Pages

Sunday, 23 October 2011

MELAYU Mudah Lupa.. PAKAI SEKSI DITEMPAT TERBUKA SAMBIL BERPELUK SAKAN!

Pasangan Pelajar IPTA Berseluar Pendek Dicekup Berpelukan


Sura Hujung (Dungun) – Gara-gara berpakaian menjolok mata, seorang pelajar wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima padah apabila didakwa di mahkamah berikutan kesalahan itu ketika berada di satu taman permainan di sini.

Siti Nur Nadia Saparudin, 22, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut selepas ditahan Pegawai Penguat Kuasa Syariah kerana mendedahkan tubuh di tempat awam ketika berada di Taman Permainan Sura Hujung kira-kira jam 10.55 malam, 14 Februari lalu.

Antara fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwa raya apabila mensabitkan kesalahan ke atasnya, ketika pegawai penguat kuasa syariah tiba di taman permainan dekat Sura Hujung, seorang lelaki dan perempuan didapati sedang berpelukan.

Pasangannya yang dikenali sebagai Isa Ahmad, 24, ketika itu didapati memakai seluar pendek paras lutut manakala tertuduh memakai seluar pendek paras paha dengan baju T sendat.

Siasatan awal ke atas pasangan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim sebagai suami isteri.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak sopan dan mohon dibicarakan.

Kes mereka bakal disebut semula pada 6 Februari 2012.

Bagaimanapun tertuduh perempuan, Nur Nadia membuat pengakuan bersalah atas tuduhan mendedahkan tubuh di tempat awam.

Hakim Syarie, Shamsudin Ngah selepas mendengar rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan denda RM600 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Nor Hakimah Awang.



PINANGAN DITOLAK SEBAB DIRINYA ANAK LUAR NIKAH...

‘Bukan dosa saya’




TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.

Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.


Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.

“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil. - Mymetro


JUAL TUBUH DEMI SE-TIN GAM!

Jual diri demi satu tin gam



KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.

“Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya. - Mymetro

* Tunggu bala besar datang baru nak Islam sedangkan waktu itu sudah terlambat...

Siapa Tidur Dengan JANTAN Paling Ramai Akan Ditabal Jadi RATU X!

Ramaja tiduri banyak lelaki hanya kerana inginkan gelaran Ratu X.



Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.



14 tahun TERMENGANDUNG.. Siapa bapanya? Ops.. terlalu ramai...

Pelajar 14 Tahun Mengandung Akibat Hubungan Dengan Beberapa Lelaki



Padang Serai - Akibat menjalinkan hubungan seks bebas dengan beberapa lelaki menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tidak bersekolah disahkan mengandung.

Mangsa sebelum ini menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki yang dikenali.

Memandangkan mangsa pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa teman lelakinya, mangsa tidak mengetahui siapa bapa kepada kandungan itu.

Rahsia perlakuan sumbang mangsa terbongkar apabila waris melihat perubahan pada dirinya.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, mangsa disahkan mengandung dan mereka membawa mangsa untuk membuat laporan polis.

Oleh kerana mangsa masih di bawah umur, kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes rogol merupakan antara kes yang sering dilaporkan berlaku.

Katanya, masalah perlakuan seks dalam kalangan remaja semakin serius apabila mereka mudah mendapatkan aksi ghairah melalui muat turun telefon.

“Kes rogol yang berlaku hari ini adalah perlakuan seks suka sama suka. Purata kes rogol dilaporkan berlaku setiap minggu.

“Bagaimanapun memandangkan mangsa terlibat masih di bawah umur, kes ini akan disiasat sebagai kes rogol walaupun mangsa merelakan dirinya disetubuhi kekasih.” katanya.

Ghuzlan turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini kemungkinan disebabkan ibu bapa yang kurang memantau kelakuan anak.

“Berikan didikan agama dan kasih sayang sempurna terhadap anak-anak,” katanya. -SH

P/s;

"Dengan beberapa lelaki". Berita yang sungguh mengerikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...