Pages

Thursday 8 September 2011

SENARAI PELAJAR TERBAIK SPM 2003 - 2009

2003 

 Ahmad Atiq Abdul Hamid SM La Salle Klang,Klang,Selangor 14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze Ping SM All Saints, Kota Kinabalu,Sabah 14 1A, 2 2A
Celestina Johnny Bouniu SM All Saints, Kota Kinabalu,Sabah 16 A


2004 

Nur Amalina Che Bakri


SMK Ulu Tiram, Johor 17 1A


2005

 Chin Shiang Jin SM Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah 15 1A
Esther Elizabeth Jack SMK Raja Lumu, Klang, Selangor 15 1A
Chong Huey Ee SMK (P) Treacher Methodist,Taiping, Perak 15 1A, 1 2A


2006 

Siti Fatimah Mukhtar

Maahad Muhammadi (P),Kota Bharu, Kelantan. 17 1A



2007 

Azali Azlan



 SMKA Yan, Kedah 20 1A, 1 2A



2008 

Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal
 
Maahad Muhammadi (P),Kota Bharu, Kelantan 19 1A, 1 2A

2009 


Antara Kanak-Kanak Terhebat Masa Kini!



Mereka yang dikategorikan bijak dikatakan memiliki IQ pada tahap 175 ke atas, sentiasa kreatif dan mampu berfikir lebih daripada kemampuan manusia biasa. Antara mereka yang terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian luar biasa ialah pelukis Picaso, komposer Mozart dan saintis Albert Enstein, dan juara catur dunia, Bobby Fischer.
Di Malaysia juga tidak kurangnya yang mana kita mempunyai anak genius kita sendiri seperti Adi Putra Abdul Ghani pelajar termuda UNISEL, Chan Yao Ban iaitu pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan Chiang Ti Ming menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).



Adi Putra bin Abd. Ghani 
http://api.ning.com/files/-Vf2dbxc9M5xyGucGqm*b5hHqcxv5hL2fbwCHD7DmW-QcWW43EYc2v4yqZGfnoSuFzO8xaP8F7fDmWv84Qw9GFIQulsBpMwl/adiputra.jpg
Genius matematik yang bercita-cita besar
Adi putra seorang kanak-kanak pintar yang tidak asing bagi rakyat malaysia. Adi putra merupakan kank-kanak genius matematik dan juga merupakan anak angkat unisel ini menjadikan Prof. Dato Dr Ismail b. Md Salleh sebagai idolanya. mahir dalam bidang matematikterutamanya algebra, trigonometri, darab antara 5 hingga 6 digit.  Beliau yang juga bercita-cita untuk mencipta sebuah komputer yang boleh bercakap dengan orang buta untuk di hadiahkan kepada idolanya siatu hari nanti. Adi putra ketika di temu ramah mengatakan OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah.
biodata Adi putra.

Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 11 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
*Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran


SUFIAH YUSOF

http://4.bp.blogspot.com/-xBU4iD97yvA/Tey2W03mVFI/AAAAAAAAAX4/7m1T6ulNXt0/s320/sufiah2.jpg
Seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.
Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Chan Yao-ban
It figures: after completing year 12 subjects at  10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate.
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate.
Photo:
 Craig Abraham

Bertuahnya Chan Yao-ban,seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistic bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos ‘schizophrenia’ dan ‘bipolar disorder’

Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses ‘home schooling’ oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chiang Ti Ming 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv_WxIpfuyhlXLSIVBWM9pd_-nfECGUqJ4Dc-9OqNBw_1qdkxnHh0ExYrozftSgjQ5y-2c0pbWDrZ7kPaWzc4IJ4GnYuUM0d4VgtVS8SXiNlZm4WA8pTXW7SPCAUJhb7x2XOg2SQssF08/s320/n_03chiang%5B1%5D.jpg


Born in Seremban – 1976Malaysian Chinese boy genius.  IQ exceeded 180. Pada usia 13 tahun; pelajar termuda
yang pernah dimasukkan ke California Institute of Technology (Caltech) untuk mengkaji fizik. 

