Pages

Tuesday, 15 November 2011

Jual Rakan (Dikurung, Didera, Dirogol) untuk Langsai Hutang




Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu ‘dijual’ kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.

Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.


Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.

Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.


Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk ‘bercuti’ di ibu kota dengan semua kos ditanggung.



P/s: Lahanat!

Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH


Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid terpaksa melalui perjalanan yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan mungkin maut hanya semata-mata mahu ke sekolah.

Berita yang dikutip dari The Sun ini memerihalkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid di kawasan utara wilayah Uygur Xinjiangdi China. Mereka perlu meniti tebing-tebing gunung yang biasanya digunakan oleh kambing gurun. Gunung yang menjadi "jalan" ke sekolah itu setinggi 457.2 meter. 

Sewaktu melintasi tebing-tebing gunung tersebut, murid-murid ini akan dibantu oleh  ibu bapa dan kakitangan sekolah. Seorang guru memberitahu: "Jalan ini sangat curam tetapi kami orang gunung. Kami sudah biasa menggunakan "jalan" seperti ini."

"Setakat ini, tiada seorang pun murid yang terjatuh - hukumanberat menanti mereka yang ponteng sekolah." -DCM

P/s: Budak-budak di Malaysia, bukan setakat ditatang bagaikan minyak penuh oleh ibu bapa apabila segala keperluan persekolahan disediakan, malah perjalanan ke sekolah pun sangat selesa, namun banyak yang ponteng sekolah kerana mengejar keseronokan sementara! Aduhai!

Pak Uban (65 Thn) Jalankan Bisnes BERAHI di Hutan Simpan Panti


KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.
Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.

Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.


RAMPAS...wang dan barangan yang dirampas daripada Pak Uban.


Kurung dan Paksa Kekasih Anak Gugurkan Kandungan




[HM] SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.

Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.

“Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji tidak ditunaikan, malah mangsa dipaksa menggugurkan kandungan.


“Perbuatan kejam dua beranak itu membuatkan mangsa tertekan dan cuba melarikan diri dengan keluar dari rumah, namun hampa selepas semua pintu dikunci dari luar.

“Mangsa kemudian menjumpai alat jalur lebar milik teman lelakinya sebelum menghubungi ibunya melalui e-mel,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin, ibu mangsa bersama beberapa anggota polis ke rumah terbabit sebelum memecahkan pintu besi dan membawa pulang gadis berkenaan.

Mangsa bersama ibunya membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.



P/s: Lahanat!

Remaja 15 Tahun Dirogol di Rumah Sendiri Ketika Ibu Bapa Nyenyak Tidur



[HM] KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.

“Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.

“Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal,” katanya.


Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.

Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



P/s: Rela atau dirogol?

Ibu dan Anak Dicekup KHALWAT




Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam. 

Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi. 

Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu. 

Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. 

Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah. 

Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. 

Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik. 

“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans,” katanya. 

Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.









P/s: Hancusss!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...