Pages

Saturday, 19 November 2011

Tinjauan Dapati Remaja Perempuan Mudah Diperdaya Melalui Internet & Telefon Bimbit


Satu tinjauan yang dijalankan telah mendapati, remaja perempuan mudah terpedaya dengan orang yang tidak mereka kenali melalui telefon bimbit dan juga internet.

Tinjuan tersebut yang dijalankan oleh Women’s Centre for Change (WCC) mendapati, 80% daripada 100 remaja perempuan berusia antara 15 hingga 17 tahun dengan mudah menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang tidak mereka kenali menerusi telefon bimbit sementara 54% lagi telah bersembang melalui internet dengan orang yang tidak mereka kenali sebelum ini.

Pengarah WCC, Dr Prema Devaraj berkata dalam satu sidang akhbar pada Jumaat, tinjauan lapan bulan itu juga mendapati, wanita muda juga kini dengan mudah terdedah kepada orang yang tidak mereka kenali termasuklah mereka yang mempunyai niat jahat.

“Mereka ini tidak sedar akan bahaya yang mereka hadapi dengan berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak mereka kenali. “Malah kebanyakkan mereka tidak faham akan bahaya menjalinkan persahabatan dengan orang yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini melalui cara bersembang dalam talian atau menerusi telefon," katanya.

Menurut Dr Prema, remaja perempuan dan wanita muda ini mungkin berpendapat adalah masih selamat untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini menerusi talian atau sms kerana tidak bertemu muka.

Bagaimanapun tegas Dr Prema, mereka yang berniat jahat akan dengan mudah memperdayakan remaja dan wanita muda ini secara tidak sedar tanpa mangsa mereka merasa suspek apa-apa.

Ini mereka lakukan dengan memperolehi kepercayaan mangsa mereka terlebih dahulu sebelum mula bertindak ke atas mangsa.

"Kita dapati, sesetengah mangsa rogol telah melalui pengalaman seperti ini," katanya.

Mangsa kemudiannya dengan mudah diugut setelah foto mereka melakukan adegan-adegan yang terlarang jatuh ke tangan penjenayah ini.

Dr Prema juga berkata, tinjauan mereka turut mendapati, satu pertiga daripada perempuan remaja telah diminta mengirimkan bahan-bahan yang menghairahkan atau memiliki unsur seks oleh orang yang tidak mereka kenali ini sama ada menerusi internet atau telefon bimbit.

Tinjauan itu yang dijalankan antara Januari hingga Ogos tahun ini di 10 buah sekolah di sini juga mendapati 17.3% daripada remaja perempuan telah menjalin persahabatan dengan orang yang tidak mereka kenali sebelum itu menerusi telefon bimbit.

Katanya lagi, 29.6% responden yang memiliki telefon bimbit telah terdedah kepada sms atau mms berunsur ghairah atau seksual daripada orang yang tidak mereka kenali.

Pada masa yang sama katanya, 36% responden yang berinteraksi menerusi rangkaian sosial seperti Facebook, Friendster dan MySpace, pula telah terdedah kepada pertanyaan berunsur seksual.

“Kita dapati 23% daripada responden telah berkongsi maklumat peribadi seperti nama sebenar, alamat dan umur dengan orang yang tidak dikenali,” kata beliau.

Hasil daripada dapatan tinjauan ini kata Dr Prema, WCC berhasrat untuk melancarkan kempen keselamatan siber demi untuk melindungi remaja perempuan daripada menjadi mangsa penyalahgunaan internet dan juga telefon bimbit.

“Adalah sama penting untuk ibu bapa mengetahui akan bahaya yang sedang menanti anak-anak remaja mereka jika terdedah kepada penyalahgunaan siber ini.

“Oleh yang demikian WCC mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat yang ingin terlibat dalam program pertanggungjawaban sosial berganding bahu dengan kami dalam menjalankan kempen untuk melindungi remaja perempuan daripada ancaman ini," ujarnya.

- MSTAR

Demi RM600 GADIS MELAYU ISLAM Rela BOGEL!


KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.



Apa sudah jadi dengan wanita dan gadis Malaysia, terutama gadis dan wanita Melayu. Malah pemuda Melayu berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun hampir 52 peratus terlibat dengan dadah, seks bebas, dan gejala sosial yang cukup menakutkan. Malah laporan terkini kaum lelaki menjadi kaum mainoriti dalam IPTA. dan IPTS.

Wanita Melayu dan gadis Melayu adalah yang paling ramai dalam kes buang bayi. Hampir 200 ribu anak luar nikah yang didaftarkan dalam tahun 2008 hingga 2010. Yang bagusnya BANGSA MELAYU PALING RAMAI. HEBAT,HEBAT BANGSA KU.

Berita terbaru yang dipetik dalam akhbar arus perdana, lagi hebat. Gadis Melayu tayang tubuh dan berlagak seksi dan adegan ghairah dipertontonkan dan bertanding dalam "lady Nite" disebuah kelab hiburan di Bandar Kuantan.

Gadis berusia antara 15 tahun hingga 18 tahun majoritinya bangsa Melayu bertanding separuh bogel dan adegan sesksi. YANG BAGUSNYA HADIAH JUARA PERTANDINGAN IALAH SATU BOTOL ARAK DAN WANG TUNAI RM600.00.

Gadis dan wanita yang ditangkap oleh pehak berkuasa berasal dari KEMAMAN, MARAN DAN SEKIRAT BANDAR KUANTAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...