Pages

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

Wahai anakku, saksikanlah!

Wahai anak bangsaku! Saksikanlah! Tiada genius besar tanpa bauran kesungguhan mencapai apa yang dicita-citakan.


Tahniah adikku sayang.adiklah wira teragung.yg membuktikan Allah itu maha adil maha pengasih dan maha penyayang.yg tiada samasekali menganiaya hambanya.adik memberi mesej jelas kpd dunia bahawa kelas tercorot hanyalah sekadar tempat rekaan manusia yg samasekali tiada berupaya menghalang keinginan dan semangat yg membuak buak untuk berjaya.teruskan berjuang adikku sayang.doa kami sentiasa mengiringimu.TAHNIAH.

Tuesday, 15 November 2011

Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH


Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid terpaksa melalui perjalanan yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan mungkin maut hanya semata-mata mahu ke sekolah.

Berita yang dikutip dari The Sun ini memerihalkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid di kawasan utara wilayah Uygur Xinjiangdi China. Mereka perlu meniti tebing-tebing gunung yang biasanya digunakan oleh kambing gurun. Gunung yang menjadi "jalan" ke sekolah itu setinggi 457.2 meter. 

Sewaktu melintasi tebing-tebing gunung tersebut, murid-murid ini akan dibantu oleh  ibu bapa dan kakitangan sekolah. Seorang guru memberitahu: "Jalan ini sangat curam tetapi kami orang gunung. Kami sudah biasa menggunakan "jalan" seperti ini."

"Setakat ini, tiada seorang pun murid yang terjatuh - hukumanberat menanti mereka yang ponteng sekolah." -DCM

P/s: Budak-budak di Malaysia, bukan setakat ditatang bagaikan minyak penuh oleh ibu bapa apabila segala keperluan persekolahan disediakan, malah perjalanan ke sekolah pun sangat selesa, namun banyak yang ponteng sekolah kerana mengejar keseronokan sementara! Aduhai!

Monday, 31 October 2011

Profesor Yang Berusia 19 Tahun



Alia Sabur masih muda, hanya berumur 19 tahun. Namun namanya mengejutkan dikalangan golongan cerdik pandai setelah dinobatkan sebagai profesor termuda oleh Guinness World Record. Dia kini menjadi profesor di Konkuk University Korea Selatan. Lahir pada 22 Februari 1989, Alia menjalani waktu belajarnya dalam waktu yang amat singkat. Dari kelas IV sekolah menengah, gadis ini terus diterima masuk ke universiti dan lulus BA dengan kepujian Sum Cum Laude dari Universiti Stony Brook di New York ketika usianya baru menginjak 14 tahun.

Dia melanjutkan pendidikan di Universiti Drexel. Di universiti itu dia mendapatkan anugerah master of science dan PhD. Tiga hari menjelang ulang tahunnya yang ke-19, dia secara rasmi menjadi profesor di Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan. Buku Rekod Dunia Guinness menobatkannya sebagai profesor termuda dalam sejarah. Dia berjaya menumbangkan rekod sebelumnya yang dicatat oleh Colin MacLaurin, mahasiswa Isaac Newton pada tahun 1717.

Masa depan cemerlang terbentang luas di hadapan remaja Northport, New York itu. Tetapi dia telah memilih untuk mengajar. “Saya sangat selesa untuk mengajar. Kerana di bidang itulah kita boleh melihat perbezaan. Dengan mengajar, kita tidak cuma menunjukkan yang boleh lakukan tetapi juga melihat kemampuan orang lain untuk membuat perbezaan,” katanya.

Alia tidak cuma cemerlang di bidang akademik. Dia sudah tampil memainkan klarinet bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia 11 tahun. Di bidang muzik ini, dia sudah mendapat berbagai penghargaan. Seni bela diri juga dikuasainya dengan menyandang tali pinggang hitam dalam seni bela diri Tae Kwon Do.

Monday, 3 October 2011

Budak 10 Tahun Dipaksa Bekerja sebagai MEKANIK Tanpa BAYARAN



Dia terlalu muda dan kecil untuk melakukan kerja berat dan menggunakan peralatan di bengkel pakciknya. Namun, hal itu tidak menghalang Wang Junjie, 10 tahun, dari Daerah Guizhou dipaksa bekerja setelah dibuang sekolah kerana prestasi buruknya dalam pelajaran.

