Pages

Tuesday 20 September 2011

Dua Kisah Menarik...

Berikut merupakan dua insiden yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman. Satu kisah tentang dosa fitnah walaupun sekadar disuarakan di dalam hati manakala satu kisah lagi ialah tentang kesan pandangan terlarang.

Insiden pertama, peristiwa melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong..?

Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu.

Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.

Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat pada kemaluan mayat tadi.

Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah.

Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah. Allah tidak menyegerakan balasan kepada pemfitnah adalah sebagai satu bala. Sama seperti Allah tidak menyegerakan bala terhadap Firaun.

Allah beri pemfitnah hidup sepuas-puasnya di dunia transisi ini kerana di akhirat sana Allah telah menyediakan balasan yang amat dahsyat dan kekal abadi.

Insiden kedua pula berlaku terhadap Imam Syafie yang terkenal kerana mampu menghafal al-Quran sejak berusia 6 tahun lagi. Suatu ketika beliau telah hilang sebahagian daripada hafalannya hanya kerana terpandang betis seorang wanita secara tidak sengaja.

Kesilapan yang tidak disengajakan pun telah melunturkan ilmunya. Bagaimanakah pula kita pada hari ini yang penuh maksiat dari siang hingga malam? Agaknya mungkin ada yang berkata bahawa dia lebih hebat daripada Imam Syafie kerana walaupun pelbagai maksiat dilakukan, tidak pula hilang ingatannya.

Mustahil kita lebih hebat daripada Imam Syafie. Yang sebetulnya ingatan kita tidak hilang setelah melakukan maksiat kerana tiada sesuatu ilmu yang bermanfaat pun dalam kepala kita. Jadi macam mana mahu hilang kalau memang kepala sudah kosong.

Moralnya ialah maksiat membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan harian kita. Hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana ketiadaan ilmu. Kesan negatif itu adalah bala di dunia. Di akhirat kelak, sama-samalah kita maklumi sendiri.

Ikhlas BERZINA? Apa Kata Ulama'..

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....

Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. 

Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. 

Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. 

Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.


Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)Doktor Perubatan,Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

Telekom Cuba Mengutip Bayaran Dari Pelajar Penerima Netbook Kerajaan

Kerajaan telah memberi Netbook percuma kepada pelajar2 yg tidak mampu baru2 ini, sambil itu telekom mendaftar kan pelajar2 terbabit sebagai pelanggan perkhidmatan internet dengan caj bulanan lebih kurang RM25 sebagai yuran langganan streamyx.

Yang menjadi masalah nya, ada kalangan pelajar tidak tahu menahu tentang pendaftaran tersebut termasuk ibubapa mereka, tuntutan itu nama bapa pelajar di libatkan bersama.



Yang lawak nya kalangan pelajar ini ada yang tiada perkhidmatan telekom termasuk CABLE telekom pun tiada, bagaimana murid2 hendak mengakses internet melalui perkhidmatan telekom, agak2 la…

Bil bulan terus di hantar kepada penama2, setelah beberapa bulan berlalu penama2 yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan itu tidak melunas tuntutan, telekom berlagak ALONG melalui panel di lantik nya mula menghubungi ibubapa pelajar terbabit.

Contoh rakan aku menerima panggilan dari seorang wanita pada 14sep2011 6:16PM @0147273280 meminta menjelaskan akaun tertunggak sebanyak RM140, setelah bertekak dgn kawan aku dia mengatakan mengapa perlu bayar keatas sesuatu yg dia dan anak nya tidak PERNAH guna, wanita tersebut menjawab sekiranya kawan aku berdegil tidak mahu menjelaskan kemungkinan anak dia akan di blacklistkan.

Selang beberapa minit, kawan aku terima SMS dari @ +60193783196 tertulis nama kawan aku dan anak nya, kes anda akan dirujuk kpd Panel Peguam sekiranya anda masih tiada byrn bg tnggkn TELEKOM, hubungi NOORDALIA @0355171188 segera !.

