Pages

Monday, 8 August 2011

Malaysia ' Juara ' jenayah Ragut




TERKINI! Penganggur tak mengaku salah sebabkan kematian wanita hamil
minda-kembara.com/v2008/wp-conte...agut.jpg

Mangsa ragui


mangsa ragut


Wanita ragut rantai budak. Oleh Mohamad Hussin bhnews@bharian.com.my
i364.photobucket.com/albums/oo89...ix-3.jpg


Keluarga Mangsa Ragut Jamilah. Lepas bedah siasat, jenazah di bawa pulang ke
blog.mohdrazali.com/wp-content/u...copy.jpg

peragut kena tangkap

RAGUT – GURU TADIKA DISERET 20 METER
safetyera.com/wp-content/uploads...re12.jpg


salah seorang dari mangsa ragut
www.utusan.com.my/pix/2009/0331/...01.1.jpg


Mangsa ragut.....innalillahi wa innailahi roji'un..
1.bp.blogspot.com/_S1T4MkkbRKQ/S...bbbb.jpg



Di Johor Bahru bagai babak drama sedih, seorang anak mangsa ragut berusia
anayusof.files.wordpress.com/200.../ibu.jpg


amai yang menyalahkan mat rempit apabila meningkatnya kes ragut di jalan
www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/...02.1.jpg



Mangsa Ragut
1.bp.blogspot.com/_m8MeEEJOlPk/S...4in1.jpg


TRAGEDI RAGUT
www.utusan.com.my/pix/2009/0506/...02.1.jpg





kalau ko kene tangkap smalam ni la nasib kau.
2.bp.blogspot.com/_aLohqgTTAmI/S...t....jpg


MANGSA RAGUT DI MELOR KELANTAN. Warga emas, ibu hamil mati dalam dua
sharimi.files.wordpress.com/2009...pix3.jpg


Berikut adalah gambar wanita hamil yang maut dalam kejadian ragut itu.
3.bp.blogspot.com/_QKuoGQez-ng/S...ge_1.jpg


KUALA LUMPUR (Utusan Malaysia 16 April) – Jenayah ragut di ibu negara
1.bp.blogspot.com/_jCnJmK1wc3o/S...agut.jpg


“dia ragut gelang tangan je.. dia pintas shrek mama.mama jatuh,luka berdarah
www.kujie2.com/wp-content/upload...agut.jpg





Ragut Jenayah ragut sehingga meragut nyawa yang semakin berleluasa dilakukan
manhur.files.wordpress.com/2009/...agut.jpg

Dengan berpuasa struktur otak berubah, SUBHANALLAH..



Otak merakam aktiviti yang dilakukan secara serentak. Begitu juga dengan aktiviti puasa. Selama satu bulan, tubuh diajak menjalani rutin sahur, menahan diri dari makan, minum, dan seks, kemudian berbuka di petang hari serta menjalankan ibadah Ramadan yang lain.

Berpuasa menjadi sebahagian dari perintah agama. Sementara itu agama dan spiritual merupakan bentuk perilaku manusia yang dikawal otak. Ketua Centre for Neuroscience, Health, and Spirituality (C-NET) Doktor Taufiq Pasiak mengatakan bahawa puasa menjadi latihan mental yang berkaitan dengan sifat otak, yakni neuroplastisitas. "Sel-sel otak dapat mengalami regenerasi dan membentuk hubungan struktur yang baru, salah satunya kerana latihan mental yang terus-menerus," kata Taufik kepada Tempo.

Bahasa awamnya, kata dia, apabila seseorang melakukan perbuatan baik secara terus-menerus, struktur otaknya akan berubah. Waktu yang diperlukan untuk menukar sel saraf itu minimum 21 hari. Menurut Taufik, puasa adalah latihan mental yang menggunakan perantara latihan menahan keperluan fizikal (makan, minum, seks).

Selain membentuk struktur otak baru, Taufik menjelaskan bahawa puasa merelaksasi sistem saraf, terutama otak. Tetapi ada perbezaan asas di antara relaksasi sistem pencernaan dan sistem saraf. Selama puasa, sistem pencernaan benar-benar berehat selama kira-kira 14 jam, sementara di dalam otak orang yang berpuasa justru terjadi pengurusan maklumat yang banyak.

Contohnya, kata beliau, otak dapat mengingat dengan baik di saat tenang dan rileks. Ketika tidur, biasanya orang bermimpi. Kenapa? Kerana di waktu ini otak hanya menerima dan menguruskan maklumat yang berasal dari dalam dirinya. Di dalam Al-Quran, menurut Taufik, ada istilah an-Nafs al-Muthmainah (jiwa yang tenang) kerana memang dalam suasana tenang orang boleh berfikir dengan baik dan mempunyai kepekaan hati yang tajam. "Ketenangan membuat kita tidak reaktif menghadapi permasalahan," katanya.

Luqman al-Hakim pernah menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah."