Kini, kanak-kanak ini bekerja sepenuh masa di bengkel pak ciknya. Daripada membuka skru tayar kenderaan berat sehinggalah menampal tiub dan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh mekanik. Yang menyedihkan apabila khidmat kanak-kanak ini tidak dibayar SESEN pun oleh pak ciknya. Dia bekerja secara percuma.

Menurut Wang, dia pernah bersekolah sebelum ini, namun tidak dibenarkan mendaftar ke sekolah tahun lalu kerana rekod akademiknya yang buruk. Walaupun prestasi akademiknya lemah, namun Wang mengakui bahawa dirinya berkelakuan baik dan tidak melakukan pelanggaran disiplin.

"Saya tidak pernah bergaduh. Saya diam di kelas. Saya tidak tahu sebab guru tidak suka akan saya."

Tambahnya, "Guru mengarahkan saya duduk di barisan belakang. Namun, saya tidak dapat melihat dengan jelas apa-apa yang ditulis di papan hitam kerana murid-murid di depan saya tinggi-tinggi belaka."

Menurut Wang, dia mahu kembali ke sekolah, tetapi tidak pasti sama ada harapan itu dapat menjadi kenyataan.

"Saya mahu ke sekolah. Saya mahu mendaftar di sekolah lain, tetapi tidak pasti jika saya dapat mencari sekolah yang mahu menerima saya." - DCM
.


Bekerja keras tanpa apa-apa bayaran.



p/s- bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini.....

Tuesday, 20 September 2011

Telekom Cuba Mengutip Bayaran Dari Pelajar Penerima Netbook Kerajaan

Kerajaan telah memberi Netbook percuma kepada pelajar2 yg tidak mampu baru2 ini, sambil itu telekom mendaftar kan pelajar2 terbabit sebagai pelanggan perkhidmatan internet dengan caj bulanan lebih kurang RM25 sebagai yuran langganan streamyx.

Yang menjadi masalah nya, ada kalangan pelajar tidak tahu menahu tentang pendaftaran tersebut termasuk ibubapa mereka, tuntutan itu nama bapa pelajar di libatkan bersama.



Yang lawak nya kalangan pelajar ini ada yang tiada perkhidmatan telekom termasuk CABLE telekom pun tiada, bagaimana murid2 hendak mengakses internet melalui perkhidmatan telekom, agak2 la…

Bil bulan terus di hantar kepada penama2, setelah beberapa bulan berlalu penama2 yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan itu tidak melunas tuntutan, telekom berlagak ALONG melalui panel di lantik nya mula menghubungi ibubapa pelajar terbabit.

Contoh rakan aku menerima panggilan dari seorang wanita pada 14sep2011 6:16PM @0147273280 meminta menjelaskan akaun tertunggak sebanyak RM140, setelah bertekak dgn kawan aku dia mengatakan mengapa perlu bayar keatas sesuatu yg dia dan anak nya tidak PERNAH guna, wanita tersebut menjawab sekiranya kawan aku berdegil tidak mahu menjelaskan kemungkinan anak dia akan di blacklistkan.

Selang beberapa minit, kawan aku terima SMS dari @ +60193783196 tertulis nama kawan aku dan anak nya, kes anda akan dirujuk kpd Panel Peguam sekiranya anda masih tiada byrn bg tnggkn TELEKOM, hubungi NOORDALIA @0355171188 segera !.

Asal tujuan agihan NETBOOK untuk membantu pelajar yang keluarga kurang kemampuan, di sebalik itu ALONG pulak mengambil kesempatan, sudah jatuh di timpa tangga, ini lah bangsat nya KERAjaan RO$MAH dan anak yatim. TELEKOM KUALA KRAI KELANTAN ada kaitan.

sumber; http://guanomanikurai.blogspot.com/2011/09/telekom-cuba-mengutip-bayaran-dari.html

Pelajar Melayu terus tertindas, pemimpin pula sibuk berpolitik




Sedih sungguh pelajar-pelajar Melayu kita yang begitu cemerlang di Matrikulasi yang tidak mendapat tempat ke IPTA untuk panggilan pertama, dan masih gagal setelah membuat rayuan. Pemimpin-pemimpin Melayu sibuk sangat berpolitik ke sekarang ni, dengan Bukit Kepong dan isu ISA hinggakan ramai pelajar Melayu cemerlang tercicir?

