Pages

Wednesday, 7 September 2011

Autisme tidak halang dapat 8A

Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.
“Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.
“Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

“Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing,” ujarnya.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...