Pages

Friday 30 September 2011

Pelbagai Perkhidmatan Disediakan; Didik Diri Resources (DDR)

Apakah Motivasi Survivor...?

Menjadi SURVIVOR dalam Dunia Yang Penuh Cabaran !!



Dibawakan Khas Oleh Konsultan Motivasi Remaja Berdaftar 001509181-M





ANAK NAKAL?!

Jumpa Ustaz Ahmadi Ambil Berat !!

Motivator Sebenar Untuk Anak Anda !!




Ustaz Ahmadi Haji Din a.k.a Ustaz Ahmadi Ambil Berat !!
Ba.Hons.UKM
Pengurus & Motivator Didik Diri Resources


TERBUKTI !! Motivator 'Turun Padang' Lagi Berpengalaman, KHASUntuk Anak Anda !!



Motivator Diiktiraf MASTIKA dan METRO Media Cetak No.1 Malaysia Sejak 2005 !!
( Teruskan bacaan untuk melihat artikel dalam grafik yang lebih besar )




Adakah Anak Anda Dalam Senarai
Gejala Sosial Di Bawah...

Nakal, Degil, Malas Solat, Malas Belajar, Ponteng Sekolah/Kelas, Merokok, Tak Hormat Ibu Bapa, Bahasa Kasar/Kesat, Tinggi Suara,
Malas Kendiri, Kuat Tidur, Mencuri, Menipu, Kuat Tengok TV,
Penting Kawan, Kuat ke Cyber Cafe, Lari Dari Rumah, Merempit,
Melepak, Balik Lewat Malam, Salahguna HP/Internet, Melucah, Onani,
Mencarut, Hidu Gam, Pil Khayal/Syabu, Dadah, Kaki Gaduh, Buli,
Dedah Aurat, Seksi, Pakwe Makwe, Berzina, Hamil Anak Luar Nikah,
Punk, Skinhead, Gothic, Emo, Minum Arak, dan macam-macam lagi...
Insya Allah, Saya Cuba Membantu !!





Gerakan Menangani Keruntuhan Moral Remaja Malaysia !!
Banner daripada Majalah AL-ISLAM 2008 oleh Ustaz Ahmadi Ambil Berat !!








Sinopsis Kredibiliti
Ustaz Ahmadi Haji Din




Didikan Tentera Sejak Kecil
Anak kelahiran Sabah ini membesar di Sungai Petani, Kedah di dalam keluarga tentera. Sedari kecil lagi aspek disiplin amat dititikberatkan di dalam keluarga. Justeru kehidupan beliau sejak kecil tidak mendatangkan masalah kepada keluarga.

ABIM & Rakan Muda Di Sekolah
Usia yang menganjak dewasa mematangkan beliau dengan suasana persekitaran semasa. Ditambah pula dengan penglibatan beliau dalam Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM dan Rakan Muda sejak sekolah cukup membuatkan beliau kerap bertanya, ke mana halatuju anak-anak muda pada masa itu? Apa yang mereka fikirkan? Dan ke mana sudahnya masa depan mereka? Persoalan ini amat tertanya-tanya, kerana beliau melihat begitu bejat permasalahan sosial remaja era persekolahan tahun 90-an.

Kepimpinan Di UKM
Kegiatan bermasyarakat dan membina kepimpinan, beliau teruskan semasa melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Aktif berpersatuan dan menjawat pelbagai jawatan menjadikan beliau lebih dekat dengan isu-isu masyarakat dan negara.

Aktif Dengan NGO Islam
Simpati dengan keluarga yang memiliki anak remaja bermasalah menyebabkan beliau 'turun padang' membantu sejak tahun 2000 selepas tamat pengajian di UKM. Beliau aktif dengan beberapa NGO Islam dan persatuan penduduk dalam gerak kerja Amar Makruf Nahi Mungkar. Sehingga kini ratusan kes-kes remaja telah beliau bantu.