Inilah Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Nasib pelajar-pelajar tersebut yang dilaporkan sebelum ini di :
- 4436 pelajar cemerlang bangsa kita gagal ke IPTAhttp://amkns.blogspot.com/2011/07/4436-pelajar-cemerlang-bangsa-kita.html



KELUHAN PELAJAR MATRIK
20 September 2011

KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.

Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;

* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;

* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:

* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.

Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.

* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.

Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.

Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur




Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah



Gambar Hiasan

Saya petik:

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

P/s: Lahanat betul GB dan pihak yang terbabit dengan kes ini. Ibu bapa ketiga-tiga orang murid yang diperlakukan sedemikian rupa tidak wajar menarik balik laporan polis. Mengapa perlu menarik laporan polis yang telah dibuat semula? Kes ini amat serius! Mereka juga perlu mengambil tindakan menyaman pihak yang terlibat kerana telah menjejaskan masa depan anak mereka hanya semata-mata mahu menjaga prestasi akademik sekolah!

Wednesday, 7 September 2011

Pelajar Yatim Piatu Catat Keputusan Cemerlang

(23 Mac 2011, Bernama)-- Ayahnya meninggal dunia dalam tidur pada 2008 dan ibunya meninggal dunia kerana kanser usus pada tahun berikutnya, membuatkan Ahmad Ibrahim Zakaria berasa masa depannya gelap.

Pada mulanya sukar baginya untuk menerima pemergian ayahnya Zakaria Nor, 45 dan ibunya Norhana Ismail, 43 namun dengan dorongan dan bantuan daripada sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan, dia muncul salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

"Saya rasa sukar pada mulanya tetapi dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT serta dorongan ayah dan emak saudara, guru-guru dan rakan-rakan saya dapat lulus cemerlang SPM ini," katanya.

Anak keempat daripada lapan beradik itu ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Cemerlang Tertinggi daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran di sini Rabu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar itu bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya ke Jerman dalam bidang Kejuruteraan Nuklear bagi mengikut jejak langkah tiga kakaknya iaitu seorang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seorang di Kaherah dan seorang lagi menjalani kursus persediaan untuk belajar di United Kingdom.

Ahmad Ibrahim berharap empat orang adik perempuannya akan turut cekal hati untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran walaupun mereka yatim piatu.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Convent Muar Lee Jia Ning turut menerima anugerah bagi kategori yang sama

Ibu bapa Jia Ning ketika ditemui pula berkata mereka berasa amat terkejut apabila dimaklumkan anak mereka itu adalah pelajar terbaik di kalangan lapan pelajar yang mendapat 11A+ di negeri ini.

"Bila saya diberitahu saya tanya balik sama ada perkara ini betul kerana saya betul betul terkejut dengan pencapaian Jia Ning," kata Lee Tee Eng,55.

Beliau yang gembira dengan pencapaian Jia Ning berkata anak perempuan bongsu daripada empat beradik itu sememangnya mempunyai disiplin diri yang tinggi dan sebagai ibu bapa mereka hanya memberi bimbingan kepada Jia Ning manakala jadual belajar dan beriadah harian ditetapkannya sendiri.

Beliau yang baru sahaja bersara sebagai pegawai kewangan sebuah kilang elektronik berharap anaknya itu dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini memandangkan pengajian di dalam bidang itu memerlukan perbelanjaan tinggi sedangkan beliau sudah bersara dan tiga anaknya yang lain masih belajar.

