Pages

Thursday 21 July 2011

Iman Senilai RM 0.20




Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
 
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, 
 
"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
 
"Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!

Dara Ganas!


Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

“Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.

“Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP)....
 
 
Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Baca "Al-Fatihah" Selepas Dicekup Berkhalwat!


Saya petik:

[SH] PETALING JAYA – Akibat terkejut dicekup penduduk kerana berkhalwat, seorang gadis terus membaca surah Al-Fatihah sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.

Perkara itu berlaku ketika gadis berumur 20 tahun itu dan pasangannya yang berusia 17 tahun ditahan berdua-duaan dalam sebuah rumah di Apartmen Idaman, di sini kira-kira jam 1 pagi semalam.

Pasangan itu berasal dari Kelantan dan mendakwa hendak bertunang tidak lama lagi.
 
Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, tangkapan itu dilakukan bersama Imam Masjid Al-Muhtadin, ketika pasangan itu baru memasuki rumah tersebut.

“Aduan diterima dari jiran-jiran mereka. Kita periksa dan temui pasangan ini dalam sebuah bilik berkunci,” katanya

Menurutnya petugas menunggu hampir lima minit sebelum pintu bilik itu dibuka.
 
“Pasangan ini merayu dilepaskan, tetapi untuk memberi kesedaran, kita tahan mereka sebelum memanggil keluarga mereka,” katanya.

Difahamkan remaja lelaki itu bekerja di kedai menjual daging ayam, manakala gadis itu sedang mencari pekerjaan. 
 
Sudah kantoi baru ingat Tuhan. Itulah perumpamaan yang selayaknya ditujukan kepada remaja berkenaan. Kami tahu, ramai di luar sana khususnya ibu bapa yang RISAU tentang anak remaja mereka KHUSUSnya perempuan yang mungkin sekarang ini sering keluar MALAM.. BERGAYUT di HP dan FACEBOOK serta laman sosial lain 24jam.. CURIGA perilaku anak-anak GADIS mereka yang sudah mula BERCINTA di alam persekolahan.. dan lebih membimbangkan, pernah terbaca SMS LUCAH dan sebagainya milik anak GADIS mereka.. INSYAALLAH, kami di DDR bersedia untuk membantu anda sekeluarga daripada masalah tersebut. JANGANLAH hanya pandang masalah anak-anak anda hanya sebelah mata... BERIKANLAh tumpuan yang SEWAJARNYA.. YA, kami tahu.. ramai ibu bapa yang sudah berhabis wang ringgit dan berusaha untuk membantu anak-anak mereka TAPI masih belum menemui kejayaan.. JADI, adakah disebakan KEGAGALAN itu buat anda sudah PUTUS ASA? Apakah ALLAH tidak menyediakan JALAN untuk anda menemui PENYELESAIANNYA? INSYAALLAH, hubungi kami DDR dalam kadar SEGERA! 

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Pelajar 13 Tahun Berlagak GANGSTER


Saya petik:
Telinga pelajar cedera akibat serangan dalam kelas

[BH] KUALA TERENGGANU: "Saya hampir pengsan melihat darah berlumuran pada telinga kiri dan baju sekolah dipakai anak bongsu ketika dia pulang ke rumah," kata Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Bukit Kandis, Bukit Tunggal, di sini berhubung kecederaan telinga anaknya dipercayai dipukul seorang pelajar, petang kelmarin.

Fatimah berkata, anaknya, Abdul Rahman Abdul Ghani, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di kawasan itu, pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang bersama abangnya, Mohd Khairul, 25, dalam keadaan berlumuran darah di telinga kiri untuk mengambil kad pengenalan bagi mendapat rawatan.

Beliau berkata, Abdul Rahman memaklumkan dia dipukul dan ditendang seorang daripada sekumpulan pelajar yang datang ke kelas sementaranya sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.

