Pages

Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts
Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts

Wednesday, 19 October 2011

Bayi Dikelar Ibu Sendiri




Betong - Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

SUMBER:fb(tanpa edit)

Wednesday, 12 October 2011

Janin Dalam Plastik Sampah Di Rompin




KUANTAN – Sebuah beg plastik sampah yang berisi janin ditemui di tapak pelupusan sampah Bukit Ibam, dekat Muadzam Shah, Rompin hari ini.

Bungkusan plastik berwarna hitam itu ditemui seorang wanita Orang Asli yang rutin hariannya mengutip sampah kira-kira 12 tengah hari.

Wanita berusia 50-an itu terkejut apabila mendapati bayi yang tidak cukup bulan di dalam plastik sampah ketika mahu memilih sampah sarap untuk proses kitar semula.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ACP Zainul Mujahidin Mat Yudin, berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan perkara berkenaan.

“Siasatan awal mendapati janin itu berusia dalam lingkungan tujuh bulan. Kami percaya plastik sampah itu dikutip di sekitar bandar Muadzam Shah pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, janin yang tidak dikenal pasti jantina tersebut dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA



Friday, 7 October 2011

[Gambar] Fenomena Pengguguran Bayi di Temasek























Sumber gambar dan maklumat lanjut di sini.

P/s: Menyedihkan!

Berdasarkan maklumat tertera, fenomena yang menakutkan ini berlaku di Temasek. Sila klik pautan di atas untuk membaca maklumat lanjut.

Takut Dicekup, Pengemis Campak Anak ke LAUT!




Saya petik:


TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.


[HM] TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun....


P/s: GILA!!!

Tuesday, 4 October 2011

Aduuui... Di Selayang, Ada Bayi Dicampak Melayang Masuk Longkang


Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Gejala buang bayi semakin menjadi-jadi. 

Ia akibat dari sistem hidup yang jauh dari nilai-nilai agama, apa tah lagi di dalam keadaan dan suasana kejahilan ummah yang kini tidak segan silu mempersendakan pula hukum Allah. Akhirnya, buang anak menjadi-jadi, sebab zina sudah macam tak kisah lagi. Aduh... siksaan Allah akan tiba juga nanti... sebab ada umat Islam sendiri menempelak dan mencaci-maki hukum Ilahi kebelakangan ini.

Monday, 3 October 2011

Campak bayi dalam perigi


Saya petik:

[kosmo] KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter. 

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh. 

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri. 

“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada. 

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Sunday, 2 October 2011

Bayi Dihumban ke Dalam Perigi

KOTA BAHARU - Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan disumbat dalam beg pakaian dan dibuang ke dalam perigi di Kampung Kacang Limbat dekat sini, hari ini.

Mayat yang cukup sifat itu ditemui penoreh getah Tuan Mat Tuan Lunik, 64, berhampiran kebun getahnya kira-kira 8 pagi.

Ketika ditemui, Tuan Mat berkata dia mendapati sebuah beg terapung dalam perigi itu ketika mahu mencedok air.

"Pakcik ambil galah dan tarik beg itu. Pakcik buka zip beg dan terkejut bila nampak muka bayi di dalamnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Penemuan itu dimaklumkan kepada ketua kampung yang kemudian menghubungi pihak polis. -Bernama

Tuesday, 20 September 2011

Misteri Beg Sampah Bergerak. Kembalilah..



SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.
SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.

GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.
“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.

“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.


“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.

Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.

Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Deputi Superintendan Shahurinain Jais mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Bersalin HPP buat sementara waktu dan pihaknya turut mengambil keterangan saksi yang menemuinya bagi menjalankan siasatan serta mengesan pihak yang meninggalkannya di kawasan terbabit.

“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut dihantar ke kawasan bayi itu ditemui bagi menjalankan siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 bagi membantu mengesan waris bayi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkiffli Ismail berkata, beliau belum menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan membantu mendapatkan perintah penjagaan daripada mahkamah sementara polis menjalankan siasatan mengesan warisnya.


Friday, 26 August 2011

Biawak Makan BAYI di Kuantan!


Bayi hancur dimakan biawak

0 ULASAN
 
Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.
INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Monday, 15 August 2011

MENCARI RINGGIT KE SYURGA



INI HANYA HIASAN 











MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI
 - meloya

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.

Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta 

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957 

Sumber; http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/mencari-ringgit-ke-syurga.html?zx=46c2a228e0c4ea93

Thursday, 11 August 2011

Tinggal bayi atas bonet kereta

KOTA BHARU: “Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala.
“Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital,” kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, jemaah Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, dekat sini, gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki berusia sehari yang masih bertali pusat diletakan di atas bonet sebuah kereta, malam kelmarin.
Kejadian itu disedari pemilik kereta terbabit yang juga seorang doktor warga asing apabila menemui objek dalam keadaan berbungkus dan diletakkan di atas bonet kereta miliknya jenis Nissan Sunny.
Sebaik menghampiri bungkusan berkenaan, doktor yang berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati bungkusan itu adalah seorang bayi lelaki yang sedang lena tidur.-hmetro

Mayat bayi ditemui dalam surau

KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar.
Katanya, semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di tengah dewan pelbagai guna surau itu.
 ”Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mohamed berkata, beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong.
Katanya, beliau terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mhd Khani Mhd Biku, memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.
Mhd Khani, 57, ketika ditemui, berkata beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi Mohamed.
“Saya kemudiannya terus menghubungi polis,” katanya. – Bernama

Mayat bayi dibuang bagai sampah




INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
INILAH mayat bayi perempuan yang ditemui oleh seorang pekerja am MBI ketika sedang memungut sampah di Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital, Ipoh semalam.
IPOH – Penduduk Pangsapuri Ashby, Jalan Hospital di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam salah sebuah tong sampah yang terdapat di pangsapuri tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mayat bayi yang masih bertali pusat tersebut ditemui seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), K.Rajasekaran, 46, yang memungut sampah di kawasan perumahan terbabit.
Rajasekaran berkata, dia dan rakannya seperti biasa memungut sampah dalam tong sampah di pangsapuri tersebut sebelum dimasukkan ke dalam lori disediakan.

Polis tunggu DNA mayat bayi digigit anjing liar

SHAH ALAM – Polis akan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat bayi yang ditemui orang awam di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang Jumaat lalu bagi memburu mereka yang terlibat.
:Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati bayi yang tidak lengkap anggota badan itu dilahirkan tidak cukup bulan.
“Hasil bedah siasat mendapati bayi yang disahkan jantina lelaki itu berusia enam bulan dalam kandungan dan menunggu hasil laporan ujian DNA sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh pagi semalam.
Jumaat lalu, mayat bayi berkenaan ditemui dengan keadaan tidak lengkap apabila satu daripada tangannya bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.
Arjunaidi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.//sinar

Tangisan suara halus

TANAH MERAH: “Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.
MALANG…bayi yang ditinggalkan
Dia menemui seorang bayi lelaki di rumahnya di Jalan Wan Ahmad, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.

Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.

“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.
“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. 
saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.
Sukma berkata, dia yang panik kemudian terus memberitahu jiran berhampiran sebelum menghubungi polis.

Katanya, dia turut hairan bagaimana ada individu boleh meninggalkan bayi di situ sedangkan terdapat ramai orang lalu lalang di depan rumahnya untuk mengunjungi pasar malam.

“Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan sihat cuma terdapat sedikit kesan darah,” katanya.
Bayi seberat 3.3 kilogram itu dikatakan baru berusia dua hari dan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat awam.

Katanya, bayi terbabit didapati dalam keadaan berbungkus dengan kain tuala dan selimut.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan segera di unit kecemasan sejurus kemudian.//hmetro

Bayi menggigil

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.
Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.
“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.
“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.
Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.
“Saya bersyukur kerana bayi malang yang dianggarkan seberat dua kilogram (kg) itu masih bernyawa dan amat kesal dengan tindakan kejam ibu bapanya yang sanggup membuangnya begitu.
“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.
Pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia sedang berehat, terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya.
“Sejurus keluar, saya dimaklumkan penemuan itu dan melihat jiran berdekatan sedang mendukung bayi malang terbabit sebelum sepasukan anggota polis tiba.
“Selain terkejut, saya yang menetap di sini sejak empat tahun lalu bersama anak dan menantu, sedih dengan kejadian ini. Kejam sungguh mereka yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menahan wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Penahanan dilakukan hasil penelitian rakaman CCTV rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang,” katanya.
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.
Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir.

Apa dosa bayi ini?




BAYI perempuan yang dijumpai di kawasan semak belakang sebuah pasar raya kini menerima rawatan di HRPB, Ipoh.
IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh di sini, petang kelmarin.
Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata bayi itu dijumpai orang ramai yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 500 meter dari tempat pembuangan sampah, pada jam 5.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

“Ketika dijumpai, bayi itu dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat. Malah bayi itu dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu untuk menangis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon, berkata bayi berkenaan dihantar ke bahagian kecemasan hospital berkenaan, kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
“Kami belum mengenal pasti bangsa bayi berkenaan kerana tiada sebarang nota ditemui bersamanya,” katanya selepas melawat bayi itu bersama Lembaga Pelawat HRPB. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.

Dr Rahimi berkata, bayi itu ditempatkan di Wad 6C untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).//bharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...