Pages

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

DULU MEREKA ARTIS LAGHA KINI MEREKA ARTIS ISLAMIK DAN ADA YANG MENJADI PENDAKWAH, MARI LIHAT GAMBAR PERUBAHAN MEREKA.






1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer(Penulis lirik lagu berhantu 'Isabella')

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan A.C.A.B(SKINHEAD)

4. Aznil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'(Lagu Popular 'Cinta untuk Nabila')

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

N'N:Hidayah Allah S.W.T Maha Luas.

Monday, 21 November 2011

"Saya yang tanggung semua dosa saya"




Apa respons artis beraksi "hot" dalam majalah FHM Indonesia tentang kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya?

"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk. 

"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati. 

"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini. 

"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja."

"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun,saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita. 

"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut. 

"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.

Baca lanjut di Kosmo.


P/s: Seperti biasa, saya bukan kemaruk mahu menyiarkan cerita fasal dia, cuma tertarik dengan kata-kata "saya yang tanggung semua dosa saya." Simpan jawapan itu!!!

Wow!!!

Seperkara lagi, tiada ulama, mufti, jabatan agama yang mahu bersuara. Jika mereka mampu memberikan kaunseling (dalam kes JAIS (Sarawak), itu yang mampu dilakukan oleh mereka) kepada peserta ratu cantik, mengapa tidak kepada artis yang beraksi "hot"?

Monday, 10 October 2011

[Video] Aksi Sekadar Lakonan? Kalau Lakonan Tidak Berdosalah...



Ah, kontroversi mahu pancing penonton! Taktik lapuk!

Kadang-kadang lucu + geram apabila pengarah dan pelakon mempertahankan sesebuah filem atau lakonan yang penuh dengan unsur maksiat dengan mengatakan bahawa semua itu dibuat untuk PENGAJARAN/TELADAN/KEBAIKAN kepada masyarakat.

Misalnya, pelakon dalam berita di atas menyatakan "jadi jangan kata saya sanggup ketepikan agama semata-mata untuk berjaya dalam bidang lakonan..." ketika menjawab pertanyaan yang membabitkan aksi panasnya dalam filem yang bakal ditayangkan nanti.  Cerita lanjut, sila baca keratan berita di atas.

Cuba fikirkan...

Mereka (pelakon/pengarah) melakonkan/mengarahkan aksi berpelukan, bercumbuan, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, aksi porno ringan, dan sebagainya. Namun, semua "maksiat" itu seolah-olah dikecualikan daripada DOSA, seolah-olah semua perlakuan itu mengelakkan bapa dan suami daripada menjadi DAYUS kerana membiarkan si isteri atau si anak dipegang, dipeluk, dicumbu, dan mendedahkan aurat kepada umum semata-mata kerana lakonan itu bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Padahal (hakikatnya), aksi yang dipertonton itu menjadi ikutan generasi muda. Remaja/kanak-kanak yang tidak mengetahui "merempit", "kongsi gelap", "bohsia", "ringan-ringan", "seks" kini sudah mengetahuinya dan paling malang ada yang sudah mencuba-cuba perlakuan tersebut sehingga ada yang mengandung anak luar nikah, bergaduh, menghidap penyakit kelamin, dan sebagainya. Tidak percaya? Sila baca bagaimana aksi negatif mempengaruhi pemikiran kanak-kanak di sini.

Friday, 7 October 2011

Inilah Akibatnya Bila Bercakap Guna Kepala Lutut.. Rasa TERHINA bila dengar orang MENGHINA.. TAPI tidak sedar bila diri MENGHINA hukum agama

Tolong maafkan saya - Enot

Saya tahu saya buat salah. Saya minta maaf." Begitu perlahan dan berhati-hati Enot melepaskan suara. Jelas sekali dia masih dalam keadaan tertekan.

Ini semua gara-gara kenyataannya berkaitan hukum hudud yang mengundang kecaman pelbagai pihak, menerusi pelbagai ruang setelah kenyataannya itu disiarkan Zass kelmarin.

Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 32, mengaku dia sangat tertekan berada dalam situasi itu.

