Pages

Sunday 15 July 2012



Bismillahirrahmanirrahim... 

Terima Kasih Allah kerana menghantar saya ke sini... tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan yang sedang dirasai... selain memujiMU... ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'ALAMIN... 

 Berhampiran dengan sekolahku....

Cantik.... Di seberang laut sana ada RUMAHKU.... nun jauh di sana....

Thursday 14 June 2012

Melapor Diri di SMK Belawai, Tanjung Manis, Sarawak.

Baru sehari di SMKTPDPH Normah, Daro... saya menerima panggilan daripada PPD Daro untuk pertukaran serta merta ke SMK Belawai. Dalam sejarah saya hanya bertugas selama 1 HARI SAHAJA di SMKTPDPH Normah... hebat kan... kuikuikui...






SMK Belawai terletak berhampiran dgn muara Sg Rajang... Ini pemandangan di pantai Belawai...








  Melapor Diri DI SMK Toh Puan Dato' Patinggi Hajah Normah, Daro, Sarawak



Di atas bot ekspress daripada Sibu ke Daro

Suasana di dalam bot ekspress

Suasana di jeti bandar Sibu

Ketiduran akibat keletihan dalam perjalanan

Dalam van setelah sampai di jeti Daro utk ke sekolah

Suasana sekitar SMKTPDPH Normah, Daro



Flat guru

Jeti Pekan Daro

Sepetang bersama Daro..

Thursday 12 April 2012

*Atas Permintaan Ramai Ibu Bapa, Kini Ke Tempat Anda Siri Jelajah Motivasi Survivor Ke Seluruh Semenanjung Malaysia. Pastikan Anak Tersayang Anda Menyertainya, DAFTAR SEGERA! SEMINAR REMAJA SURVIVOR

   

*Atas Permintaan Ramai Ibu Bapa, Kini Ke Tempat Anda Siri Jelajah Motivasi Survivor Ke Seluruh Semenanjung Malaysia.
Pastikan Anak Tersayang Anda Menyertainya, DAFTAR SEGERA!

SEMINAR REMAJA SURVIVOR

Wednesday 7 March 2012

Survivor Camp Malaysia Kembali Lagi... Kem Motivasi Remaja Cuti Sekolah Mac 2012 Yang Paling DiTunggu Ibu Bapa MALAYSIA, SINGAPURA & THAILAND !!!

Survivor Camp Malaysia Kembali Lagi...


Kem Motivasi Remaja Cuti Sekolah Mac 2012 Yang Paling DiTunggu Ibu Bapa
MALAYSIA, SINGAPURA & THAILAND !!!


6 Tahun Usia Survivor Camp Malaysia & Bakal Memasuki Siri Ke-27 !
RIBUAN REMAJA TELAH MENGHADIRINYA !
"Kem Motivasi Remaja Popular"
SURVIVOR CAMP MALAYSIA

Tarikh11 - 15 MAC 2012
Cuti Penggal Pertama Persekolahan
Selama 5 Hari 4 Malam ( Ahad hingga Khamis )
*Lapor diri Ahad jam 3.00 petang
*Tamat program Khamis jam 9 malam.
TempatKem Bina At-Taqwa
Batu 35, Jalan Dengkil, Kg Boundry,
Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.
RemajaWajib Hadir 8 - 20 Tahun ( Lelaki & Perempuan )
& Remaja Exam UPSR, PMR, SPM, STPM 2012
Daftar
Segera !!
012 - 207 3938
019 - 300 5053


Kem Yang Selesa, Bersih, Selamat, Lengkap, Asrama Berhawa Dingin, Berpagar, & Terkawal



"Saya memandang serius keperluan kem yang sempurna untuk  menjalankan Survivor Camp Malaysia.
Justeru, saya memilih Kem Bina At-Taqwa kerana kemudahan yang disediakan cukup selesa dan memuaskan.
Malah makanan yang disediakan amat menyelerakan dan mendapat pujian peserta kem.
Anak tersayang anda tidak akan mengeluh dan menyesal di Survivor Camp Malaysia
kerana mereka pasti hendak datang lagi. Insya Allah."
- Ustaz Ahmadi Haji Din -


 DAFTAR SEKARANG !!!  SUPAYA ANAK TERSAYANG
ANDA TIDAK TERLEPAS MENYERTAINYA !!!




