Pages

Wednesday, 7 September 2011

Meriam Dardanelles Robohkan Kota Konstantinopel | Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh



fall_of_constantinople
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Apabila bicara soal sejarah, pasti ramai yang tahu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, seorang anak muda yang memimpin tentera merobohkan Kota Konstantinopel yang gah suatu masa lalu. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai tokoh Islam yang cuba merealisasikan hadis ini dengan berusaha habis-habisan untuk menawan Konstantinopel. Antaranya adalah Saiyidina Umar al-Khattab & Saiyidina Abu Ayub al-Ansari. Namun kesemuanya gagal hinggalah 700 tahun kemudian apabila munculnya seorang putera bernama Muhammad al-Fatih (Mehmet al-Fateh). Baginda hanya berumur 24 tahun ketika mengetuai bala tenteranya membebaskan Constantinople. Bandar ini kemudiannya dinamakan Istanbul yang bererti "Islam Selamanya"
Jom aku nak kongsi dengan semua tentang kehebatan Kota Kontanstantinopel:-
Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki Konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui kegagalan.

Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan oleh faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita lihat sistem pertahanan kota ini:
1) Geografi kota ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi pelindung semulajadi kepada Kota Konstantinopel kerana akan menyukarkan mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di bawah).
2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi). Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel, angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.
3) Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).

4) Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.
Tembok luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.
5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.




Siapa sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu kini.
Meriam Dardanelles

Meriam Dardanelles, dibuat daripada gangsa yang dicipta oleh pakar meriam berbangsa Hungary bernama Orban, digunakan oleh tentera Muslim pimpinan Sultan al-Fateh untuk merobek dinding Kota Konstantinople. Kini, meriam ini berada dalam simpanan Royal Armouries Museum.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratusorang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.

Benteng Rumeli Hisari. Dibina pada tahun 1451 dan 1452 oleh Sultan al-Fateh dan tenteranya. Tiga menara besar tersebut dinamakan sempena nama 3 orang panglima Sultan al-Fateh, Sadrazam Çandarlı Halil Pasha yang membina menara besar berhampiran pintu gerbang, Zağanos Pasha yang membina menara selatan, dan Sarıca Pasha yang membina menara utara.

Pelajar Yatim Piatu Catat Keputusan Cemerlang

(23 Mac 2011, Bernama)-- Ayahnya meninggal dunia dalam tidur pada 2008 dan ibunya meninggal dunia kerana kanser usus pada tahun berikutnya, membuatkan Ahmad Ibrahim Zakaria berasa masa depannya gelap.

Pada mulanya sukar baginya untuk menerima pemergian ayahnya Zakaria Nor, 45 dan ibunya Norhana Ismail, 43 namun dengan dorongan dan bantuan daripada sanak saudara, guru-guru dan rakan-rakan, dia muncul salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

"Saya rasa sukar pada mulanya tetapi dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT serta dorongan ayah dan emak saudara, guru-guru dan rakan-rakan saya dapat lulus cemerlang SPM ini," katanya.

Anak keempat daripada lapan beradik itu ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Cemerlang Tertinggi daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran di sini Rabu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar itu bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya ke Jerman dalam bidang Kejuruteraan Nuklear bagi mengikut jejak langkah tiga kakaknya iaitu seorang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seorang di Kaherah dan seorang lagi menjalani kursus persediaan untuk belajar di United Kingdom.

Ahmad Ibrahim berharap empat orang adik perempuannya akan turut cekal hati untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran walaupun mereka yatim piatu.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Convent Muar Lee Jia Ning turut menerima anugerah bagi kategori yang sama

Ibu bapa Jia Ning ketika ditemui pula berkata mereka berasa amat terkejut apabila dimaklumkan anak mereka itu adalah pelajar terbaik di kalangan lapan pelajar yang mendapat 11A+ di negeri ini.

"Bila saya diberitahu saya tanya balik sama ada perkara ini betul kerana saya betul betul terkejut dengan pencapaian Jia Ning," kata Lee Tee Eng,55.

Beliau yang gembira dengan pencapaian Jia Ning berkata anak perempuan bongsu daripada empat beradik itu sememangnya mempunyai disiplin diri yang tinggi dan sebagai ibu bapa mereka hanya memberi bimbingan kepada Jia Ning manakala jadual belajar dan beriadah harian ditetapkannya sendiri.

Beliau yang baru sahaja bersara sebagai pegawai kewangan sebuah kilang elektronik berharap anaknya itu dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini memandangkan pengajian di dalam bidang itu memerlukan perbelanjaan tinggi sedangkan beliau sudah bersara dan tiga anaknya yang lain masih belajar.