Ini dapat dilihat daripada langkahnya yang begitu longlai ketika tiba di lokasi yang dijanjikan untuk bertemu wartawan Zass bagi membersihkan semula namanya.


Pun begitu, Enot yang diiringi dua puterinya, Andriana Balqis, 10, dan Arieana Qaseh Qistina, 4, masih cuba mengukir senyum.

Namun senyumannya itu dilihat agak 'kelat' sekali gus membayangkan kontroversi hudud yang dicetuskan secara tidak sengaja, telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

"Enot rebah sebaik melihat kecaman yang dihantar orang menerusi fanpage semalam.

"Enot harap masalah ini tak berpanjangan. Orang yang mengecam Enot, dia tak tahu dan tak nampak bagaimana kesannya kepada Enot," katanya.

Menurut Enot, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ada individu yang memintanya mengucap semula.

"Mengapa begitu teruk orang menghukum saya? Saya terima jika mahu tegur tetapi mengapa perlu caci dan hina? Mengapa mereka tidak lebih bersopan sedangkan bersopan juga amat dituntut dalam Islam," katanya.

Selain itu, kata Enot, banyak juga kata-kata menghina yang menyebutnya sebagai jahil, tak tahu agama dan minta masuk sekolah semula.

Kerana kenyataannya itu juga, ada antara pelanggannya membatalkan tempahan.

“Alasan diberikan, mereka tidak yakin dengan bahan yang saya gunakan.

“Kata mereka, saya jahil dalam agama, jadi mereka bimbang saya guna bahan haram untuk masakan saya. Subhanallah begitu hebat dugaan yang menimpa diri saya,” katanya.

“Saya mencari rezeki halal untuk anak-anak. Kenapa saya nak buat perkara bodoh macam itu, guna benda haram bagi orang makan? Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan," katanya.

p/s.. aku maafkan...tapi bersegera mohon taubat kpd Allah.. =)

Tuesday, 20 September 2011

Zizan Minta Maaf; Mengakui Kesilapan...

Assalamualaikum dan salam blogger,berikutan isu kontrevesi 'Menghina Rasulullah " dalam filem Hantu bonceng .Pelakon berkenaan ,Zizan memohon maaf kepada peminatnya dalam twitternya.

Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. S Amran yangejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut. 

Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.



Walaupun bukan sepenuhnya salah Zizan, pengarah dan kru penyuntingan harus lebih peka dengan soal agama ini memastikan tidak menjadi ikutan anak-anak muda kini. Harap yang mana tak elok tu dijadikan pengajaran kepada semua.

Lepas ni semoga pengarah,pelakon dan sesiapa yang terlibat dalam bidang ini lebih peka dengan isu-isu agama.

Artis Ini Bertudung, Langkah Awal Ubah Jadi Baik




SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung. 

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.

Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.

Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan. Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.

Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan. Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.

"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk Islamik.

"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.

Al-hamdulillah moga-moga Allah SWT akan menghamburkan taufik dan hidayahnya agar menjadi wanita solehah, dan mendapat nikmat kemanisan iman sehingga sanggup mnghadapi segala rintangan, halangan dan cubaan dalam kehidupan ini.

Wednesday, 14 September 2011

"Sorry la ALLAH.. i Tak Sempat Tutup Rambut i la.. Time Hidup Dulu i Pelakon.. So Pengarah Suruh i Bukak.. i Bukak la.." Sorry k ALLAH...

Semasa majlis berbuka puasa Astro, Wartawan Mstar telah bertanya kepada Rozita Che Wan sama ada ingin meneruskan imej bertudung yang dipakainya malam tersebut. Dan jawapan Rozita Che Wan ialah:-
"?Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."

Zaman berganti zaman, dunia perfileman juga turut berubah, para artis wanita kita makin galak pula membuka mulut memberi komen, terutama apabila membabitkan soal berpakaian. Jika disoal tentang pemakaian n pakaian, pasti mereka-mereka yang yang berkenaan terasa seperti dihina dan di-kelas-tiga-kan. Ya, benar, isu berpakaian adalah hak peribadi tetapi apabila mereka mula membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini, kenyataan itu menjadi perhatian ramai dan tidak mustahil ia menjadi bahan debat dan perbualan.