“Tendangan itu menyebabkan Abdul Rahman terdorong ke belakang dan ketika hendak terjatuh, bahagian kiri mukanya tersangkut pada bucu cermin tingkap, menyebabkan luka besar pada telinga kirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mangsa bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan selepas difahamkan menerima tujuh jahitan di telinga kirinya.

Difahamkan polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pagi semalam untuk membantu siasatan.
Bapa mangsa, Abdul Ghani Ismail, 64, berkata pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan wajar supaya masalah disiplin di sekolah itu dapat diperbaiki.

Selain daripada kes-kes melibatkan PENZINAAN, ROKOK, MENCURI, PONTENG SEKOLAH, KELUAR MALAM, terlibat dengan DADAH.. kami di DDR juga menerima kes-kes daripada ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka mula berperangai seperti GANGSTER bukan sahaja di rumah, malah di luar rumah khususnya di sekolah! RAmai ibubapa yang mengajukan masalah anak mereka ini kepada DDR untuk sama-sama membantu anak-anak remaja mereka. Dan ALHAMDULILLAH, ramai yang sudah berjaya dipulihkan. ada juga yang dalam pemerhatian pihak DDR dan pemantauan keluarga. Oleh itu, kami di DDR menasihatkan ibu bapa di luar sana supaya BERTINDAK SEGERA! dan TIDAK perlu menunggu melihat KESANnya pada masa akan datang. JANGAN terkejut jika ada ibu bapa yang SUDAH di BELASAH! DI SEPAK TERAJANG dengan anak sendiri! kes-kes sedemikian ada dalam REKOD pihak kami.. Oleh itu bertindaklah SEGERA sementara MASIH ada RUANg dan PELUANG untuk BERTINDAK!
sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Bilangan Pelajar Perempuan Merokok Semakin Meningkat!


Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.

Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.

“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.
Kes-kes yang melibatkan remaja perempuan sememangnya semakin PARAH.. ROKOK yang umumnya dikaitkan dengan LELAKI, tidak lagi kerana berdasarkan kajian yang dilakukan, masalah ROKOK ini telah diSERTAI oleh golongan perempuan khususnya REMAJA! Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBUBAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Remaja Belasan Tahun Lakukan Seks Hingga 5X Seminggu. Fuh!!!


[HM] KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Depan mak ayah PERANGAI macam anak SOLEHAH.. TAPI dibelakang sikap mengalahkan SYAITAN.. MAAF tuan/puan yang dihormati.. tidak terniat untuk mensyaitankan  anak-anak ini.. cuma sebagai orang yang melihat dan membaca kenyataanya pasti timbul MARAH dan TIDAK PUAS HATI.. mana tidaknya... Cukup pandai BERLAKON WAYANG apabila berdepan dengan MAK AYAH... dan kes-kes begini biasanya MAK AYAH akan MEMBELA anak- anak tersebut dan sering MENUDING JARI kepada pihak lain! Oleh itu, JANGANLAH mudah BERLEMBUT HATI... dan CEPAT MELUPAKAN kesalahan yang dilakukan anak-anak itu.. sebaliknya BERIKAN perhatian dan FIKIRKAN kesan jangka panjangnya.. JANGAN juga fikir masalah yang anak-anak tuan/puan ketika ini hanya satu MASALAH KECIL dan TIDAK perlu diberikan PERHATIAN.. kerana berdasarkan pengalaman kami, kes-kes seumpama ini berlaku akibat KETIDAKSENSETIFAN ibu bapa memberikan PERHATIAN dan AMBIL BERAT masalah dan TINDAKAN yang dilakukan oleh anak-anak mereka.. Apabila timbul masalah-masalah BESAR dan tidak mampu DIKAWAL.. BARULAH rasa RISAU dan Haru biru fikirkan JALAN penyelesaiannya.. INSAYALLAH, kami di DDR ada perkhidmatan rawatan dan motivasi khusus untuk remaja yang bermasalah ini.. untuk maklumat lanjut sila layari; www.motivasisurvivor,com

60% Peratus Remaja Hilang Dara Sebelum 18 Tahun. Fuh!!!