Guna kaki dapat 8A

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0321/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg
(DARI kiri) Marina Ahmad, Dr. Yahya Tun Awang, Dr. Sheikh Muszaphar dan Nor Umayah bergambar bersama seorang lagi Tokoh Maulidur Rasul, Dr. Ismail yang memegang piala pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

(DARI kiri) Marina Ahmad, Dr. Yahya Tun Awang, Dr. Sheikh Muszaphar dan Nor Umayah bergambar bersama seorang lagi Tokoh Maulidur Rasul, Dr. Ismail yang memegang piala pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.



IPOH: “Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja,” kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.

Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Autisme tidak halang dapat 8A

Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.
“Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.
“Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

“Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing,” ujarnya.

Kosmo

Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani CEMERLANG dalam (STPM) 2009


Kemiskinan, kekurangan bukan halangan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani merupakan antara sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang.

Ayu Faridah Nor Azman anak seorang penjual sate, Muhammad Najumuddin Firdaus Abdullah anak seorang petani serta Nurul Imani Zakaria anak seorang penoreh getah diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana memperoleh gred A untuk semua kertas peperiksaan yang diambil dan lulus Gred A untuk lima mata pelajaran.

Yap Jun Fai anak seorang kerani, Yong Kai Yi anak seorang peniaga kecil dan Hoo Xiao Mei anak kontraktor kecilan juga menerima anugerah pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan yang sama.

Apa yang lebih istimewa tiga pelajar cemerlang yang diletakkan dalam kategori istimewa juga datang dari latar belakang keluarga biasa di mana Masmin Mensih pelajar cemerlang kategori rabun, ayahnya Mensih Saidin hanyalah kakitangan Jabatan Perhutanan di Sandakan, Sabah.

Pelajar cemerlang kategori istimewa dari kategori spastik, Muhammad Raizan Ab. Rahman yang mendapat tiga Gred A dan satu C bapanya Ab. Rahman Kassim bertugas sebagai kakitangan kerajaan peringkat sokongan.

Sementara Loh Wei Siong pelajar cemerlang bagi Kategori Buta dan mendapat empat Gred A, bapanya Loh Hua Ming hanya bekerja di kilang sebagai pembuat pasu.

Ayu Faridah dari Tanjung Karang, Selangor di mana bapanya sebagai penjual sate meletakkan keazaman untuk mencapai kecemerlangan dan berharap dapat menjadi pensyarah satu hari nanti merupakan pendorong untuk dirinya berjaya.

''Kejayaan ini adalah berkat doa ibubapa, guru dan usaha yang telah dimulakan sejak memasuki tingkatan enam dengan memastikan belajar sekurang-kurangnya dua jam sehari pada sebelah malam,'' katanya.

Manakala Muhammad Najmuddin yang hanya mengharapkan tunjuk ajar guru dan belajar sahaja tidak menyangka akan mendapat kelulusan cemerlang.

Katanya, kekurangan dari segi kewangan di mana tidak mampu untuk ke kelas tuisyen tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan.

''Apa yang penting ialah untuk mengikuti pelajaran di sekolah dengan tekun dan belajar semula setiap pelajaran yang telah dijelaskan oleh guru berulang kali, itu sahaja formula saya mencapai kecemerlangan dalam STPM,'' katanya.

Sementara Masmin yang menghadapi rabun teruk dan terpaksa membaca buku dengan meletakkannya dua atau tiga inci dari mukanya menegaskan kunci kejayaannya ialah tekun mendengar penjelasan guru di kelas.

Anak pembuat bot dapat 5 prinsipal STPM




Hadawiyah Mohammad bersama ibunya, Rakiah Mamat gembira dengan keputusan pelajar terbaik STPM Terengganu, di Kampung Seberang Marang, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Walaupun kehidupannya tidak semewah pelajar lain, namun ia tidak menghalang Hadawiyah Mohammad, 20, cemerlang dalam peperiksaan.

Anak kepada pembuat bot, Mohamad Awang, 60, yang berasal dari Seberang Marang dekat sini, diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat negeri Terengganu hari ini.

Menurut Hadawiyah, kejayaan itu merupakan hadiah paling bermakna buat ibu dan bapanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara, Marang itu langsung tidak menyangka akan mendapat lima prinsipal dengan Pencapaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

"Sepanjang hidup, inilah kali pertama saya dapat memberikan hadiah paling bermakna kepada emak dan ayah," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.

Anak kesembilan daripada 11 adik-beradik ini, memperolehi keputusan A dalam kesemua mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi dan Sains Sukan.