Asal tujuan agihan NETBOOK untuk membantu pelajar yang keluarga kurang kemampuan, di sebalik itu ALONG pulak mengambil kesempatan, sudah jatuh di timpa tangga, ini lah bangsat nya KERAjaan RO$MAH dan anak yatim. TELEKOM KUALA KRAI KELANTAN ada kaitan.

sumber; http://guanomanikurai.blogspot.com/2011/09/telekom-cuba-mengutip-bayaran-dari.html

Pelajar Melayu terus tertindas, pemimpin pula sibuk berpolitik




Sedih sungguh pelajar-pelajar Melayu kita yang begitu cemerlang di Matrikulasi yang tidak mendapat tempat ke IPTA untuk panggilan pertama, dan masih gagal setelah membuat rayuan. Pemimpin-pemimpin Melayu sibuk sangat berpolitik ke sekarang ni, dengan Bukit Kepong dan isu ISA hinggakan ramai pelajar Melayu cemerlang tercicir?

Inilah Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Nasib pelajar-pelajar tersebut yang dilaporkan sebelum ini di :
- 4436 pelajar cemerlang bangsa kita gagal ke IPTAhttp://amkns.blogspot.com/2011/07/4436-pelajar-cemerlang-bangsa-kita.html



KELUHAN PELAJAR MATRIK
20 September 2011

KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.

Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;

* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;

* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:

* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.

Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.

* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.

Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.

Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur




Zizan Minta Maaf; Mengakui Kesilapan...

Assalamualaikum dan salam blogger,berikutan isu kontrevesi 'Menghina Rasulullah " dalam filem Hantu bonceng .Pelakon berkenaan ,Zizan memohon maaf kepada peminatnya dalam twitternya.

Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. S Amran yangejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut. 

Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.



Walaupun bukan sepenuhnya salah Zizan, pengarah dan kru penyuntingan harus lebih peka dengan soal agama ini memastikan tidak menjadi ikutan anak-anak muda kini. Harap yang mana tak elok tu dijadikan pengajaran kepada semua.

Lepas ni semoga pengarah,pelakon dan sesiapa yang terlibat dalam bidang ini lebih peka dengan isu-isu agama.

Pengkid Pembunuh

Pengkid memang terkenal kerana bersifat cemburu dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangi hati kekasih mereka, juga berjantina sama, perempuan.Sebelum ini sebilangan pengkid membuat keputusan menoreh pergelangan tangan sendiri dan menelan aspirin berlebihan, kononnya untuk membunuh diri akibat gagal dalam percintaan sesama jenis.

Kalau mati sekali pun, mereka tetap dikebumikan sebagai perempuan. Berperangai dan berperwatakan seperti lelaki tidak menjadikan mereka lelaki. Keratlah rambut, bengkunglah buah dadah sehingga leper dan kasarkan suara, mereka tetap perempuan.Terkini, pengkid berusia 25 tahun dilaporkan menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29 tahun di Sungai Petani, Kedah.

Motif kejadian dipercayai cemburu, baca di sini.

Barangkali sebilangan perempuan sudah terlalu bosan dengan kerenah lelaki lalu memilih untuk hidup berpasangan bersama perempuan.Untuk rekod, pengkid diharamkan sebelum ini, klik di sini dan kelompok sama juga pernah terbabit dalam kes pembunuhan di negari sama, baca di sini.

Uniknya, dalam kedua kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di Sungai Petani dan Alor Setar itu, suspek kemudian cuba membunuh diri namun berjaya diselamatkan. Kita pastinya pernah terbaca kes, perempuan membunuh diri kerana dikecewakan oleh lelaki tetapi sikap pengkid lebih dahsyat, mereka sanggup membunuh dan membunuh diri kerana perempuan.

Tolol!