 
[HM] KUALA LUMPUR: Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini.

“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.

“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun.

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya.

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan.

Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.

Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura, keadaan yang sama turut berlaku di sana. Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lucah ialah orang Islam. Yang membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat. 
Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. 

TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBUBAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi TAPI Otak Letak Celah Kaki!


Sekadar hiasan.

[HM] GEORGETOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kes-kes ZINA seperti ini sudah tidak menjadi satu berita yang menggemparkan di negara kita. Bukan mahu mengatakan bahawa tidak perlu rasa TERKEJUT dan sebagainya.. TETAPI, realitinya masalah ZINA melibatkan MAHASISWA universiti sudah BASI untuk dibincangkan. NAMUN, bagi IBU BAPA atau pihak KELUARGA pastinya ini sesuatu yang MENGECEWAKAN! anak yang diharapkan dapat membantu memperbaikan kehidupan keluarga suatu hari nanti SEDANG lena DIPELUKAN para JANTAN-JANTAN yang BERHIDUNG BELANG! Ibu bapa DITIPU mati-matian!  Siang Malam mendoakan anaknya berjaya dengan CEMERLANG dalam akademik tetapi MALANG, anak gadisnya SIBUK menjaja MARUAH dengan harga yang begitu MURAH! buktinya.. kami di DDR lebih kepada FIRMA TURUN PADANG.. Pergi ke LOKASI_LOKASI pilihan MAHASISWA universiti BERMADU ASMARA dan dapat MEREKODKAN puluhan malah ratusan KES-KES ZINA dan perlakuan SUMBANG mereka. Contoh lokasi pilihan MHAHASISWA IPTA adalah di Tasik Chempaka, Bangi, Selangor kerana di sana terdapatnya pelbagai institusi- pendidikan. Oleh itu, bagi ibu bapa yang risaukan anak-anak yang masih BERSEKOLAH supaya tidak tidak terjebak dengan masalah ini, bolehlah bertemu dengan KAMI di DDR untuk mendapatkan khidmat RAWATAN dan MOTIVASI serta perkhidmatan-perkhidmatan yang SESUAI dengan keadaan SEMASA khusus untuk anak-anak remaja anda!.

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Umur Lapan Tahun Rompak RM 20 000!




[HM] KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.

Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu ‘markas’ mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.

“Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun,” katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.

Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.

“Kemungkinan suspek berusia lapan tahun itu masuk terlebih dulu sebelum membuka pintu bagi memudahkan dua rakannya menyelinap masuk. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Selain daripada menerima kes-kes penzinaan dan sebagainya, firma rawatan dan motivasi DDR sering menerima kes-kes ANAK yang PANDAI MENCURI wang Ibu bapa. Kes-kes yang biasanya kami terima biasanya DICERITAKAN sendiri oleh keluarga khususnya IBU BAPA dan PENGAKUAN sendiri anak tersebut setelah sesi kaunseling atau rawatan rohani dilakukan. Ada juga yang menggunakan wang CURI berkenaan untuk berjoli di cafe cyber dan membeli GAM dan DADAH! Oleh itu, tuan-tuan sekalian.. Sekiranya anak-anak anda sudah mula melakukan aktiviti mencuri walaupun pada NILAi yang dianggap KECIL...JANGANLAH dipandang sebelah mata saja.. Bak kata orang... SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT... sebelum masalah semakin PARAH.. kita minta dijauhkan  daripada semua itu.. TETAPI jika anak anda sudah menunjukkan simptom2 berkenaan dan nada TIDAK tahu untuk mengenadlikannya, BOLEH la menghubungi kami SEGERA! untuk bersama-sama membantu menyelamatkan anak anda daripada terjerumus ke kancah sosial yang lebih kronik! 

sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Akibat Gemar Ponteng Sekolah Remaja Hamil 7 Minggu!


Sekadar hiasan.

