Pages

Thursday 17 November 2011

152,182 Anak Tidak Sah Taraf 2008-2010



[HM] SERAMAI 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga tahun lalu dengan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang. 

Selain Sabah, statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu Selangor (18,983 orang); Sarawak (17,570 orang); Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, berkata, kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah. 

Beliau berkata, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurang perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

“Antara langkah yang dibuat ialah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif.

“Kementerian juga bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut pecahan negeri dan punca utama berlakunya masalah itu serta inisiatif kementerian bagi membendung gejala itu.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin, sama ada pelaku dan juga ibu bapa boleh didakwa, Heng berkata, bagi pelaku bukan Islam ia tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun bagi pelaku Muslim ia boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.


P/s: Agak-agaknya, berapakah jumlah anak yang lahir daripada ibu yang beragama Islam?


duniacacamarba.blogspot

Budak Sekolah Kantoi BERPELUKAN dengan Lelaki





[SH] KULIM - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.

Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.

Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.

Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.

“Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya.

Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.

“Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.

“Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.

“Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


duniacacamarba.blogspot

Budak 15 Tahun Kantoi, Sudah 20 Kali Terlanjur (Kalau Tidak Kantoi..??)


Sekadar hiasan.

[HM] PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu. 

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak. 

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih. 

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.



P/s: Mungkin sedikit masa lagi, pertanyaan "Adakah anak aku masih dara?" berlegar-legar dalam fikiran seorang bapa. Malang, Kementerian Pelajaran hanya bimbang soal pelajar obes...!!!


duniacacamarba.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...