Pages

Thursday, 18 August 2011

Video: Taubat Survivorian!








Ibu Minta Anaknya 13 Tahun Ditahan Polis




Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tidak tahan perangai anak lelakinya berusia 13 tahun yang gemar mencuri, melawan cakap dan memukul adik, seorang ibu nekad membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa menempatkan anaknya itu di pusat pemulihan akhlak. 

Kesabaran ibu berusia 31 tahun itu hilang selepas remaja terbabit mencuri RM200 milik datuknya sebelum memecahkan cermin kereta dan menyerang ibunya dengan kayu di rumah mereka di Batu Caves di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, remaja terbabit bertindak demikian apabila mendapat tahu ibunya mengambil RM200 yang disoroknya di dalam beg dan menyerahkan semula kepada datuknya.

Sumber polis berkata, sebelum itu sebaik saja pulang ke rumah dan mendapati wang berkenaan tiada di dalam begnya, remaja terbabit bertindak ganas dengan menumbuk muka adik perempuannya 10 kali kerana menyangka adiknya mengambil wang itu.

“Akibatnya, adik perempuan remaja itu yang berusia 11 tahun cedera di muka dan badan, malah dia juga dijadikan tebusan oleh abangnya ketika meminta ibunya memulangkan semula wang RM200 yang dicurinya,” katanya.

 P/s: Kes-kes sebegini sudah menjadi lumrah hari ini. Sila ambil perhatian dan ikhtibar!

Pelajar Pulangkan "Interlok" Didakwa Ugut Mahu Bunuh Guru




Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.
“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. - Raja Noraina Raja Rahim


P/s: Malang kerana pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak pun membaca novel itu, namun terus menerima segala-gala perkara buruk yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Anak Bodoh Guru Dipersalahkan!


Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak


Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak tahu hujung pangkal dan situasi masalah. Namun, logiknya, guru tidak sewenang-wenang menegur pelajar jika pelajar itu tidak bermasalah. Apabila guru membuat teguran sudah tentulah teguran itu untuk menjadikan pelajar berkenaan sedar akan kesilapannya.

Masalahnya, teguran guru sering disalahertikan oleh ibu bapa. Apabila teguran itu disalah anggap oleh ibu bapa, maka terjadilah perkara yang seumpama ini. Lebih teruk, nyawa guru seperti telur di hujung tanduk. Bertolak daripada kes seumpama ini, maka banyak guru kini membiarkan pelajar yang bermasalah kerana bimbang diancam oleh pelajar itu sendiri serta ibu bapa  yang menyangka anak-anak mereka umpama ustaz dan ustazah.

P/s: Tidak hairan pihak sekolah dan kementerian terpaksa menghantar pelajar ke penjara untuk kursus motivasi!

Remaja Kini Sanggup Bakar SURAU!


3 Remaja Mengaku Bakar 2 Surau, Hanya Dikenakan Hukuman Ringan


                             

Saya petik:

[BH] MUAR: Tiga remaja semalam dikenakan perintah berkurung dalam rumah pada waktu malam dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah membakar dua surau di pinggir bandar ini dalam kejadian Januari tahun lalu.

Selain masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan disabitkan, mereka dilarang keluar rumah mulai jam 8 malam hingga jam 6 pagi kecuali dengan kebenaran bertulis Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain perlu bersama ibu bapa masing-masing menghadiri bengkel interaktif kendalian JKM.

Berdasarkan pertuduhan, tiga juvana iaitu dua berusia 17 tahun dan seorang lagi berusia 16 tahun didakwa secara bersama melakukan khianat menggunakan api dengan niat memusnahkan Surau Parit Beting di Jalan Salleh, antara jam kira-kira 12.30 hingga 1 pagi pada 21 Januari tahun lalu.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Surau Silatulrahim di Jalan Ismail, antara kira-kira jam 2 hingga jam 3.15 pagi pada tarikh sama.

Bagi dua kesalahan terbabit, mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda.

Seorang daripada remaja berusia 17 tahun itu juga didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis melalui laporan polis di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada jam 3.54 pagi hari sama.

Remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes dikemukakan kepada mahkamah, tiga remaja terbabit ditahan polis kira-kira jam 6.10 petang 22 Januari, selepas mendapati laporan dibuat seorang daripada mereka berhubung kebakaran surau itu mencurigakan sebelum siasatan lanjut mendapati mereka yang mendalangi kejadian itu.

Susulan tangkapan itu, polis turut menyita sebuah kereta digunakan mereka ketika melakukan jenayah itu dan polis turut merampas botol berisi petrol.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar, di depan Majistret Noorfarhana Mohd Sharif, manakala tiga tertuduh itu diwakili peguam bela Maryam Hasan dan G F Nielsen.

Ketiga-tiga tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan jumlah bon RM5,000 tanpa cagaran. 
 

P/s:  Hukuman lebih berat sewajarnya dikenakan terhadap mereka. Yang dibakar oleh mereka bukannya reban ayam!

Ingat Cerita Remaja Koma 2 Bulan? Rupa-rupanya Dibelasah Kerana Cemburu




Saya petik:
[HM] MERSING: Cemburu akibat merebut teman wanita dikatakan menjadi punca seorang pelajar tingkatan tiga dipukul pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemuk dekat Rompin, menyebabkan dia koma kira-kira dua bulan sejak Mei lalu, dan kini berkemungkinan lumpuh.

Mangsa, Mohamad Amirul Abdul Rahim, 15, mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada 22 Mei lalu, dalam bilik tidur asrama sekolah berkenaan. 

“Saya agak rapat dengan teman sebaya bernama Farah yang tidak disenangi seorang pelajar senior tingkatan lima dipercayai menyimpan perasaan terhadapnya.

“Pada hari kejadian, tiga pelajar senior tingkatan lima menyerang saya dari belakang. Mereka memukul kiri dan kanan kepala dengan objek keras. Serangan itu turut disaksikan beberapa pelajar lain.

“Mereka kemudian mengugut supaya saya tidak menghebohkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru. Meskipun kesakitan akibat pukulan itu, saya cuba bertahan hadir ke sekolah dan menduduki ujian keesokan harinya,” katanya. 

Remaja Ceroboh Rumah Jiran, Kantoi Berkhalwat, Dibelasah Bapa



Sekadar hiasan.


Saya petik:
[HM] ALOR GAJAH: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini, patah jari apabila dibelasah dengan batang penyapu oleh bapanya kerana disyaki bersekedudukan dengan teman wanitanya di sebuah rumah di Masjid Tanah, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit patah jari kiri selepas dibelasah bapanya yang hilang sabar dengan perbuatannya itu. 

Remaja itu dan teman wanitanya yang juga penduduk taman berdekatan serta satu lagi pasangan ditangkap pegawai syarak bersama penduduk taman selepas menceroboh masuk ke rumah jiran ketika penghuninya keluar. 

Tindakan kumpulan remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dihidu penduduk yang seterusnya memaklumkan kepada pegawai syarak lalu menyerbu rumah itu.

Bagaimanapun, ketika diserbu, dua remaja perempuan sempat keluar rumah dan bersembunyi di dalam kereta, manakala dua lelaki itu berada di dalam rumah.
 

ISLAM DIHINA UMAT SENDIRI!


Jahil! Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?

 
Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa. 

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja. 

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan. 

Apakah reaksi pihak berwajib?? 


Sumber; http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/08/lawak-hina-islam-pakaian-muslimah-jadi.html

Panas!! Pelajar Islam Dedah Di Ajar Nyanyi Lagu Kristian



Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) berhubung satu ruangan kolum akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam. Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.


Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat. Ruangan Cuit-Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia oleh editor kanan Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu ‘Mereka menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu. Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut./fmt

Gejala Kristianisasi semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini lagi sebenarnya isu kristianisasi SUDAH menjalar dalam negara, namun mungkin disebabkan RUANG dan PELUANG serta wajudnya KEPENTINGAN pihak tertentu menagguk di air keruh memperlihatkan isu ini   GAH meniti di bibir rakyat saban hari. Bermula daripada isu Berbuka Puasa 12 orang Islam di sebuah Dewan Gereja baru-baru ini yang dioserbu JAIS, hinggalah isu terbaru ini. 