Guna kaki dapat 8A

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0321/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg
(DARI kiri) Marina Ahmad, Dr. Yahya Tun Awang, Dr. Sheikh Muszaphar dan Nor Umayah bergambar bersama seorang lagi Tokoh Maulidur Rasul, Dr. Ismail yang memegang piala pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

(DARI kiri) Marina Ahmad, Dr. Yahya Tun Awang, Dr. Sheikh Muszaphar dan Nor Umayah bergambar bersama seorang lagi Tokoh Maulidur Rasul, Dr. Ismail yang memegang piala pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.



IPOH: “Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja,” kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.

Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Autisme tidak halang dapat 8A

Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.
“Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.
“Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

“Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing,” ujarnya.

Kosmo

Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani CEMERLANG dalam (STPM) 2009


Kemiskinan, kekurangan bukan halangan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani merupakan antara sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang.

Ayu Faridah Nor Azman anak seorang penjual sate, Muhammad Najumuddin Firdaus Abdullah anak seorang petani serta Nurul Imani Zakaria anak seorang penoreh getah diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana memperoleh gred A untuk semua kertas peperiksaan yang diambil dan lulus Gred A untuk lima mata pelajaran.

Yap Jun Fai anak seorang kerani, Yong Kai Yi anak seorang peniaga kecil dan Hoo Xiao Mei anak kontraktor kecilan juga menerima anugerah pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan yang sama.

Apa yang lebih istimewa tiga pelajar cemerlang yang diletakkan dalam kategori istimewa juga datang dari latar belakang keluarga biasa di mana Masmin Mensih pelajar cemerlang kategori rabun, ayahnya Mensih Saidin hanyalah kakitangan Jabatan Perhutanan di Sandakan, Sabah.

Pelajar cemerlang kategori istimewa dari kategori spastik, Muhammad Raizan Ab. Rahman yang mendapat tiga Gred A dan satu C bapanya Ab. Rahman Kassim bertugas sebagai kakitangan kerajaan peringkat sokongan.

Sementara Loh Wei Siong pelajar cemerlang bagi Kategori Buta dan mendapat empat Gred A, bapanya Loh Hua Ming hanya bekerja di kilang sebagai pembuat pasu.

Ayu Faridah dari Tanjung Karang, Selangor di mana bapanya sebagai penjual sate meletakkan keazaman untuk mencapai kecemerlangan dan berharap dapat menjadi pensyarah satu hari nanti merupakan pendorong untuk dirinya berjaya.

''Kejayaan ini adalah berkat doa ibubapa, guru dan usaha yang telah dimulakan sejak memasuki tingkatan enam dengan memastikan belajar sekurang-kurangnya dua jam sehari pada sebelah malam,'' katanya.

Manakala Muhammad Najmuddin yang hanya mengharapkan tunjuk ajar guru dan belajar sahaja tidak menyangka akan mendapat kelulusan cemerlang.

Katanya, kekurangan dari segi kewangan di mana tidak mampu untuk ke kelas tuisyen tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan.

''Apa yang penting ialah untuk mengikuti pelajaran di sekolah dengan tekun dan belajar semula setiap pelajaran yang telah dijelaskan oleh guru berulang kali, itu sahaja formula saya mencapai kecemerlangan dalam STPM,'' katanya.

Sementara Masmin yang menghadapi rabun teruk dan terpaksa membaca buku dengan meletakkannya dua atau tiga inci dari mukanya menegaskan kunci kejayaannya ialah tekun mendengar penjelasan guru di kelas.

Anak pembuat bot dapat 5 prinsipal STPM




Hadawiyah Mohammad bersama ibunya, Rakiah Mamat gembira dengan keputusan pelajar terbaik STPM Terengganu, di Kampung Seberang Marang, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Walaupun kehidupannya tidak semewah pelajar lain, namun ia tidak menghalang Hadawiyah Mohammad, 20, cemerlang dalam peperiksaan.

Anak kepada pembuat bot, Mohamad Awang, 60, yang berasal dari Seberang Marang dekat sini, diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat negeri Terengganu hari ini.

Menurut Hadawiyah, kejayaan itu merupakan hadiah paling bermakna buat ibu dan bapanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara, Marang itu langsung tidak menyangka akan mendapat lima prinsipal dengan Pencapaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

"Sepanjang hidup, inilah kali pertama saya dapat memberikan hadiah paling bermakna kepada emak dan ayah," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.

