Pages

Thursday 21 July 2011

Lima Ekor Tupai Dituduh Tebuk Putik Kelapa






[BH] KUALA TERENGGANU: Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.

Dalam pertuduhan pertama, dua rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada 13 Mac lalu. 

Mohd Syafiq Radin, 19, berasal dari Jalan Teratai, Dungun dan rakannya, Mohd Suhaimi Md Said, 22, dari Jalan Sultan Sulaiman, Dungun didakwa memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa antara jam 12.01 pagi dan 2 pagi.

Mohd Syafiq yang menuntut di sebuah kolej swasta dan Mohd Suhaimi yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu dalam bilik atas sebuah rumah teres di Dungun.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud di hadapan Hakim Azman Mustapa. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Azman mengenakan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Dungun, dua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, manakala seorang lagi berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama.
Hakim Aznika Anas kemudian menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang gadis berusia 14 tahun yang keciciran sekolah menjadi mangsa seks sekumpulan lelaki termasuk teman lelakinya.

Sejak kebelakangan ini, kami di Didik Diri Resources (DDR) sering menerima kes-kes berkaitan "PENZINAAN" dan "KETERLANJURAN" khususnya yang dilakukan oleh golongan remaja. Tidak mengira pada usia berapa, dan tahap serta latar belakang pendidikan ; sama ada sekolah rendah atau menengah.. sekolah harian biasa atau sekolah agama... TIDAK TERKECUALI! Pihak keluarga yang datang menemui bukan sahaja daripada latar belakang sederhana malah sampai ke tahap profesional... masing-masing mengahdapi masalah yang sama..iaitu, ANAK TERLANJUR!.. ALhamdulillah, ada yang berjaya diselamatkan.. TAPI ada juga yang sudah agak terlewat utk diselamatkan TETAPI berkaya dapat DIKAWAL dan DIBIMBING untuk kembali kepada rasa BERTUHAN dan rasa BERIBUBAPA... sebelum masalah semakin KRITIKAL selagi ada masa selagi ada RUANG dan PELUANG.. BERTINDAKLAH sesuatu untuk selamatkan anak anda! Kami di DDR, merupakan satu-satunya firma motivasi bagi menangani REMAJA yang bermasalah di Malaysia BERSEDIA menawarkan KHIDMAT yang anda PERLUKAN! INSYAALLAH.. sila layari; www.motivasisurvivor.com untuk MENGENALI kami dengan lebih dekat lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...