Apa pun yang menjadi persoalan, dimanakah pihak-pihak yang SEBENARNYA bertanggungjawab membela kesucian dan akidah umat ISLAM di NEGARA ini? apakah cukup sekadar pergi ke balai POLIS dan membuat LAPORAN sudah memadai? para politikus sibuk mengangkat diri masing-masing sebagai JUARA RAKYAT dan PEMBELA AGAMA Islam! walhal, mereka tidak KELIHATAN dalam membanteras gejala kristianisasi di negara ini.

Realiti di luar sana ramai remaja MUSLIM kita sudah jauh terpesong daripada hidup BERTUHAN! sudah hilang rasa BERIBU BAPA! berapa ramai remaja MUSLIM kita yang TIDAK SOLAT? TIDAK BERPUASA di bulan Ramadhan ini? BERZINA? teguk arak? MAKI HAMUN SEPAK TERAJANG MAK AYAH? Mana NGO Melayu ISLAM? mana POLITIKUS kebangsaan? TAHNIAH kepada pihak2 yang ikhlas berjuang di medan AGAMA dan rakyat! namun, jumlah mereka terlalu kecil dan sedikit berbanding dengan masalah yang sedang MENGGUNUNG ketika ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperkukuhkan UKHUWWAH di bawah panji ISLAM! 

UMAT KUAT! ISLAM HEBAT!

Bersama kami Didik Diri Resources membanteras masalah gejala sosial dalam kalangan remaja MUSLIM di Malaysia. www.motivasisurvivor.com

DASAR ANAK TAK MENGENANG BUDI! SANGGUP TIPU DAN PERAS UGUT IBU BAPA SENDIRI!


Gadis "Pura-pura Hilang" Ditahan Kerana Peras-Ugut Keluarga Kerana Jantannya



Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.

Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
 

Sepucuk Surat Daripada Bonda Untuk Anak Dii Rumah Insani



Di bawah merupakan antara isi kandungan sepucuk surat seorang IBU kepada seorang Pelatih Rumah Insani (Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah), remaja lelaki berumur 17 tahun (SPM) berasal daripada Taman Keramat, Kuala Lumpur. Segala identiti dan kesalahan yang dilakukan ada tercatat dalam surat berkenaan. Semoga anda mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah remaja ini. Pada mulanya hanya menganggap ugutan untuk dimasukkan ke Pusat Pemulihan (Rumah Insani) merupakan GURAUAN dan LAWAK semata-mata. Tetapi, setelah tangan terikat, dan dimasukkan ke dalam kereta, badan terus mengigil kerisauan, merayu-rayu minta diberikan peluang terakhir. Malangnya, semua itu sudah terlambat! pilihan yang dibuat adalah menjurus untuk menetap di Rumah Insani selama 6 bulan dalam pengawasan warden khas untuk remaja bermasalah dan memfokuskan didikan kerohanian dan islami.

Alhamdulillah, berkat usaha tidak PUTUS ASA MAK dan AYAHnya, remaja ini sudah kembali rasa BERTUHAN dan RASA BERIBU BAPA. Kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalangnya. Sekeras manapun hati anak itu, akhirnya dia tersungkur dengan zikir dan munajat memuji ALLAH. Rawatan dan didikan kerohanian ini sangat memberi kesan kepada para penghuni pusat pemulihan ini yang terdiri daripada remaja yang terlibat dengan masalah gejala sosial yang kronik. 


sambungan

sambungan


mula
nya dia hanya sekadar membaca tanpa terluah sedikit perasaan pun..
Tiba-tiba, dia
 menitiskan air mata setelah membaca satu demi satu ayat dari surat berkenaan


Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan


Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

"Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan"


InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Jadilah seperti sang pelangi yang tidak bercahaya namun tetap berseri
Jadilah seperti bintang-bintang meskipun jauh tetap setia menemani sang bulan menghiasi malam

akhir sekali, Jadilah seperti dirimu sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...