Pages

Thursday 4 August 2011

SISWI GADAI SEGALANYA KERANA CINTA



CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.

KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.

Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.

Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.

“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.

“Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.

Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.

“Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.

“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.

“Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.

Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.

“Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.

“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.

“Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.

Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.

“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya.

Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki. - Metro
 
Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Mati dibelasah sebab kutuk famili kenalan di Facebook

DIBELASAH HINGGA MATI SEBAB FACEBOOK



gambar hiasan

KULIM (Kedah): Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial, Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Allahyarham Mohd Amran Romli, 20 tahun, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian pada 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, Ahad lalu.

Encik Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki - iaitu abang kenalan wanitanya, berusia 25 dan 26 tahun - di belakang sebuah pasar raya di taman itu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ghuzlan Saleh, berkata dalam pergaduhan itu kepala mangsa dihentak dengan kuat dengan topi keledar, menyebabkannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

'Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi hubungan mereka mula menghadapi masalah.

'Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya.

Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kerana membunuh. -- BHM.
 
Facebook? Mungkijn kita telah ketahui fungsinya, TETAPI apakah fungsinya sampai tahap MEMBUNUH? Siapa yang dapat menyangka, laman sosial ini mampu MEMBUNUH jika disalah gunakan. Bagaimana dengan anak-anak anda? mereka juga AKTIF berfacebook? Apakah yang ada dalam kotak fikiran mereka sehinggakan mengaanggap GADUH itu satu perkara yang WAJIB dan PERLU? Mungkinada yang hanya berseronok... dan mengaanggap GADUH itu hanya sebagai HIBURAN. Persoalannya, jika sampai ada yang TERKORBAN bagaimana? dan jika yang TERKORBAN itu adalah ANAK kita bagaimana? Oleh itu, kami di DDR menyeru kepada pihak-pihak berkenaan khususnya ibu bapa yang mempunyai ANAK REMAJA yang masih bersekolah dan terlibat dengan masalah DISIPLIN sekolah atau GEJALA sosial di luar sana supaya hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan REMAJA BERMASALAH disamping menyediakan pelbagai PERKHIDMATAN ; Motivasi, kaunseling, Pusat pemulihan, Rawatan Rohani dan sebagainya.. InsyaALLAH dapat membantu ANDA! Sila layari laman web rasmi DDR di; www.motivasisurvivor.com SEGERA!

Atlet Menembak Kahwin Lari

MELAKA - Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.

Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.

Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.

"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam. -Kosmo

Ketua kelas patah tangan dibelasah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0307/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg

ANOAR menunjukkan tangan anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah didakwa akibat dibelasah 11 pelajar di Simpang Empat, Kangar semalam.

KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.

Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.

Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.

Muhammad Shahfaly Anoar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi dekat sini terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari akibat kejadian itu.


Apakah yang ada dalam kotak fikiran mereka sehinggakan mengaanggap GADUH itu satu perkara yang WAJIB dan PERLU? Mungkinada yang hanya berseronok... dan mengaanggap GADUH itu hanya sebagai HIBURAN. Persoalannya, jika sampai ada yang TERKORBAN bagaimana? dan jika yang TERKORBAN itu adalah ANAK kita bagaimana? Oleh itu, kami di DDR menyeru kepada pihak-pihak berkenaan khususnya ibu bapa yang mempunyai ANAK REMAJA yang masih bersekolah dan terlibat dengan masalah DISIPLIN sekolah atau GEJALA sosial di luar sana supaya hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! DDR sering mendapat JEMPUTAN daripada pihak sekolah untuk program CERAMAH REMAJA dan Seminar. Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan REMAJA BERMASALAH disamping menyediakan pelbagai PERKHIDMATAN ; Motivasi, kaunseling, Pusat pemulihan, Rawatan Rohani dan sebagainya.. InsyaALLAH dapat membantu ANDA! Sila layari laman web rasmi DDR di; www.motivasisurvivor.com SEGERA!

BUAT PROJEK DALAM KELAS..


Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni....dalam kelas pun jadi kerja. Bila nafsu menguasai diri..macam ni la jadinya. Semoga mereka ini insaf dan bertaubat..!!




