Pages

Tuesday, 27 September 2011

Fenomena Kepala Air di Air Terjun Patalpani, India Yang Sangat Menakutkan



 
Video kedua adalah kejadian di Patalpani, India
Kejadian ini berlaku bulan Julai 2011 yang lalu dimana 5 orang telah dihayutkan oleh arus deras. 3 daripadanya meninggal dunia manakala 2 lagi terselamat.

Gerun juga melihat ketinggian air terjun di Patalpani ni.

[Bergambar] Kisah Kasih Ibu Selamatkan Anak


Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.

Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimbang dengan kecuraman lurah itu.

Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa di antara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran, singa berkenaan menuruni bukit, menuju ke arah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu.

Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa itu pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar dengan rahangnya.

Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu, yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya.


Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan.

IBU singa di tebing lurah sementara anaknya di bawah.

SI IBU merangkak dari tepi sebelum menyambar anaknya yang hampir jatuh.

IBU singa menggonggong anaknya naik ke atas semula.


SI ANAK dijilat ibunya selepas berjaya diselamatkan.

Subhanallah, Ternyata Otak Manusia, Seperti Orang Sujud




Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata bersujud kepada Tuhan, lantas kenapa kita masih bisa menyombongkan diri dihadapan Tuhan seperti orang-orang atheis yang menolak keberadaan Tuhan.

Buat agan-agan yang muslim cuba semak ayat Al-Qur'an dibawah ini
"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?"
[QS. Al-Hajj (22): 18].

Gadis remaja ini kantoi berzina

HULU SELANGOR: Berang selepas mendapat tahu anak gadis melakukan hubungan seks dengan teman lelaki, seorang ibu memaksa anaknya membuat laporan polis, kelmarin.

Sebelum itu, si ibu terdengar perbualan telefon antara anak gadisnya berusia 16 tahun dengan rakannya.

Menurut sumber, wanita berusia 30-an itu terkejut apabila mendengar pengakuan anaknya mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Si ibu memarahi anak gadisnya itu dan memaksanya menceritakan apa yang berlaku.

“Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu akur dan menceritakan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang marah dengan perbuatan lelaki terbabit menceritakan kejadian itu kepada jiran sebelum mereka mencarinya.

“Lelaki itu ditemui di rumah keluarganya, namun keluarga remaja terbabit menghalang mereka untuk membawa remaja lelaki itu ke balai polis.

“Bagaimanapun, selepas penjelasan diberikan remaja lelaki itu dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas laporan suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan.

Gadis Sanggup Mengaku "Anak Haram", Semata-mata Kerana...



Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.

Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.

Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.

Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.

“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.

“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.

Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.

“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.

“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.

“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.

“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.

“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya.

P/s: Bingai!

Berkaitan:

Keluarga Wajib Bertaubat
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan membelakangkan bapa sebagai wali bukan saja melanggar undang-undang keluarga Islam, malah semua pihak yang bersubahat memalsukan keterangan itu melakukan dosa besar dan wajib bertaubat.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata selepas menerima aduan daripada Sham, pihaknya kini dalam proses untuk memfaraqkan pasangan itu kerana secara jelas berlaku penipuan dalam perkahwinan terbabit.

“Secara umumnya, wali mujbir atau wali akrab menjadi satu syarat utama sah sesebuah pernikahan, tetapi dalam kes ini berlaku manipulasi undang-undang apabila si anak lebih sanggup mengaku anak tidak sah taraf daripada meminta bapa kandung menjadi wali.

“Kes seumpama ini pernah berlaku apabila seorang wanita menipu dengan menggunakan sijil kematian palsu bapanya untuk bernikah secara berwali hakim. Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu difaraqkan serta-merta. Justeru, mengambil intipati perundangan sama tindakan tegas perlu diambil bagi kes ini,” katanya yang ditemui, semalam.