Berikut petikan komen dihantar pembaca mendakwa pengkid kepada saya (Mazidul) Februari lalu.

'Hanya kami saje yg pahm kenapa kami jadi begini. Sy dah bercinta dgn pengkid hampir setahun. Dia ada kisah silam sendiri.derita yang dia tanggung sebab dirogol oleh saudara kandung sehingga melahirkan seorang anak so, salah kah dia memilih untuk menjadi pengkid? Kami tak memerlukan lelaki yg ibarat syaitan bertopengkan manusia!'


Baca ulasan saya berhubung petikan di atas di sini.


Untuk memahami 'kelebihan' sikpa pengkid berbanding perlakuan majoriti lelaki, baca luahan hati janda berbuah hatikan pengkid di sini dan teliti juga luahan gadis, pelajar kolej swasta, masih bercinta dengan pengkid sehingga ke saat ini, di sini.


Saya percaya pembaca juga barangkali mempunyai kenalan pengkid dan mengetahui kisah mereka, kongsikan di sini.


Nukilan Mazidul Akmal Sidik dari blog; http://www.mazidulakmal.com/2011/09/pengkid-pembunuh.html

NASI GORENG KONDOM DI KANTIN SEKOLAH


Gambar menunjukkan kondom yang sudah digunakan, siap diikat dan masih mengandungi 'cecair' di dalamnya telah ditemui di dalam masakan nasi dan lauk yang dibeli di sebuah sekolah di negara China. Yuks!.










Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1YWpCAC5q

Terkini Dari Ambon



http://static.arrahmah.net/images/_t/r_w_285/stories/2011/09/pengungsi-ambon-istimewa-1.jpg
AMBON (Arrahmah.com) – Bagaimana suasana Ambon pasca kerusuhan 11/9 ? Banyak media, terutama media-media sekular memberitakan bahawa keadaan di Ambon sudah pulih dan aman kembali. Namun, pantauan koresponden Arrahmah.com di TKP,situasi di Ambon masih mecekam. Para pelarian Muslim lebih memilih bertahan di masjid dan tidur kedinginan tanpa selimut. Kaum Muslimin wajib membantu!

Ambon masih mencekam

Kalau saja situasi di Ambon sudah aman dan kondusif pasca kerusuhan 11/9, sudah tentu para pelarian Muslim, terutama dari wilayah yang hangus dibakar pengganas Kristian, yakni kampung Waringin, pulang kembali ke kampung asal mereka. Selain ketidak jelasan nasib mereka di kampung asalnya, kerana rumah mereka terbakar, para pelarian Muslim ini juga khuatir dan masih merasa takut.

Ratusan keluarga Muslim dari kampung Waringin hingga saat ini hidupsebagai pelarian dalam keadaan yang memprihatinkan. Mereka lebih memilih untuk tidur kedinginan tanpa selimut. Bahkan pagi tadi, Isnin (19/09/2011) ada seorang ibu yang terpaksa meminta wang kepada seorang ustaz kerana sudah tidak memiliki wang sama sekali, dan tidak mampu mendapatkan makanan.

Para pelarian tidur kedinginan di lantai masjid

Keadaan para pengungsi Muslim di Ambon juga sangat memprihatinkan. Koresponden Arrahmah.com melaporkan dari TKP bahawa mereka terpaksa tidur di ruangan terbuka di lantai serambi masjid, tanpa selimut. Padahal, di Ambon saat ini sering turun hujan sehingga membuat suasana dingin menusuk tulang. Keadaan ini mengakibatkan anak-anak pelarian mudah jatuh sakit.

Sementara itu, kaum Muslimin di kampung-kampung masih tetap waspada dan bersiaga mengantisipasi segala kemungkinan yang akan terjadi. Mereka tidak ingin kaum Muslimin kembali menjadi korban kezaliman dan kebiadaban pihak Kristian tanpa ada perlawanan. Kaum Muslimin masih takut dan khuaatir akan kerusuhan berikutnya, untuk itu mereka tetap bersiaga penuh.