Jika jahil bab hukum agama, baik anda  DIAM!. Tetapi adalah sebaik-baiknya anda bertanya kepada mereka yang arif berkenaan dengan permasalahan anda. Kalau malu bertanya, dan tahu pulak berpakaian seksi dan menutup aurat, baik anda DIAM dan jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan orang lain tahu kejahilan dan kebodohan anda!  Kita  katakan sedemikian kerana setiap kali jawapan yang anda berikan seolah-olah mencabar hukum Tuhan yang memerintahkan golongan wanita yang cukup tertentu, baik berkulit hitam atau putih, artis atau tukang sapu, WAJIB menutup aurat. Full Stop. Tidak boleh dipertikaikan dan dilengahkan lagi.

Berikut adalah antara jawapan yang pernah dikatakan oleh beberapa orang artis wanita berkaitan kesediaan mereka untuk menutup aurat dan bertudung litup.

Pertama, AKAN TUTUP AURAT SELEPAS MENGERJAKAN HAJI: Alahai, kenapalah artis ini tidak berfikir sebelum memberikan jawapannya sebegini? Baginya, tuntutan menutup aurat itu hanya selepas menunaikan fardu haji saja ke? Ramai orang yang tak sempat nak tunaikan fardu haji ‘pergi’ mengadap Ilahi terlebih dahulu.  Artis ini bercakap seolah-olah urusan hidupnya ditentukan oleh dirinya. Dia juga bercakap seolah-olah dia yakin yang dia sempat menunaikan haji yang entah bila akan dilakukannya. Dia kena tahu yang tuntutan menutup aurat ini bukan hanya selepas kembalinya dari haji atau dari Makkah.

Mungkin tujuannya memberi jawapan itu untuk memberitahu yang dia belum bersedia bertudung litup dalam waktu terdekat. Pada fikirannya, jika dia memberi jawapan itu, maka alasannya untuk tidak bertudung  kini adalah kukuh dan menyuruh peminatnya bersabar menunggu bila tiba masa dia kembali dari haji nanti. Sekurang-kurangnya peminat tahu yang dia sudah memasang niat untuk menutup aurat. Begitu? Kalau anda mati sebelum anda pergi haji bagaimana? Depan Allah esok macam mana? Nak kata depan ALLAH.

.”Sorry banyak2 yer ALLAH… I xsempat nk tutup rambut I kt dunia dulu sbb I mati time belakon peluk-peluk dulu…..sorry yer ALLAH…I’m sorry….?????”

Kedua, cari makan: Ada juga artis wanita yang bertudung, terutama pelakon, yang tergamak membuka tudung demi menghidupkan lakonan watak yang tidak bertudung. Alasan yang diberikan adalah untuk memenuhi tuntutan watak dan untuk cari makan kerana berlakon itu adalah sumber rezekinya. Kenyataan mereka seolah-olah memberitahu yang rezeki mereka tersekat jika bertudung. Mereka akan hilang punca rezeki kerana kebanyakan watak yang ditawarkan kepada mereka adalah watak yang tidak menutup aurat. Jahilnya, mereka buat dua kesilapan;  Pertama adalah membuka tudung dan yang kedua menyalahkan tuntutan agama kerana menutup periuk nasi mereka.

Ada kes yang sebaliknya pula berlaku apabila pelakon wanita itu hanya bertudung untuk tuntutan watak dalam filem atau drama. Sungguh ayu kita lihat pelakon itu membawa watak gadis bertudung dan penuh dengan etika keislaman. Namun di luar waktu berlakon, pelakon itu dilihat berpakaian yang sangat berlawanan. Lebih hebat lagi jika kehidupan sosialnya juga turut diketahui umum yang tidak sama sekali dengan apa yang boleh ditonton oleh peminat. Sekali lagi artis wanita terjerat dengan jawapan klise yang sebetulnya boleh mendorong kepada pemesongan soal aqidah.

