Pages

Thursday, 14 July 2011

Boikot Kopitiam


Tiada kopitiam halal di Selangor...?


Nampaknya pengusaha kopitiam nie memandang remeh bab sijil Halal. Tu yang tak ramai yang memohon untuk dapatkan sijil halal dari JAIS. So kita sebagai pengguna Islam, ambil tindakan untuk mengajar mereka semua. Jangan menyinggah apatah lagi minum @ makan di kopitiam.

Kita boikot seluruh negara... jangan setakat kat negeri Selangor saje... Supaya mereka peka dengan kehendak agama Islam yang memerlukan standard halal ini diperolehi dari mana-mana Jabatan Agama. Persatuan pengguna Islam juga perlu sensitif dalam isu ini.

SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.

Melayu Hebat - Kerana RM2 juta, Bonda Sendiri Sanggup Nak Dipenjarakan..


Salam Sejahtera,

Selalu yang aku dok dengar anak-anak tak ambik peduli dengan ibu bapa,, dah kebiasaan, anak-anak yang jadi penagih pukol ibu bapa,, dah jadi kebiasaan,,, anak saman bapa sebab tak mau jadi wali nikah, dah berlaku.....

Cuma yang ini agak latest juga kut, sebelum ni tak biasa aku dengar.... tak tau lah kut-kut aku terlepas dengar dan pandang..... anak minta mahkamah penjarakan ibunya sendiri sebab engkar perintah mahkamah....

Kerana wang ringgit sekadar RM 2 juta, anak sanggup melakukan sebegitu pada bondanya sendiri....
 
 

Putera mohon penjarakan ibu

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.
Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor tidak hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lalu, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.

Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah sudah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.

Bagaimanapun, dia mendakwa bondanya sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.
Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya sudah bersetuju untuk membeli semua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...