Pages

Monday, 5 September 2011

Mayat wanita bogel dan terbakar ditemui di Ampang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dengan kesan 80 peratus kebakaran pada badannya ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, tengah hari pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira 1.35 tengah hari dilihat tidak berpakaian kerana dipercayai telah terbakar selain rambutnya juga sudah terbakar.


"Mayat wanita yang ditemui dalam keadaan terlentang itu dipercayai seorang remaja berdasarkan keadaan fizikalnya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini pada Isnin.


Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiauntuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta tempoh kematian.


Amiruddin juga meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil selain akan menyoal siasat penduduk sekeliling bagi mengumpul maklumat.


Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sementara itu seorang saksi, Rahmad Saidon, 60, berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat yang menemui mayat itu.


"Pada mulanya saya menyangka objek itu (mayat itu) adalah patung namun bila diperhati ia adalah mayat wanita yang terbakar selepas ternampak mata, gigi dankukunya," katanya.


Beliau yang tinggal bertentangan dengan tempat mayat tersebut ditemui berkata kira-kira 10.30 malam tadi, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumahnya namun apabila ditinjau tiada sesiapa kelihatan.


"Manakala pada 3.30 pagi tadi, saya terdengar bunyi beberapa buah motosikalyang lalu lalang di luar rumah... Apa yang menghairankan saya bunyi tersebut bukan seperti biasa kerana kebiasaannya waktu seperti itu laluan agak sunyi," katanya.
-Bernama-

Lamaranku Ditolak... Sabarlah..

Jangan kecewa apabila lamaran ditolak




Ibnu Katsir meriwayatkan di dalam Bidayah Wan Nihayah, ketika Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah meminang adik kepada Aisyah r.a. iaitu Ummu Kaltsum. Di dalam hal ini Umar telah mengirim surat menyatakan kepada Aisyah hasratnya. Namun Ummu Kalthum berkata, “Aku tidak mahu menikahinya.”

“Apakah engkau menolak Amirul Mukminin?”, tanya Aisyah.
“Ya, sebab hidupnya miskin,” jawab Ummu Kalthum.

Akhirnya Aisyah mengirim surat kepada Amru Bin Al-Ash agar Amru berusaha memalingkan keinginan Umar dari menikahi dengan adiknya. Umar kemudian berkahwin dengan anak Ali bin Abi Talib.

Di dalam Al-Farooq Umar, pakar biografi Dr Muhammad Hussein Haekal, mengisahkan riwayat yang serupa. Dengan tambahan selain Ummu Kalthum, Umar juga pernah meminang seorang wanita bernama Ummu Aban Binti Utbah. Kedua-dua wanita itu menolak pinangan beliau dengan alasan Umar adalah seorang yang kasar, sangat garang terhadap wanita, kedekut dan selalu bermasam muka.

Umar Al-Khattab adalah antara sahabat nabi yang terjamin syurga. Semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya menawan sebahagian besar jaziriyah Arab. Umar sangat berilmu sehinggakan Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lisan dan hati Umar.” 

Beliau juga seorang yang berwibawa di dalam kepimpinan, Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya selepasku ada nabi, sudah pasti Umar.” Namun, apabila insan kelas pertama ini meminang, pinangannya ditolak!

Justeru, jangan bersusah hati apabila pinangan anda tidak diterima. Si dia mungkin mempunyai alasan tersendiri yang tidak dapat anda fahami. Yang penting anda kenal dengan kehebatan diri anda.

Life goes on !

Wallahu’alam.

Askar Amerika Yang Tewas Di Iraq - 18 SG



Lihat gambar dibawah, ada seorang tentera U.S perempuan yang kena bom dikaki nya. Dan gambar yang lain-lain juga ramai yang hancur dan masih hidup.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...