Beliau berkata, pasangan itu hanya boleh dinikahkan semula dengan berwalikan bapa kandungnya yang masih hidup kerana mengikut hukum syarak, perkahwinan tanpa wali mujbir tidak sah.

“Dalam kes ini, jurunikah juga bukan sekadar memastikan semua maklumat dalam borang nikah lengkap, malah sahih bukan bersikap sambil lewa.

“Malah, semua pihak yang mengetahui mengenai perkara ini, tetapi tidak menghalangnya wajib bertaubat kerana melakukan dosa besar selain melanggar undang-undang syariah,” katanya.
Anak Derhaka: Remaja Perempuan MAKI dan PUKUL Ibu OKU






Sekadar hiasan.


Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Seorang ibu orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dimaki maah dipukul anak perempuannya hanya kerana makanan yang disediakannya dikatakan tidak sedap di kediaman mereka di Petaling Utama, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.

Menurut sumber, suspek kemudian mencapai cawan plastik yang berada berdekatan lalu menghentak kepala ibunya berkali-kali sambil memaki-hamun.

“Mangsa tidak dapat mempertahankan dirinya berikutan keadaannya yang berkerusi roda dan lemah.

“Lebih keji apabila suspek sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan masakannya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, ini bukan kali pertama wanita OKU itu diperlakukan sebegitu, malah sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan polis berikutan suspek memukulnya hanya kerana perkara kecil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

[Kemas Kini] Anak BUANG Bapa Umpama Menempah Bilik di Neraka



Saya petik:

MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.

[HM] LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.


Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu....


Kemas Kini (10/9):
Ayah banyak sejarah hitam


[HM] LABUAN: “Bukan niat kami adik-beradik tidak mempedulikan ayah, tetapi ada sejarah hitam dilakukannya menyebabkan kami sukar memaafkannya.

“Akibat perbuatannya itu dia dimasukkan ke penjara, tapi selepas keluar penjara dia mengulangi semula perbuatannya itu,” kata seorang perempuan mendakwa anak kepada Wahid Hussin, 71.

Kisah Wahid disiarkan Harian Metro semalam selepas dia mendakwa diabai dan dibuang tujuh anaknya di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, Rabu lalu.

Wanita enggan dirinya dikenali mendakwa mewakili adik-beradik lain iaitu empat perempuan dan tiga lelaki turut kecewa sikap adik Wahid, Alias Hussin, 60-an.

Katanya, Alias tidak menjelaskan perkara sebenar dan membuat fitnah serta sengaja memburuk imej mereka....

Remaja 16 Tahun Belasah Ibu dengan Kayu

Sekadar hiasan.



Saya petik:
[HM] AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.



Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.

“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.

“Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.

Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.

Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.

Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.


P/s: Semasa kecil ditatang, dimanjakan apabila meningkat remaja perangani macam puaka.

Remaja CABUL Ibu Tiri



[HM] SUBANG JAYA: Seorang remaja lelaki bukan saja mengamuk malah bertindak lebih keji hingga sanggupaumah mereka di Taman Bukit Pelangi, di sini, malam kelmarin.



Remaja terbabit bagaimanapun ditahan di rumahnya selepas mangsa membuat laporan polis dengan ditemani suaminya.

Dalam kejadian yang berpunca daripada sedikit perselisihan faham antara mereka kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertikam lidah dengan anak tirinya itu sebelum suspek naik angin dan memecahkan pasu dalam rumah berkenaan.



Sumber berkata, remaja berusia 17 tahun itu menarik tangan ibu tirinya dan mengheretnya ke belakang kediaman mereka sebelum meraba seluruh badannya.

“Mangsa hanya mampu merayu supaya dilepaskan, tetapi tidak diendahkan anak tirinya itu menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Suspek yang terkejut menghentikan perbuatan itu sebelum mengarahkan mangsa tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu,” katanya.


P/s: Gila! Apa perasaan si bapa apabila si anak mencabul isterinya?