Tambahnya, kejayaannya turut didorong dengan bantuan guru-guru sekolah selain minatnya yang gemar mengulang kaji secara berseorangan.

"Saya belajar bersungguh-sungguh demi keluarga selain memberi contoh yang baik kepada adik-beradik yang lain.

"Dengan keputusan cemerlang ini saya harap dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan memperolehi pekerjaan yang baik bagi membalas segala pengorbanan emak dan ayah," kata Hadawiyah yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Utusan Malaysia 26.02.2010

Anak penoreh getah dapat 5A

STPM 2009: TAHNIAH!

 
Picture: The Star 26-02-2010

Anak Penoreh Getah Dapat 5A

KUALA LUMPUR: “Jika ada kemahuan tidak ada bezanya bagi seorang pelajar untuk mencapai kejayaan walaupun tinggal di bandar atau luar bandar,” kata Nurul Imani Zakaria, 19, yang dipilih sebagai Pelajar Cemerlang Bagi Kategori Luar Bandar dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Beliau yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil berkata, yang penting adalah kemahuan dan kesungguhan seseorang untuk meraih kecemerlangan dalam pelajaran.

“Tekad saya adalah untuk mengubah kehidupan keluarga dan jalan yang saya lihat adalah melalui pelajaran,” kata anak penoreh getah berasal dari Kampung Panggung, Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya sudah biasa hidup susah dan sejak kecil sudah mengikut ayah menoreh getah,” kata anak kelima daripada 10 beradik.

Nurul Imani adalah antara 15 pelajar yang dipilih dalam pelbagai kategori bagi menerima anugerah kecemerlangan sempena pencapaian cemerlang dalam keputusan STPM tahun lalu yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak di sini, semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman, Pasir Puteh itu berkata, beliau menelaah pelajaran lebih empat jam setiap hari.

Berita Harian 26.02.2010
Anak nelayan, tukang sapu catat rekod negara peroleh 20A dalam SPM


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A (19A1 dan 1A2). Gambar dari laman HarakahDaily.net

Anak seorang nelayan dan tukang sapu di Kelantan mencatat rekod apabila mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, pelajar dari Sekolah Mahaad Kebangsaan Muhammadi Perempuan yang juga anak kepada Nik Mohd Kamal Husin, 41, seorang nelayan dan Mariani Omar, 42, bekerja mengambil upah sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan, menggemparkan negeri setelah dia mencatatkan keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

Keputusan berkenaan sekali gus membuktikan kemiskinan hidup dan halangan ketika belajar tidak boleh dijadikan alasan untuk berjaya malah ia menjadi pendorong kepada Nik Nur Madihah berjaya dan menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah hampir berputus asa untuk belajar kerana terdapat pelbagai halangan termasuk kesukaran mendapatkan buku mengulang kaji serta dihasut perasaan sangsi.

Sinar Harian Edisi Kelantan

HANYA BUTA MATA BUKAN HATI


INSPIRASI DAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK TPPTM






Menerima Sijil Penghargaan dari Pengarah Pelajaran Negeri Pahang pada 23 Mac 2011

Menerima Anugerah Khas Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri Tahun 2010


PROFIL MUHAMMAD AMMAR BIN IBRAHIM ISTAR

Dilahirkan di hospital Jengka pada 17 Jun 1992

Anak ke-4 daripada 10 adik beradik

Mendapat pendidikan awal di SK LKTP Jengka 24, Bandar Jengka Pahang

Hilang upaya penglihatan semasa berumur 11 tahun kerana sindrom steven Johnsons

Meneruskan persekolahan ke Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di SK Indera Mahkota, Kuantan


PROFIl AKADEMIK


Daftar Tingkatan 1 pada 03 Januari 2006 di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, Kuantan

Mengikuti Program Pendidikan Khas Inklusif(PPKI) iaitu mengikuti P&P di kelas arus perdana.