Termanggu seketika dengan jawapan mereka bila diajukan soalan sama ada sudah bersedia untuk bertudung seperti watak yang dibawanya. Jawapannya, “SAYA BERTUDUNG HANYA UNTUK WATAK ITU DAN ATAS TUNTUTAN PENGARAH.” Kita yang membaca jawapannya itu seolah mempersoalkan akidah pelakon itu yang lebih mentaati perintah pengarah daripada perintah Tuhan. Tidakkah mereka fikirkan terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan? Dalam artikel kali ini, kita bukan membicarakan pendirian mereka mengenai aurat tetapi apa yang hendak diketengahkan ialah cara mereka menangani soalan wartawan. Jawapan mereka selalunya memerangkap diri dalam kedangkalan membicarakan soal halal haram. Kita bimbang apabila ada di antara mereka yang tidak sedar kesilapan ini dan terus-terusan menggunakan jawapan standard ini.

Berikut pula antara contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh segelintir artis wanita yang dilihat mendedahkan dirinya melalui pakaian yang seksi. Jom baca dan renungkan jawapan mereka. Ada artis yang ingin dilihat sebagai artis yang menghormati kerja orang lain atau profesional atas alasan berpakaian seksi kerana MENGHORMATI REKAAN PEREKA FESYEN.

Alasan itu seolah ingin menunjukkan kepada peminatnya yang dia tidak patut dipersalahkan kerana apa yang dilakukannya adalah atas nama kerja. Namun begitu, peminat masih boleh mempersoalkan keikhlasan artis terbabit kerana dia seperti menggadaikan maruah dirinya hanya kerana prinsipnya yang salah. Tiada pereka fesyen yang boleh memaksa mana-mana artis itu untuk menggayakan fesyennya. Tidak pernah kita lihat dan dengar pereka fesyen meletakkan pistol di kepala seseorang artis jika artis itu tidak mahu memakai pakaian ciptaannya. Artis itu seharusnya bersedia mengambil tanggungjawab atas kesudiannya memperaga pakaian seksi itu dan seharusnya bersedia dengan alasan yang lebih bijak.

Begitu juga dengan alasan klise yang sering kita dengar iaitu ‘UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN JURUGAMBAR ATAU WARTAWAN.’ Mana boleh peminat terima jawapan tidak masuk akal seperti tiada pilihan baju lain, tidak sempat mencari baju lain, saya pakai apa yang saya ingin pakai, seksi itu subjektif dan pelbagai lagi. Kadang-kadang artis kita ini mempunyai prinsip yang tegas dalam kerjaya tetapi hairan apabila mereka boleh jadi lemah bila tiba bab berpakaian. Begitu juga ada artis yang bijak menangani soalan mengenai kerjaya mereka tetapi memberikan jawapan yang cetek pada soal berpakaian.

Rujuk: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dangkaljerutdiri/Article


Komen Artis Sexy Mengenai Aurat



fuhh memang terbaik la jawapan diorang ni bile ditanye kan,
at least kau jawab la indah indah sikit,
ni dengar pun buat sakit hati,
kang bile dikate takleh dibuat idola,
marah plak..
haishhhh
think before you talk la dear..

Wednesday, 24 August 2011

Artis Melayu Islam: Artis dan Anjing?



Nanu Baharudin Dan Anjing

Selepas gambar Sharifah Sofea memegang anjing tersebar, kini seorang lagi pelakon Nanu Baharudin dikatakan memegang anjing. Gambar ini tersebar di blog-blog di internet - malaysiasensasi.net





Artis Melayu Islam: Artis Membinatangkan Artis?


Azwan Ali Kata Didie Alias Macam Cimpanzi

Beberapa hari lalu, telah berlaku perang Twitter antara Azwan Ali dan Didie Alias. Semuanya bermula apabila Azwan Ali melalui Twitternya mengatakan dua orang hos untuk satu rancangan game show (merujuk kepada Didie Alias dan Enot untuk rancangan 1 vs 0) macam Cimpanzi (tapi Azwan Ali taip chimpazi). Tak tahu apa itu Cimpanzi? Google it.

Kami tak tahu nak ulas panjang lebar, ada baiknya anda baca terus kesemua tweet Azwan Ali dan Didie Alias tu kat bawah ni. Panas!


AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
* * *
AZWAN ALI DAN DIDIE ALIAS BERGADUH
+ Kredit: Nadia90 (Forum Cari)
+Kredit: zonbebas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...