Sayangnya, hingga saat ini kepedulian pemerintah terhadap kerusuhan Ambon masihlah sangat kurang. Belum ada tanda-tanda tindakan tegas dari pasukan keselamatan untuk menangkap para pelaku penusukan kepada tukang ojek Muslim yang menjadi pencetus kerusuhan Ambon, 11/9. Selain itu, pemerintah juga tidak tanggap terhadap nasib para pelarian, dan hal itu sangat disesalkan, sebagaimana disampaikan para sukarelawan di TKP.

“Hal ini sangat disesalkan. Perhatian pemerintah terhadap pelarian sangat kurang,” ujarnya.

Begitulah nasih kaum Muslimin Ambon yang menjadi kaum minoriti di tengah-tengah kaum majoriti Kristian. Padahal, negeri ini adalah negeri dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia. Ironis! Untuk itu, kaum Muslimin wajib membantu saudara Muslimnya di Ambon, dengan apapun yang mereka mampu, kerana mereka adalah bersaudara! Allahu Akbar!
(M Fachry/arrahmah.com)

Sumber; http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/09/terkini-dari-ambon.html

Serangan Melalui Buku Teks Terhadap Islam.



BERLIN - Buku teks sekolah menengah di Eropah didakwa memberi gambaran tidak tepat mengenai Islam dan penganut nya termasuk menggunakan tanggapan stereotaip yang mencetuskan pelbagai persoalan serta kecurigaan terhadap Islam, menurut kajian terbaru, kelmarin.

Pandangan terpesong dalam buku teks itu menggambarkan sikap perkauman, menurut Institut Georg Eckert di Jerman yang mengkaji 27 jilid buku teks digunakan dalam bilik darjah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Laporan tersebut dibentangkan di Kementerian Luar Negeri Jerman di Berlin dan dianggap kajian pertama seumpamanya yang menyentuh isu itu di Eropah.

“Islam sering dilabelkan sebagai sistem peraturan ketinggalan zaman yang tidak berubah sejak zaman dahulu dan menunjukkan seolah-olah Islam dan dunia moden Eropah sentiasa berada di dalam konflik,” menurut pengarah projek institut tersebut, Krohnert-Othman.

Penyelidik menggesa pihak sekolah supaya menyampaikan maklumat tepat mengenai ajaran sebenar Islam yang sememangnya bersesuaian di sepanjang zaman.

Remaja 16 Tahun Belasah Ibu dengan Kayu



Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.

“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.

“Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.

Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.

Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.

Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

P/s: Semasa kecil ditatang, dimanjakan apabila meningkat remaja perangani macam puaka.

Artis Ini Bertudung, Langkah Awal Ubah Jadi Baik




SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung. 

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.

Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.

Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan. Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.

Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan. Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.

"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk Islamik.

"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.

Al-hamdulillah moga-moga Allah SWT akan menghamburkan taufik dan hidayahnya agar menjadi wanita solehah, dan mendapat nikmat kemanisan iman sehingga sanggup mnghadapi segala rintangan, halangan dan cubaan dalam kehidupan ini.

Misteri Beg Sampah Bergerak. Kembalilah..



SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.
SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.

GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.
“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.

“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.


“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.

Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.

Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Deputi Superintendan Shahurinain Jais mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Bersalin HPP buat sementara waktu dan pihaknya turut mengambil keterangan saksi yang menemuinya bagi menjalankan siasatan serta mengesan pihak yang meninggalkannya di kawasan terbabit.

“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut dihantar ke kawasan bayi itu ditemui bagi menjalankan siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 bagi membantu mengesan waris bayi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkiffli Ismail berkata, beliau belum menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan membantu mendapatkan perintah penjagaan daripada mahkamah sementara polis menjalankan siasatan mengesan warisnya.