Murid 10 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Lelaki Gila Seks




Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya....
 P/s:Gila! Bagaimana penjenayah gila seks dengan mudah melarikan murid tersebut dari kawasan sekolah? Ada yang tidak kena dengan kawalan keselamatan di sekolah itu. Pihak berkenaan perlu menyiasat hal ini agar kejadian sama tidak berulang. Biarlah kes Nurin Jazlin menjadi pengajaran kepada semua.

Adik-Beradik Diculik & Dirogol



Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya.

Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak. 

Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.

Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang. 

Bagaimanapun, dua beradik itu diselamatkan bapa mereka yang melihat kelibat dua anaknya dalam kereta dipandu suspek di Simpang Empat, Kuala Sala pada jam 10 pagi semalam, ketika berusaha mencari mereka dengan menunggang motosikal.

Dia mengekori Perodua Kancil suspek kira-kira 12 kilometer sehingga kereta itu kehabisan minyak di Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini, sebelum menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata bapa mangsa yang bekerja sebagai pesawah membuat laporan kehilangan anaknya pada Sabtu lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Bapa mangsa terkejut diberitahu anak lelakinya bahawa kedua-dua kakaknya yang berusia 13 dan 12 tahun tiada di rumah pada malam itu.

“Bagaimanapun, keesokan harinya bapa mangsa yang menaiki motosikal ternampak kedua-dua anaknya berada di dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang dipandu seorang lelaki yang tidak dikenalinya di kawasan Kuala Sala, kira-kira jam 10 pagi.

“Dia mengekori kereta itu sehingga stesen minyak Tebengau dan menahan kereta terbabit sebelum membawa suspek ke Balai Polis Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa membuat satu lagi laporan berhubung dakwaan anaknya dipercayai dirogol suspek terbabit.

“Mangsa mengadu ada melakukan hubungan seks dengan suspek di Mukim Bendang Tokai, Pendang pada malam berkenaan.

“Kami juga membawa gadis berkenaan untuk pemeriksaan di hospital kerana seorang daripadanya mengakui ada melakukan hubungan seks pada sebelah malam dia mendakwa dilarikan lelaki terbabit,” katanya.

Azaman berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan. - Mohamad Hussin 

Syaitan

[Kemas Kini] Lelaki Rogol Anak Saudara 13 Tahun di Bangsal




Saya petik:

[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.
Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama ‘Boyeng’ di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu.

P/s: Lahanat!


Kemas Kini (26/9):
Pengait buah kelapa sawit kena hukuman penjara 14 tahun, 10 sebatan
[BH] KUALA TERENGGANU: Seorang bapa lima anak dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja kurang upaya (OKU) di sebuah bangsal kebun limau pada 21 Ogos lalu.

Hakim, Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa yang turut mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya....

Ingat Kes Gadis Dibakar Di Ampang? Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Bunuh dan Bakar




Saya petik:
[Bernama] SHAH ALAM - Polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 Sept lepas cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka ditolak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka.

Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak.

"Laporan bedah siasat telah diperoleh. Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Akhbar pada 5 Sept lepas melaporkan mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.

Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.

Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan kes itu.

Cerita awal di sini.

Budak 2 Tahun Pun Ada yang Sanggup Rogol?



Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.

“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.

Susulan Gadis Dibakar di Ampang, Pelajar IPTA Dihadapkan ke Mahkamah



DIDAKWA BUNUH KEKASIH...Pelajar IPTA, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, Selangor selepas didakwa membunuh seorang pelajar wanita yang juga kekasihnya, Nurul Awathif Mohd Shakir. - BH/Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.

Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.

Remaja 16 Tahun "Dikendurikan" 8 Jantan Lahanat



Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal. 

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.
 
Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.
 
Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

P/s: Berdasarkan berita "Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri..". Budak perempuan ini memang mencari nahas!

Budak 13 tahun ditahan gara-gara eksperimen seks


Gambar Hiasan

HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.


Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/09/budak-13-tahun-ditahan-gara-gara.html#ixzz1ZBJpVjxO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...