pohon kurma yang sudah usang (Nakhlin Khawiyah).

Dalam surah al-Baqarah ayat 266 pula Allah SWT memberi satu perumpamaan terhadap orang-orang yang menafkahkan hartanya dengan riak dan membangga-banggakan tentang pemberiannya kepada orang lain (tidak ikhlas), seperti seorang pemilik kebun kurma dan anggur yang luas namun ketika itu dia sudah tua, dia tidak dapat menjaga kebunnya dengan baik, sedangkan ketika itu juga anak-anaknya masih kecil. 

Kemudian kebunnya itu musnah kerana terkena angin yang kencang dan terbakar oleh api marak. Maksudnya di sini adalah orang yang bersedekah tanpa keikhlasan tidak akan mendapatkan pahala di akhirat nanti seperti kebun kurma tersebut, meskipun luas dan subur tetapi kemudian terbiar, musnah dan terbakar.

Golongan yang ingkar

Dalam surah al-Israk ayat 91, Allah menceritakan kisah orang-orang kafir Mekah yang tidak mampu menandingi al-Quran, meskipun mereka adalah sasterawan yang hebat. Oleh kerana tidak mahu beriman, maka mereka mencari pelbagai alasan lain untuk menolak dakwah Nabi SAW.

Mereka turut mencabar agar nabi menunjukkan kemukjizatan-kemukjizatan baginda. Antara permintaannya adalah nabi membuat kebun kurma dan anggur yang mengalir di tengahnya sungai-sungai. 

Dalam surah Taha ayat 71 pula diceritakan kemarahan Firaun kepada tukang-tukang sihirnya, selepas mereka beriman kepada Nabi Musa. 

Firaun mengancam bahawa dia akan memotong tangan dan kaki tukang-tukang sihirnya yang beriman secara bersilang, dan dia akan menyalib mereka pada pangkal pohon kurma supaya orang ramai melihat keadaan mereka. 

Dalam surah al-Kahfi ayat 32 pula Allah SWT menceritakan kisah dua orang lelaki yang seorangnya mukmin dan seorangnya kafir. Lelaki yang kafir ini mendapat nikmat yang banyak daripada Allah dengan dianugerahi kebun anggur dan kurma yang luas. Yang tidak mahu bersyukur dan tidak meyakini hari kiamat, kebunnya kurmanya di dimusnahkan Allah SWT sebagai hukuman di atas kesombongannya. 

Kisah Maryam

Ayat ke 23 hingga 25 dalam surah Maryam menceritakan keadaan Maryam semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Ketika itu Maryam merasa amat sakit sehingga dia bersandar pada pangkal sebatang pohon kurma. Semasa sakit tersebut dia mengadu kepada Allah dengan mengatakan alangkah baiknya sekiranya dia mati sebelum ini. 

Namun Allah memberi khabar gembira kepadanya melalui malaikat Jibril agar jangan bersedih kerana Allah telah menciptakan aliran air di bawahnya dan memerintahkannya untuk menggoyangkan pangkal pohon kurma yang berada berhampirannya dan pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya. 

Dia kemudiannya meminum air dan memakan buah kurma yang jatuh tersebut untuk mengembalikan kekuatan tubuhnya. 

Sungguhpun prinsip umum dalam peperangan mengikut etika Islam ialah larangan daripada memusnahkan tanaman termasuklah kurma. Namun semasa memerangi orang kafir, tentera Islam diharuskan menebangkan pohon kurma sekiranya ada maslahat dan keperluan untuk melakukannya. 

Hal ini dirakamkan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat lima.

Kurma sama ada pohon dan buahnya sering diulang-ulang oleh Allah SWT dalam al-Quran lebih daripada 20 kali.

Ini memberi gambaran bahawa pohon ini amat dekat di hati masyarakat ketika itu apatah lagi ia mempunyai nilai khasiat yang besar kepada kesihatan manusia. Nabi SAW sendiri menjelaskan kelebihan buah kurma dalam beberapa hadis baginda malahan perkara ini turut diakui oleh kajian sains moden. 

Kelebihan-kelebihan kerana kandungan gizinya menjadikan ia salah satu juadah yang sangat sederhana namun sangat berkhasiat baik semasa berbuka maupun ketika sahur. 

Jika kita memilih untuk berbuka dan bersahur dengan kurma maka semaikan pengajaran bagi diri dan seluruh kaum keluarga kita bahwa bahawa kurma itu sesungguhnya adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT jua. Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...