Anak kesembilan daripada 11 adik-beradik ini, memperolehi keputusan A dalam kesemua mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi dan Sains Sukan.

Tambahnya, kejayaannya turut didorong dengan bantuan guru-guru sekolah selain minatnya yang gemar mengulang kaji secara berseorangan.

"Saya belajar bersungguh-sungguh demi keluarga selain memberi contoh yang baik kepada adik-beradik yang lain.

"Dengan keputusan cemerlang ini saya harap dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperolehi pekerjaan yang baik bagi membalas segala pengorbanan emak dan ayah," kata Hadawiyah yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Utusan Malaysia 26.02.2010

Anak penoreh getah dapat 5A

STPM 2009: TAHNIAH!

 
Picture: The Star 26-02-2010

Anak Penoreh Getah Dapat 5A

KUALA LUMPUR: “Jika ada kemahuan tidak ada bezanya bagi seorang pelajar untuk mencapai kejayaan walaupun tinggal di bandar atau luar bandar,” kata Nurul Imani Zakaria, 19, yang dipilih sebagai Pelajar Cemerlang Bagi Kategori Luar Bandar dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Beliau yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil berkata, yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan seseorang untuk meraih kecemerlangan dalam pelajaran.

“Tekad saya adalah untuk mengubah kehidupan keluarga dan jalan yang saya lihat adalah melalui pelajaran,” kata anak penoreh getah berasal dari Kampung Panggung, Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya sudah biasa hidup susah dan sejak kecil sudah mengikut ayah menoreh getah,” kata anak kelima daripada 10 beradik.

Nurul Imani adalah antara 15 pelajar yang dipilih dalam pelbagai kategori bagi menerima anugerah kecemerlangan sempena pencapaian cemerlang dalam keputusan STPM tahun lalu yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman, Pasir Puteh itu berkata, beliau menelaah pelajaran lebih empat jam setiap hari.

Berita Harian 26.02.2010
Anak nelayan, tukang sapu catat rekod negara peroleh 20A dalam SPM


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A (19A1 dan 1A2). Gambar dari laman HarakahDaily.net

Anak seorang nelayan dan tukang sapu di Kelantan mencatat rekod apabila mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar dari Sekolah Mahaad Kebangsaan Muhammadi Perempuan yang juga anak kepada Nik Mohd Kamal Husin, 41, seorang nelayan dan Mariani Omar, 42, bekerja mengambil upah sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan, menggemparkan negeri setelah dia mencatatkan keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Keputusan berkenaan sekali gus membuktikan kemiskinan hidup dan halangan ketika belajar tidak boleh dijadikan alasan untuk berjaya malah ia menjadi pendorong kepada Nik Nur Madihah berjaya dan menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah hampir berputus asa untuk belajar kerana terdapat pelbagai halangan termasuk kesukaran mendapatkan buku mengulang kaji serta dihasut perasaan sangsi.

Sinar Harian Edisi Kelantan

HANYA BUTA MATA BUKAN HATI


INSPIRASI DAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK TPPTM






Menerima Sijil Penghargaan dari Pengarah Pelajaran Negeri Pahang pada 23 Mac 2011

Menerima Anugerah Khas Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri Tahun 2010


PROFIL MUHAMMAD AMMAR BIN IBRAHIM ISTAR

Dilahirkan di hospital Jengka pada 17 Jun 1992

Anak ke-4 daripada 10 adik beradik

Mendapat pendidikan awal di SK LKTP Jengka 24, Bandar Jengka Pahang

Hilang upaya penglihatan semasa berumur 11 tahun kerana sindrom steven Johnsons

Meneruskan persekolahan ke Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di SK Indera Mahkota, Kuantan


PROFIl AKADEMIK


Daftar Tingkatan 1 pada 03 Januari 2006 di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, Kuantan

Mengikuti Program Pendidikan Khas Inklusif(PPKI) iaitu mengikuti P&P di kelas arus perdana.

