Zaman berganti zaman, dunia perfileman juga turut berubah, para artis wanita kita makin galak pula membuka mulut memberi komen, terutama apabila membabitkan soal berpakaian. Jika disoal tentang pemakaian n pakaian, pasti mereka-mereka yang yang berkenaan terasa seperti dihina dan di-kelas-tiga-kan. Ya, benar, isu berpakaian adalah hak peribadi tetapi apabila mereka mula membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini, kenyataan itu menjadi perhatian ramai dan tidak mustahil ia menjadi bahan debat dan perbualan.
Jika jahil bab hukum agama, baik anda DIAM!. Tetapi adalah sebaik-baiknya anda bertanya kepada mereka yang arif berkenaan dengan permasalahan anda. Kalau malu bertanya, dan tahu pulak berpakaian seksi dan menutup aurat, baik anda DIAM dan jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan orang lain tahu kejahilan dan kebodohan anda! Kita katakan sedemikian kerana setiap kali jawapan yang anda berikan seolah-olah mencabar hukum Tuhan yang memerintahkan golongan wanita yang cukup tertentu, baik berkulit hitam atau putih, artis atau tukang sapu, WAJIB menutup aurat. Full Stop. Tidak boleh dipertikaikan dan dilengahkan lagi.
Berikut adalah antara jawapan yang pernah dikatakan oleh beberapa orang artis wanita berkaitan kesediaan mereka untuk menutup aurat dan bertudung litup.
Pertama, AKAN TUTUP AURAT SELEPAS MENGERJAKAN HAJI: Alahai, kenapalah artis ini tidak berfikir sebelum memberikan jawapannya sebegini? Baginya, tuntutan menutup aurat itu hanya selepas menunaikan fardu haji saja ke? Ramai orang yang tak sempat nak tunaikan fardu haji ‘pergi’ mengadap Ilahi terlebih dahulu. Artis ini bercakap seolah-olah urusan hidupnya ditentukan oleh dirinya. Dia juga bercakap seolah-olah dia yakin yang dia sempat menunaikan haji yang entah bila akan dilakukannya. Dia kena tahu yang tuntutan menutup aurat ini bukan hanya selepas kembalinya dari haji atau dari Makkah.
Mungkin tujuannya memberi jawapan itu untuk memberitahu yang dia belum bersedia bertudung litup dalam waktu terdekat. Pada fikirannya, jika dia memberi jawapan itu, maka alasannya untuk tidak bertudung kini adalah kukuh dan menyuruh peminatnya bersabar menunggu bila tiba masa dia kembali dari haji nanti. Sekurang-kurangnya peminat tahu yang dia sudah memasang niat untuk menutup aurat. Begitu? Kalau anda mati sebelum anda pergi haji bagaimana? Depan Allah esok macam mana? Nak kata depan ALLAH.
.”Sorry banyak2 yer ALLAH… I xsempat nk tutup rambut I kt dunia dulu sbb I mati time belakon peluk-peluk dulu…..sorry yer ALLAH…I’m sorry….?????”
Kedua, cari makan: Ada juga artis wanita yang bertudung, terutama pelakon, yang tergamak membuka tudung demi menghidupkan lakonan watak yang tidak bertudung. Alasan yang diberikan adalah untuk memenuhi tuntutan watak dan untuk cari makan kerana berlakon itu adalah sumber rezekinya. Kenyataan mereka seolah-olah memberitahu yang rezeki mereka tersekat jika bertudung. Mereka akan hilang punca rezeki kerana kebanyakan watak yang ditawarkan kepada mereka adalah watak yang tidak menutup aurat. Jahilnya, mereka buat dua kesilapan; Pertama adalah membuka tudung dan yang kedua menyalahkan tuntutan agama kerana menutup periuk nasi mereka.
Ada kes yang sebaliknya pula berlaku apabila pelakon wanita itu hanya bertudung untuk tuntutan watak dalam filem atau drama. Sungguh ayu kita lihat pelakon itu membawa watak gadis bertudung dan penuh dengan etika keislaman. Namun di luar waktu berlakon, pelakon itu dilihat berpakaian yang sangat berlawanan. Lebih hebat lagi jika kehidupan sosialnya juga turut diketahui umum yang tidak sama sekali dengan apa yang boleh ditonton oleh peminat. Sekali lagi artis wanita terjerat dengan jawapan klise yang sebetulnya boleh mendorong kepada pemesongan soal aqidah.
Termanggu seketika dengan jawapan mereka bila diajukan soalan sama ada sudah bersedia untuk bertudung seperti watak yang dibawanya. Jawapannya, “SAYA BERTUDUNG HANYA UNTUK WATAK ITU DAN ATAS TUNTUTAN PENGARAH.” Kita yang membaca jawapannya itu seolah mempersoalkan akidah pelakon itu yang lebih mentaati perintah pengarah daripada perintah Tuhan. Tidakkah mereka fikirkan terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan? Dalam artikel kali ini, kita bukan membicarakan pendirian mereka mengenai aurat tetapi apa yang hendak diketengahkan ialah cara mereka menangani soalan wartawan. Jawapan mereka selalunya memerangkap diri dalam kedangkalan membicarakan soal halal haram. Kita bimbang apabila ada di antara mereka yang tidak sedar kesilapan ini dan terus-terusan menggunakan jawapan standard ini.
Berikut pula antara contoh-contoh jawapan yang diberikan oleh segelintir artis wanita yang dilihat mendedahkan dirinya melalui pakaian yang seksi. Jom baca dan renungkan jawapan mereka. Ada artis yang ingin dilihat sebagai artis yang menghormati kerja orang lain atau profesional atas alasan berpakaian seksi kerana MENGHORMATI REKAAN PEREKA FESYEN.
Alasan itu seolah ingin menunjukkan kepada peminatnya yang dia tidak patut dipersalahkan kerana apa yang dilakukannya adalah atas nama kerja. Namun begitu, peminat masih boleh mempersoalkan keikhlasan artis terbabit kerana dia seperti menggadaikan maruah dirinya hanya kerana prinsipnya yang salah. Tiada pereka fesyen yang boleh memaksa mana-mana artis itu untuk menggayakan fesyennya. Tidak pernah kita lihat dan dengar pereka fesyen meletakkan pistol di kepala seseorang artis jika artis itu tidak mahu memakai pakaian ciptaannya. Artis itu seharusnya bersedia mengambil tanggungjawab atas kesudiannya memperaga pakaian seksi itu dan seharusnya bersedia dengan alasan yang lebih bijak.
Begitu juga dengan alasan klise yang sering kita dengar iaitu ‘UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN JURUGAMBAR ATAU WARTAWAN.’ Mana boleh peminat terima jawapan tidak masuk akal seperti tiada pilihan baju lain, tidak sempat mencari baju lain, saya pakai apa yang saya ingin pakai, seksi itu subjektif dan pelbagai lagi. Kadang-kadang artis kita ini mempunyai prinsip yang tegas dalam kerjaya tetapi hairan apabila mereka boleh jadi lemah bila tiba bab berpakaian. Begitu juga ada artis yang bijak menangani soalan mengenai kerjaya mereka tetapi memberikan jawapan yang cetek pada soal berpakaian.
Rujuk: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dangkaljerutdiri/Article
fuhh memang terbaik la jawapan diorang ni bile ditanye kan,
at least kau jawab la indah indah sikit,
ni dengar pun buat sakit hati,
kang bile dikate takleh dibuat idola,
marah plak..
haishhhh
think before you talk la dear..