Pages

Sunday 20 November 2011

Ratu Cantik Islam Degil, Apakah Hal yang MENYEDIHKAN Berkaitan dengan Kes Ini?




Mula-mula baca dahulu berita yang saya pautkan dari HM:

[HM] KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya


Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.

Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Peserta ratu cantik yang beragama Islam ini telah dipanggil untuk sesi kaunseling oleh pihak JAIS, namun mereka tetap berdegil dan meneruskan hasrat untuk menyertai pertandingan ratu cantik Borneo 2011. Kata salah seorang daripada mereka, rugi jika tidak menyertai pertandingan itu. Hujah mereka, penyertaan dalam pertandingan itu tidak menyalahi undang-undang di sana, walaupun mereka sengaja ataupun sememang jahil tentang hukum hakam agama yang dianuti oleh mereka.

Apa yang menyedihkan?


Pertama, mengapa tiada undang-undang yang melarang orang yang beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik atau berpakaian mendedahkan aurat? Jika ada undang-undang sedemikian, maka sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan itu. Saya tidak pasti sama ada undang-undang ini diselaraskan di peringkat pusat ataupun diwujudkan bergantung pada peruntukan pihak berkuasa tempatan atau jabatan agama. Jika di Selangor Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Adakah jabatan agama Islam Sarawak tidak mempunyai enakmen yang sama? Jika tidak ada, mengapa tiada usaha untuk menggubalnya?

Sebelum ini, kita pernah membaca ibu dan anak ditahan kerana berpakaian mencolok mata beberapa tahun lalu. Penahanan mereka yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atas peruntukan yang ditetapkan. Kalau tidak silap, penahanan anak-beranak itu berlaku di kawasan Jalan Petaling dan penahanan mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak yang jahil atas alasan hak asasi.

Kedua, JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) seperti yang diberitakan hanya MAMPU memanggil dan memberikan kaunseling. Kata pihak JAIS, tiada kuasa diperuntukkan untuk menghalang atau mendakwa gadis-gadis jahil ini apabila mereka bertekad menyertai pertandingan ratu cantik itu. Pendedahan ini amat memalukan kerana jabatan yang menjaga hal ehwal dan maruah agama Islam tidak mampu berbuat apa-apa dalam hal ini. Ironi, jabatan agama Islam di Malaysia ini sangat berkuasa apabila melibatkan program pemimpin pembangkang. Mereka tiba-tiba amat berkuasa untuk menghalang dan menyerbu program-program yang tidak mesra kerajaan BN. Mereka mengawal masjid dan menghalang tokoh agama mesra pembangkang memberikan ceramah agama atas alasan tauliah dan sebagainya. Namun dalam kes ratu cantik ini, mereka umpama lelaki dayus yang tidak mampu berbuat apa-apa!

Apabila menyentuh tentang pertandingan ratu cantik, kita pasti teringat akan pemecatan Tuan Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila dipecat daripada jawatan yang disandangnya selama 12 tahun apabila berperanan dalam menghalang tiga gadis Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997. Yang menyedihkan tindakan tersebut telah dibantah, malah PM Malaysia pada ketika itu turut mengecam tindakan JAIS. Kes yang membawam kepada pemecatan Datuk ishak telah diulas oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku bertajukMufti lawan Mahathir.

P/s: Apabila menyentuh tentang aurat, orang lain terutamanya artis dan selebriti yang mendedahkan badan perlu dihukum juga. Masalahnya di Malaysia, hukum agama tidak dipandang berat, adakalanya undang-undang hanya diwujudkan atau dilaksanakan apabila pihak berkepentingan tergugat.

Wahai anakku, saksikanlah!

Wahai anak bangsaku! Saksikanlah! Tiada genius besar tanpa bauran kesungguhan mencapai apa yang dicita-citakan.


Tahniah adikku sayang.adiklah wira teragung.yg membuktikan Allah itu maha adil maha pengasih dan maha penyayang.yg tiada samasekali menganiaya hambanya.adik memberi mesej jelas kpd dunia bahawa kelas tercorot hanyalah sekadar tempat rekaan manusia yg samasekali tiada berupaya menghalang keinginan dan semangat yg membuak buak untuk berjaya.teruskan berjuang adikku sayang.doa kami sentiasa mengiringimu.TAHNIAH.

Duda Mengaku Salah Rogol Budak Bawah Umur




[SH] Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

Maksiat BUDAK Pantai




[HM] PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.


Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.


“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. 

“Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. 

“Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.

Gadis 16 Tahun Dirogol Di Atas Pasir

jERTIH: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.


Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.


Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.


Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.


Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.


“Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.


“Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.


“Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya,” katanya.


Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.


Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...