Prestasi akademik yang cemerlang bermula dari sekolah rendah dengan memperolehi keputusan

UPSR 2005 -4A1B

PMR 2008 - 6A 2B 1C

SPM 2010 - 4A+, 2A, 1A-, 2B

Dinobatkan Pelajar Terbaik Negeri SPM 2010 kbagi Kategori Pelajar Istimewa

Pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 4 Tahun 2009 peringkat sekolah

Pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 5 Tahun 2010 peringkat sekolah


PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG TAHUN 2006 HINGGA 2010



BIL

Sijil dan Anugerah yang diterima

Peringkat

Tahun


1

Anugerah Khas

Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri

Kebangsaan

2010


2

Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Penyertaan Tahun 2006, 2008 -2010

Tempat ketiga Tahun 2007

Kebangsaan

2006 -2010


3

Minggu Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan - Penyertaan

Kebangsaan

2006 - 2010


4

MTQ Peringkat Zon Perdana - Penyertaan

Tahun 2010 - Naib Johan Hafazan

Tahun 2009 - Johan Hafazan

Zon Perdana

2006 - 2010


5

Karnival Pendidikan Peringkat Kebangsaan dan Negeri - Penyertaan

Negeri

Kebangsaan

2006 - 2010


6

Pertandingan Goalball Piala Datuk Bandar

Piala Datuk Bandar

2008 -2009


7

Kem waja diri peringkat Negeri - Penyertaan

Negeri

2007


8

Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan

Tokoh Kanak-kanak Khas Terbaik

Kebangsaan

2006


9

Kejohanan Paralimpik Zon Timur -Penyertaan

Zon Timur

2009


10

Tokoh NILAM Istimewa

Sekolah

2010


Tuesday, 23 August 2011

Pelajar Teguk ARAK Ajak Cikgu BERTUMBUK




Sekadar hiasan. Gambar ini memaparkan aksi pelajar bertekak dan kemudiannya menumpuk gurunya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Sarawak.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meneguk arak dan tidak berpuasa ketika sesi persekolahan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota bertindak ala gengster apabila mencabar seorang guru lelaki sekolah berkenaan untuk bertarung dengannya di hadapan sekolah itu, semalam.

Difahamkan, selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk ponteng, suspek yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu turut memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang perlindungan. Malah, jika permintaannya ditolak, ‘gengster junior’ terbabit dikatakan akan memukul mereka. 

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 7.30 pagi semalam, pelajar terbabit turut dikatakan mengugut untuk mencederakan guru lelaki berusia 30 tahun sehingga parah dalam pergaduhan yang dirancangnya itu sebagai balasan terhadap perbuatan mangsa yang membongkarkan kegiatan tidak bermoralnya kepada pengetua sekolah berkenaan.

Bimbang dengan ancaman berkenaan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, semuanya bermula apabila pelajar terbabit berjumpa guru berkenaan selepas tamat perhimpunan pagi di tapak perhimpunan sekolah itu....
 

P/s: Buka mata dan lihat betapa teruknya moral remaja sekarang. Lahanat ini anak siapa?

Thursday, 18 August 2011

Pelajar Pulangkan "Interlok" Didakwa Ugut Mahu Bunuh Guru




Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.
“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. - Raja Noraina Raja Rahim


P/s: Malang kerana pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak pun membaca novel itu, namun terus menerima segala-gala perkara buruk yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Anak Bodoh Guru Dipersalahkan!


Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak


Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak tahu hujung pangkal dan situasi masalah. Namun, logiknya, guru tidak sewenang-wenang menegur pelajar jika pelajar itu tidak bermasalah. Apabila guru membuat teguran sudah tentulah teguran itu untuk menjadikan pelajar berkenaan sedar akan kesilapannya.

Masalahnya, teguran guru sering disalahertikan oleh ibu bapa. Apabila teguran itu disalah anggap oleh ibu bapa, maka terjadilah perkara yang seumpama ini. Lebih teruk, nyawa guru seperti telur di hujung tanduk. Bertolak daripada kes seumpama ini, maka banyak guru kini membiarkan pelajar yang bermasalah kerana bimbang diancam oleh pelajar itu sendiri serta ibu bapa  yang menyangka anak-anak mereka umpama ustaz dan ustazah.

