Mereka yang dikategorikan bijak dikatakan memiliki IQ pada tahap 175 ke atas, sentiasa kreatif dan mampu berfikir lebih daripada kemampuan manusia biasa. Antara mereka yang terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian luar biasa ialah pelukis Picaso, komposer Mozart dan saintis Albert Enstein, dan juara catur dunia, Bobby Fischer.
Di Malaysia juga tidak kurangnya yang mana kita mempunyai anak genius kita sendiri seperti Adi Putra Abdul Ghani pelajar termuda UNISEL, Chan Yao Ban iaitu pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan Chiang Ti Ming menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).
Adi Putra bin Abd. Ghani
Genius matematik yang bercita-cita besar
Adi putra seorang kanak-kanak pintar yang tidak asing bagi rakyat malaysia. Adi putra merupakan kank-kanak genius matematik dan juga merupakan anak angkat unisel ini menjadikan Prof. Dato Dr Ismail b. Md Salleh sebagai idolanya. mahir dalam bidang matematikterutamanya algebra, trigonometri, darab antara 5 hingga 6 digit. Beliau yang juga bercita-cita untuk mencipta sebuah komputer yang boleh bercakap dengan orang buta untuk di hadiahkan kepada idolanya siatu hari nanti. Adi putra ketika di temu ramah mengatakan OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah. biodata Adi putra.
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 11 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
* Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
*Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran
SUFIAH YUSOF
Seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.
Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Chan Yao-ban
It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate.
Photo: Craig Abraham
Bertuahnya Chan Yao-ban,seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistic bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos ‘schizophrenia’ dan ‘bipolar disorder’
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses ‘home schooling’ oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chiang Ti Ming
Born in Seremban – 1976 : Malaysian Chinese boy genius. IQ exceeded 180. Pada usia 13 tahun; pelajar termuda
yang pernah dimasukkan ke California Institute of Technology (Caltech) untuk mengkaji fizik.
Beliau dihormati oleh rakan-rakan sekelas yang lain dan banyak pencapaian, anugerah, keputusan adalah dalam 5%.
Lulusan Kedoktoran dalam Fizik Zarah dari Universiti Cornell di New York.
Ainan Celeste Cawley.
(Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia
Kanak-kanak paling pintar di dunia bernama Ainan Celeste Cawley ini pula berkemahiran dalam bidang Kimia. Gelaran kanak-kanak paling pintar di dunia telah diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me“, dalam Channel 4 sebelum ini.
Apa yang menarik keistimewaan tentang kanak-kanak paling pintar di dunia ini?
1) Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley. Berumur 10 tahun ketika artikel ini ditulis dan merupakan anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley.
2) Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan
3) Pada umur enam tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia
Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan setakat ini 2010 ini?
1) Lulus ujian Kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian dan rekod itu.
2) Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
3) Pelajar politeknik termuda di dunia
4) Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah university.
5) Universiti di Malaysia iaitu Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika.
6) Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
7) Ainan akan juga mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.
SalingSapa.com Facebook Versi Islami. Jejaring sosial ini dibuat oleh seorang anak SMP di bandung yang saat ini duduk di bangku kelas 7. Di postingan ini saya akan sedikit mengulas tentang admin atau pembuat jejaring sosial SalingSapa.com ini.
Muhammad Yahya Harlan, berusia 13 tahun merupakan anak dari pasangan Yan Harlan (45) dan Fidriana (37). Bersekolah di SMP Sekolah Alam di kota bandung sebagai siswa kelas 7. Berminat pada dunia perkomputeran pada sejak berusia 3 tahun. Melihat begitu besar rasa ingin Dihantar ke KomLab ITB yang pesertanya adalah mahasiswa.
Muhammad Yahya Harlan tergerak untuk membuat jejaring sosial baru setelah melihat berita tentang orang Indonesia yang membuat situs jejaring sosial serupa facebook. Dia berpikir bahwa dia bisa membuat yang sama,bahkan lebih bagus. Sampai akhirnya usahanya berbuah hasil,dengan bimbingan dari ayahnya. Yahya berhasil menciptakan SalingSapa.com,situs jejaring Sosial sebagai sarana silaturahmi dan sarana memperkuat tali ukhuwah islamiyah umat islam di Indonesia.
Cleopatra
Penyanyi kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun dengan bayaran 1000 per lagu.
Cleopatra lahir pada 6 Oktober 2002, di Chisinau, Moldova dan merupakan anak dari penyanyi Pavel Stratan. Cleopatra adalah penyanyi termuda yang meraih kejayan secara komersil, dengan albumnya La vrsta de trei ani yang dilancarkan tahun 2006 (ketika dia berumur 3 tahun).
Dia juga memegang rekod sebagai penyanyi termuda yang membuat persembahan selama 2 jam di depan penonton yang berjumlah besar, penyanyi termuda yang mempunyai bayaran paling tinggi, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang menembus # 1 hit di negaranya ( Ghita di Romanian Singles Chart). salah satu hitnya: Ghita
Aelita Andre
Pelukis berumur 2 tahun yang karya-karyanya dipamerkan di banyak Gallery.
