Pages

Saturday, 16 July 2011

Budak Perempuan 11 & 12 Tahun Curi Motosikal? WOW!!!




[BH] BALIK PULAU: Meskipun masih di bangku sekolah, dua murid berusia 11 dan 12 mula berjinak-jinak dengan jenayah serta disyaki terbabit dalam tiga kes curi motosikal di sekitar kawasan perumahan mereka di Teluk Kumbar, di sini.

Malah, murid perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 11 tahun itu juga mempunyai kemahiran melarikan motosikal tanpa kunci dengan hanya menggunakan pisau kecil.

Difahamkan, selepas mencuri motosikal, murid perempuan itu yang dikatakan menjadi ‘ketua’ akan menunggangnya, manakala murid lelaki akan membonceng untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka.

Apabila motosikal berkenaan kehabisan minyak, kenderaan berkenaan akan ditinggalkan dan mereka akan menyasarkan motosikal lain.

Bagaimanapun, perbuatan mereka yang dikatakan bermula kira-kira dua minggu lalu tidak bertahan lama apabila ditahan polis ketika menaiki sebuah motosikal curi di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini, Selasa lalu.

Ketika ditahan, murid perempuan itu menunggang motosikal, manakala murid lelaki menjadi pembonceng.
Susulan penahanan kedua-dua murid itu, polis menemui dua motosikal model Honda Wave yang ditinggalkan oleh pasangan terbabit selepas kehabisan minyak di kawasan berhampiran taman mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata pihaknya menerima tiga laporan kehilangan motosikal sekitar kawasan Flet Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, awal bulan lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan intipan di kawasan disyaki dan mengesan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, dinaiki sepasang juvana yang lengkap bertopi keledar sambil bersiar-siar.

“Anggota kami menghampiri motosikal berkenaan dan mendapati penunggangnya hanya berusia 12 tahun dan pembonceng berumur 11 tahun serta masih belajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini,” katanya.

Sunti 14 Tahun Diperkosa Abang Ipar dan Geng





[HM] SEGAMAT: Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.

Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.

“Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

“Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan, suspek pertama dikenali sebagai Mohd Haziq Sulaiman, 20, nombor kad pengenalan 910131-01-5863 dengan alamat terakhir di Nombor 3, Jalan Jaya 3, Taman Sri Jaya, Pekan Jabi, Segamat.

Suspek kedua Mohd Rozali Zaliza, 20, memegang kad pengenalan 911122-10-5749 dan alamat terakhirnya di Nombor 82, Kampung Kadut, Simpang Jabi, Segamat.

Suspek ketiga Mohd Hanis Mohd Yasin, berumur 20 tahun dan beralamat terakhir di 3560 A, Jalan Kuari, Tahang Rimau, Segamat.

Maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Hazaitul Akma Mohd Hanapiah di talian 07-9312222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun serta sebatan.

Jerat Facebook: Dara menjadi KORBAN!


 
Sekadar hiasan.


[UM] KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi UM di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

4 Pelajar Jahanam Cabul Rakan Depan Rakan yang Lain





[HM] ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut....

Pak Menteri lebih bimbang pelajar obes sehingga menguar-uarkannya di media. Malah pelbagai program dirancang untuk menangani masalah itu. Jika dibandingkan dengan masalah pelanggaran disiplin dan perlakuan jenayah pelajar, masalah obesiti ini bukanlah di peringkat serius. Yang sepatutnya dibimbangkan ialah fenomena jenayah yang kini menyusup hebat sehingga ke sekolah rendah. Jangan terkejut, ada pelajar semuda 9 tahun sudah didakwa merogol rakan sekelas bergilir-gilir. Apatah lagi kes cabul seperti yang diberitakan di atas.

Aduhai!

2 Gadis, 2 Kisah Rogol, & 2 TELADAN


Cik ZT

Sebentar tadi saya "pertikai" berita HM, kali ini saya ambil berita di akhbar itu untuk panduan dan pedoman.

Seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar termasuk HM, seorang gadis yang mendakwa menjadi pemuas nafsu serakah bapa tirinya selama 14 tahun kesal kerana walaupun laporan polis tentang kejadian itu sudah dibuat selepas dia nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah pada 2008, namun tiada tindakan diambil. Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.

Mangsa yang hanya ingin dikenal sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki lahanat terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa berada dalam ketakutan.

Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu adalah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.

Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.

Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, saya sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat." 

“Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun."

“Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya,” katanya kepada media.

Sementara itu,di Petaling Jaya, seorang ibu yang terbaca diari anak gadisnya terkejut apabila mendapati anaknya itu menjadi mangsa rogol bapa saudara sejak tahun lalu. Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun sering menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.

Menurut sumber, mangsa meluahkan rasa bersalahnya itu dalam diari kerana tidak berani memberitahu sesiapa selepas diugut akan dicederakan lelaki terbabit.

“Mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Kota Damansara selepas ibu bapanya bercerai pada 2006."

Sumber berkata, sejak itu, mangsa sering kali dijadikan alat pemuas nafsu bapa saudaranya.

“Mangsa pada mulanya cuba melawan, namun terpaksa mengalah selepas gagal menghalang lelaki itu daripada memperkosanya,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, penderitaan mangsa terbongkar apabila ibunya yang melawatnya di rumah itu terkejut apabila membaca diari berkenaan.

P/s:  Anda perasan, kedua-dua mangsa menjadi pemuas nafisu lelaki lahanat kerana perceraian kedua-dua ibu bapa mereka.

Cuba BUNUH DIRI selepas DIROGOL

Anda bayangkan, orang sanggup mengelar tangan sendiri untuk membunuh diri. Ngeri!


[BH] KUANTAN: Seorang gadis bertindak nekad menggelar pergelangan tangan menggunakan serpihan kaca selepas mendapati dia dirogol tiga rakannya, Isnin lalu.

Perbuatan gadis berusia 17 itu disedari bapa saudaranya yang mengesyaki sesuatu yang pelik selepas mendengar suara mangsa teresak-esak ketika bersendirian dalam biliknya di rumahnya.

Sebaik membuka pintu, bapa saudaranya terkejut melihat mangsa sedang memegang serpihan kaca sambil menggelar pergelangan tangannya.

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya ketika keluar dengan tiga rakannya di sebuah kebun kelapa sawit di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa mendakwa dipelawa tiga rakannya melepak di sebuah kebun kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebaik tiba di pondok usang di kebun itu, tiga rakannya itu menawarkan sejenis minuman ‘Thai Song’ menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Ketika mabuk, tiga rakannya itu mengambil kesempatan merogol mangsa bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah,katanya.

Haris berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis pergi ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui beberapa tompokan air mani dan puntung rokok dalam pondok terbabit.

Katanya, polis kemudian menahan ketiga-tiga suspek terbabit untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Mula-mula baca tajuk berita ini (dalam Berita Harian semalam) timbul juga rasa simpati terhadap remaja perempuan ini. Apabila membaca lanjut berita tersebut hilang rasa simpati. Saya kira anda faham maksud saya.

CINTA tidak SEMURAH harganya dengan SEBOTOL SABUN!




[HM] KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.

Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.

“Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.

“Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas,” katanya.

Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
 
 
Apa nak jadi dengan remaja kita sekarang... Demi CINTA kononnya sanggup minum sebotol SABUN! Woit budak.. Keutuhan dan KESETIAAN dan percintaan BUKAN diukur dengan BERAPA LITER AIR SABUN yang kita teguk! KASIH dan CINTA tidak SEMURAH harganya dengan SEBOTOL SABUN! dan tindakan MEMBUNUH DIRI bukan jalan TERBAIK menemukan CINTA! Tak rasa BODOH ke anda memilih untuk meneguk sebotol SABUN semata-mata seorang WANITA? sudah PUPUSKAH kaum hawa atas MUKA DUNIA ALLAH ni? PASTIKAH dia jodoh anda sampai NYAWA sebagai CAGARANnya? INGATLAH wahai jiwa-jiwa yang tenang.. ALLAH berikan kita ISTERI sebagai AMANAH yang diPINJAMKAN bukan HAK MILIK MUTLAK.. jika yang sudah bergelar ISTERI pun bukan HAK MILIK? AWEK tu mana letak duduknya? Fikir bukan ke belakang TAPI ke HADAPAN! TAK KAN ALLAH tak tahu apa yang terbaik untuk kita!