Masalah Mini Skirt & Tidak Tutup Aurat -MUI





Soal rok mini, MUI sepakat dengan Foke

JAKARTA 19 Sept 2011: Imbauan Gubernur DKI Fauzi Bowo alias Foke agar penumpang wanita tidak menggunakan pakaian mini saat berada di angkutan umum tak hanya mengundang reaksi negatif.

Dalam hal ini Majelis Ulama Indonesia (MUI) sependapat dengan pandangan Foke. “Itu (tindakan asusila) kan bukan hanya karena pemikiran laki-laki yang kotor, tapi karena ada undangan,” ujar Ketua MUI Amidhan kepada okezone, Senin (19/9/2011).

MUI sendiri, lanjutnya, juga sudah mengeluarkan fatwa soal hal ini. Menurutnya, ada baiknya wanita yang keluar rumah menggunakan pakaian yang menutup aurat, tidak transparan dan tidak ketat hingga menonjolkan bentuk tubuh.

“MUI sendiri kan sudah memiliki fatwa soal ini. Fatwa itu sifatnya anjuran bagi yang mau beriman,” katanya.
Ia melanjutkan, alangkah lebih tepat jika menggunakan pakaian yang terbuka di tempat yang semestinya. “Soal pakaian itu, yang penting menggunakan pakaian sesuai dengan tempatnya. Misalnya di pantai menggunakan bikini, nah kalau di angkot atau tempat umum ya jangan yang terbuka gitu,” tuturnya.

Amidhan mengatakan agar muslimah yang baik selalu menjaga pakaiannya saat keluar rumah. “Dalam Islam, wanita yang keluar rumah harus menutup auratnya itu sesuai dengan surat Al-Ahzab (59) yang berbunyi “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak akan di ganggu,” terangnya.

Ayat ini, lanjutnya, diturunkan pada zaman Nabi Muhammad untuk membedakan mana wanita baik dan mana wanita yang tidak baik.

“Ayat ini diturunkan pada zaman perbudakan dulu. Ini untuk membedakan mana wanita baik dengan budak dan supaya tidak diganggu orang-orang fasik (orang jahat, red). Turunnya ayat itu supaya tidak memancing nafsu orang lain,” jelasnya. (IH/okz/arrahmah.com)



Diperturunkan di sini, soal jawab mengapa wanita mengaku Islam tapi tidak tutup aurat?
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok >Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah ko berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. > Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. > Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. > Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. > Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. > Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. > Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.> Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. Ikhlas ke tak Ikhlas lain cite yang penting buat. Hidup di dunia ni kita lebih banyak tidak Ikhlas daripada Ikhlas..

(Sedutan dari - SyAmSuL -: Alasan Paling Popular Wanita Tak Mahu MenutupAurat)

Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah



Gambar Hiasan

Saya petik:

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

P/s: Lahanat betul GB dan pihak yang terbabit dengan kes ini. Ibu bapa ketiga-tiga orang murid yang diperlakukan sedemikian rupa tidak wajar menarik balik laporan polis. Mengapa perlu menarik laporan polis yang telah dibuat semula? Kes ini amat serius! Mereka juga perlu mengambil tindakan menyaman pihak yang terlibat kerana telah menjejaskan masa depan anak mereka hanya semata-mata mahu menjaga prestasi akademik sekolah!

Bergambar Dlm Tandas Pula, Trend Baru Internet




SALAH satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas.
LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas. Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi

Virus Emo Menyerang Remaja Malaysia.. Apa Tindakan Kita?



ANTARA gambar yang dimuatkan pengikut fanatik kumpulan Emo di Facebook yang memaparkan perlakuan sumbang ahlinya seperti bercium antara lelaki dan wanita.

KL 20 Sept 11: Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Kosmo! hari ini difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajukWelcome to the Black Parade nyayian kumpulanMy Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi. Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan, inilah trend terbaharu remaja perempuan, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.
Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...