Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak tahu hujung pangkal dan situasi masalah. Namun, logiknya, guru tidak sewenang-wenang menegur pelajar jika pelajar itu tidak bermasalah. Apabila guru membuat teguran sudah tentulah teguran itu untuk menjadikan pelajar berkenaan sedar akan kesilapannya.
Masalahnya, teguran guru sering disalahertikan oleh ibu bapa. Apabila teguran itu disalah anggap oleh ibu bapa, maka terjadilah perkara yang seumpama ini. Lebih teruk, nyawa guru seperti telur di hujung tanduk. Bertolak daripada kes seumpama ini, maka banyak guru kini membiarkan pelajar yang bermasalah kerana bimbang diancam oleh pelajar itu sendiri serta ibu bapa yang menyangka anak-anak mereka umpama ustaz dan ustazah.
P/s: Tidak hairan pihak sekolah dan kementerian terpaksa menghantar pelajar ke penjara untuk kursus motivasi!
No comments:
Post a Comment