Pages

Tuesday, 16 August 2011

Muslimah Perancis vs Muslimah Malaya


Guru Muslimah Perancis lebih kuat imannya daripada...................

                                       Tolak Lepas Jilbab, Guru Muslimah Perancis Dipecat
Seorang guru muslimah diberhentikan dari pekerjaannya di Perancis karena menolak untuk melepas jilbab yang ia kenanakan dan menolak berjabat tangan dengan kolega laki-lakinya yang bukan mahram karena keyakinan agamanya.




Di Malaysia demi untuk menjadi pelakon dan mengambil hati anak untuk masuk peraduan menyanyi sanggup membuka Jilbab

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

Renung-renungkan dan selamat beramal… 

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah...aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. . 


Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. 


Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup. 

Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. 


Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.. Allah tidak marah seketika. 


Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'. 

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... . .. 

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. 


Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. 


Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. 


Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. 

Mata saya semakin berkaca-kaca..Subhanallah....saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulillah..

Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. 


Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ... 

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. .... Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ..... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ 

Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang..' 

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 


Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 


Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 


Kelima, orang yang suka minum arak.' 

kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..

Anak kecil temani mayat ibu


Budak tiga tahun ‘jaga’ mayat ibu mati dibunuh selama tiga hari


                                                                KELAPARAN: Anak kecil ini dijumpai tidur di sebelah ibunya 
                                                  yang dipercayai sudah tidak bernyawa sejak tiga hari sebelum penemuan polis.


SIBU 14 Dis. - Seorang budak perempuan berusia empat tahun ditemui terbaring di sisi mayat ibunya yang telah mula membengkak dan berbau dipercayai mati dibunuh lebih dua hari.


Mangsa, Magdeline Chadon, 36, dari Kapit ditemui pada pukul 1 petang tadi di rumah sewanya di Jalan Hua Kiew dengan kecederaan di belakang leher dan telinga kanan dengan ulat telah mengerumuni luka tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian disedari tuan rumah yang mengunjungi rumah tersebut dan terdengar tangisan kanak-kanak sedangkan rumah berkunci dan lampu masih menyala.

''Tuan rumah ini bertindak memecah masuk dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terbaring lemah tak bermaya di sisi mayat ibunya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, tuan rumah yang terperanjat dengan keadaan itu bertindak segera dengan menghubungi polis.

Katanya, mangsa telah empat bulan bercerai dan jirannya mendakwa terdengar pertengkaran apabila bekas suaminya mengunjungi rumah tersebut.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pengawal keselamatan pukul 4.30 petang ini bagi membantu siasatan.

Mangsa dan anaknya itu, kata Shafie, dihantar ke Hospital Umum Sibu. Malah kanak-kanak tersebut dipercayai berlapar ketika menemani mayat ibunya.

''Kanak-kanak tersebut muntah ketika cuba diberi makanan dan doktor percaya ibunya telah meninggal lebih dua hari. Malah kanak-kanak itu enggan bercakap seolah-olah berada dalam trauma," katanya lagi.
Polis katanya, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan sedang mencari motif pembunuhan tersebut.

Keadaan kanak-kanak malang itu, katanya, telah dimaklumkan kepada jabatan kebajikan untuk tindakan.
Sumber Utusan.

Sepasang Kaki... Begitu Berharga!


Anda Rasa Anda Cukup Susah, Nanti Dulu...Tengok Ini !!!


Peng Shuilin asalnya seorang manusia normal sehinggalah dia dilanggar sebuah lori yang menghancurkan separuh daripada badannya. Seluruh anggota bahagian pinggang ke bawah tidak dapat dipulihkan lagi
Para doktor berusaha menyelamatkannya. mereka menjahit dan menutup bahagian pinggangnya setelah membuang keseluruhan kakinya. Selama 2 tahun dia terlantar di hospital
Dia menjalani pembedahan demi pembedahan bagi mengubah segala struktur sistem anggota dalamannya. Selama itu dia tinggal di Hospital Shenzen, China dan meneruskan kehidupannya. Melatih kekuatan tangannya, membasuh muka dan memberus giginya.
Kepupayaannya untuk selamat dan hidup amat mengkagumkan para doktor. Dia kini selamat dan  tidak mengeluh dengan apa yang terjadi padanya dan dalam proses berusaha untuk kembali berjalan.
China Rehabilitation Centre, Beijing mencipta sebuah alatan khas bagi membolehkan dia berjalan. Sebuah bekas seperti cawan dibentuk bagi memasukkan badannya ke dalam bekas tersebut yang mempunyai sepasang kaki bionik di sisinya. Segala ukuran dilaksanakan dengan penuh terperinci bagi menjayakan usaha tersebut.
Kini dia sedang berlatih menggunakan alatan khas yang kita panggil RGO(Reciprocating Gait Orthosis)
Dia kini 37 tahun, mampu berjalan semula. Dia amat sihat melebihi orang yang sebaya dengannya. Beliau juga menjadi contoh keazaman yang hebat dan tidak pernah berputus asa. Kini beliau menjadi seorang usahawan memberikan motivasi kepada para pesakit yang perlu dipulihkan semula setelah menjalani kecacatan.

Apa rahsianya...rahsianya adalah dia sentiasa riang dan tidak pernah menyesal dengan kekurangan yang ada padanya. Sekarang cuba bandingkan apa yang anda ada yang tidak ada pada Peng Shuilin dan fikirkan samada anda lebih layak mengeluh atau Peng Shuilin yang lebih layak!

Orang Hilang! Mohon Bantuan!





KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.Menurut Shahrizad, anak mereka, Ameerah Asha Azizan, 17, tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini.

Sharizad memberitahu, sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas.

Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.“Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.

Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.

Ujarnya, Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432). -kosmo

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/08/gadis-ini-hilang-selepas-hadiri-kelas.html#ixzz1VD8JLhWO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...