"Terima kasih & Tahniah kerana mendaftar anak tersayang demi masa depannya. Caranya mudah sahaja! Ikut panduan seperti di bawah."



Panduan Mudah Mendaftar

1.
  • Hubungi talian daftar 019-3005053 / 012-2073938 untuk pendaftaran (nyatakan nama peserta, umur & kawasan tinggal) & keterangan lanjut.
  • Berikan nombor talian perhubungan anda untuk kemudahan pihak kami menghubungi anda menyampaikan maklumat terkini.
2.
  • Anda boleh terus mendaftar tanpa menghubungi pihak kami.
  • Hanya ikut format SMS seperti gambarajah di bawah sahaja.
  • Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan.

*Format contoh. Sila tukar SC21 kepada SCM27 .
3.
  • Anda boleh mendaftar melalui e-mel. Sila sertakan no. talian perhubungan anda agar dapat kami menghubungi anda.
  • Sila emel ke alamat :: abmadi77@yahoo.com.my

*Yuran kursus sila lihat di bawah. Diskaun berganda !!

Diskaun Hebat !!!Diskaun Berganda-Ganda Yang Mampu Anda Bayar !!!


YURAN ISTIMEWA !!
[#1]


RM 560.00
Sahaja Seorang !!!

Diskaun Untuk Adik-Beradik !!
2 orang = RM1100 sahaja

3 orang = RM1650 sahaja
4 orang = RM2200 sahaja
5 orang = RM2750 sahaja


Yuran Early Bird
*Iaitu daftar & bayar awal - sekarang !
Sebelum 10 Mac 2012.
Rujuk no. [#4] di bawah untuk info lanjut.


Survivor Camp Malaysia
Siri Ke-27
Lebih  JIMAT  &  BERBALOI ! 



5 Hari 4 Malam
 Yang Intensif & 100% Praktikal

Dan
Dikendalikan Motivator Profesional Dalam Bidang Motivasi Remaja.
_______________________________________________

[#2]

Bandingan Yuran Asal :
RM 600.00
Iaitu Yuran Normal Kem Lain
5 Hari 4 Malam

___________________________________________________________

[#3]

Kini Hanya  RM560.00  Sahaja Seorang !
Jimat RM40.00


*Termasuk makan, asrama lengkap & selesa (katil dan tilam seorang satu, locker, & berhawa dingin), surau, fail, nota, modul, & kemudahan lain BERSAMAAN yuran RM600.00
.

_____________________________________________________________
[#4]

Yuran Early Bird

Yuran RM560.00 khusus kepada pendaftar terawal dan membuat pembayaran sebelum tarikh
 10 Mac 2012.

Pendaftar yang membuat pembayaran mulai tarikh 10 Mac 2012 dikenakan yuran sebanyakRM600.00.

Cara Yuran Early Bird ini diperkenalkan kerana pengalaman Survivor Camp Malaysia yang lepas telah  BANYAK  merugikan pihak penganjur.

Terlalu banyak kos dan kemudahan kursus yang telah disediakan mengikut bilangan jumlah pendaftar membazir begitu sahaja.

Biasanya 20% daripada jumlah pendaftar membatalkan nama pada hari pertama kursus.

Diharap penyertaan Survivor Camp Siri Malaysia Ke-27 nanti terdiri daripada ibu bapa yang amat SERIUS  pembangunan insan anak tersayang dan juga memahami persediaan besar oleh pihak penganjur.

 ANDA SERIUS, KAMI PUN SERIUS ! 
_____________________________________________________________

Tuan puan sila ambil peluang keEMASan ini !

Tiada yuran semurah ini di kem lain. Biasanya yuran sebegini untuk 4 hari 3 malam. Tetapi di Survivor Camp Malaysia siri ke-27 ia dijalankan selama 5 hari 4 malam malah bersama motivator remaja yang cukup berpengalaman.

Dan kem ini pula antara kem yang amat bertanggungjawab dan terkenal serta diburu ramai ibu bapa menjelang musim cuti persekolahan membantu anak tersayang Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa.  Buat tindakan sekarang ! 

Daftar segera dan dapatkan yuran istimewa SEKARANG !