Pengurus Didik Diri Resources (2004) &
Pengasas Survivor Camp Malaysia (2006)
Ilmu dan pengalaman membasmi gejala sosial telah beliau satukan sejak 2004 di bawah konsultan motivasi berdaftar, Didik Diri Resources (001509181-M) supaya lebih sistematik dan berkesan dalam membantu remaja. Antara program beliau yang paling terkenal ialah Survivor Camp Malaysia sejak 2006.

Timbalan Pengerusi SIDIM
Selain itu, beliau bersama rakan seperjuangan menubuhkan NGO Sahabat Insan Dan Iman Malaysia atau SIDIM, dan beliau dilantik selaku Timbalan Pengerusi SIDIM. Antara aktiviti utama SIDIM ialah menguruskan pusat pemulihan aqidah & akhlak remaja di beberapa tempat di Selangor.

Kerjasama dengan MASTIKA & METRO
Peranan beliau turut mendapat perhatian 2 media cetak No.1 Malaysia iaituMASTIKA dan METRO. Banyak kes-kes kendalian beliau disiarkan di dalam media ini sejak tahun 2005. Tujuannya untuk mengetengahkan isu-isu bahaya gejala sosial remaja dikalangan rakyat Malaysia. Dan seterusnya sama ada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat dapat bertindak membasmi gejala sosial ini.

Liputan Ahli Parlimen Malaysia
AlhamdulilLah, kerjasama beliau dan media mendapat perhatian serius beberapa Ahli Parlimen Malaysia dan dibincangkan di Dewan Rakyat pada 2005. Semoga kita semua terus mengimarahkan Amar Makruf Nahi Mungkar. Kerana masa depan negara adalah APA YANG BERLAKU KEPADA GENERASI MUDA HARI INI !!

Ringkasan Kelayakan Beliau ;

Pengurus & Motivator Didik Diri Resources, DDR
Pengasas Survivor Camp Malaysia, SCM

Timbalan Pengerusi Sahabat Insan Dan Iman Malaysia, SIDIM
Ketua Unit Bimbingan & Motivasi, Rumah Insaniah (Pusat Pemulihan Akhlak Remaja)

Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM
Mantan Ketua Jurulatih PLKN Malaysia 2006-2007
Mantan Pembantu Fasilitator Syarikat Motivasi Fitrah Perkasa Sdn Bhd
Mantan Fasilitator Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Motivator Bahaya Anak Nakal
Motivator Bahaya Gejala Sosial Remaja

Motivator Tingkat Harga Diri Remaja
Sukarelawan Amar Makruf Nahi Mungkar
___________________________________________________________
Pelbagai Perkhidmatan Disediakan;


Perkhidmatan 1 ;

~ BENGKEL REMAJA ~
"BAHAYA ANAK NAKAL" (Edisi-3)

!! AKAN DATANG CEPAT DAFTAR !!
2 Oktober 2011 (Ahad)
Masjid Al-Hasanah (Bandar Baru Bangi)
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Remaja usia 8 - 20 tahun (ren/men/kolej/univ)
Yuran RM55.00 sahaja. (RM100.00)


Kenapa anak tersayang anda WAJIB hadir ke bengkel ini ?

Bengkel ini akan memproses minda dan jiwa anak tersayang anda untuk kenal diri agar bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah swt serta sebagai seorang anak kepada ibu bapa juga mampu untuk mengawal diri jauh terjebak dengan gejala penyakit sosial dan merancang yang terbaik untuk masa hadapan.

Bengkel ini juga menjadi buruan ramai ibu bapa yang mahukan pihak konsultan DDR yang profesional menguruskan permasalahan bahaya anak nakal sejak tahun 2000 lagi. Konsultan ini diterajui oleh motivator yang juga perawat remaja iaitu Ustaz Ahmadi Haji Din yang cukup dikenali dalam bidang motivasi bahaya anak nakal dan diiktiraf oleh media cetak no.1 negara iaitu MASTIKA dan METRO. Beliau cukup berpengalaman luas dalam bidang remaja nakal dan menguruskan pusat pemulihan remaja sejak tahun 2005 lagi. Justeru, beliau amat layak untuk membimbing dan membantu anak anda daripada berterusan menjadi nakal.