Bagaimana jika didalam gambar itu adalah anak atau adik anda? Lihat sikap dan perilaku anak atau adik anda ketika ini? Sibuk berSMS sampai larut malam? selalu "berchating?" m hingga ke pagi? Ada teman wanita/lelaki di sekolah? Jika anda BIMBANG sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas diri anak/adik anda, berbuatlah sesuatu sebelum TERLEWAT! Kami di DDR menyediakan pelbagai PERKHIDMATAN khusus untuk golongan REMAJA yang terlibat dengan gejala SOSIAL seperti di atas. Hubungi kami segera dan layarti laman web RASMI DDR: www.motivasisurvivor.com SEGERA!

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal

Oleh Nahar Tajri dan Omar Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/08/04

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu. 

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka. 

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu. Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan. “Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

(sumber;Berita Harian)

Menopause Vs Andropause

Kalau wanita dikurniakan MENOPAUSE, lelaki pula ada ANDROPAUSE..jangan tak tahu!

Salam,

Ni aku copy paste.
Untuk pengetahuan am rakan rakan yang menyinggah blog ini.
Ramai juga yang masih tidak mempunyai pengetahuan ni.
.
.
Selalunya wanita dikaitkan dengan MENOPAUSE apabila putus haid sekitar late forty or fifty something and above.
Kaum ADAM juga Allah berikan satu kurniaan...jangan risau!
Allah kan MAHA ADIL.
Diberikannya setiap perkara berpasang pasangan.

NAMANYA ANDROPAUSE.
Nak tahu apakemendernya?
Jemput..sila sila baca.
Jangan segan silu...tambah pengetahuan am.

What is Andropause?

By the time men are between the ages of 40 and 55, they can experience a phenomenon similar to the female menopause, called andropause.

Unlike women, men do not have a clear-cut signpost such as the cessation of menstruation to mark this transition.
Both, however, are distinguished by a drop in hormone levels. Estrogen in the female, testosterone in the male. The bodily changes occur very gradually in men and may be accompanied by changes in attitudes and moods, fatigue, a loss of energy, sex drive and physical agility.

What's more, studies show that this decline in testosterone can actually put one at risk for other health problems like heart disease and weak bones. Since all this happens at a time of life when many men begin to question their values, accomplishments and direction in life, it's often difficult to realise that the changes occurring are related to more than just external conditions.

A gradual hormonal decline

Unlike menopause, which generally occurs in women during their mid-forties to mid-fifties, men's "transition" may be much more gradual and expand over many decades. Attitude, psychological stress, alcohol, injuries or surgery, medications, obesity and infections can contribute to its onset.

Although with age, a decline in testosterone levels will occur in virtually all men, there is no way of predicting who will experience andropausal symptoms of sufficient severity to seek medical help. Neither is it predictable at what age symptoms will occur in a particular individual. Each man's symptoms may be also different.

Is this a new phenomenon?

Yes and no. In fact, andropause was first described in medical literature in the 1940's. So it's not really new. But, our ability to diagnose it properly is. Sensitive tests for bioavailable testosterone weren't available until recently, so andropause has gone through a long period where it was underdiagnosed and undertreated.
Now that men are living longer, there is heightened interest in andropause and this will help to advance our approach to this important life stage which was identified so long ago.

Increased diagnostic capability.

Another reason why andropause has been underdiagnosed over the years is that symptoms can be vague and can vary a lot among individuals. Some men find it difficult to admit that there's even a problem. And often physicians didn't always think of low-testosterone levels as a possible culprit. So these factors often led doctors to conclude that symptoms were related to other medical conditions (i.e. depression) or were simply related to ageing and often encouraged their patients to accept that "they were no longer spring chickens".


This situation is changing. New blood testing methods are available and there is an increased interest in mens' ageing among medical researchers. So much attention is being focused on andropause that major efforts are underway to quickly share emerging scientific information with the international medical community.


okay...bab untuk mengatasi mengatasi masalah yang datang disebabkan ANDROPAUSE ini hendaklah berjumpa doktor anda.

harap maklum.

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...