Pages

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

Wahai pemaksiat,itulah ubat suci mujarab untuk dirimu


Kulakukan berbagai dosa hingga menemui kehinaan
Air mataku pun mengalir dengan begitu derasnya
Aku mengecam hati yang telah sedar
Kepada siapa hamba akan mengadu
bila tidak kepada Tuannya
Sang Penguasa seluruh hamba...
.
Kudatangi Engkau dengan penuh harap
Lepaskanlah seperti yang Kau lihat buruknya keadaanku
Aku telah menderhakai-Mu dengan kebodohanku
Aibnya dosa tidak pernah terlintas dalam benakku
Kepada siapa lagi hamba mengadu selain Engkau
Yang Maha Penguasa seluruh alam....
.
Wahai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan & kederhakaan,nasihat tidak lagi bermanfaat untukmu. Berbagai musibah & kejadian tidak pula kunjung manyedarkanmu.Perputaran waktu tidak pernah engkau rasa dan suara kematian tidak pernah terdengar olehmu,seolah-olah engkau wahai orang yang malang akan hidup selamanya dan tak akan pernah mati.
.
Wahai penderhaka kepada Penguasa Arasy,segeralah bertaubat dari dosa!Ikutilah jejak kaum yang bertaubat.Lewatilah jalan kaum yang kembali kepada Tuhan serta mendapat taubat dan ampunan.Kerahlah redhamu untuk meraih redha Tuhan Yang Maha Pengasih.Mereka bangkit beribadah dikegelapan malam serta membaca kitab Tuhan dengan jiwa yang cemas dan hati yang gementar.Mereka meletakkan kening mereka di tanah dan meminta keperluan kepada Zat Yang melihat tetapi tidak terlihat.
.
Wahai pemaksiat,itulah ubat suci mujarab untuk dirimu.Moga-moga dirimu yang berdosa itu akan disembuhkan melalui ubat bernama tauwbat.

Ameen...

Friday, 9 December 2011

Bicara Hikmah Imam Shafie


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku

I submit my hopes to You, O Lord of all creation,



وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

When my heart is hardened, and my life is constricted,


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

I turn to my submission as the way to Your pardon,


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

Is it not You who nourishes me, guides me?


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

Therefore cease not your benevolence and bounty to me,



عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

May those who have obtained excellence forgive me my trespass,


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

And parade not my wrongdoings and things that have passed.



فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,




ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

Even as my trespass lands me in the Fire.




فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,


وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

And when he is with others in this world, he is silent,


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".



أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,



تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

Walking beside me, full of hope,



فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

Thus though my sins are mountainous, then and now,


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Friday, 25 November 2011

Mengapa kenangan semalam perlu kita lupakan?

Mengapa kenangan semalam mahu kita lupakan?

Sedangkan ia mampu mengajar kita erti sebuah kehidupan...
Dengan melupakan kenangan semalam....
Nanti kita akan lupakan kesalahan kita yang lalu...
Nanti kita akan ulangi kesilapan kita yang sama....
Apa erti hidup lama andai tiada pengalaman?
harga hidup adalah pengalaman kita...
lagi banyak pengalaman kita harungi...
lagi bertambah kuat kita menjalani hidup ini...

Kerana mahu melupakan kesedihan...
kerana mahu melupakan kegagalan...
kerana mahu melupakan kepedihan...
patutkah kita meninggalkan pengalaman itu...
sedangkan ia mengajar kita erti sebuah kehidupan...
hidup bukan selalu indah...
hidup bukan selalu bahagia...
hidup bukan selalu gembira...
kerana kesedihan...kegagalan... dan kepedihan itulah...
yang menjadikan indah... bahagia...gembira itu satu pengalaman manis....

terimalah hidup ini seadanya...
kerana ia adalah jalan terbaik untuk kita...
syukur dan sabarlah atas segala ketentuanNya...
jangan lupakan pengalaman hidup kita...
kerana ia adalah guru terbaik buat kita...

Tuesday, 12 July 2011



Kau yg menciptakan cinta dan Kau jua yg menghamparkan bahagia


DiribaanMU terhimpun harapan impian tulus setiap insan

Kau yg mengutuskan duka dan Engkaulah yg mengirimkan hampa

Namun padaMu jua diadukan merebahkn keresahan dan tangisan

...Aku tahu inilah kasihMu aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu tiap yg terbaik untukku tak semuanya yg ku mahu

Di celah hangat nafas yg trhela ada dingin saat menyeru namaMu

Terarah segala ronta rasa pd damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu di segenap ruang hatiku telah Kau titipkan kekuatan

Oh tuhan
Aku tahu inilah cintaMu

Dan ku tahu tiap yg terbaik untukku tak semuanya yg ku mahu

Di celah hangat nafas yg terhela ada dingin saat menyebut

namaMu terarah segala ronta

rasa pd damainya dakapanMU ya Allah..

Kebahagiaan itu Apabila Allah Rabbul Jalil mengakui dan membelai kita sebagai HAMBA nya.


Adakah berupaya itu satu kebahagiaan?
Adakah kaya itu satu kebahagiaan?
Adakah sihat itu satu kebahagiaan?
Adakah disanjung itu satu kebahagiaan?
Adakah ternama itu satu kebahagiaan?


Erti sebuah kebahagiaan

Adakah kekurangan itu satu kehinaan?
Adakah miskin itu satu kehinaan?
Adakah berpenyakit itu satu kehinaan?
Adakah dihina itu satu kehinaan?
Adakah diperlekehkan itu satu kehinaan?
Adakah tidak dikenali itu satu kehinaan?

Erti sebuah kebahagiaan...

Apabila redha Allah menyirami diri yang zahir dan batin.
Apabila rahmat Allah menjalar disetiap zarah dalam tubuh.
Apabila kasih Allah mendampingi setiap ketika.
Apabila tilikkan Allah tidak lekang kepada hambanya.


Erti sebuah kebahagiaan yang hakiki....

Apabila Allah Rabbul Jalil mengakui dan membelai kita sebagai HAMBA nya.

Yaa Rabb....



BAHAGIA KAH KITA...memberi & menerima kasih sayang pada yang sayang...

BAHAGIA KAH KITA...jumpa org yang memahami hati kita..
BAHAGIA KAH KITA... dapat bersama2 dgn org yang tersayang....
BAHAGIA KAH KITA...jika kasih & sayang kita aje yng lebih2 sedang dia.... 
BAHAGIA KAH KITA... pasti bahagia apa yng kita rasai & dia

rasai..kerna itu semua adalah


anugerahNYA 

buat 2 insan 

SATU HATI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...