Pages

Tuesday, 13 September 2011

Mengghairahkan !! mengaku melakukan zina selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.



TAHAN...wanita dan pasangannya (kiri) disoal siasat sebaik ditahan, semalam

[HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin. 

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. 

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

Kerana Mahu Mengelak Dicekup KHALWAT, Pasangan Parah dalam Kemalangan

Sekadar hiasan.



Saya petik:

[HM] JITRA: Akibat panik melihat kehadiran kereta peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), seorang pelajar lelaki memecut kereta dinaiki bersama kekasihnya sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.8 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.

Berikutan itu, pelajar berusia 19 tahun dari Kulim, cedera di kepala manakala teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, retak kaki dan cedera di pinggang selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta pokok.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi dalam keadaan permukaan jalan licin dan basah selepas hujan.
Difahamkan, kedua-dua pelajar berkenaan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Jitra, di sini.

Sebelum itu, pasangan terbabit sedang berasmara dalam kereta di tepi lebuh raya dan sebaik melihat sebuah kereta peronda Plus membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, anggota peronda Plus yang sedang meronda melihat sebuah kereta berhenti di tepi lebuh raya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, pemandu Perodua Myvi terbabit memecut kenderaannya dipercayai terkejut dengan kehadiran anggota berkenaan.

P/s: Alahai! Nyaris tidak....!!!! Sila ambil pengajaran!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...