Otak terdiri daripada bertrilion sel yang disambungkan satu dengan yang lain. Di dalamnya boleh disimpan 1 bilion bit ingatan atau ingatan. Ini sama dengan maklumat dari 500 set ensiklopedia lengkap.

Di dalam otak, ada sel yang disebut sebagai neuroglial cells. Fungsinya sebagai pembersihan otak. Semasa berpuasa, sel-sel neuron yang mati atau sakit akan 'dimakan' oleh sel-sel neuroglial ini. Fizik Albert Einstein dikenali sebagai orang yang suka berpuasa. Ketika menderma tubuhnya, para saintis mencari sel-sel neuroglial di dalam otak Einstein 73 peratus lebih banyak berbanding orang kebanyakan.

Sebuah kajian yang dilakukan John Rately, seorang psikiater dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa tatacara dan sekatan pengambilan kalori meningkatkan prestasi otak. Dengan alat functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI), Rately memantau keadaan otak mereka yang berpuasa dan yang tidak. Hasilnya, orang yang puasa mempunyai aktiviti motor korteks yang meningkat secara konsisten dan signifikan.

Taufik mengatakan bahawa puasa adalah salah satu bentuk tazkiyatun nafs (menumbuhkan nafsu) dan tarbiyatun iradah (mendidik kehendak). Kerana itu, sejak niat puasa, perilaku selama berpuasa dan ritual-ritualnya berada dalam konteks memperbaiki nafsu, menumbuhkan, kemudian menguruskan kemahuan-kemahuan manusia.

Diterjemah dari fiqhislam.com

Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz : Pilih Masjid, Tinggalkan Gereja





Ketika menghadiri forum perdana di Hotel De Palma Ampang, penulis tertarik untuk mengetahui kisah lanjut tentang seorang ahli panel yang merupakan bekas paderi Kristian di Sabah.

Alhamdulillah, penulis dapat merungkai perjalanan yang ditempuhi oleh beliau sehingga hatinya kini berpihak kepada Islam. Bagaimana dulu beliau yang pernah memurtadkan 200 orang Islam kini berjaya mengislamkan hampir 2000 orang dari pelbagai kaum.

Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah Al-Hafiz dahulunya dibesarkan di dalam suasana agama Kristian dan bersekolah Kristian selama lapan tahun. Beliau juga dilatih menjadi Mubaligh Kristian dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri yang merupakan Ketua Gereja dari Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo. Semasa menganut agama Kristian, beliau seorang yang sangat taat kepada agama warisan itu dan merupakan pengikut yang fanatik.

Ketika itu, beliau juga mengkaji perbandingan antara Kitab Injil dan Al-Quran. Beliau banyak menelaah tulisan-tulisan Al-Marhum Syeikh Ahmad Deedat yang merupakan pendakwah terhebat di dunia dan pernah berdebat dengan para paderi dari pelbagai tempat di pelosok dunia. Akhirnya dengan kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya, mata hati beliau telah terbuka untuk melihat keindahan dan kebenaran agama Islam.

Konsep 'Triniti' Cabar Keyakinan

Menurut pendakwah bebas ini atau nama Kristiannya Pastor Yohanes, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap agama Kristian. Paling utama ialah mengenai konsep 'triniti'. Dalam konsep yang dipegang oleh orang Kristian ini, mereka mempercayai bahawa Tuhan itu adalah Allah. Namun, Tuhan itu adalah gabungan daripada tiga iaitu bapa, anak dan roh kudus. Mereka juga yakin Nabi Isa yang digelar Jesus sebagai Tuhan mereka kerana baginda ialah anak Tuhan.

Bagaimapun, ketika mengkaji al-Quran selama enam tahun, Ustaz Farhan bertemu firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (al-Maidah: 17)

Kebesaran kalam Allah itu akhirnya telah membuka pintu hati Ustaz Farhan untuk memeluk agama Islam. Justeru, pada tanggal 26 Februari 1990, beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah dan rasmilah menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, ternyata bukan mudah pengislaman beliau diterima oleh keluarga. Beliau telah dihalau dari rumah dan dibuang oleh keluarga.

Cabaran Setelah Bergelar Muslim

Namun, sebelum beliau melangkah kaki meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang, beliau sempat memeluk ibu bapa dan adik-beradiknya sambil berkata, "Ayah, ibu, maafkan saya. Sungguhpun ayah ibu halau dan benci dengan saya, serta tidak mengakui saya sebagai anak, tetapi saya tidak jadikan Islam yang saya pilih sebagai pemisah hubungan antara seorang anak dengan ibu bapanya". Selepas itu, beliau sentiasa berdoa di dalam solat hajat supaya dibukakan pintu hati keluarganya memeluk agama suci ini.