Jika anak saya tidak nakal, adakah dia boleh hadir ?

YA BOLEH !! Anak anda amat dialukan menghadirinya. Kerana bengkel ini juga bersifat pencegahan dengan maklumat, penerangan, dan motivasi yang disampaikan agar peserta yang hadir cukup bersedia selepas tamat bengkel untuk bertindak sebagai seorang hamba, khalifah, anak, dan pelajar yang berjaya dunia dan akhirat.

Pengalaman 2 bengkel yang lepas, rata-rata peserta adalah dari kalangan remaja yang kurang nakal dan tidak nakal. Kerana ibu bapa inginkan anak mereka tahu akan bahaya menjadi anak nakal dan akibat serta kesan yang akan terjadi kelak jika anak mereka tetap degil.


Apakah yang akan disampaikan di dalam bengkel ini ?


Pertama - MEMARTABAT SEMULA MARUAH DAN HARGA DIRI REMAJA MUSLIM.
Remaja pada hari ini yang ada di sekitar kita, cukup lemah jiwa dan jatidiri mereka. Mereka seakan gagal membuat keputusan yang wajar lagi waras. Dek kerana kawan-kawan, kecanggihan teknologi (spt hp & internet) dan hiburan, langsung mereka cuai lagi lalai dengan patuh kepada syariat tuhan dan ibu bapa. Gejala inilah yang merosakkan maruah dan harga diri mereka. Maka sudah sampai saatnya, untuk digilap dan dicanai semula maruah dan harga diri mereka setinggi mungkin kerana mereka adalah umat Islam YANG TERBAIK !!


Kedua - TAHU, MAHU & MAMPU UNTUK TIDAK JADI ANAK NAKAL DAN DERHAKA.
Konsultan DDR mempunyai pengalaman sebenar mengendalikan remaja nakal di seluruh semenanjung Malaysia dan mempunyai bahan-bahan sebenar untuk informasi peserta agar menjauhi akhlak remaja nakal. (NOTIS PENTING !!Konsultan DDR tidak menciplak pengalaman dan bahan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya banyak pihak lain yang menciplak pengalaman dan bahan daripada DDR.) Maka pihak DDR diyakini untuk menyampaikan kesedaran maksima agar anak tersayang anda tahu, mahu dan mampu untuk tidak jadi anak nakal dan derhaka. Kerana DDR turun ke gelanggang membasmi bahaya remaja nakal dan ada pusat pemulihan untuk remaja nakal dan derhaka. "Kami tidak bercakap kosong seperti konsultan atau motivator lain, tetapi kami turun ke gelanggang dan berdepan dengan bahaya remaja nakal dan kami tahu 'sepak-terajang' mereka, dan kami tahu kesan dan akibatnya, tetapi kami tetap terus membantu mereka demi agama, bangsa dan negara.!" - Ust Ahmadi.


Ketiga - BERSEDIA DAN BERSTRATEGI MENGEJAR IMPIAN MASA HADAPAN.
Remaja yang sudah diproses untuk menjiwai peranan diri dan menjaga maruah dan kemudiannya tahu untuk menjauhi akhlak remaja nakal akan menganjak peringkat seterusnya untuk lebih berstamina lagi bertenaga dan ghairah untuk mengejar impian menawan di masa hadapan. Remaja akan dibimbing untuk bersedia dan berstrategi setiap masa dan menjaganya agar semangat tidak luntur dan patah di tengah jalan. DDR akan melonjak perasaan peserta untuk teruja berjaya. Insya Allah, anak-anak anda mampu melakukannya.


Bolehkah anak saya calon PMR, SPM dan STPM hadir ke bengkel ? Kerana mereka tidak serius lagi untuk exam...

YA BOLEH !! Memang boleh kerana bengkel ini akan memberi semangat waja untuk anak tersayang anda berani menghadapi peperiksaan dan bukan takut atau gementar. Jika anak anda masih lagi tidak serius, amat eloklah mereka menghadiri bengkel ini. Kerana di bengkel, mereka akan dijadikan serius untuk menghadapi peperiksaan. Di bengkel, anak-anak akan diberikan petua dan doa untuk menghadapi peperiksaan agar dapat menjawab dengan tenang/yakin, tidak lupa, dan tidak gemuruh/gementar.