Lahir sebagai KAYA tapi masih BODOH dan BAHLUL dek kerana telah TERWASIAT harta orang tua yang berjuta-juta

Bersyukurlah kepada ALLAH... dengan apa yang telah dikurniakanNYa kepada kita.. PASTINNYA, anda yang menatap foto di atas adalah insan yang sangat2 beruntung dan bernasib BAIK. Jika tidak KAYA pun, sekadar secukupnya sudah lebih dari apa yang anda lihat di atas. Bersyukurlah, bahawa kita bukan ditempatkan di tempat kanak-kanak perempuan itu.. bukan atas PILIHANNYA untuk dia berada di situ.. BUKAN juga mungkin KERELAAN bagi kanak-kanak sekecil itu menjadikan tempat pelupusan kotoran rumah kita sebagai tempat bermain dan mencari sesudu makanan..LIHATlah dengan mata hati apa yang TERPAKAI diatas batang tubuh kita... PASTI tidak secomot baju anak kecil itu.. LIHATlah rumah anda.. pastinya lengkap dengan perabut, game, kucing parsi berbulu lebat.. dan BEKALAN MAKANAN yang cukup untuk mengisi perut-perut penghuninya sebulan dua.

Bagi yang KAYA.. Jangan rasa SOMBONG dan BANGGA DIRI.. Jangan rasa DIRI sangat BERUNTUNG.. kerana, pada satu SAAT nanti.. ANDA akan dihadapkan ke penghadapan ALLAH Azza Wajalla, pemunya KEKAYAAN kita semua pastimya setiap sen yang diperoleh dan dibelanjakan akan diHISAB tanpa sedikit pun KECULASAN.. Wahai jiwa-jiwa yang TENANG.. lihatlah wajah anak kecil itu, begitu sayu.. TETAPI, begitu KUAT dan TABAH nya dia diuji oleh TuhanNya.. Dalam kesusahan itu.. dia tidak MEMINTA-MINTA malah tetap BEKERJA mencari sumber pendapatan sungguhpun pada usia semuda dan selemah itu...

Lihatlah pada diri kita.. Nun jauh di dalam sana.. apakah ada rasa MALAS? hidup sentiasa MEMINTA-MINTA? tidak MALUKAH kita? sempurna jasad dan anggota... TAPI masih MEMINTA-MINTA? Lahir sebagai KAYA tapi masih BODOH dan BAHLUL dek kerana telah TERWASIAT harta orang tua yang berjuta-juta? Bukankah Qarun juga pernah KAYA, dengan sepantas detik masa, ALLAH menenggelamkan dirinya dan seluruh harta kekayaannya dalam perut DUNIA? Firaun sang raja yang mayatnya BERTOPENGKAN emas dan bekerandakan permata dalam Piramid TERBESAR dalam sejarah manusia, TETAPI baring MEMBATU berkedut SERIBU walaupun dibaluti emas sutera dan bagunan batu?? .. KITA? mahu sedekah seringgit dua dalam tabung MASJID pun tangan bergetar... buat diriku dan kamu.. insan yang selalu LUPA..

Atuk Rela Dipenjara Demi Kekasih Umur 29 Tahun





[HM] BALIK PULAU: Demi cinta, seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk di dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, lelaki itu 70-an yang bercucu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu.

Pendakwa Syarie, Mohd Saifullah Hamzah berkata, pertuduhan kes dibacakan di hadapan Hakim Zaini Abdul Rahim dan kedua-duanya faham serta mengaku bersalah atas kesalahandilakukan.