[HM] AMPANG: Punca seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang sering ponteng sekolah akhirnya terbongkar apabila bapanya mendapati dia mengandung tujuh minggu dipercayai dirogol teman lelakinya sebaik membuat pemeriksaan di sebuah klinik pada 22 Jun lalu.

Sebaik mengetahui anak gadisnya mengandung dipercayai dirogol, bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 26 Jun lalu.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, bapa mangsa mula mengesyaki sesuatu yang pelik terhadap anak gadisnya apabila guru sekolah mangsa menghubungi bapanya untuk bertanyakan punca mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

“Mangsa mengaku teman lelakinya yang berusia 19 tahun, sering menjemputnya dari sekolah dan pusat tuisyen sebelum merogol mangsa di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Taman Melawati.

“Sebaik mengetahui anaknya diperlakukan sedemikian, bapa mangsa kemudiannya mengambil keputusan membawa mangsa menjalani pemeriksaan ultra bunyi di sebuah klinik di Keramat,” katanya. 
Sumber berkata, sewaktu mangsa bersekolah di tingkatan satu, suspek bertindak berani apabila melarikan mangsa selama tiga hari sebelum dia berjaya dijumpai sebaik anggota polis membuat pemeriksaan di sebuah apartmen di Taman Melati.

“Selepas kejadian kira-kira tiga tahun lalu, bapa mangsa menasihatkan suspek supaya tidak lagi berkawan dengan anaknya kerana bimbang perkara sama akan berulang,” katanya.

“Suspek yang degil tetap berkawan dengan mangsa sebelum bapa mangsa mengambil keputusan untuk menukar mangsa bersekolah di tempat lain dengan harapan suspek tidak lagi berkawan dengan mangsa,” katanya. 
Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBU BAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Sudah DITEBUK Tupai Baru Nak Terngadah!




[HM] HULU SELANGOR: Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan polis, kelmarin.
Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.

Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.

“Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka mencarinya.

“Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai polis.

“Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan.

 Jangan apabila kelapa sudah ditebuk tupai baru kemaruk mahu mengambil tindakan! TAPI, ada juga IBUBAPA yang sudah BERUSAHA dan BERIKHTIAR sampai ada juga yang HAMPIR PUTUS ASA kerana usaha yang dilakukan TIDAK mendatangkan HASIL seperti mana yang diharapkan. Kami di DDR menerima banyak KELUHAN dan RINTIHAN daripada IBU BAPA yang sudah tidak tahu nak berbuat apa lagi untuk membantu menyedarkan anak remaja mereka yang terlibat dengan masalah sosial khususnya ZINA dan PERGAULAN BEBAS. Alhamdulillah.. melalui perkhidmatan dan pertolongan ALLAH pastinya.. USAHA ibu bapa berkenaan TIDAK SIA-SIA.. malah, sudah mampu GEMBIRA apabila anak yang sebelum ini LIAR sudah berjaya DITUNDUKKAN dengan bantuan ALLAH SWT dan berkat usaha yang dilakukan.. sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi. Wallahu'alam..

Lima Ekor Tupai Dituduh Tebuk Putik Kelapa






[BH] KUALA TERENGGANU: Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.

Dalam pertuduhan pertama, dua rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada 13 Mac lalu. 

Mohd Syafiq Radin, 19, berasal dari Jalan Teratai, Dungun dan rakannya, Mohd Suhaimi Md Said, 22, dari Jalan Sultan Sulaiman, Dungun didakwa memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa antara jam 12.01 pagi dan 2 pagi.

Mohd Syafiq yang menuntut di sebuah kolej swasta dan Mohd Suhaimi yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu dalam bilik atas sebuah rumah teres di Dungun.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud di hadapan Hakim Azman Mustapa. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Azman mengenakan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Dungun, dua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, manakala seorang lagi berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama.
Hakim Aznika Anas kemudian menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang gadis berusia 14 tahun yang keciciran sekolah menjadi mangsa seks sekumpulan lelaki termasuk teman lelakinya.

Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBUBAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

Perogol Menangis Kerana Bapa Tak Mampu Bayar Ikat Jamin!