P/s: Tidak hairan pihak sekolah dan kementerian terpaksa menghantar pelajar ke penjara untuk kursus motivasi!

Wednesday, 27 July 2011

Guru Pedalaman VS Guru Metropolis

Guru Pedalaman Vs Guru Metropolis


Pada saya jika menjadi seorang guru di pedalaman itu menjadi suatu ketakutan kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang agak berbeza dengan kawasan di luar pedalaman, harus juga kita fikirkan kepada pengaruh dan cabaran persekitaran metropolis yang terkadang kita terpaksa menerima dugaan di luar jangkaan.

Nakal murid pedalaman mungkin bawa lastik ke sekolah, nakal murid metropolis mungkin bawa pistol. Kalau pistol air tu boleh tahan lagi babe, tapi kalau pistol yang real? Anak-anak pedalaman kalau habis bergurau pun duk main tarik-tarik rambut, tapi kat metropolis ni terkadang hubungan seks pun boleh jadi bahan gurauan.

Sorok semua hilai tawa, ingat kembali peristiwa murid sekolah rendah di daerah Dungun, Terengganu yang telah melahirkan anak seterusnya terpaksa mengambil UPSR di hospital. Mohon dijauhkan segala yang seharusnya dijadikan sempadan.

Ibu bapa murid pedalaman membela guru terkadang lebih daripada anaknya sendiri. Datang rumah cikgu bawa ulam, buah-buahan, burung comel buat peliharaan. "Cikgu ajarlah anak saya untuk kebaikan dengan apa jua cara sekalipun, asalkan tak patah, tak buta, tak tuli anak saya," tu ayat mereka.

Mertopolis? Datang rumah guru bawa surat saman, ugut bagai. "Kenapa cikgu denda anak saya berdiri dalam kelas tadi hanya kerana anak saya tak siapkan tugasan tanpa alasan? Itu dah menjatuhkan maruah anak saya, saya boleh saman cikgu!" Wah, sila garu kepala!

P/s: Campak ke darat boleh jadi gunung, campak ke laut boleh jadi pulau.

Nasib Bakal Guru Muda; Kera di Hutan Disusukan, Anak di Rumah Menangis Kelaparan

oleh Sawaludin Bin Rahmat pada pada 27hb Julai 2011 pukul 8.37 ptg

Tahun Pertama Di USM

Saya tertarik untuk memberikan sedikit ulasan mengenai BERITA yang membimbangkan bakal-bakal guru IPTA sekarang ini. Berikut adalah beberapa kenyataan daripada orang kuat KPM, “Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa,” Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa reaksi anda sebagai bakal guru keluaran IPTA dan IPTS yang sememangnya mengambil jurusan pendidikan sebagai kursus pengajian selama EMPAT tahun mengaji di universiti? Apa perasaan anda yang pada suatu ketika dulu pada zaman kanak-kanak BERCITA-CITA SUCI mahu menjadi seorang GURU? Apakah kita yang masih MENTAH dan TIDAK memiliki PENGALAMAN mengajar di sekolah ini TIDAK diperlukan untuk mendidik anak bangsa kita?

Lebih menggusarkan banyak pihak khususnya bakal guru keluaran IPTA apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam perkembangan terbarunya menyaksikan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan. Berita yang disiarkan di media elektronik itu PASTINYA memberi satu KEJUTAN kepada bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) keluaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). 

Manakan tidak TERKEJUT dan BIMBANG apabila sepanjang tempoh penungguan, jawapan yang diterima daripada portal KPM berbunyi: “Kami tidak dapat memberi tarikh tepat tentang bila borang penempatan akan dikeluarkan dan selalulah semak di laman web KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).”  Berdasarkan laporan yang diterima, surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari bulan lepas lagi. Apakah tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak yang KECOH pada akhir 2010 dan awal tahun 2011? 