Beliau dihormati oleh rakan-rakan sekelas yang lain dan banyak pencapaian, anugerah,    keputusan adalah dalam 5%. 
Lulusan Kedoktoran dalam Fizik Zarah dari Universiti Cornell di New York.

Ainan Celeste Cawley.
Ainan Celeste Cawley1.jpg
(Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia

Kanak-kanak paling pintar di dunia bernama Ainan Celeste Cawley ini pula berkemahiran dalam bidang Kimia.  Gelaran kanak-kanak paling pintar di dunia telah diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me“, dalam Channel 4 sebelum ini. 

Apa yang menarik keistimewaan tentang kanak-kanak paling pintar di dunia ini?
1) Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley. Berumur 10 tahun ketika artikel ini ditulis dan merupakan anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley.

2) Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan
3) Pada umur enam tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia
Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan setakat ini 2010 ini?
1) Lulus ujian Kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian dan rekod itu.

2) Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records

3) Pelajar politeknik termuda di dunia

4) Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah university.

5) Universiti di Malaysia iaitu Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika.

6) Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.

7) Ainan akan juga mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.



SalingSapa.com Facebook Versi Islami. Jejaring sosial ini dibuat oleh seorang anak SMP di bandung yang saat ini duduk di bangku kelas 7. Di postingan ini saya akan sedikit mengulas tentang admin atau pembuat jejaring sosial SalingSapa.com ini.

Muhammad Yahya Harlan,   berusia 13 tahun merupakan anak dari pasangan Yan Harlan (45) dan Fidriana (37). Bersekolah di SMP Sekolah Alam di kota bandung sebagai siswa kelas 7.
Berminat pada dunia perkomputeran pada sejak berusia 3 tahun. Melihat begitu besar rasa ingin Dihantar ke KomLab ITB yang pesertanya adalah mahasiswa.
http://salingsapa.com/uploads/userfiles/201101/13_48_t0dz0.jpg
Muhammad Yahya Harlan tergerak untuk membuat jejaring sosial baru setelah melihat berita tentang orang Indonesia yang membuat situs jejaring sosial serupa facebook. Dia berpikir bahwa dia bisa membuat yang sama,bahkan lebih bagus.
Sampai akhirnya usahanya berbuah hasil,dengan bimbingan dari ayahnya. Yahya berhasil menciptakan SalingSapa.com,situs jejaring Sosial sebagai sarana silaturahmi dan sarana memperkuat tali ukhuwah islamiyah umat islam di Indonesia.


Cleopatra
http://api.ning.com/files/aRE0Oa*dPnYGuBKLxwRKuDh3rP173F9IPh*DQb5WyU3CNozJ86aqN2nsCn5bJmu2zSRa1XdnTaG*CRpbpUnixj4NTH-khYl3/_2_cleopatra_stratan_flash.jpg

Penyanyi kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun dengan bayaran 1000 per lagu.
Cleopatra lahir pada 6 Oktober 2002, di Chisinau, Moldova dan merupakan anak dari penyanyi Pavel Stratan. Cleopatra adalah penyanyi termuda yang meraih kejayan secara komersil, dengan albumnya La vrsta de trei ani yang dilancarkan tahun 2006 (ketika dia berumur 3 tahun).
Dia juga memegang rekod sebagai penyanyi termuda yang membuat persembahan selama 2 jam di depan penonton yang berjumlah besar, penyanyi termuda yang mempunyai bayaran paling tinggi, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang menembus # 1 hit di negaranya ( Ghita di Romanian Singles Chart). salah satu hitnya: Ghita
Aelita Andre
http://api.ning.com/files/rgBjVBB6wq2K2wc5f9G9EILa97ZW0OZoITUjrjl-J4TkVQb*MpuRqsCNx5nTD4b*u9Kk-Gv8bHrRCxCdnZrMjihUGy5itdTN/aelitaandrea.jpg
Pelukis berumur 2 tahun yang karya-karyanya dipamerkan di banyak Gallery.

Lukisan-lukisan abstrak hasil karya pelukis Aelita Andre (2 tahun) membuat orang-orang dunia seni di Australia berasa kagum.