Pandai pula pakai kopiah!


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menangis teresak-esak sejurus mengetahui bapanya gagal menjelaskan wang jaminan sejumlah RM8,000 yang ditawarkan hakim selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, 18, dari kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan bapanya yang hadir semasa pertuduhan, gagal menjelaskan jumlah wang jaminan ditawarkan kerana tidak cukup wang.

Bapanya yang bekerja sendiri difahamkan hanya mempunyai sebanyak RM2,000 dan meminta diberikan masa untuk mencari wang bagi mencukupkan jumlah yang ditawarkan oleh hakim Azman Mustapha.

Sebelum itu, tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dengan sengaja merogol teman wanitanya, gadis di bawah umur pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, hakim Azman menetapkan 12 September depan sebagai tarikh keputusan kes untuk menunggu laporan akhlak tertuduh memandangkan ketika kejadian, dia masih di bawah umur.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu diantara jam 11 malam hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, kampung Pengkalan Maras, Kuala Terengganu dengan sengaja melakukan rogol terhadap mangsa yang juga teman wanitanya berumur 16 tahun.

Kejadian bermula pada 19 Disember, kira-kira jam 7.30 petang, apabila mangsa keluar bersama tertuduh yang dikenali Akim untuk pergi ke rumah sepupu tertuduh di kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah sampai di rumah terbabit, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah sepupunya itu dan pada 20 Disember, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa bersama tertuduh telah tidur bersama di dalam bilik di rumah berkenaan.

Semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh telah meraba dan mencium bahagian anggota badan mangsa.

Selepas itu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa telah mandi bersama tertuduh di dalam bilik mandi di rumah itu dan ketika itulah, mangsa telah dirogol tertuduh.


Perbuatan tertuduh terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya selepas didesak, sejurus keluarganya ternampak mangsa pulang ke rumah bersama tertuduh pada hari sama kira-kira jam 12 tengah hari.

Ingat remaja di atas teresak-esak menangis kerana INSAF akan perbuatan merogol teman wanitanya , rupa-rupanya dia menangis kerana  bapanya tidak cukup wang untuk menjaminnya keluar sementara menunggu perbicaraan. Saya tidak ada rasa belas kasihan terhadap orang macam ini! Orang seperti ini perlu dikenakan tindakan yang paling keras. Untuk maklumat lanjut sila layari; www.motivasisurvivor.com

Anak Anda Ketagih Facebook: Mana Silapnya?


Fenomena Facebook , Ketagihan di Laman Sosial Maya yang semakin dirasai

Sebut saja Facebook, boleh dikatakan semua kenal? Sedikit pengalaman berkenaan Facebook yang berlaku pada diri sendiri.Pernah suatu ketika tak buka Facebook satu hari, rasa cam tak lengkap hidup ini, walaupun diri ini hanya buka Facebook kurang dari sejam sehari. 


Satu entry yang agak menarik dari Kosmo :



Serba sedikit yang menarik pasal Entry INI :

1) FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

2) Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.

3) Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.

Muka Buku (Facebook) lebih popular dari Ulat Buku
Lebih baik dari bermuka-muka ataupun buat-buat rajin membaca Buku



Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu



Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog ni mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang, di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan pemerhatian aku.


keburukan facebook yang perlu kita tahu
gambar credit to mr google
1) Leka Bermain Game

Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.

2) Melalaikan

Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.

3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan

Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.

4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama

Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…

5 Luahan Di Wall

Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. 

Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.

Kepada pasangan yang telah berkahwen pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

6) Kekasih Gelap

Ada juga pasangan yang dah berkahwen mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka.  Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.

7) Terjebak Dengan Bisness Online

Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang.  Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?
Ok setakat ini sajelah yang dapat aku kupas. Kalau ada pendapat yang lain, kita boleh bincangkan di ruangan komen di bawah.

