Pages

Saturday, 7 January 2012

Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.



Tak seorang pun sempurna.

Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan khuatir untuk masa depan,

kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.



Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,

semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.



Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.



Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma mampu hidup sekali saja di dunia ini,

tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.



Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingati.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.



Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,

dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati adalah kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya




Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,

jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya

dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya

tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan

kalau kita tidak mampu melihat keduanya.



Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,

merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.



Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum,

lebih pahit daripada hempedu dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang,maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik

kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.



Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.



MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..





Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perilaku yang hebat dan membahagiakan!

Ya, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita dan MELUPAKAN perbuatan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.. Ia sangat mencabar..

Tetapi, jika kita ingin berjaya, kita perlu berubah ke arah positif dengan melupakan perkara-perkara negatif yang membelengu diri kita.. buang segala kebencian seterusnya memaafkan serta melupakan kesalahan mereka kepada kita.

Dengan itu, diri kita akan sentiasa positif tanpa unsur-unsur negatif yang membelengu.
Mari kita sahut cabaran ini!!! MARI MEMAAFKAN DAN MEMINTA MAAF!!! MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN..


“Lebih senang memaafkan seorang musuh, dari memaafkan seorang kawan” -William Blake-

Kata-kata ini seringkali kita dengar. Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari memaafkan seorang kawan? Hmm… hakikatnya org yg kita kasihi, sayangi dan percaya lebih kita berasa hati berbanding yang sebaliknya betul tak kawan-kawan?

Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang anda kenali hati budinya, kasih dan sayang padanya, jika melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Pakar motivasi mengatakan orang yang dapat menyahut cabaran memaafkan orang lain adalah ORANG CEMERLANG!!!

Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seterusnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.

Dalam Islam juga menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia..kita tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama.Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam.


Kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?

Ini kerana Allah SWT itu Maha Pengampun.


Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Jika Allah SWT yang Maha Berkuasa sendiri sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Ya, memanglah mencabar untuk kita memaafkan kesilapan orang lain. Ada sesetengah dari kita ini hatinya kecil. Tapi, janganlah sampai berbulan-bulan hingga ada yang bertahun-tahun berdendam.

Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bahawa Allah berfirman maksudnya :


“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

Di sini dapat kita lihat, betapa Allah SWT itu Maha Pengampun.
Jadi, kita sebagai hamba yang lemah, hendaklah bersedia mengampunkan kesalahan orang lain. Jika kita memaafkan kesalahan orang lain, ini bermakna kita tidak membenarkan emosi dendam itu menguasai kita. Dan akhirnya, kita akan berjiwa tenang.

Selain itu, sikap berdendam juga (yang memutuskan silaturahim) tidak baik hal ini kerana Allah melarang kita memutuskan silaturahim. Apabila sesuatu itu diharamkan Allah SWT, itu bermakna sesuatu itu haram.

Memang susah untuk kita berbaik-baik dengan seseorang yang telah melukakan hati kita itu. Tetapi, cukuplah dengan kita tidak berdendam dengannya, melemparkan senyuman apabila berselisih dan yang paling penting tidak berniat memutuskan silaturahim dengannya.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. [2:27]


Rasulullah SAW juga menuntut kita bermaaf-maafan.

“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim].

Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” [Hadis Riwayat Muslim]

dan pelbagai lagi hadis yang menunjukkan sikap berdendam dan memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam Islam.

Kesimpulannya, jika kita mengharapkan Allah SWT memaafkan kesalahan kita yang besar, bagaimana kita tidak boleh memaafkan kesalahan orang lain?

Ya, mungkin kesalahan orang lain itu terlalu besar bagi kita untuk dimaafkan, tetapi cuba kita belajar memaafkan dan melupakan perkara tersebut. Anda akan merasa kesannya kepada jiwa anda selepas anda mula memaafkan mereka. InsyaAllah.


 Ku berikan hati ku pada DUNIA… Dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku dilembah kehinaan

Ku berikan hatiku pada MANUSIA… Manusia memperguna, menghancur lumatkan dan menfitnahku..

Ku berikan hatiku pada ALLAH… … Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi … Lembut, syahdu & mengasyikkan.. SubhanAllah,ku CINTA Allah!http://diarihati.com

Motivasi Diri Yang Malas dan Tak Bersedia



Rasa malas yang menguasai diri adalah punca kepada pembinaan tembok penghalang yang utuh untuk mencapai kejayaan.Orang-orang yang bijak dan hebat bukan kerana mereka dilahirkan untuk berjaya tetapi lebih kepada mereka dilahirkan untuk meruntuhkan tembok kemalasan diri demi memajukan diri dan membantu orang yang disekelilingnya.

Jiwa mereka kuat utnuk menyatakan jika orang lain boleh kenapa aku tidak boleh? Berapa banyakkah jiwa-jiwa yang sejatinya dilahirkan mulia dan berbakat menjadi pemimpin besar, yang dikerdilkan oleh rasa malas dan hanya bergantung harap pada orang lain?


Banyak! Banyak bilangannya, jangan anda menambah bilangannya menjadi ‘sangat banyak’. Oleh itu, kuatkanlah hati anda untuk berdikari atas kaki sendiri dan mula untuk menyusun strategi pembangunan dan pemantapan diri.

Jika anda rasa sudah terlewat, 10 tahun daripada sekarang anda akan berkata pada diri “Kenapa aku tak berubah dari dulu, sekarang dah terlewat” Tiada istilah terlewat bagi mereka yang ingin berjaya!

Anda akan mencapai apapun, jika anda bersedia merealisasikan azam dan perancangan yang telah anda tuliskan. Tetapi, berapa banyakkah orang yang ingin berjaya tetapi begitu ‘sibuk’ dan leka dengan perkara yang tiada membawa nilai tambah pada diri?

Banyak! Jadi jangan tambahkan nilai banyak itu kepada ‘sangat banyak’ itu sekali lagi.Nanti dunia terhimpit dengan manusia yang ‘sangat banyak’ orang yanag malas, putus asa, bertangguh kerja dan selalu tak bersedia.

Anda mampu merubah diri sendiri dengan memulakan sesuatu yang lebih baik daripada semalam sekarang juga.

Orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus dikerjakan, sama ada kerja itu mereka suka atau tidak.

Percayalah, walaupun perasaan kita tak bersedia untuk menghadapi apa yang harus dan mesti kita lakukan, biarkan sahaja ia berlalu seperti yang sepatutnya dengan niat “Sahaja aku melakukan kerja ini kerana Allah, maka permudahkanlah ia Tuhanku” dengan niat begini nilai timbang amal baik anda telah dihitung. Di situ nilai tambah dri anda sudah meningkat daripada semalam!


Selamat Tahun Baru (rakyat dunia), selamat menjalani sesi persekolahan (sekolah) dan sesi kuliah (IPG), selamat menjalani peperiksaan (IPT), selamat menjalani pekerjaan (pekerja), dan selamat menjalani hidup yang beerti setiap hari dengan pengabdian hanya kepada Illahi(hamba ALLAH)!
 






Nilai Diri Kita



Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

“Siapa nak duit ni?” tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

“Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu “. Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?”

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

“Okey apa kata kalau saya buat macam ni?”

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

“Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

“Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

“Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.

“RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.


Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

“Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.”

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?”jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu…



Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita dalam BERFIKIR!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...