Prestasi akademik yang cemerlang bermula dari sekolah rendah dengan memperolehi keputusan

UPSR 2005 -4A1B

PMR 2008 - 6A 2B 1C

SPM 2010 - 4A+, 2A, 1A-, 2B

Dinobatkan Pelajar Terbaik Negeri SPM 2010 kbagi Kategori Pelajar Istimewa

Pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 4 Tahun 2009 peringkat sekolah

Pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 5 Tahun 2010 peringkat sekolah


PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PELBAGAI BIDANG TAHUN 2006 HINGGA 2010



BIL

Sijil dan Anugerah yang diterima

Peringkat

Tahun


1

Anugerah Khas

Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri

Kebangsaan

2010


2

Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Penyertaan Tahun 2006, 2008 -2010

Tempat ketiga Tahun 2007

Kebangsaan

2006 -2010


3

Minggu Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan - Penyertaan

Kebangsaan

2006 - 2010


4

MTQ Peringkat Zon Perdana - Penyertaan

Tahun 2010 - Naib Johan Hafazan

Tahun 2009 - Johan Hafazan

Zon Perdana

2006 - 2010


5

Karnival Pendidikan Peringkat Kebangsaan dan Negeri - Penyertaan

Negeri

Kebangsaan

2006 - 2010


6

Pertandingan Goalball Piala Datuk Bandar

Piala Datuk Bandar

2008 -2009


7

Kem waja diri peringkat Negeri - Penyertaan

Negeri

2007


8

Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan

Tokoh Kanak-kanak Khas Terbaik

Kebangsaan

2006


9

Kejohanan Paralimpik Zon Timur -Penyertaan

Zon Timur

2009


10

Tokoh NILAM Istimewa

Sekolah

2010


Cara Cepat Mencari Muka Surat Dalam Quran


Posting ini  dijumpa sewaktu melayari internet. Ia berkenaan cara mudah untuk mencari muka surat di dalam Al-Quran. Tentunya artikel ini sangat berguna kerana kita pasti mempunyai masalah dalam mencari muka surat Al-Quran yang tebal. Berikut adalah cara-caranya -


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Bila Mama Kencing Berdiri... ANAK???




Bila mama pakai celana,tapi papa wat dek jer,sebab papa dayus,sebab papa gagal menjadi seorang pemimpin dan ketua keluarga.Tugas seorang pemimpin tak kira lah ianya suami,imam,penghulu dan sampai diperingkat yang lebih tinggi ialah PM,pastikan orang dibawah pimpinan kita berjalan dengan betul,......kecuali
kita dan terangkan dah nyatakan supaya orang dibawah pimpinan kita berbuat baik,tapi ia berdegil maka lepaslah tanggung jawabnya sebagai pemimpin.Suami berhak memukul isteri bila enggan menurut perintah,tapi bukan untuk menyakiti tubuh badannya,sekadar menyedarkan,pukul lah pada bahagian punggung kebawah dengan kain,jangan sampai melukai tubuh badanya.





Cerita pasal dayus ni banyak kaitannya atau kategori,yang nak diceritakan ialah pasal aurat,bukan urat, aurat wanita ni bukan dikepala sahaja tapi seluruh,kecuali muka dan tapak tangan sahaja.Ramai perempuan yang bertudung tapi masih mendedahkan aurat.Bertudung tapi menampakkan punggung sebab berpakaian ketat dan singkat. Pendedahan cara berpakaian haruslah di terangkan oleh pihak berwajib,buat atau draf kot etika cara berpakaian mengikut islam,beri kefahaman apakah itu aurat dan bahagian mana yang boleh dipamerkan,sperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan yang mengundang berbagai spekulasi dan tohmahan,tapi memang sudah menjadi kewajiban bagi kuasa pemerintah melakukannya walaupun banyak bantahan dari pelbagai pihak,begitulah sulitnya bila ingin menyuruh orang berbuat baik.

Kebenaran membuka aurat hanya kepada yang haknya sahaja,seperti suami dan yang dibolehkan didalam islam.Kencantikan wanita bukan untuk dipamerkan,kalau dipamerkan mana darjat atau maruah kita sebagai manusia,maka jadilah kita seperti lembu dan kerbau....apakah kita mahu jadi seperti binatang,sebab kita manusia adalah semulia makhluk ciptaan Allah.Kecantikan tubuh badan adalah hak bagi suami untuk melihatnya,tapi kini telah berubah,kerana semua yang bukan menjadi haknya juga boleh melihat aurat isteri kita bila kita gagal mencegahnya,dayuslah kita sebagai suami bila gagal mendidik orang dibawah jagaan kita mengikut syariat Allah.

Bagi para wanita muslim, perintah untuk mereka menutup aurat adalah jelas dan tidak ada perselisihan di kalangan ulama silam berhubung makna firman Allah SWT di bawah:

“Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (khimar) kebahagian dada mereka”.[TMQ An-Nur:31] 
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.