Anak saya bekas calon UPSR, adakah dia boleh hadir ?

YA BOLEH !! Sepatutnya bekas calon exam memang wajib menyertai program-program motivasi begini. Ini kerana masa mereka lebih banyak terluang dan dikhuatiri masa tersebut tidak produktif tanpa pengisian yang bermanfaat.

Pengalaman saya, saat selepas exam ini begitu ramai ibu bapa yang gundah-gulana dengan aktiviti anak. Terutamanya anak yang agak degil dan tidak mahu mematuhi program sekolah, sebaliknya merancang program sendiri dengan kawan-kawan yang rendah mutu moralnya. Mereka sanggup ponteng sekolah sampai ke akhir tahun untuk berhibur dan berseronok bersama kawan-kawan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

Tanpa pencegahan yang khusus, saat inilah bermulanya nilai-nilai murni dalam diri anak termusnah sedikit demi sedikit. Terutamanya pada zaman sekarang ini yang terlalu banyak kegiatan dan aktiviti 'pelik-pelik' yang nak diceburi oleh anak-anak kita. Tanpa perancangan yang rapi, mereka bakal menjadi anak derhaka yang seterusnya.


Hanya konsultan DDR sahaja...

Mempunyai motivator terlatih lagi berpengalaman di gelanggang remaja nakal
Berpengalaman mengendalikan kem motivasi, seminar dan bengkel remaja di seluruh semenanjung Malaysia
Berpengalaman merawat remaja nakal menurut perubatan Islam

Berpengalaman mengusahakan pusat pemulihan akhlak remaja lelaki dan perempuan
Pengalaman motivator diiktiraf media cetak no.1 Malaysia, METRO & MASTIKA sejak tahun 2005
Yang terbaik untuk anak tersayang anda di Bengkel Remaja 'Bahaya Anak Nakal'...


Jangan biarkan sedikit pun masa untuk anak anda terleka dengan perkara tidak berfaedah, BURUK PADAHNYA seperti kisah ini...


Remaja 17 tahun yang terjebak dengan ganja dicekup oleh Ustaz Ahmadi & Ustaz Syawal (DDR) di rumahnya awal Ramadhan lalu dan dimasukkan ke pusat pemulihan. AlhamdulilLah, sekarang beliau sudah hilang ketagihan sepenuhnya.
(Laporan akhbar Harian Metro)


DAFTAR SEGERA Anak Anda Untuk Peluang Terbaik Ini Sebelum Terlambat !!

Telefon atau SMS nama anak, umur dan alamat rumah ke

019-3005053
012-2073938

*Sesuai dengan semua kategori remaja lelaki & perempuan
(nakal, kurang nakal, & tidak nakal boleh mendaftar)

___________________________________________________________



Perkhidmatan 2 ;
SURVIVOR CAMP MALAYSIA
( SIRI KE-23 SEJAK 2006 )


AlhamdulilLah SCM23 telah selamat dijalankan pada 29 Mei - 2 Jun 2011.

TUNGGU...SCM 24 & 25 akan datang cuti akhir tahun nanti.

Terima Kasih.


*Anda boleh membaca laman legasi SCM sejak 2006 dengan skroll sahaja ke bawah, SELAMAT MEMBACA!

___________________________________________________________

Perkhidmatan 3 ;

KONSULTAN HAJAT &
BANTUAN ALTERNATIF





Konsultan hajat dan bantuan alternatif ini adalah untuk membantu pemulihan anak-anak tersayang anda mengikut perubatan Islam.

Pihak keluarga hanya perlu menyediakan beberapa keperluan mengikut pakej pilihan. Sila buat temujanji dahulu untuk konsultan hajat dan bantuan alternatif ini.