Menurutnya, lelaki itu memohon kepada mahkamah agar dilepaskan dengan jaminan selepas mengaku bersalah dan selepas menimbangkan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM500 setiap seorang.

“Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan bersedia menjamin bapa mereka. Pada mulanya keadaan agak tenang, namun bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya...

Keajaiban yang berlaku semasa demam yang kita tidak sedar. Subhanallah...



Jangalah engkau mencelanya (demam), kerana sesungguhnya ia membersihkan dosa sebagaimana api membersihkan kotoran dari besi." (HR. Muslim)

HHRS 2.0 - Telah terbukti bahawa ketika seseorang menderita demam dengan suhu panas yang sangat tinggi hingga sampai 41 darjah celcius, dan itu yang telah disifatkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai luapan (hembusan) dari neraka Jahannam, hal itu boleh menyebabkan penurunan keadaan tubuh, kemudian koma dan kadang-kadang boleh menyebabkan kematian.

Oleh kerana itu merupakan suatu keharusan untuk mengurangkan panas yang membara di dalam tubuh secepat mungkin, sehingga pusat tetapan panas di otak dan menjadi teratur kembali. Dan tidak ada cara lain untuk menurunkan panas tersebut selain dengan meredakan pesakit dengan air, atau air sejuk dan ais, yang mana ketika panas tubuh turun, kembalilah keadaan tubuh seperti keadaan semula setelah pusat tetapan panas di otak menjadi normal. Dan panas ini boleh dikurangkan dengan cara yang berbeza beza, baik dengan cara penguapan, penyinaran dan lain-lain.

Oleh sebab itu, dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila merasakan demam (panas), beliau meminta untuk diambilkan bejana berisi air, lalu beliau siramkan ke kepala beliau dan beliau mandi dari air tersebut. Dan ketika demam memerlukan seseorang untuk menjaga diri dari mengambil makanan yang buruk, dan memerlukan dia mengambil makanan dan ubat yang bermanfaat. Dan hal ini membantu untuk membersihkan badan dari unsur-unsur yang jelek yang bekerja dalam tubuh, sebagaimana yang dilakukan terhadap besi ketika menghilangkan kotoran-kotorannya (dengan api) dan untuk memurnikan kandungan teras besinya.

Dan telah terbukti secara ilmiah bahawa ketika demam kadar zat interferon meningkat dengan peratusan yang besar. Sebagaimana terbukti pula bahawa zat yang dihasilkan oleh sel darah putih ini dapat mematikan virus yang menyerang tubuh dan menjadikan tubuh lebih mampu untuk membentuk antibodi yang melindungi tubuh (dari penyakit). 

Selain itu, telah terbukti bahawa zat interferon, yang keluar dalam jumlah yang berlimpah selama demam tidak hanya membersihkan tubuh daripada virus dan bakteria sahaja, akan tetapi ia meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan (meningkatkan) kemampuannya untuk membasmi sel-sel kanser sejak awal sebelum kemunculannya, yang pada akhirnya hal tersebut melindungi tubuh dari munculnya (tumbuhnya) sel-sel kanser yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Oleh sebab itu beberapa doktor berkata bahawa kita merasa senang dengan adanya demam pada kebanyakan penyakit, sebagaimana seorang pesakit merasa senang dengan kesembuhannya. Maka jadilah demam dalam penyakit tersebut lebih bermanfaat daripada minum ubat.

Dan dari sini kita mengetahui hikmah ketika Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam menolak untuk menghina demam dan bahkan selaiu memujinya dengan mensifatinya sebagai pembersih dosa sebagaimana api memurnikan besi dari kerak / kotorannya, sesuai dengan apa ang diisyaratkan oleh hadis yang menjadi pembahasan kita.  
 
(diterjemah dari fiqhislam)

Mayat baca Yasin



“Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la…. tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. ” sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

By almizan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...