Melalui penelitian berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 , mendapati bahawa terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'. Persoalannya, apakah KPM telah mengkaji sedalam-dalamnya keputusan penyerapan 13 000 GSTT ke dalam guru berjawatan ini dengan mengambil kira kedudukan guru-guru GST keluaran IPTA atau IPTS? Apakah akan wujud PERTEMBUNGAN kuasa atau keputusan akibat pemecahan dua entiti kementerian (KPM dan KPT) ini seperti mana yang berlaku sebelum ini dalam isu penempatan guru GST yang bernaung di bawah KPM dan KPT? Apakah berbaloi PELABURAN menempatkan guru GSTT berbanding GST ini di sekolah-sekolah di negara kita ini semata-mata mahu merealisasikan plan PIPP 2--6-2010, "SIFAR GSTT"?

Ulasan ini bukanlah untuk menyalahkan atau memperendahkan guru GSTT. Hal ini kerana, secara peribadi saya mengakui GSTT sebelum ini turut membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, TETAPI untuk diserap ke JAWATAN tetap BUKAN sesuatu yang wajar kerana masih RAMAI mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Apakah KPM benar-benar yakin bahawa kekosongan penempatan guru di sekolah-sekolah masih berada pada UNJURAN jumlah keluaran bagi pelajar yang megikuti bidang pendidikan di IPT atau IPG seperti yang telah ditetapkan? Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. 

Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini.. Umum mengetahui keadaan yang terpaksa dilalui oleh para guru. Sekatan demi sekatan dikenakan wahima MEROTAN murid yang melakukan KESILAPAN juga TIDAK dibenarkan. Baru-baru ini negara digemparkan seorang guru lelaki dilaporkan MERABA 11 orang murid di Kuala Lumpur. Kebetulan, saya dan ustaz Ahmadi (Motivator DDR) bersama Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan berbincang mengenai kerja dan isu-isu remaja bermasalah dan mendapat maklumat kes berkenaan dengan lebih lanjut daripada pihak PIBG seklah berkenaan sendiri.

Persoalannya, bukan isu itu yang perlu difokuskan, tetapi TAHAP PROFESIONALISME guru berkenaan menangani masalah tersebut. Saya tidak mahu menuduh guru berkenaan BERSALAH, cuma saya mahu kita melihat dalam kotak yang lebih besar.. Apakah guru GSTT yang bakal diserapkan ini memiliki tahap ilmu pengetahuan dan ilmu  pedagogi yang tinggi seperti mana guru GST? Ya, pasti akan ada yang mempersoalkan... "alah, GST pun buat salah juga jangan nak salahkan GSTT saja"... YA! memang benar.. GST pun buat SALAH! apa masalahnya? bagi peluang kami yang baru bergelar CIKGU ini belajar dari KESILAPAN.. Kita banyak melihat sejak akhir-akhir ini di media massa, terpampang kes-kes yang MENGAIBKAN melibatkan guru-guru kita. Bukanlah untuk menuding jari kepada guru GSTT yang dikatakan BANYAK PENGALAMAN mengajar itu, cuma analoginya kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang GURU. 

Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi berkumandang di telinga penulis apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat.

Seperti mana yang diketahui bahawa penempatan guru GSTT ini  dipohon melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).. maknanya, jika mereka orang penang, mereka akan memohon melalui JPN penang, dan akan ditempat di sekolah dalam penang juga. Berbeza dengan bakal guru GST keluaran IPT, selepas tamat pengajian dan mendapat penempatan, KPM akan menempatkan guru-guru berkenaan di pelusok negara.. kawasan PEDALAMAN itu adalah PILIHAN UTAMA KPM untuk guru-guru GST muda ini. Bukan mahu mempersoalkan keadilan kawasan petempatan, pedalaman atau bandar.. cuma sekadar luahan perasaan semata-mata setelah berpenat lelah bertapa di universiti selama empat tahun, diwajibkan pula menduduki peperiksaan akhir universiti setiap hujung semester, jika gagal satu papaer major maka TERPAKSA la BERTAPA setahun lagi..TETAPI yang mendapat layanan ISTIMEWA adalah mereka yang GAGAL mendapat PEKERJAAN melalui bidang pengajian bukan pendidikan yang diambil sebelumnya. 

Kami bakal warga pendidik tiada hasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma kami berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, kami graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan. Janganlah jadi seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan”.

Tahun Akhir Di USM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...