Yang pastinya, setiap keburukan ada juga kebaikannya. Dan semua keburukan ini juga kite boleh mengubahnya kepada kebaikan lantas memberi manfaat yang sebaiknya kepada kita. Yerla, setiap perkara buruk itu, kite yang perlu berusaha untuk mengubahnya, tidak boleh hanya berserah pada takdir kan. Maka marilah kita sama-sama mengubah segala keburukan ini menjadi kebaikan dan kite manfaatkanlah laman facebook ini sebaik mungkin. Wah, ayat aku pon dah pusing-pusing, tapi takperlah, janji korang paham.

ADAKAH ANAK-ANAK ATAU ADIK-BERADIK ANDA SUDAH MENUNJUKKAN SIKAP-SIKAP SI TANGGANG? MULA MENGHERDIK? MENGHEMPAS PINTU? MENGGELARKAN ANDA DENGAN GELARAN BINATANG? DAN MULA BUAT ANDA TERASA KECEWA? HIDUP BERTUHANKAN FACEBOOK? INSYALLAH, KAMI DI DIDIK DIRI RESOURCES (DDR) SEDIA MEMBANTU ANDA, ALHAMDULILLAH, SUDAH RATUSAN MALAH RIBUAN REMAJA SUDAH KEMBALI RASA BERTUHAN DAN BERIBU BAPA DENGAN IKHTIAR DAN USAHA TIDAK PUTUS ASA IBU BAPA MEREKA, KINI ANAK-ANAK MEREKA ALHAMDULILLAH SUDAH BERUBAH MENJADI ANAK YANG BAIK DARIPADA SEBELUMNYA.. TIDAK RUGI MENCUBA, RUGINYA APABILA MASALAH SUDAH SEMAKIN KRONIK DAN ANAK ANDA SUDAH TERLANJUR... BARU NAK CARI JALAN.. UNTUK BERHUBUNG DENGAN KAMI;

SILA LAYARI;

Web site   : www.motivasisurvivor.com
Blog          :  http://motivasisurvivor.blogspot.com/
Facebook : http://www.facebook.com/pages/ANAK-DERHAKA/249953188364016?sk=wall

INSYAALLAH.. MASIH ADA JALAN UBAH NASIB KEHIDUPAN ANAK ANDA... SYARATNYA, JANGAN MUDAH PUTUS ASA!

Ustaz Ahmadi Di Majalah MASTIKA dan AL-ISLAM























ADAKAH ANAK-ANAK ATAU ADIK-BERADIK ANDA SUDAH MENUNJUKKAN SIKAP-SIKAP SI TANGGANG? MULA MENGHERDIK?MENGHEMPAS PINTU? MENGGELARKAN ANDA DENGAN GELARAN BINATANG? DAN MULA BUAT ANDA TERASA KECEWA? INSYALLAH, KAMI DI DIDIK DIRI RESOURCES (DDR) SEDIA MEMBANTU ANDA, ALHAMDULILLAH, SUDAH RATUSAN MALAH RIBUAN REMAJA SUDAH KEMBALI RASA BERTUHAN DAN BERIBU BAPA DENGAN IKHTIAR DAN USAHA TIDAK PUTUS ASA IBU BAPA MEREKA, KINI ANAK-ANAK MEREKA ALHAMDULILLAH SUDAH BERUBAH MENJADI ANAK YANG BAIK DARIPADA SEBELUMNYA.. TIDAK RUGI MENCUBA, RUGINYA APABILA MASALAH SUDAH SEMAKIN KRONIK DAN ANAK ANDA SUDAH TERLANJUR... BARU NAK CARI JALAN.. UNTUK BERHUBUNG DENGAN KAMI;

SILA LAYARI;

Web site   : www.motivasisurvivor.com
Blog          :  http://motivasisurvivor.blogspot.com/
Facebook : http://www.facebook.com/pages/ANAK-DERHAKA/249953188364016?sk=wall

INSYAALLAH.. MASIH ADA JALAN UBAH NASIB KEHIDUPAN ANAK ANDA... SYARATNYA, JANGAN MUDAH PUTUS ASA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...