Lukisan-lukisan abstrak hasil karya pelukis Aelita Andre (2 tahun) membuat orang-orang dunia seni di Australia berasa kagum.
Aelita mendapat kesempatan untuk mempamerkan karya-karyanya ketika Mark Jameison, Pengarah Brunswick Street Gallery di Melbourne, diminta oleh seorang jurugambar untuk menyertakan karya-karya Aelita di pameran kumpulan dengan memperlihatkan sebahagian karya-karya Aelita kepada Jameison. Jameison bersetuju untuk mempamerkan karya-karya Aelita tanpa mengetahui siapa sebenarnya Aelita.
Jameison mula mempromosikan pamerannya, mencetak jemputan-jemputan dan menayangkan iklan di majalah seni seperti Art Almanac dan Art Collector.
Selepas itulah, Jameison menemukan fakta mengejutkan bahawa pelukis, Aelita Andre, adalah seorang kanak-kanak, perempuan dari Mr.Kalashikova, dan hanya berumur 22 bulan.
Kini Aelita dan karya-karyanya banyak diperbincangkan dan digunakan oleh pelbagai media seperti BBC World News, Telegraph (England), Art Collector, Art Almanac, dan penerbitan-penerbitan antarabangsa di Jerman, Russia, Sepanyol, China, Asia, Japan, Usa, dan lain.
Elaina Smith
Penyiar Radio termuda sepanjang sejarah Penyiaran Radio
elaina Seorang kanak-kanak sekolah menjadi seorang dj radio termuda di Inggris pada umur 7 tahun.
Elaina Smith menkagumkan sebuah stesen radio tempatan di daerahnya ketika dia menelefon ke radio tersebut dan menasihati seorang pendengar yang sedang sedih, tentang kisah cintanya.
Dj yang bertugas pada waktu itu sangat kagum dengan nasihatnya – pergilah main bowling dengan kawan-kawan awak dan minumlah segelas susu panas – Mereka kemudian menawarkan sesi waktu siaran mingguan kepada Elaina untuk memberikan nasihat-nasihat kepada ribuan pendengar dewasa.
Elaina akhirnya bertugas dalam siarannya dengan memberikan nasihat-nasihat dari mulai masalah memutuskan pencintaan, bangkit daripada dari masalah cinta, sehingga kepada masalah bagaimana berurusan dengan saudara serumah yang bermasalah dan mempunyai bau badan.
Akrit Jaswal
Doktor Bedah berumur 7 tahun.
Akrit Jaswal adalah seorang anak India yang disebut-sebut sebagai the worlds smartest boy.
Akrit meraih perhatian awam apabila pada tahun 2000, dia melakukan rawatan perubatan pertamanya.
Ketika berumur 7 tahun. Pasiennya – seorang kanak-kanak perempuan tempatan yang tidak mampu mendapat rawatan dari doktor – berumur 8 tahun. Tangan anak perempuan itu terbakar api, menyebabkan jari-jarinya dalam posisi menggenggam dan tidak boleh dibuka.
Akrit belum pernah mendapatkan latihan atau pengalaman di bidang pembedahan dahulu,tetapi dia mampu melakukan pembedahan sehingga jari-jari kanak-kanak perempuan tersebut boleh dibuka semula dan mampu untuk menggunakan fungsi tangannya dengan betul.
Akrit memfokuskan kebijaksanaan kepada bidang perubatan dan pada umur 12 tahun, dia mendakwa bahawa dia sedang dalam kajian untuk meyembuhkan penyakit kanser.Ketika ini dia sedang menjalani pengajian di jurusan Science di Chandigarh Kolej dan merupakan pelajar termuda yang pernah diterima oleh Universiti di India.
Kim
Masuk universiti pada umur 4 tahun, meraih gelar Ph.D pada umur 15 tahun, IQ Tertinggi di Dunia.
Lelaki yang berasal dari korea ini merupakan lelaki terpintar di dunia (masuk Guiness Book of World Records sebagai orang yang mempunyai IQ tertinggi di dunia).
Umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman, dan Inggeris. Pada umur 5 tahun, dia mampu menyelesaikan masalah matematik diferensial dan integral.
Di sebuah rancangan televisyen Jepun, dia menunjukan kebolehanya dalam bertutur bahasa Cina, Sepanyol, Vietnam, Tagalog, Jerman, Inggeris, Jepun, dan Korea.
Kim tercatat dalam Guiness Book of World Records di bawah kategori IQ Tertinggi Gambar, dalam buku tersebut disebutkan bahawa nilai IQ Kim melebihi 210.
Kim pernah menjadi murid bawang di fakulti psikologi di Hanyang University pada saat berumur 3 hingga 6 tahun.
Umur 7 tahun dia diundang ke Amerika oleh NASA. Dia menghabiskan pengajianya, dan mendapat gelaran Ph.D jurusan Fizik di Pennsylvania State University sebelum berumur 15 tahun.
Pada tahun 1974, sambil tetap menjalani pengajianya, kim memulakan pekerjaannya di NASA sebagai penyelidik, dan terus sehingga dia akhirnya kembali ke Korea pada tahun 1978, yang kemudian beralih daripada Fizik ke Teknik Sipil dan meraih gelar Doktor di bidang tersebut.