Pakej hajat dan bantuan alternatif adalah seperti berikut ;

Pakej Rawatan Biasa ;
Air mineral 1.5 liter - 5 botol
Gambar remaja saiz 3R
Notakan perilaku anak dalam kertas A4
Caj konsultan RM100.00 sahaja.
# Konsultan ke rumah anda - caj atas ketetapan pihak konsultan.

Pakej Hajat Khusus ;
*Sila hubungi Ustaz Ahmadi untuk HAJAT BESAR dan temujanji serta senarai keperluan untuk rawatan
Contoh TERBANYAK hajat khusus pihak keluarga ;
rawatan kesegaran zahir dan batin anak ( PILIHAN RAMAI ! )
rawatan 'pagar rumah'
rawatan 'seru pulang' anak lari dari rumah
rawatan masalah suami isteri
rawatan masalah dalam perniagaan - sila bawa lesen perniagaan sahaja
rawatan 'putus' ketagihan seks bebas
rawatan ketagihan (dadah, gam, pil)
dll (Insya Allah akan dibantu)

Caj konsultan semasa rundingan.
___________________________________________________________

Perkhidmatan 4 ;

KAUNSELING
ANAK REMAJA BERMASALAH

( MOTIVASI DIRI, TERAPI KEROHANIAN, & PETUA )


Perkhidmatan ini khusus kepada keluarga yang mempunyai masalah anak remaja dan mencari bantuan membantu mereka kembali ke pangkal jalan. Perkhidmatan ini dijalankan oleh Ustaz Ahmadi secara 'one to one' dengan remaja dan pihak keluarga.

Pakej 'one to one' - lebih prihatin, bimbingan profesional daripada pengalaman sebenar, & impak maksima daripada penyampaian audio-visual realiti bahaya sebenar gejala sosial !

Sila buat temujanji sebelum datang. Pihak keluarga diminta membawa ;

1 keping foto anak (seeloknya gambar penuh saiz 3R)
Air mineral 5 liter 2 botol
Dan notakan perilaku anak di dalam kertas A4.Butiran konsultan ;

Hari temujanji Isnin - Sabtu
Masa jam 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi di Bangi, Selangor
Caj konsultan ;
Pakej kaunseling = RM300.00 sahaja (masa 3 jam)
Pakej kaunseling + *Mandi, RM150 (jika berhajat) = RM450.00sahaja
*Mandi - Air kolah masjid dan diruqyah bersama limau dan garam bukit dapat menyegarkan badan serta membersihkan diri zahir dan batin,Insya Allah.
Jika berhajat sila maklumkan awal untuk tindakan Ustaz Ahmadi.
# Konsultan ke rumah anda - caj atas ketetapan pihak konsultan.

AlhamdulilLah, kebiasaannya di akhir kaunseling anak remaja akan melutut meminta maaf kepada ibu bapanya. Dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan salah mereka lagi. Ustaz Ahmadi akan memberi panduan hidup dan tips berguna sebagai pedoman kepada anak remaja serta petua-petua terkenal dan mujarab kepada ibu bapa untuk dilaksanakan di rumah. Insya Allah BERKESAN !




Keluarga dari Pulau Pinang yang membawa anak lelaki bermasalah untuk dikaunseling. AlhamdulilLah, anak remaja berjaya dilembutkan (menangis), melutut dan mohon maaf kepada ibu dan bapa.




Keluarga dari Negeri Sembilan yang membawa anak lelaki bermasalah untuk dikaunseling.

! PERHATIAN !
# Ustaz Ahmadi turut menyediakan khidmat kaunseling ke rumah untuk anak anda. Sila rujuk beliau jika berhajat.


Buat Temujanji Sekarang !!
Pastikan anak remaja anda dikaunseling Ustaz Ahmadi !!


____________________________________________________________

Perkhidmatan 5 ;

BANTU ANAK JARAK JAUH





Perkhidmatan ini membantu keluarga yang tidak dapat bertemu dengan Ustaz Ahmadi untuk kaunseling anak. Perkhidmatan ini mudah sahaja hanya dengan emailkan maklumat di bawah ke alamat abmadi77@yahoo.com.my.

butiran peribadi anak - gambar anak, nama penuh anak, tarikh lahir, anak ke berapa, tingkatan, sekolah
butiran keluarga - nama penuh ibu bapa, no h/p ibu bapa, dan email
Ustaz Ahmadi akan membuat analisis masalah tersebut dan melakukan rawatan jarak jauh. Kemudian pihak keluarga akan dihubungi untuk penyediaan barang-barang tertentu.