Menjadi seorang Muallaf tidak membataskan dirinya untuk berusaha mendalami Islam dan mengkhatam al-Quran. Pengajian beliau bermula di Pusat Latihan Dakwah Keningau, PERKIM Petaling Jaya dan pelbagai institusi pengajian Islam. Beliau juga telah berjaya mengkhatam al-Quran pada penghujung tahun 1998.

Benarlah Allah pasti membantu hamba-Nya yang bersabar dan redha dengan ujian-Nya. Akhirnya ayah dan ibu serta adik-beradiknya memeluk Islam. Malah, setahun selepas itu, 30 keluarga terdekat juga telah berjaya diislamkan oleh beliau. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bergiat aktif dalam memberi ceramah dan forum kepada para pelajar Malaysia tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah setelah kembali ke Malaysia.

Perjuangan Dakwah

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau mula berjuang demi agama yang tercinta. Beliau memberi ceramah berkenaan "Murtad dan Kenapa Saya Memeluk Islam" ke seluruh negara. Disamping itu, beliau turut mengadakan kuliah-kuliah bulanan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ada kalanya beliau dijemput memberi ceramah di Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Usaha dakwah seorang pejuang yang cekal ini diperhebat lagi dengan tertubuhnya dua pusat tahfiz iaitu Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari (PPTQB). Dua pertubuhan ini adalah kerjasama bersama rakan-rakan seperjuangan beliau di Mesir. Beliau juga mengasaskan "Program Dakwah Bergerak" bagi misi dakwah Islamiyah di Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai persoalan mengapa masih ada orang bukan Islam yang tidak tertarik dengan Islam sedangkan Islam itu terang-terangan sebuah agama yang indah dan lengkap untuk dijadikan panduan kehidupan, Ustaz Farhan berkata,"Halangan utama yang membuatkan orang bukan Islam tidak tertarik dengan Islam apabila orang Islam sendiri tidak menunjukkan imej dan contoh teladan yang baik. Ramai umat Islam yang tidak beramal dengan ajaran Islam dan terlibat dengan gejala sosial dan maksiat kerana jahil dalam ilmu agama."

Justeru, jelas beliau lagi, umat Islam haruslah segera kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ia dapat dilakukan dengan cara beramal dengan Islam, menghayati ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan menyebarkannya. Kewajipan berdakwah pula adalah perlu bagi melahirkan ummah yang bersatu dan berpegang teguh pada tali Allah SWT. Maka, pihak kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing mengembalikan jati diri, sahsiah, akhlak dan imej umat Islam sejati.

Betapa besarnya perjuangan yang beliau lakukan demi menegakkan syariat Allah di muka bumi. Kita sebagai seorang Muslim yang memang Islam sejak dilahirkan lagi seharusnya mempunyai semangat jihad dan cintakan agama yang lebih tinggi! di akhir kata, beliau menyeru agar seluruh umat Islam sama-sama menjaga nikmat iman dan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat agar tidak terkeluar dari Islam baik dari sudut perbuatan, ucapan dan tingkah laku. -iluvislam


Bapa cincang lumat sejadah

TAMAN CENDANA – Usaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) mengundang khusus seorang penceramah yang dahulunya merupakan mubaligh Kristian bertujuan berkongsi pengalaman dengan saudara baru.

Timbalan Penyelia PAR Permas, Kelana Bakri berkata, kebolehan Muhammad Farhan Abdullah Al-Hafiz, 43, menghafaz 30 juzuk Al-Quran selama dua tahun lapan bulan sangat dikagumi.

Menurutnya, anak kepada ketua paderi dari Kota Belud, Sabah itu akhirnya mendapat hidayah daripada Allah SWT selepas berhujah dan berdebat dengan ulama ke-10 dari Semenanjung.

“Kecintaannya kepada Islam begitu mendalam walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga sehingga pernah terjadi peristiwa bapanya mencincang lumat sejadah dan membalingnya ke muka selepas melihat Muhammad Farhan solat.

“Muhammad Farhan pernah ditembak bapanya, tetapi tersasar dan sempat ditepis ibunya kerana terlalu marah dengan tindakannya ingin keluar daripada rumah,” katanya ketika merasmikan bilik serba guna, di sini.

Kelana berkata, bagaimanapun selepas tujuh tahun Muhammad Farhan merantau ke Mesir, beliau berjaya mengislamkan ahli keluarganya.

Menurutnya, pengalaman berharga itu ingin dikongsi khusus kepada saudara baru supaya tidak berhenti mencari ilmu dalam mengenal Islam.

“Kita mahu bilik serba guna yang dibina khas dapat menjadi pusat pengajian fardu ain dan al-Quran kepada saudara baru dan penduduk setempat.

“Bilik serba guna ini juga akan dibuka untuk pusat tuisyen kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kadar bayaran serendah RM5,” katanya. -SH

Kisah Ibu Yang Ditinggalkan Si Tanggang





Johor Baharu: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand,sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.

Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.

Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.

Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.

“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.

“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.

Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.

“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.

“Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.

Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.

Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.

“Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.

“Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.

Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.

Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan. -hm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...