Aelita mendapat kesempatan untuk mempamerkan karya-karyanya ketika Mark Jameison, Pengarah Brunswick Street Gallery di Melbourne, diminta oleh seorang jurugambar untuk menyertakan karya-karya  Aelita di pameran kumpulan dengan memperlihatkan sebahagian karya-karya Aelita kepada Jameison. Jameison bersetuju untuk mempamerkan karya-karya Aelita tanpa mengetahui siapa sebenarnya Aelita.
Jameison mula mempromosikan pamerannya, mencetak jemputan-jemputan dan menayangkan iklan di majalah seni seperti Art Almanac dan Art Collector.
Selepas itulah, Jameison menemukan fakta mengejutkan bahawa pelukis, Aelita Andre, adalah seorang kanak-kanak, perempuan dari Mr.Kalashikova, dan hanya berumur 22 bulan.
Kini Aelita dan karya-karyanya banyak diperbincangkan dan digunakan oleh pelbagai media seperti BBC World News, Telegraph (England), Art Collector, Art Almanac, dan penerbitan-penerbitan antarabangsa di Jerman, Russia, Sepanyol, China, Asia, Japan, Usa, dan lain.

Elaina Smith
http://api.ning.com/files/YtFaxLIZZJeTzATW*zLD-HGVrJxQJz2skipWsvznlDojavJY57qvIbxboJQq*sQweqYWPBo2i-QDObzIiBSAzO6lKnt1OVHh/elaina.jpg
Penyiar Radio termuda sepanjang sejarah Penyiaran Radio
elaina Seorang kanak-kanak sekolah menjadi seorang dj radio termuda di Inggris pada umur 7 tahun.

Elaina Smith menkagumkan sebuah stesen radio tempatan di daerahnya ketika dia menelefon ke radio tersebut dan menasihati seorang pendengar yang sedang sedih, tentang kisah cintanya.
Dj yang bertugas pada waktu itu sangat kagum dengan nasihatnya – pergilah main bowling dengan kawan-kawan awak dan minumlah segelas susu panas – Mereka kemudian menawarkan sesi waktu siaran mingguan kepada Elaina untuk memberikan nasihat-nasihat kepada ribuan pendengar dewasa.
Elaina akhirnya bertugas dalam siarannya dengan memberikan nasihat-nasihat dari mulai masalah memutuskan pencintaan, bangkit daripada dari masalah cinta, sehingga kepada masalah bagaimana berurusan dengan saudara serumah yang bermasalah dan mempunyai bau badan.
Akrit Jaswal
http://api.ning.com/files/-Vf2dbxc9M4V213MrPei9N7td1N-teigXpj9JyFQD*9majMJddQ9lXD3kHuuXM3j6ouVBYWP3i*IL4tg*R2NKcJapWKk6eGj/akritjaswal.jpg

Doktor Bedah berumur 7 tahun.

Akrit Jaswal adalah seorang anak India yang disebut-sebut sebagai the worlds smartest boy.
Akrit meraih perhatian awam apabila pada tahun 2000, dia melakukan rawatan perubatan pertamanya.

Ketika berumur 7 tahun. Pasiennya – seorang kanak-kanak perempuan tempatan yang tidak mampu mendapat rawatan dari doktor – berumur 8 tahun. Tangan anak perempuan itu terbakar api, menyebabkan jari-jarinya dalam posisi menggenggam dan tidak boleh dibuka.

