Pages

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, 6 January 2012

Awak Tau Tak? Wanita Bertudung Labuh Bukan Malaikat, Mereka Juga Terdedah Dengan Dosa.


Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf  MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu. Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya. Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami.
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga. Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul. Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum? Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka. Pimpin ya, pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama.
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata:
“Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka. Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah. Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan? Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%? Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati”
Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampailah terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama”
Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.
*****************************************************
Artikel ini dipetik daripada: Blog Langit Ilahi

Adakah Gaya Tudung Kita Menyerupai Pakaian Rahib Perempuan Kristian? 2026 EmailShare SHAREBAR

Soalan: Salam ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng’pin’kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan.

Jawapan:
Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya;
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
“Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).
Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Admin: Kesalahan tudung yang dipakai itu (wanita Islam di atas) adalah kerana ia terlalu menonjol, menarik perhatian dan tabarruj. Selain itu kesalahan besar pakaian itu juga adalah kerana ia telah menimbulkan fitnah yang besar di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.
Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka di tempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; “Harus”. Dikatakan kepadanya; “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab; “Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”.
Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….).
Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukakan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
  1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier, 6/104).
  2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
  3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
  4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).
Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati Kristian? Persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati Kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.
Nota hujung:
[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.
Dipetik dari HarakahDaily

Wednesday, 14 December 2011

Taubat Nasuha | Syarat Taubat Nasuha




Taubat ialah pijakan pertama bagi setiap tingkatan spiritual dan maqam. Taubat ibarat bumi tempat mendirikan sebuah bangunan. Maka barangsiapa tidak punya tanah, ia tidak punya hal dan maqam. Sebagaimana orang yang tidak punya tanah dan kerana itu juga dia tidak punya bangunan.

Diantara syarat-syarat Taubat Nasuha yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah ialah :-
Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan sesekali mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan. 

Kesal (menyesali@insaf) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang telah dibuat. 
Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah. 

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya. 

Banyak sungguh dalil-dalil yang menceritakan akan perihal perkara taubat ini,antaranya ialah :

"Sesungguhnya Allah membentangkan kasihNya pada malam hari, agar pelaku dosa pada siang harinya bertaubat. Dan dia membentangkan kasihNYA pada siang hari agar orang yang berbuat salah pada malam harinya bertaubat. Demikianlah hukumNya hingga matahari terbit dari tempat terbenamnya" (HR MUSLIM DAN NASAI)

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hambanya selama ia belum sakaratulmaut” (HR AHMAD DAN TIRMIZI)

“Andaikata kalian berbuat dosa-dosa sampai mencapai langit, kemudian kalian menyesalinya, nescaya Dia akan mengampuni kalian” (HR IBNU MAJAH)


Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali berkata bahawa “Barangsiapa abai untuk menyegerakan taubat dengan menundanya, maka ia akan berada diantara dua jurang kekhawatiran yang sangat bahaya. Yang pertama ialah kegelapan-kegelapan maksiat yang akan bertompok dihati sehingga ia akan menjadi kotor berkarat dan tidak mudah hilang. Yang kedua ia akan didahului oleh sakit atau mati, sehingga ia tidak punya peluang untuk bertaubat lagi.”

Salah seorang sahabat pernah berkata bahawa “ Sesungguhnya kebanyakkan teriakan penduduk neraka lahir kerana menunda-nunda taubat.”

“Tidak ada suatupun yang lebih disenangi oleh Allah SWT daripada dua titisan iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di Jalan Allah”(HR TIRMIZI)

Ingatlah, telah tiba saatnya untuk melepaskan hawa nafsu, wahai orang-orang yang papa. Ingatlah, tiba saatnya kamu kembali menuju pintu Tuhanmu. Adakah kamu telah melupakan apa yang telah Dia berikan dan anugerahkan kepadamu. Tidakkah Dia telah menciptakan dan menyempurnakan penciptaanmu?. Tidakkah Dia telah menganugerahkan hati kepadamu?. Tidakkah kamu makan rezeki yang diberikanNya?. Tidakkah Dia telah memberikan kamu Iman dan menunjukkan kamu kepada Islam. 