Antara sengaja atau tidak faham apa itu aurat maka ramai yang berpakaian tapi seperti telanjang,contohnya memakai pakaian yang jarang dan ketat senhinggakan menampakkan susuk tubuh,tapi masih bertudung.Mungkin kerana kebebalan mereka yang cuba melanggar perintah supaya menutup aurat.Aurat bukan hanya dibahagian kepala sahaja,bukan pada pada rambut,sebenarnya mungkin mereka bangga kerana mempunyai bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai tarikan maka mereka akan berpakaian sebegitu,mereka tidak sedar mereka melakukan dua dosa,pertama tidak menutup aurat,kedua menyebabkan dosa pada kaum lelaki yang memandang dan yang paling berat bila pandangan itu berakhir dengan zina.

Latih anak-anak kita sejak kecil lagi supaya menutup aurat,baik anak lelaki atau perempuan,terangkan pada mereka apa itu aurat.Selalu bercerita kepada mereka bagaimana azab dan siksaan bila tidak menutup aurat.



Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong


Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.

PENAFIAN:Gambar yang diletakkan bukan niat untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai contoh untuk mudah difahami,sekiranya ada yang tersinggung saya mohom kemaafan dari anda semua....

AKSI SUMBANG DEKAT MASJID di MELAKA!




MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.

Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.

Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.

“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.

“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.

Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.

“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.

“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.-HARIAN METRO-



*PENAFIAN:Gambar hanya sekadar hiasan* 

Masjid pon sudah menjadi tempat maksiat.... apa nak jadi dengan dunia sekarang... mak bapak kena tipu hidup2 dengan anak-anak... mak ayah semakin serabut pikir cara nak selesaikan masalah anak-anak mereka! cuba hubungi kami di DDR.. konsultan motivasi KHUSUS untuk REMAJA BERMASALAH!.. 

NINA MONTOK jadi REBUTAN para PENOREH GETAH!


                                                  Beratur panjang dalam kebun getah

SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu. 

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

HARIAN METRO

ASMARA DALAM KERETA SAKIT di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)



SEREMBAN: Memalukan apabila segelintir remaja dikesan menjadikan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Taman Bukit Margosa, Paroi, dekat sini, sebagai ‘port kereta sakit’ dipercayai untuk memadu asmara pada waktu tengah malam dan awal pagi sejak awal bulan lalu.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu di dalam kereta sama ada dengan meletakkan kenderaan di tepi lebuh raya atau bergerak perlahan antara kawasan taman berkenaan ke Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini, kira-kira dua kilometer.


Perbuatan mereka dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa yang melakukan operasi rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman terbabit dan menemui tiga hingga empat pasangan remaja memadu kasih dalam kenderaan.

Timbalan Pengerusi SRS taman itu, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata dalam operasi baru-baru ini, pihaknya menemui dua pasangan remaja memadu kasih dalam dua kereta berasingan di tepi lebuh raya dan sebuah lagi bergerak perlahan di laluan kecemasan.

Menurutnya, kejadian disedari berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila empat anggota SRS yang menaiki dua motosikal mengekori kenderaan terbabit, namun mereka memecut kenderaan ke Jalan Seremban-Kuala Pilah sebaik menyedari diperhatikan.

“Kami percaya mereka memilih laluan berkenaan untuk melakukan aktiviti maksiat kerana menganggap kawasan terbabit agak sunyi pada waktu tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan kurang melalui lebuh raya itu pada waktu itu.

“Bagaimanapun, mereka didapati tidak memikirkan kesan tindakan itu kerana boleh mengundang bahaya seperti dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan,” katanya.

Katanya, pihaknya tidak boleh menahan mereka kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi memantau bagi memastikan imej kawasan taman tidak terjejas selain kegiatan itu perlu dibanteras.“Kami akan terus memantau kegiatan tidak bermoral itu supaya mereka tidak menjadikan kawasan ini sebagai ‘port’ untuk melakukan maksiat kerana sebelum ini pernah berlaku kes pasangan remaja hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar,” katanya.

Azizul Rahman berkata, pihaknya berharap ibu bapa melaksanakan peranan mereka terutama dalam memantau pergerakan anak remaja perempuan masing-masing sebelum berlaku sesuatu kejadian tidak diingini.

“Ibu bapa perlu membuat pemantauan terhadap pergerakan anak remaja mereka bagi mengelak nasib dan masa depan anak mereka terjejas disebabkan perbuatan sia-sia,” katanya.

Penduduk lain, Abd Aziz Abd Hamid, 49, berkata pihaknya meminta kerjasama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau kawasan berkenaan bagi memastikan aktiviti tidak sihat itu berterusan.

“Pemantauan pihak berkuasa agama mampu mencegah kegiatan yang bukan saja bertentangan ajaran Islam,” katanya
.
(Penafian:gambar sekadar hiasan)

NAFSU TAK MENGENAL TEMPAT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...