Akrit belum pernah mendapatkan latihan atau pengalaman di bidang pembedahan dahulu,tetapi dia mampu melakukan pembedahan sehingga jari-jari kanak-kanak perempuan tersebut boleh dibuka semula dan mampu untuk menggunakan fungsi tangannya dengan betul.
Akrit memfokuskan kebijaksanaan kepada bidang perubatan dan pada umur 12 tahun, dia mendakwa bahawa dia sedang dalam kajian untuk meyembuhkan penyakit kanser.Ketika ini dia sedang menjalani pengajian di jurusan Science di Chandigarh Kolej dan merupakan pelajar termuda yang pernah diterima oleh Universiti di India.
Kim
http://api.ning.com/files/ZURNo5NPaa3kyhthrXNGhRv7pm2zibLTe1Z4YaWsst4JeNgbANuV7hkY-zzBfx*258CTm-CpzdojGTe2vYw6wQPLDLTkOWgR/kimuyoung.jpg
Masuk universiti pada umur 4 tahun, meraih gelar Ph.D pada umur 15 tahun, IQ Tertinggi di Dunia.
Lelaki yang berasal dari korea ini merupakan lelaki terpintar di dunia (masuk Guiness Book of World Records sebagai orang yang mempunyai IQ tertinggi di dunia).
Umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman, dan Inggeris. Pada umur 5 tahun, dia mampu menyelesaikan masalah matematik diferensial dan integral.
Di sebuah rancangan televisyen Jepun, dia menunjukan kebolehanya dalam bertutur bahasa Cina, Sepanyol, Vietnam, Tagalog, Jerman, Inggeris, Jepun, dan Korea.
Kim tercatat dalam Guiness Book of World Records di bawah kategori IQ Tertinggi Gambar, dalam buku tersebut disebutkan bahawa nilai IQ Kim melebihi 210.
Kim pernah menjadi murid bawang di fakulti psikologi di Hanyang University pada saat berumur 3 hingga 6 tahun.
Umur 7 tahun dia diundang ke Amerika oleh NASA. Dia menghabiskan pengajianya, dan mendapat gelaran Ph.D jurusan Fizik di Pennsylvania State University sebelum berumur 15 tahun.
Pada tahun 1974, sambil tetap menjalani pengajianya, kim memulakan pekerjaannya di NASA sebagai penyelidik, dan terus sehingga dia akhirnya kembali ke Korea pada tahun 1978, yang kemudian beralih daripada Fizik ke Teknik Sipil dan meraih gelar Doktor di bidang tersebut.

Muhammad Yahya Harlan: Siswa SMP Pembuat Situs ala Facebook, Saling Sapa



Hebat! Kata itu yang terpikirkan saat iProud melihat penampilannya di acara kuliah subuh MNCtv (5/2) yang dibawakan oleh Ustad Arifin Ilham. Seorang bocah pemalu berusia 13 tahun dan masih duduk di kelas 1 SMP Sekolah Alam Bandung yang bernama Muhammad Yahya Harlan memperkenalkan situs jejaring sosial SalingSapa bersama ayahnya.
Putra dari Yan Harlan, lulusan Arsitektur ITB ini menjadi anak muda pertama dan termuda  yang membuat situs jejaring sosial khusus muslim di Indonesia. Sejak usia 2 tahun, Yahya memang menyukai komputer. Selain itu, ia juga suka akan robot.
Salingsapa.com adalah situs yang dibuat atas dasar kewajiban Islam untuk bersilaturahmi. Banyak silaturahmi banyak rezeki, dan SalingSapa bertujuan untuk membantu mempermudah itu. Kelebihan SalingSapa adalah memiliki berbagai konten islami, seperti fitur Al-Quran (di fitur ini kita bisa dipandu agar membaca Al-Qur’annya baik dan benar), fitur khazanah (fitur ini berisi tentang dakwah islami), dan fitur radiosalingsapa (radio yang berisikan siaran islami).
SalingSapa ini memang terlihat seperti facebook, karena memang situs ini dibangun untuk memberikan alternatif media social network kepada muslimin dan muslimat untuk menggunakan sarana pertemanan/jejaring sosial milik sendiri.
SalingSapa.com yang dirilis pada 1 Muharram 1423 H  atau 7 Desember 2010 ini memang masih dalam tahap pengembangan (development) namun sudah diakses lebih dari 46 negara, seperti Amerika Serikat, Belanda, Norwegia dan Malaysia, dengan hit 2.300.000-an dan telah memiliki lebih dari 5.500 member.
SalingSapa memiliki server sendiri di Jakarta sehingga bisa diakses dengan lebih cepat (untuk melihat/mengunggah foto atau naskah. Khusus video masih menumpang di Youtube) dan memiliki kontrol penuh dalam hal data member, serta konten yang di-upload. Konten yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam jelas akan bisa dihilangkan dengan mudah.
Sekalipun baru berusia 6 tahun, di SalingSapa boleh mendaftar. Beda dengan Facebook yang membatasi usia pendaftar, dimana anak-anak yang ingin punya account di facebook ‘terpaksa’ harus berbohong mengenai usia ketika melakukan registrasi.
SalingSapa.com ini akan terus dikembangkan sehingga bisa menjadi situs silaturrahmi yang menarik, dan para pengakses SalingSapa mendapat manfaat yang banyak dari sisi pencerahan spiritual, mengkaji ilmu agama, dan bertukar fikiran dengan para sahabat.

