Pages

Wednesday 23 November 2011

Ramai Wanita Hari Ini Suka Di Rogol


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu


golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirogol ?
Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??


Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.
Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.


DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).


Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.


Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.


Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.


Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-


Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).
Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.


Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.


Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.


Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.


Moral of the story:


Pada kaum wanita:
Jangan naikkan napsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.


Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas napsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.

Kisah Benar : Pemuda Meninggal Dalam Khusnul Khatimah


Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.
Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik 


Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.


Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.


Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.


Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).


Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.


Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.


Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.


Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.


Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.


Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.


Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.


Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.


Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.


** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di Masjid Sri Petaling.


Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya. 




-ditulis oleh Abu Jihah-

Hilang Dua Hari, Hilang DARA!





[HM] KAJANG: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin. 

Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri Sabtu lalu.

Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan polis. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya.

Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang.

“Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa akhirnya bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memaklumkan kepada keluarganya. 

“Melihat mangsa memasuki ‘jerat’, suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya,” katanya.

Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa kerana bimbang akan ditahan polis. 

Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri.

“Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis bawah umur dan kini di tempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.



P/s: Retorik apabila perbuatan sendiri terbongkar! Kalau usia baru 15 tahun sudah ada teman lelaki dan berani pula tidur di rumahnya, apa jenis budak perempuan ini?

AKHIRNYA USAHA SEKOLAH MENGANDUNG DI MELAKA MENAMPAKKAN HASIL YANG HEBAT.



Kondom, tisu basah bersepah

MELAKA - Benteng yang dibina di sepanjang Pantai Sungai Tuang hingga ke Pantai Tanjung Dahan, di sini, sebagai penahan ombak, malah turut menjadi lokasi remaja melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan tanpa mengira waktu dan semakin ‘panas’ menjelang malam.

Pihak berkuasa beberapa kali melakukan serbuan dan tangkapan terhadap beberapa pasangan yang asyik memadu asmara, malah lebih mengejutkan terdapat juga pasangan merakam video aksi berahi mereka untuk dijadikan koleksi peribadi.

Lebih menjijikkan, kondom dan tisu basah turut mengotori kawasan benteng berkenaan.

Menyedari aktiviti tidak bermoral semakin menjadi-jadi, penduduk tempatan mengambil inisiatif memantau keadaan pantai dan menegur pasangan yang menunjukkan aksi mencurigakan.

Penduduk, Md Zamri Bashir, 39, berkata, aktiviti maksiat lebih ketara pada waktu malam berikutan kemudahan lampu yang tidak mencukupi dan sebahagiannya tidak berfungsi.

“Kami bimbang dengan aktiviti tidak bermoral ini, lebih-lebih lagi ia membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi dan pelajar,” katanya kepada Sinar harian, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Telok Gong, Mohd Ali Hanafiah Jamat berkata, dia juga kesal dengan penemuan kondom yang bersepah di kawasan berkenaan, membuktikan adanya aktiviti maksiat.

“Pihak berkenaan perlu memantau kawasan riadah di pantai ini, begitu juga masyarakat dan pengunjung diharap dapat memberi kerjasama menangani gejala ini.

Ahli Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Hasni Yang Ghazali pula berkata, masalah membabitkan pasangan memadu kasih di benteng berkenaan perlu diberi tumpuan.

“Kami akan panjangkan isu ini dalam mesyuarat Ahli Majlis MPAG yang akan di adakan,” katanya.SH

Teruskan membuat maksiat dan berzina. Sekolah Mengandungkan ada.........(sindir)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...