Lalu apa balasan kamu kepadanya?. Kamu balas semua itu dengan kelalaian, tenggelam dalam memenuhi hawa nafsumu. Walaupun engkau telah jauh daripada Tuhanmu, jika kamu kembali kepadaNya, Dia pasti akan menerima dan meredhaimu.

“Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan memohon kepadaKu, Aku akan mengampuni dan menghilangkan bebanmu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosamu mencapai awan dilangit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu. Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, andaikata engkau mendatangiku dengan kesalahan sebanyak kulit bumi, kemudian engkau menemuiKu, dengan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, niscaya Aku akan mendatangimu dengan sekulit bumi keampunan” (HR TIRMIZI dan dia menyatakannya hadis hasan)


Diceritakan dari Sahabat Nabi SAW bahawa Allah SWT berfirman :

“Wahai hambaKu, apabila engkau telah bertaubat dan kemudian merosakkannya, maka janganlah kamu malu untuk kembali kepadaKu untuk kedua kalinya. Apabila kamu merosakkan yang kedua kalinya, maka jangan sampai rasa malumu mencegahmu untuk kembali kepadaku pada kali yang ketiga. Apabila kamu merosakkan yang ketiga kali, maka kembalilah kepada Kamu pada kali yang keempat, Kerana Aku Maha Pemurah, tidak pernah Bakhil (kikir). Aku Maha Sabar, tidak pernah terburu-buru. Aku yang menutupi maksiat dan menerima orang-orang yang bertaubat. Aku mengampuni orang yang bersalah. Aku penyayang terhadap orang-orang yang menyesal dan Aku adalah Maha Pengasih. Siapakah yang bersandar pada pintu Kami lalu Kami menolaknya?. Siapakah yang bersandar pada perlindungan Kami lalu Kami mengusirnya?. Siapakah yang bertaubat kepada Kami lalu Kami tidak menerimanya?. Siapakah yang memohon ampun dari dosanya lalu Kami tidak mengampuninya?. Akulah yang mengampuni dosa-dosa dan menutupi aib-aib. Aku menolong orang yang susah. Wahai hambaKu, berdirilah dipintuKu, aku akan mencatatmu sebagai kekasihKu”

Apabila badan telah sakit,maka sia-sialah makan. Dan apabila hati telah buta kerana mencintai dunia,maka sia-sialah peringatan. Apabila hati telah keras,tidak bergunalah peringatan. Seperti tanah yang mati,hujan tidak berguna baginya. Sepertimana tidak berguna istighfar jika hati main-main,lalai,buta dan menghitam kerana banyaknya dosa dan lalai dari bertaubat.


Sumber Rujukan :


Kitab Tanwirul Qulub li Mu'amalati 'Allam al Ghuyub bagi Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi

JADUAL BACAAN SURAH DALAM SOLAT


Jadual Bacaan Surah-surah Dalam Solat Fardhu Harian 
AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD AL-HADDAD

Asar
Zohor
Subuh
Isya’
Maghrib
Raka’at
Hari


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Surah 94
Al Inshirah
يُسَبَّحُ اللهِ
Surah 62
 Al Jumua’ah
آلَمِ تَنْزِيْلُ الْكِتَبِ
Surah 32
 Al Sajdah
سَبِّحِ اَسْمَ
Surah 87
 Al A’la
قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُونَ
Surah 109
 Al Kafirun
Pertama
Jumaat

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ
Surah 110
Al Nas
إِذَا جَاءَكَ المُنَافِقُونَ
Surah 63
Al Munafiqun
هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْساَنِ
Surah 76
Al Insan
هَلْ أَتَاك حَدِيْثُ
Surah 88
Al Ghashiyah
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
Surah 112
Al Ikhlas
Kedua

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Surah 102
Al Takathur
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا
Surah 100
Al ‘Adiyat
وَالَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
Surah 92
Al Layl
وَالضُّحَى وَالَّيْلِ إِذَا سَجَى
Surah 93
Al Duha
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Surah 113
Al Falaq
Pertama
Sabtu

وَالْعَصْرِ إِنَّ الإِنْسَانَ
Surah 103
 Al ‘Asr
اَلْقَارِعَةُ
Surah 101
Al Qari’ah
وَالضُّحَى وَالَّيْلِ إِذَا سَجَى
Surah 93
Al Duha
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Surah 94
Al Inshirah
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْنَّاسِ
Surah 114
Al Nas
Kedua



أَرَئَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
لإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ
Surah 106
Quraysh
وَالسَّمَاءِ والطَّارِقِ
Surah 86
Al Tariq
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Surah 104
Al Humazah
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ
Surah 105
Al Fil
Pertama
Ahad
إِنَّا أَعْطَيْنَاك
Surah 108
Al Kawthar
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْنِ
Surah 95
Al Tin
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ
Surah 105
Al Fil
لإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ
Surah 106
Quraysh
Kedua
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Surah 113
 Al Falaq
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
 Al Ma’un
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Surah 91
 Al Sham
وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْنِ
Surah 95
Al Tin
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
Pertama
Isnin
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْنَّاسِ
Surah 114
Al Nas
إِنَّا أَعْطَيْنَاك
Surah 108
Al Kawthar
وَالضُّحَى وَالَّيْلِ إِذَا سَجَى
Surah 93
Al Duha
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ القَدْرِ
Surah 97
Al Qadr
إِنَّا أَعْطَيْنَاك
Surah 108
Al Kawthar
Kedua
لإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ
Surah 106
Quraysh
قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُونَ
Surah 109
Al Kafirun
إِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ
Surah 96
Iqra’
اَلْقَارِعَةُ
Surah 101
Al Qari’ah
قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُونَ
Surah 109
Al Kafirun
Pertama
Selasa
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ
Surah 110
Al Nasr
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ القَدْرِ
Surah 97
Al Qadr
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Surah 102
Al Takathur
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
Surah 112
Al Ikhlas
Kedua
وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْنِ
Surah 95
Al Tin
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Surah 104
Al Humazah
لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا
Surah 98
Al Bayyinah
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Surah 94
Al Inshirah
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
Surah 113
Al Falaq
Pertama
Rabu
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ القَدْرِ
Surah 97
Al Qadr
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ
Surah 105
Al Fil
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحاً
Surah 100
Al ‘Adiyat
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ
Surah 110
Al Nasr
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْنَّاسِ
Surah 114
Al Nas
Kedua

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Surah 104
Al Humazah
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
لاَ أُقْسِمُ بِهَاذَ الْبَلَدِ
Surah 90
Al Balad
إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ
Surah 99
Al Zalzalah
أَرَءَيْتَ الَّذِي
Surah 107
Al Ma’un
Pertama
Khamis
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ
Surah 105
Al Fil
إِنَّا أَعْطَيْنَاك
Surah 108
Al Kawthar
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Surah 91
Al Shams
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Surah 102
Al Takathur
إِنَّا أَعْطَيْنَاك
Surah 108
Al Kawthar
Kedua

Surah-surah dari Al-Quran ini dibaca pada setiap sembahyang fardu harian yang mana disyorkan dan diamalkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad, semoga Allah mencucuri rahmat terhadap beliau dan keluarga beliau serta diberi ketenangan.

Jadual ini disusun dari rujukan buku-buku karangan Al-Habib Abdullah Al-Haddad berjudulتثبيت الفؤاد atau “Pengukuhan Hati”, غاية القصد,الـمراد dan juga buku-bukunya yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmat atas usaha beliau ini. Nota: Jika masa tidak mengizinkan, bolehlah digantikan seperti berikut:

1. Pada malam Khamis, ketika sembahyang Isya’, dimana perlu dibaca سَبِّحِ اَسْمَ (Surah 87 - Al A’la) dan هَلْ أَتَاك حَدِيْثُ (Surah 88 - Al Ghashiyah); bolehlah dibaca أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (Surah 94 - Al Inshirah) dan إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ (Surah 110 - Al Nasr).
2. Pada Jumaat pagi, ketika sembahyang Subuh, dimana perlu dibacaآلَمِ تَنْزِيْلُ الْكِتَبِ (Surah 32 - Al Sajdah) dan هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَنِ (Surah 76 - Al Insan); bolehlah dibaca سَبِّحِ اَسْم َ (Surah 87 - Al A’la) dan هَلْ أَتَاك حَدِيْثُ (Surah 88 - Al Ghashiyah).

(Jadual ini disusun oleh Al-Habib Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad; iaitu cucunda kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mereka).

http://www.alhawi.net/jadual-bacaan-dalam-solat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...