Caj konsultan ialah RM80.00 sahaja.
Sila bank-in ke akaun Maybank atas nama Ahmadi Baharudin, no. 112269148183.
Sila smskan maklumat pembayaran, nama penuh, tarikh, masa, dan lokasi ke talian 019-3005053.
*Nota : Tiada unsur syirik dan pemujaan. Semuanya menurut ikhtiar & kaedah Islam.




E-mailkan segera maklumat anak remaja anda & semoga Allah memakbulkan hajat & doa kita !!


____________________________________________________________

Perkhidmatan 6 ;

PROGRAM ZIARAH KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK REMAJA

( PROGRAM EKSKLUSIF, TERHAD, & LEBIH PRIHATIN )





Perkhidmatan ini adalah ziarah bersama Ustaz Ahmadi ke pusat pemulihan akhlak remaja yang terpilih. Program bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 6.00 petang (10 jam !).

Sepanjang program, anak remaja akan diisi masa dengan tarbiyyah daripada Ustaz Ahmadi. Anak remaja juga berpeluang mendalami akibat dan iktibar daripada remaja yang terjebak dengan bahaya gejala sosial.

Anak remaja yang mengikuti program ziarah ini akan terkesan dengan mendalam betapa rugi dan sia-sianya jika membiarkan diri terus terbuai dengan gejala sosial dan akhirnya ditempatkan di pusat pemulihan untuk kitar semula diri menjadi insan yang berguna.


Perkhidmatan ini cukup mengesankan dan menginsafkan anak remaja yang menyertainya !!

AlhamdulilLah telah ramai anak remaja yang menyertai perkhidmatan ini dan sekarang sedang berusaha memastikan diri agar terselamat daripada bahaya gejala sosial remaja. Tambahan pula mereka diingatkan oleh para pelatih di pusat agar jangan sampai Ustaz Ahmadi datang mengambil mereka di rumah (seperti pengalaman pelatih) secara tiba-tiba kerana tidak mahu juga berubah. Mereka juga diingatkan oleh pelatih agar patuh dan dengar cakap ibu bapa dan Ustaz Ahmadi kerana dahulu mereka (pelatih) engkar dan derhaka, dan sekarang terpaksa meringkuk di pusat untuk pemulihan diri selama 6 bulan !

Butiran konsultan ;

Hari perkhidmatan ialah Ahad sahaja
Masa 8.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi berkumpul di Bangi, Selangor
Caj konsultan ;
1 orang = RM400.00 sahaja
2 orang = RM700.00 sahaja
3 orang = RM1000.00 sahaja ( PERCUMA Seorang! )
Bayaran tunai atau cek atas nama Ahmadi Baharudin.
*Caj konsultan ini termasuk makan minum, modul, dan peluang tarbiyyah eksklusif bersama Ustaz Ahmadi LIVE selama 10 jam !


____________________________________________________________

Perkhidmatan 7 ;

~ WORKSHOP EXCLUSIVE ~
"TINGKAT HARGA DIRI REMAJA"

( BERJUANG UNTUK BERUBAH ! )


Perkhidmatan ini terbuka kepada mana-mana organisasi untuk menganjurkannya secara kerjasama dengan konsultan Didik Diri Resources. Biasanya workshop ini ditempah oleh pihak sekolah, kolej, politeknik, masjid, surau, kesatuan sekerja dan lain-lain organisasi untuk motivasi remaja.

Objektif workshop ini ialah ingin meningkatkan harga diri remaja ke tahap optimum sesuai dengan tuntutan Islam. Objektif berikutnya ialah mendidik remaja agar menjauhi akan bahaya gejala sosial remaja.