Cara Pembayaran :


1.Pembayaran RM560.00 melalui Maybank ke akaun no. 112269148183
2.Pembayaran RM560.00 melalui Bank Muamalat ke akaun no. 1207-0031461-72-2
3.Pembayaran melalui cek atas nama;
AHMADI BIN BAHARUDIN
4.Pembayaran tunai/cek RM600.00 di kem jam 3.00 petang, Ahad 11 Mac 2012.

Nota Penting :

 Pembayaran Sebelum 10 Mac 2012. 

RM560.00

Cara pembayaran no. 1 dan no. 2 boleh dibuat sebelum 10 Mac 2012.
Sila bawa slip transaksi sebagai bukti pembayaran semasa lapor diri pada 11 Mac 2012, jam 3.00 petang. Simpan slip transaksi, tak perlu faks atau pos.

Jika hendak faks slip, sila faks di talian 03-8922 2248 @


abmadi77@yahoo.com.my

WAJIB SMS ikut format contoh rajah di bawah selepas bank-in :

*Format contoh. Sila tukar SC21 kepada SCM27.
_____________________________________________________________

 Pembayaran Pada 10 Mac 2012. 

RM600.00

Manakala cara pembayaran no. 3 dan no. 4 boleh dibuat pada masa lapor diri di kem jam 3.00 petang, Ahad 11 Mac 2012.
Sebarang kesulitan berkaitan pembayaran sila hubungi 019-3005053 atau 012-2073938.

_____________________________________________________________

MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU BAPA YANG BERMINAT. SILA BACA DI BAWAH ;



 Butiran Survivor Camp Malaysia Siri Ke-27 : 

===========

TARIKH
===========
11 - 15 Mac 2012

5 Hari 4 Malam
Ahad - Khamis
===========
TEMPAT
===========
Kem Bina At-Taqwa

Batu 35, Jalan Dengkil Kg Boundry
Bukit Changgang, Banting,
Kuala Langat
Selangor.
===========
LAPOR DIRI
===========
11 Mac 2012 (Ahad)
Jam 3.00 petang
*MAJLIS PENUTUP pada 15 Mac jam 9.00 malam.
===========
BARANG
KEPERLUAN

===========

  1. 3 set pakaian sembahyang (lelaki, sebaiknya baju melayu dan kain pelikat)
  2. Kopiah / songkok (lelaki)
  3. Telekung (perempuan)
  4. Sejadah (saiz besar, bukan saiz A4)
  5. Pakaian menutup aurat & bersopan
  6. Pakaian tidur malam
  7. Pakaian sukan
  8. Kasut sukan
  9. Alat tulis
  10. Barangan keperluan mandi
  11. Selimut
===========
TAMBAHAN===========Ibu bapa diminta  notakan perilaku anak  di dalam kertas A4 dan serahkan di kem semasa lapor diri. Sila notakan dengan terperinci perilaku anak anda.

Nota ini AMAT PENTING, bertujuan sebagai rujukan oleh motivator semasa mengendalikan anak tuan puan di kem.

*Bawa 2 keping gambar anak ukuran pasport.


  Selamat Mendaftar & Jumpa Di Sana !  



 DAFTAR SEKARANG !!!  SUPAYA ANAK TERSAYANG
ANDA TIDAK TERLEPAS MENYERTAINYA !!!

Saturday 7 January 2012

Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.



Tak seorang pun sempurna.

Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan khuatir untuk masa depan,

kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.



Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,

semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.



Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.



Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma mampu hidup sekali saja di dunia ini,

tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.



Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingati.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.



Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,

dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati adalah kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya




Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,

jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya

dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya

tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan

kalau kita tidak mampu melihat keduanya.



Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,

merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.



Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum,

lebih pahit daripada hempedu dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang,maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik

kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.



Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.



MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..





Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!

Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. Ia sangat mencabar..

Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.

Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu.
Mari kita sahut cabaran ini!!! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..


“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan?

Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.


Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya :


“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]


Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]

dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.

Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.


 Ku berikan hati ku pada DUNIA… Dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku dilembah kehinaan

Ku berikan hatiku pada MANUSIA… Manusia memperguna, menghancur lumatkan dan menfitnahku..

Ku berikan hatiku pada ALLAH… … Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi … Lembut, syahdu & mengasyikkan.. SubhanAllah,ku CINTA Allah!http://diarihati.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...