oleh Sawaludin Bin Rahmat pada pada 27hb Julai 2011 pukul 8.37 ptg
Saya tertarik untuk memberikan sedikit ulasan mengenai BERITA yang membimbangkan bakal-bakal guru IPTA sekarang ini. Berikut adalah beberapa kenyataan daripada orang kuat KPM, “Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa,” Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apa reaksi anda sebagai bakal guru keluaran IPTA dan IPTS yang sememangnya mengambil jurusan pendidikan sebagai kursus pengajian selama EMPAT tahun mengaji di universiti? Apa perasaan anda yang pada suatu ketika dulu pada zaman kanak-kanak BERCITA-CITA SUCI mahu menjadi seorang GURU? Apakah kita yang masih MENTAH dan TIDAK memiliki PENGALAMAN mengajar di sekolah ini TIDAK diperlukan untuk mendidik anak bangsa kita?
Lebih menggusarkan banyak pihak khususnya bakal guru keluaran IPTA apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam perkembangan terbarunya menyaksikan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan. Berita yang disiarkan di media elektronik itu PASTINYA memberi satu KEJUTAN kepada bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) keluaran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Manakan tidak TERKEJUT dan BIMBANG apabila sepanjang tempoh penungguan, jawapan yang diterima daripada portal KPM berbunyi: “Kami tidak dapat memberi tarikh tepat tentang bila borang penempatan akan dikeluarkan dan selalulah semak di laman web KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia).” Berdasarkan laporan yang diterima, surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari bulan lepas lagi. Apakah tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak yang KECOH pada akhir 2010 dan awal tahun 2011?
Melalui penelitian berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 , mendapati bahawa terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'. Persoalannya, apakah KPM telah mengkaji sedalam-dalamnya keputusan penyerapan 13 000 GSTT ke dalam guru berjawatan ini dengan mengambil kira kedudukan guru-guru GST keluaran IPTA atau IPTS? Apakah akan wujud PERTEMBUNGAN kuasa atau keputusan akibat pemecahan dua entiti kementerian (KPM dan KPT) ini seperti mana yang berlaku sebelum ini dalam isu penempatan guru GST yang bernaung di bawah KPM dan KPT? Apakah berbaloi PELABURAN menempatkan guru GSTT berbanding GST ini di sekolah-sekolah di negara kita ini semata-mata mahu merealisasikan plan PIPP 2--6-2010, "SIFAR GSTT"?
Ulasan ini bukanlah untuk menyalahkan atau memperendahkan guru GSTT. Hal ini kerana, secara peribadi saya mengakui GSTT sebelum ini turut membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, TETAPI untuk diserap ke JAWATAN tetap BUKAN sesuatu yang wajar kerana masih RAMAI mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Apakah KPM benar-benar yakin bahawa kekosongan penempatan guru di sekolah-sekolah masih berada pada UNJURAN jumlah keluaran bagi pelajar yang megikuti bidang pendidikan di IPT atau IPG seperti yang telah ditetapkan? Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.
Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Lebih-lebih lagi pada zaman ini.. Umum mengetahui keadaan yang terpaksa dilalui oleh para guru. Sekatan demi sekatan dikenakan wahima MEROTAN murid yang melakukan KESILAPAN juga TIDAK dibenarkan. Baru-baru ini negara digemparkan seorang guru lelaki dilaporkan MERABA 11 orang murid di Kuala Lumpur. Kebetulan, saya dan ustaz Ahmadi (Motivator DDR) bersama Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan berbincang mengenai kerja dan isu-isu remaja bermasalah dan mendapat maklumat kes berkenaan dengan lebih lanjut daripada pihak PIBG seklah berkenaan sendiri.
Persoalannya, bukan isu itu yang perlu difokuskan, tetapi TAHAP PROFESIONALISME guru berkenaan menangani masalah tersebut. Saya tidak mahu menuduh guru berkenaan BERSALAH, cuma saya mahu kita melihat dalam kotak yang lebih besar.. Apakah guru GSTT yang bakal diserapkan ini memiliki tahap ilmu pengetahuan dan ilmu pedagogi yang tinggi seperti mana guru GST? Ya, pasti akan ada yang mempersoalkan... "alah, GST pun buat salah juga jangan nak salahkan GSTT saja"... YA! memang benar.. GST pun buat SALAH! apa masalahnya? bagi peluang kami yang baru bergelar CIKGU ini belajar dari KESILAPAN.. Kita banyak melihat sejak akhir-akhir ini di media massa, terpampang kes-kes yang MENGAIBKAN melibatkan guru-guru kita. Bukanlah untuk menuding jari kepada guru GSTT yang dikatakan BANYAK PENGALAMAN mengajar itu, cuma analoginya kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang GURU.
Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi berkumandang di telinga penulis apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat.
Seperti mana yang diketahui bahawa penempatan guru GSTT ini dipohon melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).. maknanya, jika mereka orang penang, mereka akan memohon melalui JPN penang, dan akan ditempat di sekolah dalam penang juga. Berbeza dengan bakal guru GST keluaran IPT, selepas tamat pengajian dan mendapat penempatan, KPM akan menempatkan guru-guru berkenaan di pelusok negara.. kawasan PEDALAMAN itu adalah PILIHAN UTAMA KPM untuk guru-guru GST muda ini. Bukan mahu mempersoalkan keadilan kawasan petempatan, pedalaman atau bandar.. cuma sekadar luahan perasaan semata-mata setelah berpenat lelah bertapa di universiti selama empat tahun, diwajibkan pula menduduki peperiksaan akhir universiti setiap hujung semester, jika gagal satu papaer major maka TERPAKSA la BERTAPA setahun lagi..TETAPI yang mendapat layanan ISTIMEWA adalah mereka yang GAGAL mendapat PEKERJAAN melalui bidang pengajian bukan pendidikan yang diambil sebelumnya.
Kami bakal warga pendidik tiada hasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma kami berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, kami graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan. Janganlah jadi seperti “kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan”.
No comments:
Post a Comment