Ustaz Ahmadi akan membawa satu pembentangan yang cukup mengesankan remaja dan kesedaran maksima melalui pendedahan sebenar betapa bahayanya gejala sosial remaja. Para remaja akan diisi dengan semangat membara BERJUANG UNTUK BERUBAH demi agama, bangsa, dan negara !

AlhamdulilLah, banyak sekolah dan organisasi lain telah memilih workshop ini di seluruh negara. Dan mereka berpuas hati dengan pembentangan Ustaz Ahmadi yang mengesankan dan berhasil melonjak emosi dan spiritual peserta BERJUANG UNTUK BERUBAH demi agama, bangsa, dan negara !

Kandungan workshop seperti berikut ;

Kenali Harga Diri Remaja Muslim
Bahaya Gejala Sosial Remaja
Pengurusan Diri & Masa
Berjuang Untuk Berubah !Butiran workshop ;

Tarikh tertakluk kepada perbincangan kedua pihak
Lokasi ;
Spesifikasi tempat - dewan / bilik seminar bertutup, air-cond, skrin, projektor, white-board, kerusi, meja
Sebaiknya ada/berdekatan dengan tempat solat
Pengalaman workshop - dewan sekolah, bilik makmal sekolah, dewan/bilik seminar masjid, resort, & hotel

Masa 8.00 pagi - 6.00 petang
Bilangan peserta 80-100 orang (lebihan peserta tiada masalah)
Makan minum peserta ditanggung oleh pihak penganjur
Caj konsultan ;
Pakej 8.00 pagi - 6.00 petang = RM5000.00 sahaja
Pakej 8.00 pagi - 10.00 malam = RM6000.00 sahaja
Sesi malam adalah sesi bersama ibu bapa
Tajuk ceramah 'Rahsia & Petua Mendidik Anak'
Kemuncak - Doa & Tautan Hati - sesi ini adalah proses menzahirkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Anak yang telah dilemahkan ego dan sombong mereka sejak pagi akan melutut meminta ampun pada ibu bapa.
Dan berazam untuk menjadi anak soleh/solehah dan tidak mengulangi kesalahan lalu.
Pihak konsultan mempunyai 'rahsia' untuk menaikkan adrenalin peserta untuk teruja berubah ketika sesi berjanji di hadapan ibu bapa.

Pilihan banyak sekolah, kolej, politeknik, masjid, surau, dan kesatuan sekerja untuk anak remaja !!


Buat Tempahan Sekarang !!

Hubungi Ustaz Ahmadi dan tempah tarikh dengan segera !!


____________________________________________________________


LAIN-LAIN PERKHIDMATAN


Pakej
KEM MOTIVASI DI SEKOLAH
KEM POTENSI DIRI REMAJA MUSLIM
(KPDRM)
Pihak sekolah boleh menghubungi Ustaz Ahmadi untuk perbincangan pakej kem (2 hari / 3 hari), caj konsultan, dan modul
Pakej
KAUNSELING KE RUMAH
(Termasuk Rawatan & Terapi) Pihak keluarga boleh menghubungi Ustaz Ahmadi untuk pakej kaunseling ke rumah
Pakej
AMBIL ANAK KE PUSAT PEMULIHAN Pihak keluarga boleh menghubungi Ustaz Ahmadi untuk urusan ambil anak di rumah ke pusat pemulihan. Urusan pendaftaran, yuran, kos ambil anak dll akan dimaklumkan
Pakej
CERAMAH REMAJA Pakej ini khusus kepada organisasi yang ingin menganjurkan ceramah berkaitan remaja. Sila hubungi Ustaz Ahmadi untuk pakej ceramah sahaja


____________________________________________________________


JANGAN BERTANGGUH BERTINDAK SEGERA !!





Sila hubungi Ustaz Ahmadi untuk perkhidmatan yang ditawarkan ;




019-3005053
012-2073938







Survivor Camp Malaysia Kembali Lagi...

Kem Motivasi Remaja Cuti Sekolah Mei-Jun 2011 Yang Paling DiTunggu Ibu Bapa
MALAYSIA, SINGAPURA & THAILAND !!!


________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...