Ainan Celeste Cawley, Baru Umur 10 Tahun Dah Masuk U

Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.





"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama," katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.




Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP


AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.


Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak-kanak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

"Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.

Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.

"Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan," cerita Valentine.

Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters.

Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine dan Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.

"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.

Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.



VALENTINE percaya Ainan akan mendapat pendidikan yang lebih baik dan fleksibel di Kolej Universiti HELP.



Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.

"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP," katanya.

Tiada makanan tambahan

Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.

"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.

"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.

Kanak-kanak pintar


VALENTINE bersama dengan isterinya, Syahidah dan tiga orang anaknya (dari kiri) Tiarnan, Ainan dan Fintan.



Malaysia juga mempunyai kanak-kanak pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak-kanak prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.

Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia lima tahun lagi.

Dia mampu mencetuskan formula-formula baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.

Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara lima hingga enam digit.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik dan persekitaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu pintar.

"Kebanyakan kanak-kanak pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan dan persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.sumber : kosmo

Rahsia Anak Sebijak Adiputra

Semua sudah sedia maklum akan kebijaksanaan dan kepetahan adik Adiputraberbicara. Apa yang dituturkan amat menakjubkan dan kadang-kadang memberikan inspirasi di dalam diri saya ini. Adik Adiputra Abdul Ghani telah mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik yang agak susah dalam waktu beberapa saat sahaja. Bukan itu sahaja, beliau telah berani memberikan ucapan dan ceramah dalam usia yang semuda itu kepada lebih dari 200 orang dewasa yang rata-ratanya jauh taraf pendidikannya tanpa rasa seram dan diselubungi kekalutan. Terdetik hati saya, jika saya mempunyai anak segenius ini, alangkah cerah masa depannya..Terfikir-fikir di dalam hati saya, apakah jalannya dan rahsia ibubapa adik Adiputra dalam mendidik anak mereka? Adakah takdir atau asuhan yang diberikan? Baru-baru ini saya ada terbaca kata-kata hikmat dari Datuk Dr. Fadzillah Kamsah yang menyebut:


“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak

Wah, jika begini saya masih mempunyai peluang menjadikan anak saya seorang yang bijak pandai, jika tak sampai Adiputra pun cukuplah beliau menjadi seorang yang disegani kerana ilmunya dan kerana jasanya terhadap masyarakat. Saya pun melakukan penyiasatan ala James Bond saya untuk mendalami teknik mendidik anak ini. Saya ketemuan dengan teknik Shichida Method dan juga Tweedlewink. Apa yang saya pelajari cukup bermakna untuk saya praktikkan dengan anak saya. Ibubapa yang mempunyai anak genius dikatakan melakukan teknik-teknik berikut sewaktu bersama anak-anak mereka:

Ibu-ibu mengandung sering menyanyi dan bermain piano.Si bapa pula akan membeli buku matematik untuk di selesaikan bersama si ibu tadi. Tujuannya untuk meransang otak janin supaya menjadi genius.

Dari kecil lagi anak-anak di ajar makan kacang badam dan korma bersama susu. Zat besi dan kalsium dalam kurma menggalakan pertambahan susu ibu . Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi mereka.

Jangan sekali makan kepala ikan tetapi makan dagingnya sahaja sebab isi daging ikan baik untuk perkembangan otak. Kepala ikan pula mengandungi bahan kimia yang merencatkan perkembangan otak sejak dari kandungan. 

Adik Nik Nur Madihah pun berjaya dalam SPM lepas kerana banyak makan ikan yang ditangkap oleh bapanya yang merupakan seorang nelayan. Adakah ini suatu coincidence? Zat Omega-3 yang mengandungi banyak DHA yang sering terkandung di dalam ikan kini boleh didapati di farmasi di dalam bentuk kapsul.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...